Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Umum mengetahui bahawa Asia tenggara merupakan sebuah rantau yang sangat kaya

dengan alam semula jadi dan kaya dengan pelbagai dengan jenis sumber sejarah, tidak

ketinggalan juga Asia Tenggara juga mempunyai pelbagai tinggalan tapak bersejarah yang

sampai sekarang telah menjadi salah satu faktor dalam konteks penjanaan ekonomi di negara-

negara di Asia Tenggara. Pertapakan sejarah di Asia Tenggara bermula apabila dengan pengaruh

Hindu Buddha sejak abad ke 8 hingga abad ke 13. Melalui pengaruh hindu Buddha tersebut

dapat kita lihat bahawa terdapat banyak monumen- monumen hasil daripada tinggalan zaman

tersebut. Secara Umumnya monument dapat didefinisikan sebagai salah satu binaan atau

bangunan yang diperbuat daripada batu- bata dengan tujuan untuk memperingati orang- orang

ternama, pemerintah, ataupun untuk memperingati kepada peristiwa- peristiwa yang penting.

Sebagai contoh, monument- monument yang terdapat di Asia tenggara adalah candi, kuil, arca ,

patung dan sebagainya. Di sebalik wujudnya monument- monument ini terdapat juga seribu satu

kisah tentang pembinaanya yang menjadi tumpuan masyarakat pada masa kini untuk mengkaji

tentang kewujudan monument- monument tersebut. Melalui kewujudan monumen- monumen

agama yang terdapat di Asia Tenggara tersebut dapat kita lihat bahawa pengaruh agama

sesebuah negara itu dapat dikenal pasti dengan mudah melalui kadedah- kaedah arkeologi

tertentu.

Selain daripada memberi gambaran tentang agama sesebuah agama yang terdapat di

Asia tenggara , melalui peninggalan monument juga dapat memberi gambaran tentang kehidupan

lampau sesebuah tamadun di Asia Tenggara. Peninggalan warisan ini secara tidak langsung telah

mendatangkan pendapatan yang lumayan terhadap pendapatan di sesebuah negara. Kemboja


merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang sangat membangun dari aspek

pelancongan melalui tinggalan tapak bersejarah. Hal ini secara tidak langsung telah menjana

aspek ekonomi dari semasa ke semasa. Perancangan , daya kreativiti dan pelaburan luar telah

membantu negara kemboja untuk membangun dari kemelut peperangan yang sekian lama

mencengkam negara ini sejak berdekad lagi. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan

aspek penjanaan ekonomi terhadap negara tersebut.


LATAR BELAKANG

Kemboja ialah sebuah negara yang kedudukanya terletak di utara semenanjung Malaysia.

Negara kemboja juga diapit oleh negara Thailand di sebelah Barat dan negara Vietnam di

sebelah Timur. Kemboja juga telah dikenali dengan nama “ Kingdom of Cambodia dan

Kampuchea” . Negara ini juga baru menghadapai beberapa siri pergolakkan yang telah

mengorbankan beberapa jutaan nyawa rakyatnya 1. Hal ini menyebabkan kerajaan Kemboja

telah bangkit dan bangun semula daripada trauma yang telah menghantui negara ini sejak

beberapa abad yang lalu. Rakyat kemboja yang menempuh satu era yang berevolusi baru yang

mana negara mereka pernah dijajah oleh Pihak Perancis pada suatu ketika dahulu. Rakyat

Kemboja telah mengeksploitasikan segala temadun warisan tamadun Khmer dan dijana oleh

daya kreativiti generasi baru demi kesejahteraan masa depan negara mereka. Pembangunan

semula oleh kerajaan khmer dalam aspek tinggalan tapak- tapak bersejarah di Kemboja telah

menambahkan lagi penjanaan ekonomi di dalam negara tersebut.

Kemboja mempunyai sejarah kuno yang sangat gah dan gemilang semasa zaman berada

di zaman kemuncak pemerintahan negara tersebut. Pada abad ke 9- 13 , negara kemboja juga

mempunyai sebuah mapyar yang sangat berkuasa dan mempunyai tahap ketamadunan yang

tinggi. Namun begitu, empayar Khmer dilihat merosot pada abad ke 15 apabila empayar tersebut

telah diserang oleh negara Siam. Dan Vietnam. Kemboja terus menjadi rebutan Siam dan

Vietnam dan pada akhirnya telah memaksa Raja Norodom untuk meminta pertolongan daripada

Perancis. Pada tahun 1867 Perancis telah menjadi protectorate dan hal ini telah berlarutan hingga

1
Kiernen B (2008) The pol pot Regime ; Race , Power and Genocide in Cambodia under the Khmer Rounge , 1975-
79, Yale : Yale University.
tahun 1953 apabila Kemboja telah mengisytiharkan kemerdekaan. Namun begitu, pada tahun

1970 Putera Norodom Sihanouk telah digulingkan oleh General Lon Nol dalam satu rampasan

kuasa. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan kemboja telah dikuasai oleh rejim

Khmer Rounge di bawah pimpinan Polpot dari tahun 1975 hingga tahun 1979. Hal ini telah

menjadi satu mimpi ngeri dalam sejarah negara ini apabila jutaan nyawa rakyatnya telah

terkorban dalam pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Polpot. Negara kemboja ini telah

mencapai keamanan pada tahun 1991 semasa Raja Norodm Sihanouk ditabal semula sebagai

raja.

