Anda di halaman 1dari 17

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016


Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

PENGAJARAN JAWI BERKESAN DALAM USAHA MEMARTABATKAN


WARISAN BUDAYA BANGSA

Naquiah Nahar & Jimaain Safar


Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK

Pengajaran Jawi yang berkesan bukan sahaja berperanan untuk membantu murid menguasai
kandungan ilmu dalam Pendidikan Islam dengan baik, malah merupakan medium untuk
memartabatkan Jawi sebagai suatu seni warisan budaya bangsa. Pengajaran Jawi berkesan
memerlukan kemahiran Guru Pendidikan Islam dalam mempelbagaikan strategi, pendekatan,
kaedah serta teknik agar ilmu dan kemahiran dapat disampaikan dengan baik. Walau
bagaimanapun, kajian mendapati kelemahan tahap penguasaan Jawi dalam kalangan pelajar
disebabkan oleh faktor pengajaran Jawi yang kurang berkesan serta masih mempunyai banyak
kelemahan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran Jawi
dari aspek strategi, pendekatan, kaedah serta teknik yang digunakan dalam usaha untuk
memupuk kecintaan pelajar terhadap tulisan tersebut dan menghargainya sebagai suatu seni
budaya bangsa. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan dan analisis
dokumen. Rujukan dari jurnal-jurnal ilmiah, laporan kajian serta tesis yang berkaitan
digunakan bagi mengumpul maklumat dan data tentang strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik yang diaplikasi oleh Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Jawi. Berdasarkan
kajian, dapatan menunjukkan bahawa Guru Pendidikan Islam tidak mempunyai kemahiran
yang khusus dalam mengajar Jawi, banyak menggunakan strategi berpusatkan guru dan
kaedah pengajaran tradisional seperti kaedah kuliah, penerangan dan syarahan. Secara
ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa pengajaran Jawi secara keseluruhannya masih belum
cukup berkesan dan belum berupaya membantu usaha untuk memartabatkan Jawi sebagai
suatu seni khazanah warisan bangsa.

*Email: naquiah2@live.utm.my & ajmain@utm.my

1.0 PENGENALAN

Pelajaran Jawi adalah salah satu bidang ilmu hasil pengorganisasian pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, manakala Pendidikan Islam
pula merupakan salah satu komponen penting yang terkandung dalam sistem pendidikan
kebangsaan dan juga menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Menerusi Pelajaran Jawi, murid dibekalkan dengan
kemahiran menyebut, membaca dan menulis huruf-huruf, suku kata, perkataan dan teks Jawi
(Che Siah, 2007; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Kemahiran yang dibekalkan ini
bertepatan dengan usaha untuk mencapai objektif mata pelajaran Pendidikan Islam yang
menetapkan matlamat murid dapat membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam
tulisan Jawi dan khat serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2015). Justeru, bagi memastikan objektif tersebut tercapai, ia
memerlukan kepada penyampaian pengetahuan, kemahiran dan nilai secara berkesan oleh
guru melalui kepelbagaian strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Jawi yang

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

1
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

menarik dan sesuai bagi memenuhi keperluan abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2015).
Pengajaran Jawi yang berkesan dalam kalangan Guru Pendidikan Islam adalah amat penting
kerana ia mempunyai perkaitan yang rapat dan amat sinonim dengan tahap penguasaan
pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini disebabkan oleh bahan sumber
Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam tulisan Jawi (Hashim, 2005; Nik Rosila,
2007; Hashim & Adi Yasran, 2009; Akmariah & Sofiah, 2010; Nazimah, 2013; Norizan &
Nor Azan, 2013; Asyraf Ridwan & Berhanundin, 2015) dan pengajaran Pendidikan Islam
juga diajar dalam tulisan Jawi sepenuhnya di peringkat sekolah rendah dan menengah
(Asmawati et al., 2008). Di samping itu, pengajaran Jawi berkesan juga berperanan sebagai
pemangkin kepada usaha untuk memartabatkan Jawi yang merupakan jati diri bangsa Melayu
yang wajar dipertahan dan dilestarikan. Justeru, Guru Pendidikan Islam seharusnya memiliki
kemahiran dan kecekapan dalam memahami disiplin ilmu pedagogi yang meliputi strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Jawi agar dapat memilih metodologi yang terbaik
dan paling berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran Jawi.

