Anda di halaman 1dari 2

1.

Bukti kemasukan pengaruh agama Hindu dan Buddha

Kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Aisia Tenggara juga dapat dilihat berdasarkan
peninggalan data arkeologi seperti candi di Lembah Bujang yang menunjukkan ciri Hindu dan
Buddha , candi di Srivijaya yang menunjukkan ciri Buddha dan candi di Angkor Wat yang
menunjukkan ciri Hindu dan Buddha. Perkembangan agama Buddha di Srivijaya juga didukung
dengan data catatan I-Tsing pada tahun 671M yang menyatakan di Srivijaya terdapat sekitar 1000
bhisku yang mempelajari agama Buddha dan mempelajari Bahasa Sanskrit sebelum mereka
melanjutkan pelajaran ke Nalanda, India. Bahkan Atisa, guru agama Buddha dari Tibet pernah belajar
di Srivijaya selama 12 tahun. Pengaruh seni agama Hindu dan Buddha terhadap seni tempatan.

2. Jelaskan pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara

Sebelum kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha masyarakat Asia Tenggara mengembangkan
kebudayaan sendiri sejak Zaman Logam. Antara bentuk amalan adalah seperti kepercayaan
animisme. Mulai abd ke-3 Masihi, wujud hubungan dengan kerajaan India. Masyarakat mula
menerima kebudayaan kerajaan India. Contohnya, sistem kepercayaan dan agama, sistem
pemerintahan beraja, kesenian dan kesusasteraan. Warisan ini masih kekal dalam masyarakat Asia
Tenggara hingga kini. Contohnya, Agama Buddha diamalkan di Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja
dan Vietnam.

3. Cara-cara kedatangan pengaruh agama Hindu dan Buddha

Terdapat empat pendapat sejarawan tentang kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia
Tenggara. Pendapat pertama mengatakan bahawa pengaruh Hindu dan Buddha dibawa oleh
golongan Ksyatria atau tentera. Mengikut pendapat ini penagruh ini dibawa dan disebarkan oleh
golongan penakluk dari India lalu membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara. Pendapat kedua
mengatakan bahawa pengaruh tersebut dibawa oleh pedagang atau golongan Vaisya. Faktor
perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah wujud sejak abad ke-5 Masihi. Perdagangan
dua hala ini terus berkembang apabila India sendiri berusaha untuk mendapatkan logam emas dari
Asia Tenggara setelah Maharaja Vespian dari Rom menghentikan perdagangan logam emas dengan
India untuk mengelakkan kekurangan sumber bahan tersebut Rom. Pendapat ketiga mengatakan
bahawa pengaruh ini dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta. Pendapat keempat mengatakan
bahawa proses itu berlaku melalui pengambilan aspek- aspek kebudayaan India yang menarik sahaja
dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. Para sejarawan bersetuju
dan menerima pendapat keempat ini. Ini diperkuatkan lagi oleh ahli arkeologi jumpaan seni arca
yang kasar yang mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara khususnya seperti Archa dengan
ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di Srivijaya. Dalam proses pengambilan itu aspek- aspek
yang diambil dari India oleh seseorang pemerintah dengan pemerintah lain di Asia Tenggara
mungkin berbeza walaupun pengambilannya berlaku pada masa yang sama. Ini dapat dilihat dalam
aspek amalan kepercayaan .Contohnya, agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad ke-5M ialah
Buddha tetapi di Dieng, Indonesia agama yang dianuti ialah Hindu.
4. Bincangkan pengaruh Hindu dan Buddha dalam pembinaan

i. Candi Angkor Wat

ii. Candi Borobudur

iii. Candi Lembah Bujang

(i)

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam pembinaan Candi Angkor Wat yang terdapat di Kemboja.
Candi Angkor Wat merupakan binaan untuk agama Hindu dan dibina oleh Raja Suryavavman II.
Candi ini terletak 6 kilometer ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos . Tingginya ialah
213 meter dan keluasan kawasannya ialah 208 hektar. Candi ini mempunyai tempat pemujaan pada
bahagian tengah yang tingginya sekitar 39meter dengan teres bertingkat empat. Setiap sudutnya
mempunyai menara. Pintu besar candi ini mengarah ke barat yang dikaitkan dengan tuhan Vishnu.
Bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batu laterit dan batu pasir dengan ukuran
850 meter lebar dan 1000 meter panjang.Tembok mempunyai ukiran yang menggambarkan antara
lain epik Ramayana dan Mahabratha.

( ii )

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam pembinaan Candi Borobudur terletak di Jawa Tengah,
Indonesia dan dibina pada zaman kerajaan Sailendra. Candi ini merupakan pengaruh agama Buddha.
Candi ini mewakili agama Buddha Mahayana dan terbahagi kepada tiga tingkat. Setiap tingkat
melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha. Pada
tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha. Tiga tingkat itu melambangkan
tiga tahap kehidupan iaitu Sila, Samadhi dan Panna seperti yang terdapat dalam ajaran Buddha.
Candi Borobodur ini dibina dalam masa 75tahun. Ketiga-tiga tahap dihubungkan dengan konsep
Lapan Jalan Kebenaran iaitu Panna merupakan aspek kebijaksanaan, Samadhi merupakan aspek
penumpuan dan Sila merupakan aspek moral. Nama candi ini berasal daripada nama
Bsumisambarabhudana yang bermaksud " Gunung timbunan kebaikan di atas sepuluh peringkat
Bodhisattva". Candi ini terdiri daripada 9 tingkat dan terdapat pagar langkah relief lukisan Buddha.
Bahagian atas di anggap tertinggi dan lambang pencapaian nirwana, iaitu tahap manusia bebas
daripada nafsu.

( iii )

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam pembinaan Candi Lembah Bujang merupakan keluasan
sekitar 400 kilometer persegi. Tapak arkeologi di Lembah Bujang dijumpai pada tahun 1840-an oleh
James Low iaitu Superintendent di Seberang Perai. Semenjak penemuan tersebut hingga ke hari ini
lebih daripada 70 buah tapak arkeologi telah dikenalpasti. Walaubagaimanapun melalui kajian
arkeologi hanya sembilan buah tapak yang dapat dibina semula struktur lantainya. Antara candi yang
telah dibina semula di Lembah Bujang ialah candi yang dapat dilihat di Estet Sg. Batu di Bukit Batu
Pahat, di Pendiat dan di Pengkalang Bujang. Candi yang terdapat di lembah Bujang bersaiz kecil,
kesemua candi yang dijumpai tinggal bahagian tapak sahaja. Candi agama Hindu terbahagi kepada
dua bahagian utama iaitu Vimana merupakan bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan dan
Mandapa merupakan bahagian luar candi. Candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis
cruciform.

Anda mungkin juga menyukai