0 PENGENALAN
Asia Tenggara merupakan sebuah rantau yang kaya dengan pelbagai jenis sumber
sejarah. Permulaan sejarah di Asia Tenggara ini adalah bermula dengan petapakan
pengaruh Hindu sejak abad ke-8 sehingga abad ke-13 Masihi di kebanyakan negara
seperti di Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar dan tidak ketinggalan juga di Tanah
Melayu. Definisi monumen merupakan sebuah binaan atau bangunan yang diperbuat
daripada batu-bata dengan tujuan untuk memperingati orang-orang ternama seperti para
Monumen-monumen yang terdapat di Asia Tenggara adalah seperti candi, kuil, wat,
stupa, arca, dan patung. Di setiap kewujudan empayar-empayar agung yang mempunyai
seperti di Kemboja dan Indonesia (kawasan kajian), pengaruh agama sesebuah negara itu
dapat dikenal pasti dengan mudah melalui kaedah-kaedah arkeologi tertentu. Selain
Fungsi monumen yang terdapat di sesebuah negara bukan sahaja sebagai pusat
kekuatan dan kekuasaan raja yang memerintah kawasan tersebut. Hal ini adalah kerana
setiap pemerintah yang memerintah kerajaan pada awal abad ke-7 mempercayai bahawa
semakin besar dan gah sesuatu binaan, semakin kuatlah kekuasaan empayar tersebut.
1
Antara bukti ideologi kekuatan raja adalah berdasarkan jajahan takluk dan monumen-
monumen yang dibina. Bukti-bukti tersebut adalah dengan wujudnya monumen Angkor
Monumen agama Angkor Wat telah dijumpai oleh Heinri Mouhot yang
merupakan seorong ahli saintis dan pengkaji yang berasal dari Perancis pada tahun 1860.
Menurut Heinri (1860), Angkor Wat merupakan sebuah binaan batu-bata yang besar dan
mengkagumkan dalam agama Hindu1. Monumen ini merupakan sebuah binaan terbesar
yang terdapat di dalam hutan Kemboja yang telah didirikan sewaktu kekuasaan empayar
Khmer di Angkor. Monumen ini dibina sewaktu zaman pemerintahan Suryavarman II,
iaitu pada sekitar tahun 1113-1150 Masihi atau pada abad ke-12. Suryavarman II
menganggap dirinya chakravatin, iaitu yang bermaksud tuhan seluruh alam. Namun, ada
Pembinaan wat (kuil) ini dikatakan memakan masa selama 30 tahun. Berperanan
sebagai sebuah pusat ibadat terbesar di Kemboja, Angkor Wat mempunyai ketinggian
setinggi 130 kaki dan berkelebaran seluas 208 hektar. Angkor Wat terletak di bahagian
utara Kemboja, iaitu di tengah-tengah dataran Angkor dan meliputi hampir keseluruhan
kerajaan Angkor. Angkor yang diasaskan oleh Jayavarman I merupakan ibu kota dalam
1
M. B., Alison, Angkor Wat. (USA: Twenty-First Century Books, 2009), pp. 1-23.
2
“Mandat daripada tuhan” bermaksud seseorang pemerintah di sesebuah kerajaan dikatakan menjadi wakil tuhan di
bumi yang bertanggungjawab untuk memimpin rakyat jelata ke jalan yang benar. Selain itu, ungkapan mandat ini
juga merupakan tafsiran yang mengatakan bahawa pemimpin itu juga dianggap seperti anak tuhan yang diturunkan
ke bumi untuk memimpin manusia. Disertakan dengan mandat, maka terdapatlah unsur-unsur daulat yang bermaksud
kemalangan atau kecelakaan yang bakal terjadi sekiranya rakyat melanggar perintah dan arahan raja. Melalui
kepercayaan bahawa raja mempunyai kuasa sakti, rakyat Khmer pada waktu itu adalah rakyat yang sangat mentaati
rajanya sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Melakukan apa sahaja adalah seperti sanggup mengerah keringat
dalam usaha membina Angkor Wat.