2.0 DEFINISI DAN KONSEP PENGAJARAN

Secara umumnya, pengajaran didefinisikan sebagai proses menyampaikan pengetahuan,


kemahiran, sikap, dan nilai yang dijangka akan membawa perubahan dalam diri pelajar
(Maria, Samsilah & Tajularipin, 2011). Pengajaran juga boleh diertikan sebagai proses
berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu secara sistematik menggunakan
kaedah dan teknik yang sesuai bagi menghasilkan perubahan yang secara relatifnya kekal
sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit (Shahabudin et al., 2003) dan tidak
akan berlaku tanpa adanya sesuatu tugasan atau aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru
dan muridnya (Noor Hisham, 2011).

Dalam erti kata lain, pengajaran juga digambarkan sebagai proses memindah,
memberitahu, mengajar sesuatu ilmu pengetahuan serta menyampai pelbagai jenis maklumat
kepada seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ilmu tersebut (Azizi & Siti
Atiqah, 2010.; Ishak Baba, 2009; Ab Halim & Mohamad Khairul Azman, 2010) sama ada
melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang seumpamanya (Ab Halim,
Adnan, Kamisah et al., 2004) berasaskan tiga unsur iaitu guru, murid dan kaedah pengajaran
yang digunakan (Kamarul Azmi, 2015).

Berdasarkan penyataan tersebut, dapat difahami bahawa pengajaran adalah suatu


proses secara sistematik mengikut langkah demi langkah yang bermula seawal merancang
pengajaran, peringkat permulaan, peringkat perkembangan konsep diakhiri dengan aktiviti
peneguhan dan pengukuhan (Kamarul Azmi & Ab Halim, 2014; Ab Halim & Mohamad
Khairul Azman, 2010; Anuar & Nelson, 2015) melalui rangkuman pengimplementasian
strategi, pendekatan, kaedah serta teknik yang merupakan komponen-komponen sebagai asas
dalam proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Gabungan pelbagai aktiviti pengajaran
dalam amalan pengajaran seseorang guru yang melibatkan elemen-elemen strategi,
pendekatan, kaedah serta teknik akan membawa kepada pengajaran yang berkesan (Allen,
1992; Abdul Raof, 1998; Anuar & Nelson, 2015). Menurut Rosni & Rohayah (2010) pula,
apa saja yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman kehidupan seharian, pembacaan dan
pendengaran menjadi sebahagian dari ilmu juga merupakan suatu bentuk pengajaran.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

2
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Oleh yang demikian, berdasarkan penyataan-penyataan tersebut, konsep pengajaran


Jawi menerusi konteks yang lebih luas dan menyeluruh boleh dijelaskan sebagai proses guru
menyampaikan pengetahuan dan mengasah kemahiran pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang
dirangka dalam langkah-langkah pengajaran berlandaskan pengimplementasian strategi,
pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran yang bermatlamat untuk membentuk kemahiran
berbahasa melalui penekanan terhadap dua kemahiran utama iaitu menguasai kemahiran
membaca dan menulis Jawi dengan baik serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