Peta Negara Kemboja

Sumber : Google Map


TINGGALAN TAPAK BERSEJARAH
DI KEMBOJA

ANGKOR WAT
Angkor wat merupakan antara tinggalan tapak bersejarah yang paling popular di

Kemboja. Hal ini diaktakan demikian kerana Angkor wat merupakan antara monument yang

terbesar di kemboja pada era kekuasaan empayar Khmer yang dibina berdasarkan konsep order

kosmos, secara ringkasnya, Angkor wat ini menyerupai sebuah kota kerana ianya dibina sebagai

satu representasi makro kosmos yang lebih luas di atas sebuah tapak mikro. 2 Angkor wat juga

telah dibina dengan bertemakan sebuah replika batu ataupun sebuah mikrosom tentang
3
kosmologi yang menceritakan tentang orang khmer Melayu di kemboja khusunya di Angkor.

Kewujudan monumen Angkor Wat yang besar dan gah serta senibinanya yang klasik telah

mengangkat Angkor sebagai sebuah ketamadunan dalam empayar Khmer. 4 Angkor wat juga

terkenal dengan keistimewaanya kerana seni bina Angkor wat yang unik dan cantik telah

menambahkan lagi nilai-nilai yang tinggi di dalam binaan monument tersebut. Umumnya, setiap

candi yang dibina di Asia tenggara dibina untuk dijadikan sebagai pusat Ibadat .

Dalam kerajaan Angkor khususnya, kewujudan Angkor wat ialah binaan kuil yang telah

dibina dengan lengkap berbanding dengan kuil- kuil Hindu yang lain. Hal ini dikatakan demikian

kerana Angkor wat yang telah dibina oleh Raja Suryavarman II yang berkonsepkan orser kosmos

telah menimbulkan misteri dalam kalangan pengkaji- pengkaji sejarah untuk mengkaji tentang
2
Nota kuliah professor Madya Dr Hanafi Hussin , Pengaruh Hindu Buddha : Pengaruh terhadap Seni Bina di Asia
Tenggara
3
Ahmad Jelani Halimi , Sejarah dan tamadun Bangsa Melayu , ( Kuala Lumpur : Utusan Publications 7 Distributions
( Sdn. Bhd 2008).
4
M.B Alison, Angkor Wat ( USA: Twenty – First Century Books 2009 ),pp 1-23
maksud- maksud yang tersirat di sebalik pembinaan Angkor Wat. Angkor wat smemangnya telah

menjadi satu kemegahan kerajaaan Angkor dalam empayar Khmer pada suatu ketika dahulu.

Pembinaan Angkor Wat juga adalah sangat Kompleks jika hendak dibandingkan dengan kuil-

kuil Hindu yang lain. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan penganut agama Hindu

percaya bahawa Angkor wat bukanlah dibina oleh Manusia tetapi telah dibina oleh kekuasaan

dewa Indera yang turun dari kayangan untuk membina Angkor Wat supaya manusia dapat

melakukan ibadat kepada dewa- dewa Hindu.

Gambar Angkor Wat

Sumber : Penyelidikan Arkeologi Seni Sejarah


KESAN TINGGALAN TAPAK BERSEJARAH
DALAM ASPEK PENJANAAN EKONOMI

ARKEOPELANCONGAN

Arkeopelancongan ( archeo-tourism) merupakan gabungan antara dua perkataan

iaitu “ arkeologi” dan “ pelancongan” . Kombinasi antara dua perkataan tersebut telah

digunapakai sehingga sekarang malah, dijadikan disiplin ilmu bagi membongkar pelbagai

misteri kehidupan manusia dan tamadun masyarakat pada zaman silam. Konsep

Arkeopelancongan kedua- dua perkataan ini telah membawa maksud sebagai lawatan sambal

melancong ke tapak warisan arkeologi, monumen dan bangunan bersejarah. Konsep ini

mempunyai kaitan dengan konsep perlancongan warisan. Menurut istilah dalam RMK-9 ,

pelancongan warisan adalah berkaitan dengan pemuliharaan tempat- tempat bersejarah,

bangunan dan tinggalan artifak sebagai s uatu destinasi tarikan pelancong. Swarbroke (1994)

telah mendefinisikan pelancongan warisan sebagai pelancongan berasaskan warisan, di mana

warisan itu sendiri adalah tunjang utama bagi produk yang ditawarkan dan warisan juga adalah

faktor motivasi ( penggalak) utama kepada pelwar atau pelancong. Oleh hal yang demikian

jelaslah bahawa arkeopelancongan merupakan satu perkaitan dengan destinasi pelancongan yang

berasaskan tapak warisan arkeologi , monumen dan bangunan bersejarah. Bagi mencapai

matlamat tersebut, usaha pengekalan dan pemuliharaan tapak warisan arkeologi yang berpotensi

akan dbangunkan dan menjadi satu destinasi pelancongan yang menarik dan ianya juga adalah

satu usaha yang dilakukan bertujuan untuk menarik kedatangan pelancong untuk melawat tapak

warisan arkeologi, monumen atau bangunan bersejarah.