2
empayar Khmer yang telah diasaskan oleh Jayavarman II pada tahun 802 Masihi, iaitu
pada awal abad ke-9. Perkataan “Angkor” berasal daripada perkataan dalam bahasa
Sanskrit yang berbunyi “nagara”. Nagara bermaksud sebuah bandar suci yang
mempunyai maksud beriringan dengan konsep kosmos pada binaan Angkor Wat.
Selain Angkor Wat, Borobudur juga merupakan sebuah kuil pengibadatan bagi
Kemboja, Borubudur pula adalah monumen terbesar di dunia dan ia terkenal sebagai salah
daerah Jawa Tengah, Indonesia dan merupakan sebuah peninggalan binaan terbesar
daripada Dinasti Syailendra yang dikatakan berlaku pada sekitar abad ke-95. Monumen ini
juga dikenali dengan nama Barabudhur. Setiap patah perkataan tersebut mempunyai
makna lain di sebaliknya, iaitu “Bara” yang bermaksud besar dan “Budhur” yang
bermaksud Buddha yang merupakan agama yang dianuti oleh rakyat Indonesia pada abad
itu.
3
2.0 PERBINCANGAN
Monumen terbesar di Kemboja yang wujud pada era kekuasaan empayar Khmer
ini dibina dengan berkonsepkan orde kosmos. Konsep kosmos didefinisikan sebagai suatu
kepercayaan bahawa dunia manusia ini hanyalah sebuah dunia yang kecil, iaitu
mikrokosmos jika dibandingkan dengan dunia para Dewa Hindu yang tersangatlah besar,
iaitu makrokosmos 6. Dengan kata lain, binaan Angkor Wat ini adalah menyerupai sebuah
kota kerana ia dibina sebagai satu representasi makro kosmos yang lebih luas di atas
sebuah tapak mikro. Angkor Wat dibina dengan bertemakan bentuk sebuah replika batu
ataupun sebuah mikrosom tentang kosmologi yang menceritakan kewujudan orang Khmer
besar dan gah serta mempunyai seni binanya yang unik dan klasik telah mengangkat
Nagara yang merupakan kata asal bagi Angkor digunakan kerana ia merupakan
suatu perlambangan bahawa mereka mempercayai bumi ini adalah lambang kepada rumah
para dewa yang berada di puncak Gunung Mahameru9. Disebabkan kepercayaan tersebut,
para penganut agama Hindu berusaha untuk sentiasa melengkapi diri mereka dengan
upacara-upacara ritual yang tertentu supaya mereka tergolong sebagai insan-insan terpilih
6
Nota kuliah Profesor Madya Dr Hanafi Hussin, Pengaruh Hindu Buddha: Pengaruh terhadap Seni Bina di Asi
Tenggara.
7
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions
Sdn. Bhd., 2008), pp. 93. Asalnya, empayar Khemer didirikan oleh Dinasti Melayu, tetapi ia kemudiannya diambil
alih oleh orang-orang Khmer, khususnya selepas Angkor terbentuk.
8
M. B., Alison, Angkor Wat. (USA: Twenty-First Century Books, 2009), pp. 1-23.
9
Higham, C., Early Cultures of Maindland South east Asia. (Bangkok: River Books, 2002), 298-350.
4
yang diberikan mandat untuk menghayati laluan-laluan yang disediakan oleh para Dewa
yang bermula dari bumi hingga ke Syurga 10. Secara terperinci, kepercayaan Hindu
mengajarkan konsep reinkarnasi, iaitu kepercayaan pada kelahiran semula dan jiwa boleh
Nilai-nilai falsafah utama setiap monumen mahupun candi yang dibina di Asia
Tenggara ini adalah sudah semestinya sebagai sebuah pusat pengibadatan. Di Angkor,
kewujudan Angkor Wat merupakan sebuah kuil yang dibina lengkap berbanding dengan
binaan kuil-kuil Hindu yang lain. Hal ini demikian kerana konsep yang dipegang oleh
Suryavarman II, iaitu konsep kosmos yang bercirikan sebuah kota yang dibina sebagai
sebuah dunia yang luas. Secara tepatnya, Angkor Wat dibina dengan bermodelkan konsep
alam semesta. Para ahli arkeologi yang mengkaji tentang sebab-sebab kewujudan Angkor
Wat ini menyedari bahawa setiap ukiran yang dibina membawa maksud-maksud
tersendiri. Misalnya, ukiran patung ular yang terdapat di tiang-tiang besar sepanjang jalan
masuk ke wat memberitahu bahawa symbol kesuburan dalam kegiatan pertanian yang
dijalankan di Angkor 11. Binaan yang berkonsepkan model alam semesta ini juga dapat
dilihat melalui arah wat yang dibina, iaitu yang menghadap ke barat. simbol penggunaan
arah barat ini juga merupakan symbol pergerakan matahari yang terbit dari barat ke timur.