3.0 KONSEP PENGAJARAN BERKESAN

Guru merupakan arkitek sosial yang memainkan peranan utama dalam melaksanakan proses
pendidikan secara berkesan bagi melahirkan pelajar yang berkualiti. Guru yang
menggunakan strategi pengajaran berkesan akan memudahkan pelajar memahami sesuatu
konsep atau kemahiran, manakala guru yang sebaliknya akan menyebabkan objektif
pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai (Baharin, Othman & Syed Mohd Syafeq, 2007;
Ahmad Nurulazam, Zurida & Mohd Ali, 2007; Ishak, 2009; Zuraidah, 2013). Keberkesanan
seseorang guru diukur melalui tahap penguasaan pelajar terhadap pengajaran dan pencapaian
objektif pembelajaran yang telah dirancang (Ableser, 2012). Oleh itu, pengajaran yang
berkesan berfungsi untuk menghasilkan pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah (Al-
Syaibani, 1991; Atan long, 1993; Ahmad, 1997; Mohd Yusuf, 2000; Mok, 2000) dan
membantu pelajar belajar dengan lebih baik dan efisien (Rohani, Hazri & Nordin, 2010)
kerana proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses dua hala yang melibatkan
interaksi antara guru dan pelajar dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
bergantung kepada kualiti interaksi antara kedua-dua pihak tersebut (Ab Halim, 2005; Nor
Azlin, 2010).

Pengajaran yang berkesan merupakan suatu proses yang melibatkan peranan guru,
murid, kurikulum, sumber pengajaran dan persekitaran bilik darjah yang kondusif (Zulina,
2015). Menurut Kyriacou (1986), pengajaran berkesan ialah ‘essentially concerned with how
best to bring out the desired pupil learning by some educationally activity’. Ia juga
ditakrifkan sebagai bagaimana guru boleh memberi bimbingan yang terbaik, memudahkan
dan memotivasikan pelajar ke arah penghasilan pencapaian akademik tertentu (Gorsky &
Blau, 2009) serta memberikan pengalaman yang akan mengubah tingkah laku pelajar secara
kekal (Azizi & Siti Atiqah, 2010) dan perubahan tingkah laku tersebut boleh dilihat melalui
kefahaman dan kemahiran semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru. Menurut
Asmah (1990), keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang
berkesan, kesesuaian bahan serta alat bantu yang dapat merangsang dan menggalakkan
penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Mustapha Kamal (2015) pula telah
merumuskan bahawa keberkesanan dalam konteks pengajaran seseorang guru adalah berkait
rapat dengan kemampuan guru dalam aspek pengajaran, kaedah pengajaran dan kehendak
pelajar dalam sesebuah kelas.

Justeru, untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, guru haruslah
memperlengkap diri dengan ilmu yang cukup sama ada dari aspek psikologi, pedagogi, teknik
dan strategi pengajaran (Normazidah, 2012). Melalui keupayaan dan kreativiti guru
mengubahsuai strategi dan kaedah mengajar yang sesuai, pengajaran akan lebih bermakna,
menarik seterusnya membawa kesan pembelajaran yang maksimum (Razali, 1991). Seorang
guru yang mengaplikasikan amalan pengajaran berkesan akan sentiasa memainkan
peranannya dengan memerhatikan perkembangan penguasaan pembelajaran pelajar mereka,

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

3
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

dan kejayaan guru mengubah pelajar dalam bentuk jangka pendek dan perubahan jangka
panjang merupakan kayu ukur kepada keberkesanan pengajaran seseorang guru itu (Kamarul
Azmi, Ab Halim & Mohd Izham, 2009). Peranan guru sebagai agen perubah juga ditegaskan
oleh Noornajihan & Ab Halim (2013) di mana ia boleh direalisasikan melalui fungsinya
sebagai wadah penyampai ilmu, pencorak minda serta pembentuk sahsiah dan amalan
pengajaran yang berkesan merupakan wasilah untuk merealisasikannya.