Kerajaan Kemboja juga tidak ketinggalan untuk meningkatkan industri

Arkeopelancongan dengan membuat perancangan yang teratur untuk membaikpulih dan

memperkenalkan tapak- tapak warisan yag telah diiktiraf oleh UNESCO kepada dunia. Justeru

itu sebuah badan Authority for the protection and Management og Angkor and the Region of

Siem Riep , atau nama singkatanya adalah APSARA yang telah ditubuhkan pada tahun 1995

untuk mengurus dan mengawalselia tapak- tapak bersejarah di Angkor dan sekitar Siem Riep

dengan bantuan beberapa buah negara. Selain itu, pada tahun 1992 Chantiers- Ecoles de

Formation Professionlle ( CEFP) yang telah ditubuhkan untuk melatih masyarakat khususnya

golongan remaja di dalam bidang kraftangan seperti ukiran kayu dan kayu serta lukisan sutera.

Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan pada tahun 2001 Artisans D’ Angkor yang

ditubuhkan dengan bantuan kewangan daripada kesatuan eropah di bawah program REPLIC

iaitu Programme Rural d’ Education Professionnelle et Logique d’ Insertion au Combodge.

Artisans D’ Angkor yang telah ditubuhkan telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat yang

mempunyai lebih 1000 orang pekerja. Hal ini juga telah meningkatkan produktiviti masyarakat

kemboja dan seterusnya dapat menambahkan lagi pendapat ekonomi terhadap negara Kemboja

dari semasa ke semasa.

Usaha untuk membangunkan industri pelancongan merupakan penyumbang kedua

terbesar kepada ekonomi negara Kemboja selepas industri tekstil. Kehadiran pelancong yang

saban hari meningkat dari tahun ke tahun , dan pada tahun 2007, industri ini bernilai USD 1.4

bilion. Pada bulan pertama tahun 2011 telah menyaksikan kedatangan 1.3 juta pelancong dan

dijangkakan akan meningkat sebanyak 2.73 Juta, sehingga penghujung bulan Mei 2011,

pelaburan sebanyak berjumpah USD 2.616 bilion yang melibatkan 42 projek perlancongan

besar- besaran telah diluluskan oleh kerajaan Kemboja.


WARISAN KETARA DALAM TINGGALAN
TAPAK BERSEJARAH DI KEMBOJA

Warisan ketara adalah temasuk di dalam bangunan- bangunan bersejarah , tugu, artifak

dan sebagainyaa yang dianggap sebagai tempat- tempat bersejarah ataupun tinggalan tapak

bersejarah yang ditinggalkan di Kemboja. Hal ini juga merangkum objek- objek yang dianggap

penting dari sudut arkeologi , senibina dan teknologi sesuatu budaya tang tertentu. Hal ini

menyebabkan negara Kemboja kini masyhur di serata dunia dengan tapak- tapak rkeologi yang

telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai tapak warisan dunia.

Negara kemboja dikenali kerana terdapat beberapa tempat tinggalan tapak bersejarah

yang terkenal iaitu di Angkor , Siem Riep termasuklah Angkor Thom , Angkor Wat , Bantaey

Srei , Bayon dan Ta Phrom . Tempat- tempat tersebut telah diperkenalkan melalui filem

Hollywood iaitu “ Tomb raider” pasa tahun 2001. Hal ini secara tidak langsung telah

mempromosikan tinggalan tapak bersejarah di Kemboja kepada masyarakat dunia dan secara

tidak langsung telah meningkatkan pendapatan negara Kemboja dari semasa ke semasa. Selain

itu, Kemboja juga mempunyai warisan semula jadi iaitu tasik air tawar yang merupakan tasik

air tawar yang terbesar di Asia Tenggara iaitu Tonle Sap yang mana tasik ini telah didiami oleh

masyarakat Vietnam dan Cham. Hal ini telah menarik pelbagai pelancong dari segenap penjuru

dunia untuk melancong di negara Kemboja. Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa tinggalan

tapak bersejarah di kemboja telah banyak menarik minat pelancong dari luar negara dan

meningkatkan penjanaan ekonomi dalam negara Kemboja.

Anda mungkin juga menyukai