11
Oleh sebab Angkor merupakan sebuah kerajaan agraria yang terbesar pada abad ke-7 Masihi, ukiran-ukiran yang
bercirikan binatang seperti ular memberi maksud bahawa hasil pertanian yang dijalankan akan sentiasa berada dalam
keadaan baik. Ular merupakan simbolik haiwan yang kuat terhadap pertanian padi yang dijalankan pada ketika itu.
Hal ini demikian kerana ular adalah sejenis haiwan pemangsa yang dapat menghalang haiwan-haiwan perosak seperti
tikus untuk merosakkan pertanian utama masyarakat agraria pada ketika itu.
5
Seni reka Angkor Wat yang menghadap ke barat itu bukanlah menggambarkan
perselisihan fahaman dengan para penganut agama Hindu yang lain. Binaan yang
menghadap ke barat ini juga dikatakan menjadi tempat persemadian Suryavarman II yang
telah mangkat sewaktu proses peluasan kuasa ke kawasan lain. Menurut penganut Hindu,
mereka mempercayai bahawa roh Suryavarman II sudah bersatu dengan roh Dewa Visnu
di tempat tertinggi di atas menara, iaitu di Gunung Mahameru. Seni reka wat ini juga
sedikit pelik kerana wat ini sahaja yang dibina menghadap ke barat, manakala wat-wat
Selain itu, ciri model alam semesta ini juga turut disertakan dengan sistem saliran
yang sangat rumit yang dibina untuk membekalkan sumber air minuman kepada
penduduk tempatan serta berfungsi untuk mengairi kawasan pertanian. Sistem saliran
yang mengelilingi Angkor Wat ini juga merupakan simbol yang menggambarkan konsep
kosmos adalah merupakan alam semesta yang sangat luas yang mencerminkan Gunung
Kajian mengenai nilai-nilai falsafah Angkor Wat juga meliputi aktiviti yang
dilakukan dalam kehidupan masyarakat 12 Khmer terhadap pemerintah mereka. Hal ini
dapat dilihat melalui ukiran-ukiran yang diukir di dinding-dinding wat. Misalnya, ukiran
mengenai penyediaan makanan untuk santapan raja, cara orang-orang Khmer berburu,
bekerja, beribadah, bersukaria dan membela haiwan ternakan mereka. Kesemua jenis gaya
yang amat teliti dalam proses pembinaan bangsanya sendiri. Melalui bukti-bukti
6
kehidupan yang diukir, masyarakat kerajaan Khmer merupakan masyarakat yang sangat
patuh pada pemerintahnya. Antara contoh lain yang menggambarkan nilai-nilai falsafah
masyarakat Khmer melalui aktiviti seharian ialah terdapatnya pusat pentadbiran dalam
Angkor Wat itu sendiri. Sebarang permasalahan sama ada yang berkaitan dengan agama,
kepercayaan, ekonomi, politik dan juga sosial akan dirujuk di bahagian tengah menara
Angkor Wat.
Angkor Wat juga turut berperanan sebagai tempat para pemerintah mengabdikan
diri. Dalam makna lain, mendekatkan diri kepada para dewa Hindu khususnya Dewa
Brahma dan Visnu. Hal ini dapat dilihat dengan permulaan binaan tangga yang bertingkat-
tingkat seolah-olah menggambarkan sebagai sebuah laluan yang menuju ke tempat tinggal
para dewa, iaitu di puncak menara tertinggi yang diwakili oleh Gunung Mahameru13.
tersebut adalah tempat letaknya Dewaraja dan Raja agama Hindu, antaranya ialah Brahma
(pencipta), Visnu (dewa tertinggi), Siva, Ganesha, Subramaniam, dan Parvathi. Tambahan
lagi, pendakian anak-anak tangga dari dasar hingga ke puncak juga adalah refleksi
terhadap amalan-amalan agama para penganut Hindu. Maka dengan itu, pusat
pertengahan Angkor Wat ini diletakkan patung Visnu sebagai tanda tempat tinggal para
dewa Hindu. Oleh sebab tangga-tangga ini merupakan laluan yang menghubungkan
manusia dengan Dewaraja dan Raja, para arkitek Hindu pada zaman Suryavarman II telah
13
Ibid.