Oleh yang demikian, pengamalan ilmu seseorang pelajar, penghayatannya terhadap


ilmu yang dipelajari serta pembentukan keperibadiannya adalah berkait rapat dan sangat
dipengaruhi oleh aspek keberkesaan pengajaran guru (Sarimah, Ab Halim, Mohd Kashfi et
al., 2012; Azhar & Ab Halim, 2007; Kamarul Azmi, 2010). Kemahiran mengajar adalah
perkara yang menjadi keutamaan bagi seseorang Guru Pendidikan Islam dan merupakan
aspek terpenting agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berkualiti dan
berkesan bagi memastikan kecemerlangan diri setiap pelajar (Mohd Puad & Hasbullah, 2015).
Keberkesanan pengajaran guru dilihat sebagai sesuatu yang membawa kepada perubahan
pencapaian pelajar yang mempunyai kepentingan terhadap kejayaan masa hadapan mereka
(Coe, Aloisi, Higgins et al., 2014). Dalam konteks pengajaran Jawi pula, keberkesanan
pengajaran dilihat mencakup objektif serta misi yang lebih luas iaitu bagi memenuhi hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia yang menetapkan matlamat akhir untuk menanam rasa
kecintaan serta penghargaan dalam kalangan murid dalam usaha untuk memartabatkannya
sebagai suatu seni warisan budaya bangsa.

4.0 KESEPADUAN STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH SERTA TEKNIK


DALAM PENGAJARAN JAWI BERKESAN

Bagi memperhalusi konsep pengajaran Jawi untuk mendapatkan tafsiran yang lebih terperinci,
elemen-elemen seperti strategi, pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran Jawi seharusnya
difahami dengan mendalam. Secara umumnya, istilah kaedah merujuk kepada satu siri
tindakan guru yang sistematik dan tersusun untuk mencapai objektif pelajaran secara spesifik
dalam jangka masa pendek (Mok, 1997; Ting & Muhamad Sidek, 2007). Kamarudin (1994)
dan Anuar & Nelson (2015) pula mentakrifkan kaedah sebagai perancangan atau prosedur
bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik (Zulina, 2015)
melalui langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan
kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu matlamat
pelajaran (Mok & Lee, 1991; Ahmad, 1997; Mohd Yusuf, 2000; Akmariah, 2010). Oleh itu,
kaedah pengajaran Jawi dapat dijelaskan sebagai suatu prosedur terancang dalam proses
melaksanakan aktiviti mengajar kemahiran Jawi kepada pelajar.

Kaedah pengajaran amat berperanan sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan salah satu faktor penting
dalam sesuatu pengajaran (Normazidah, 2012). Peranan kaedah pengajaran begitu penting
sehingga dikatakan seorang guru yang tekun, mempunyai kelayakan akademik dan
pengetahuan yang cemerlang tidak menjamin kecemerlangan pelajarnya sekiranya tidak
disertakan dengan kaedah mengajar yang baik dan sistematik (Mohd Zaidi, 2005). Namun
begitu, guru tidak perlu terikat dengan satu-satu kaedah sahaja, sebaliknya guru harus sentiasa
berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih
berkesan (Abdul Rahim et al., 2000; Muhamad Zaki, Razali, Azman et al., 2013) bagi
mencipta kepelbagaian dan kreativiti dalam pengajaran mereka (Muzirah & Nurhana, 2013).

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

4
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Oleh yang demikian, daya kreativiti dan usaha Guru Pendidikan Islam dalam mencari kaedah
pengajaran Jawi yang difikirkan sesuai dan menarik untuk diaplikasikan terhadap pelajar
mereka adalah asas untuk menghasilkan amalan pengajaran Jawi yang berkesan.
Teknik pula digambarkan sebagai apa yang dilihat di dalam bilik darjah (Azman,
1987), iaitu suatu cara khusus yang dilakukan seseorang dalam melaksanakan suatu kaedah
pengajaran (Mok, 2006). Teknik juga merujuk kepada kepada unit-unit kecil yang
terkandung dalam sesuatu kaedah (Ab Halim & Mohamad Khairul Azman, 2010) atau lebih
tepat lagi kemahiran dan perlakuan guru dalam mengelola dan melaksana kaedah mengajar
dalam aktiviti pengajaran (Ahmad, 1997), yang turut membawa maksud suatu kaedah
pengajaran boleh menggunakan beberapa teknik di dalamnya (Muhamad Zaki, Razali, Azman
et al., 2013). Menurut Ahmad (1997), apabila pelajar mudah menerima, menghayati dan
berupaya mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan sehariannya, maka pada ketika
itulah sesuatu teknik pengajaran itu dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, teknik bersifat
sepesifik dan tidak sesuai untuk diterapkan pada semua situasi pengajaran. Oleh itu,
pemilihan sesuatu teknik pengajaran Jawi haruslah berasaskan sesuatu kaedah yang
berlandaskan sesuatu pendekatan, malah keberkesanan teknik yang digunakan dalam
pengajaran Jawi adalah bergantung kepada asas-asas pengkaedahan dan pendekatan Jawi
yang mantap, kukuh dan boleh dipercayai.