7
membinanya dalam bentuk yang kecil dan sedikit curam dengan tujuan untuk
pemerintah kepada dewa-dewa Hindu, ciri-ciri binaan Angkor Wat ini juga merupakan
antara nilai-nilai falsafah yang ingin diketengahkan oleh Suryavarman II dalam usaha
mempamerkan keunikan empayar Khmer kepada bangsa-bangsa lain. Ciri pertama binaan
ini ialah ia dikelilingi oleh parit-parit yang dikorek selebar 200 meter persegi. Di samping
dijadikan sebagai sistem saliran, parit-parit ini juga merupakan sebagai salah satu strategi
pertahanan kerajaan Angkor daripada serangan musuh. Mencapai status sebagai sebuah
pengorbanan yang terpaksa dilakukan supaya Khmer kekal unggul. Hasilnya, terukirlah
Selain itu, keunikan dan keagungan empayar Khmer ini menjadi semakin terserlah
kerana memiliki menara-menara yang disaluti emas. Malah, keunikan seni bina monumen
Kemboja ini juga turut melibatkan ukiran-ukiran timbul yang sangat bewarna-warni.
pemerintahan Suryavarman II pada ketika itu. Menurut gambaran relief yang diukir,
14
Cara para dewa dihormati sewaktu sedang menaiki tangga adalah sewaktu manusia berjalan perlahan-lahan untuk
menaiki dari satu tangga ke satu tangga dengan gaya yang agak membongkok sedikit. Ia juga merupakan simbolik
kepada tanda penghormatan terhadap patung-patung para dewa yang terdapat di dalam Angkor Wat itu.
8
Berdasarkan relief tersebut lagi, terdapat ukiran-ukiran relief tentera yang memberi makna
Keunikan Angkor Wat dalam konteks memiliki nilai-nilai falsafah yang tinggi ini
juga dapat dilihat melalui watak-watak relief yang diukir indah pada dinding wat. Gambar
apsara, iaitu gambar penari-penari wanita dari Angkor dijadikan sebagai satu bentuk
hiburan kepada para dewa yang turun ke bumi untuk melawat rakyatnya. Apsara-apsara
yang diukir, iaitu gambaran sekumpulan wanita cantik yang sedang menari itu bukanlah
hanya sekadar penyedap mata, tetapi kesemua apsara tarian itu juga merupakan sebagai
suatu lambang kehidupan di dalam Syurga. Seni ukiran juga turut memaparkan badan-
badan yang diperoleh daripada lagenda Visnu serta imej raja-raja Hindu yang telah
bersatu dengan Dewaraja, iaitu tuhan bagi penganut Hindu. Melalui penghayatan hasil
seni ukir pada Angkor Wat, ia jelas memaparkan kehalusan dan kualiti ukiran para arkitek
Angkor yang tidak mempunyai sebarang asas dalam pembinaan sesebuah bangunan yang
lenggok apsara di dinding-dinding wat, terdapat juga penceritaan epik Ramayana 15 dan
Mahabharata16 yang sangat terkenal dalam lagenda sastera di Asia Tenggara. Epik-epik
yang digunakan di dalam unsur seni persembahan tradisional ini juga merupakan petunjuk
15
Ramayana merupakan sebuah lagenda sastera kaum India yang menceritakan perjalanan Rama yang
menghapuskan moral-moral yang negatif. Epik Ramayana memaparkan kisah penceritaan kekeluargaan Ayodhya,
iaitu Rama dan Sita. Di samping penceritaan nilai kekeluargaan, wujud juga nilai cinta sejati yang sering diduga oleh
anasir-anasir jahat daripada Rvana. Oleh itu, epik Ramayana ini sebenarnya adalah nilai kebaikan yang melawan
kejahatan.
16
Epik Mahabharata pula menceritakan kisah kepahlawanan. Epik ini menceritakan tentang konflik untuk
mendapatkan hak pemerintahan negara Astina antara para Pandawa lima dengan pihak sepupu mereka, iaitu sang
seratus Korawa. Puncak persengketaan ini akhirnya mencetuskan Perang Bharatayudha.
9
bahawa pengaruh Hinduisme berjaya mengalami proses asimilasi 17 dalam masyarakat di
Asia Tenggara.
dalam Empayar Khmer pada suatu masa dahulu telah memberikan banyak bukti dalam
perkembangan pengaruh agama Hindu di Asia Tenggara. Seni bina yang terdapat di
Angkor Wat yang bermula dengan reka bentuk, menara, tangga sehinggalah kepada jenis
seni ukiran yang diukir jelas menujukkan kekuasaan pemerintah; Suryavarman II yang
sangat ditaati oleh rakyatnya. Proses pembinaan Angkor Wat juga merupakan suatu
pembinaan yang sangat kompleks. Maka dengan itu, para penganut agama Hindu
mempercayai bahawa Angkor Wat bukanlah dibina dengan tangan manusia, tetapi ia
dibina dengan kekuasaan Dewa Indera yang turun dari kayangan untuk membina Angkor
Wat supaya manusia dapat melakukan ibadat kepada dewa-dewa Hindu. Sehingga kini,
Angkor Wat adalah tempat suci para penganut agama Hindu di samping menjadi salah
17
Proses asimilasi merupakan suatu proses penggabungan budaya dan kepercayaan dalam sesuatu kaum.
10
2.4 BOROBUDUR
Binaan monumen yang terbesar di dunia, iaitu candi Borubudur yang merupakan
binaan agung yang ditinggalkan daripada Dinasti Syaleindra pada abad ke-718. Merupakan
monumen agama yang dibina untuk penganut ajaran Buddha Mahayana pada ketika itu
dan dikatakan Borubudur ini merupakan sebuah binaan yang diasaskan oleh Raja
Smaratungga, iaitu salah seorang Raja Mataram kuno dari Dinasti Syailendra yang
dipercayai telah membina Borubudur pada awal tahun 700 Masihi sehingga tahun 800
Masihi, tetapi masih lagi tiada bukti yang jelas berkenaan dengan tahun dan pencipta
Megelang, Yokjakarta19. Kedudukan candi Borubudur ini juga dibina berdekatan dengan
Candi Pawon dan Candi Mendut di Indonesia. Menurut kepercayaan agama Buddha juga,
sebelum individu itu ingin beribadat di Candi Borobudur, beliau harus sampai ke dua
buah candi yang berada sebelum Candi Borubudur ini terlebih dahulu.
Candi Borubudur ini dibina bertemakan binaan Jawa Kuno serta melambangkan
binaan seperti sebuah alam raya. Monumen ini berketinggian tidak lebih daripada 50
meter dan tidak kurang daripada 30 meter, manakala ia mempunyai keluasan dari penjuru
ke penjuru selebar 113 meter persegi setiap satu. Berdiameter sebesar 123 meter persegi
yang meliputi kawasan-kawasan menganjur, iaitu dari luar dan dalam Borubudur.
Bahagian tertinggi candi ini berukuran setinggi 42 meter tinggi yang diukur di bahagian
18
Asmaraman, S., dan Hoo, K. P.,Banjir Darah di Borobudur. Diakses pada 10 Disember 2014.
https://books.google.com.my/books?id=9a9tBAAAQBAJ&printsec=frontcover&dq=sejarah+borobudur&hl=en&sa=
X&ei=7o-KVPLMC9eIuASUsoKgBw&ved=0CEcQ6wEwBg#v=onepage&q&f=false
19
Ibid.