Pendekatan atau strategi pengajaran pula merupakan istilah yang mencakupi


keseluruhan proses amalan pengajaran Jawi dan mempunyai makna yang sama untuk
menjelaskan bagaimana proses pengajaran guru dalam mengajar Jawi. Secara umumnya
pendekatan merujuk kepada mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dan setiap satu
pendekatan itu hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat
pelajaran (Ab Halim & Mohamad Khairul Azman, 2010) bagi mencapai matlamat pendidikan.
Strategi pengajaran juga didefinisikan oleh Mok (2004) sebagai sebuah kaedah untuk
menyampaikan pelajaran yang boleh membantu pelajar mencapai tujuan belajar. Menurut Ab
Halim (2006), terdapat pendekatan yang pelbagai yang boleh digunakan dalam pengajaran
seperti konkrit kepada abstrak, daripada mudah kepada kompleks, daripada keseluruhan
kepada sebahagian, daripada umum kepada khusus, daripada spesifik kepada umum, daripada
dekat kepada jauh dan daripada diketahui kepada belum diketahui. Hal ini bermakna Guru
Pendidikan Islam bebas memilih mana-mana pendekatan tersebut untuk diimplemenkan ke
dalam pengajaran Jawi bagi menghasilkan amalan pengajaran Jawi yang berkesan.

Namun begitu, berbeza dengan Muhamad Zaki, Razali, Azman et al. (2013) yang
mengklasifikasikan bahawa strategi atau pendekatan secara umumnya dibezakan kepada dua
iaitu setrategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan pelajar. Strategi berpusatkan guru
yang juga dikenali sebagai strategi tradisional merupakan strategi yang telah lama diamalkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi di dalam bilik darjah atau kuliah. Ciri utama
strategi berpusatkan guru ialah guru memainkan peranan utama dalam menentukan dan
mengawal segala aktiviti pengajaran pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah
(Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir, 2003) di mana pola interaksi lebih bersifat satu hala
dan guru mendominasi keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Jawi. Strategi ini
lazimnya menggunakan kaedah ekspositori dan berasaskan kuliah dan pelajar tidak kelihatan
memainkan peranan yang aktif, dan lebih bertindak mendengar serta menuruti pengajaran
guru (Maria, Samsilah & Tajularipin, 2011).

Strategi berpusatkan pelajar pula memberi keutamaan kepada peranan pelajar dalam
melaksanakan sesi pengajaran pembelajaran yang telah dicadangkan dan diberi peluang

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

5
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

melibatkan diri secara aktif dengan dibantu oleh pengajar yang berperanan sebagai fasilitator
(Shahabuddin et al., 2003). Menurut Maria, Samsilah & Tajularipin (2011), corak komunikasi
yang digunakan adalah bercirikan interaksi pelbagai arah iaitu antara pengajar dengan pelajar,
dan pelajar dengan pelajar dan guru yang berperanan sebagai fasilitator harus dapat
menggunakan kedua-dua corak komunikasi ini sebagai asas dalam merancang aktiviti
pengajaran pembelajaran. Walau bagaimanapun, tiada satu strategi atau pendekatan yang
dianggap terbaik untuk satu-satu mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan
(Mohd Aderi & Rohani, 2009), bermakna guru boleh memilih pendekatan dan strategi
pengajaran Jawi yang dirasakan paling sesuai dengan latar belakang dan kemampuan
pelajarnya.