11
paling atas monumen. Secara keseluruhan, Borubudur mempunyai keluasan penuh seluas
2 500 kilometer persegi20. Seni reka bahagian tertinggi ini adalah berbentuk seperti sebuah
loceng besar yang digelar sebagai genta yang juga merupakan sebagai salah satu elemen
Monumen Borobudur telah dibina di Indonesia adalah lebih awal daripada Angkor
Wat, iaitu didirikan pada tahun 800 Masihi. Binaan kuil terbesar yang disusun dengan 2
juta blok batu volkanik menjadikan Borobudur sebagai sebuah monumen yang berdiri gah
hingga ke hari ini. Binaannya yang teguh telah mengunci kedudukan binaan batu-bata
dianggap hampir sama dengan reka bentuk bangunan piramid yang terdapat di Mesir, iaitu
pembinaan candi Borobudur ini dibina melalui beberapa tahap pembangunan. Setiap tahap
yang berteres-teres. Gaya susunan berteres ini di susun pada peringkat paling bawah. Pada
bahagian ini, iaitu bahagian teres candi, para sejarawan mendapati bahawa konsep asal
Borobudur adalah ingin dijadikan seperti sebuah piramid. Namun, corak tersebut
20
Wendoris, T., Mengenal Candi-Candi di Nusantara. (Yogyakarta: PT. Buku Kita, 2008), 20-29.
21
Stupa = Loceng
22
Mackenzie, J., Borobudur.
12
kemudiannya diubah. Perubahan corak penyusunan permulaan candi yang bertingkat-
tingkat itu diketahui kerana terdapatnya sebuah penemuan gaya penyusunan yang
bersusun. Hal ini demikian kerana, terdapatnya bahagian reka bentuk Borobudur yang
tidak seragam, iaitu ada bahagian yang di susun bertingkat-tingkat da nada pula bahagian
tersebut ialah dua buah undak24 bersegi. Kemudian undak-undak bersegi itu ditambah lagi
dengan sebuah lagi undak disekelilingnya. Pertambahan undak dan pondasi ini akhirnya
menjadikan rekaan asal menjadi seperti sebuah stupa25 induk yang besar. Kemudian,
perubahan masih lagi berlaku pada tahap pembangunan yang ketiga. Perubahan ini
melibatkan undak yang dibina pada tahap kedua tadi diruntuhkan semula dan dibina
sebagai ganti tiga buah undak yang melingkari di bahagian atas stupa. Setelah berlakunya
proses pengubahsuaian di tahap ketiga, stupa-stupa itu didirikan di atas menara setiap
bucu dengan meletakkan sebuah stupa yang besar di tengah-tengah menara-menara itu
tadi. Pembangunan tahap ketiga ini dilihat agak merumitkan kerana melibatkan proses
pengubahsuaian yang berlaku pada skala yang besar. Namun, pada proses pembangunan
Borobudur tahap keempat, ianya hanya melibatkan pengubahsuaian yang kecil sahaja.
Pengubahsuaian itu berlaku pada bahagian ukiran tangga dan pada ukiran lengkungan
23
Pondasi = Tapak / Tembok
24
Undak = Bucu / Sudut
25
Stupa = Loceng
13
Binaan di setiap tahap menceritakan secara bertingkat-tingkat dan berteraskan
melambangkan konsep binaan alam raya yang bermaksud binaan yang dihasilkan akan
menjadi sebuah alam yang besar. Kepercayaan ini merujuk kepada kepercayaan agama
Buddha Mahayana. Binaan yang bertemakan alam ini boleh dilihat pada bahagian bawah
candi. Di bahagian tersebut, teres-teres candinya telah diukir dengan relief-relief alam
yang lebih jelas menceritakan kelahiran semula kelahiran semula Sang Buddha26 melalui
proses reinkarnasi27. Oleh hal yang demikian, ramai sejarawan mengandaikan bahawa
Bertemakan binaan yang mengikut agama Buddha Mahayana, bentuk dalam dasar
iaitu28;
a) Konsep Kamadhatu
Binaan pada bahagian kaki (bahagian paling bawah candi) yang tertutup dan tertimbun
26
Proses reinkarnasi yang menceritakan semula sewaktu Sang Buddha menjadi pemerintah di Benares.
27
Suatu proses yang sama seperti agama Hindu di Angkor.
28
Soekmono, R., Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Diakses pada 10 Disember 2014.
https://books.google.com.my/books?id=Ua_L2i3HgOIC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false
14
b) Konsep Ruphadhatu
Lalitavistara,
c) Konsep Arupadhatu
Bahagian ketiga, iaitu bahagian yang terdiri daripada batu-batu berbentuk bundar dan
juga bahagian yang menempatkan stupa-stupa Buddha yang berada dalam keadaan
sedang bermeditasi yang tidak ada sebarang ukiran atau hiasan pada bahan-bahan ini.
d) Puncak Borobudur
Secara keseluruhannya, monumen Borubudur ini juga turut dibina berdasarkan reka
bentuk piramid yang berteraskan sepuluh lantai yang disesuaikan dengan konsep sepuluh gaya
15
Teras lingkar Teras bujur sangkar
Di setiap aras lantai juga turut diklasifikasikan setiap relief yang terdapat pada setiap
bawah:
Pahatan relief
a) Dekoratif 1 212
b) Kisah 1 460
29
http://www.borobudurindonesia.com/arsitektur.php
16
Jumlah relief Kisah relief Tingkat Candi
(pahatan)
120 Lalitavistara 1
agama Buddha. Bahan binaan yang terdapat di dalam monumen tersebut adalah
dibina dengan berpandukan kitab agama Buddha Mahayana. Hal ini termasuklah
Borobudur ini juga telah diperakui oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia30.
30
Durmarcay, J., Candi Sewu dan Aristektur Bangunan Agama Buda di Jawa Tengah: and Budhhist Architecture of
Central Jawa. (Jakarta: Kepustakaan Populer Garmedia, 2007), 75.
17
3.0 KESIMPULAN
di kawasan Kemboja dan Indonesia memainkan peranan yang sangat tinggi dalam sesebuah
empayar ataupun kerajaan. Hal ini adalah kerana, melalui monumen-monumen agama tersebut,
maka lahirlah nilai-nilai falsafah yang secara langsung telah mengangkat ketamadunan sesebuah
kerajaan tersebut. Hasil seni bina serta ukiran-ukiran yang terpahat pada binaan tersebut juga
adalah berkisarkan kepada cerita-cerita epik bagi sesuatu agama. Misalnya, kewujudan Angkor
Wat ada menceritakan epik Ramayana dan Mahabharata. Di Borobudur pula turut menceritakan
bahawa pembinaan candi Borobudur ini adalah berkisahkan dengan kitab-kitab agama Buddha
Mahayana. Kewujudan Angkor Wat dan Borubudur merupakan bukti keagungan kerajaan lantas
18
RUJUKAN
Buku
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. (Kuala Lumpur: Utusan
Durmarcay, J., Candi Sewu dan Aristektur Bangunan Agama Buda di Jawa Tengah: and
75.
Higham, C., Early Cultures of Maindland South east Asia. (Bangkok: River Books, 2002), 298-
350.
M. B., Alison, Angkor Wat. (USA: Twenty-First Century Books, 2009), pp. 1-23.
Wendoris, T., Mengenal Candi-Candi di Nusantara. (Yogyakarta: PT. Buku Kita, 2008), 20-29.
Buku Online
Asmaraman, S., dan Hoo, K. P.,Banjir Darah di Borobudur. Diakses pada 10 Disember 2014.
https://books.google.com.my/books?id=9a9tBAAAQBAJ&printsec=frontcover&dq=sejar
ah+borobudur&hl=en&sa=X&ei=7oKVPLMC9eIuASUsoKgBw&ved=0CEcQ6wEwBg#
v=onepage&q&f=false
19
Barnes, T., Arkeology. Diakses pada 8 Disember 2014. https://books.google.com.my/books?id
=kA8mHHQbes8C&pg=PT39&dq=kelebaran+angkor+wat&hl=en&sa=X&ei=WECKVI
X2OcODuwSly4GICg&ved=0CC4Q6AEwAA#v=onepage&q=angkor%20wat&f=false
Soekmono, R., Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Diakses pada 10 Disember 2014.
https://books.google.com.my/books?id=Ua_L2i3HgOIC&printsec=frontcover#v=onepage
&q&f=false
Sumber Web
http://www.borobudurindonesia.com/arsitektur.php
Sumber Kuliah
Nota kuliah Profesor Madya Dr Hanafi Hussin, Pengaruh Hindu Buddha: Pengaruh terhadap
20
21