Justeru, guru seharusnya bijak dalam memilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
yang bersesuaian (Mohd Aderi & Rohani, 2009; Muhamad Suhaimi & Mohd Yusof, 2014)
untuk diaplikasikan dalam pengajaran Jawi. Kemahiran mengajar atau teaching skills yang
meliputi aktiviti merancang, mengelola, menyampai, membimbing dan menilai bagi matlamat
menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dengan berkesan (Anuar &
Nelson, 2015) melalui penggunaan pendekatan, strategi, kaedah serta teknik mengajar Jawi
berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran adalah kunci kepada pengajaran Jawi yang
berkesan.

Oleh itu, berdasarkan penyataan ini, dapat difahami bahawa kesepaduan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik merupakan elemen yang amat penting dalam pengajaran Jawi.
Pendekatan berpusatkan murid, pendekatan konstruktif, pendekatan induktif, pendekatan
deduktif serta pendekatan masteri adalah strategi atau pendekatan yang disaran untuk
diterapkan dalam pengajaran Jawi (Nor Azizi & Noorhayati, 2012). Manakala kaedah
pandang sebut, kaedah latih tubi, kaedah tunjuk cara serta kaedah permainan pula adalah
antara kaedah serta teknik yang merupakan pelengkap kepada elemen kesepaduan tersebut.

5.0 KAJIAN BERKAITAN PENGAJARAN JAWI GURU PENDIDIKAN ISLAM

Pengajaran guru amat mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap ilmu yang disampaikan
(Shahril @ Charil, 2005; Rosni & Rohayah, 2010; Norizan & Nor Azan, 2013). Guru yang
kompeten dan mempraktikkan pengajaran berkesan diandaikan akan menghasilkan pelajar
yang mempunyai tahap pencapaian yang tinggi dan mampu menguasai kemahiran Jawi
dengan baik. Walau bagaimanapun, realiti sebenar apabila kajian-kajian yang dibuat
mendapati bahawa penguasaan pelajar terhadap Pelajaran Jawi masih pada tahap yang
membimbangkan (Madihah, 2007; Faisal & Niswa, 2009; Asyraf Ridwan & Berhanundin,
2015) dan usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak
menampakkan kesan yang besar dalam membentuk generasi celik Jawi (Faisal & Niswa,
2009). Malah, kegagalan membaca Al-Quran dengan lancar juga dikatakan berpunca
daripada kelemahan menguasai tulisan Jawi (Nur Syamira, Maimun & Aisyah, 2016) dan
percubaan merumikan al-Quran (Siddiq, 2008).

Menurut Bhasah et al. (2012), faktor yang menyebabkan kelemahan dalam pengajaran
Jawi di sekolah rendah ialah Guru Pendidikan Islam tidak mempunyai kemahiran yang khusus
dalam mengajar Jawi. Mardhiyyah (2012) dalam kajiannya terhadap kelemahan penguasaan
murid tahun tiga dalam kemahiran menyambung huruf di salah sebuah sekolah di Sarawak
juga mendapati bahawa kaedah pengajaran guru merupakan faktor yang menyumbang kepada
kelemahan tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ke atas pengajaran Guru

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

6
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Pendidikan Islam, beliau mendapati bahawa tulisan Rumi digunakan dalam pengajaran sama
ada untuk membuat nota mahupun latihan dengan tujuan supaya objektif pembelajaran
tercapai sepenuhnya menyebabkan murid tidak mendapat pendedahan dan latihan yang
secukupnya seterusnya menyukarkan mereka untuk menguasai kemahiran membaca dan
menulis Jawi dengan baik. Guru Pendidikan Islam juga didapati melaksanakan pendekatan
pengajaran yang sama semasa mengajar murid yang lemah mahupun murid yang telah
menguasai Jawi serta mengajar seratus peratus mengikut panduan dalam sukatan pelajaran
Jawi yang dibekalkan tanpa mengambil kira kemampuan murid (Murni, 2013).

Melalui pemerhatian tidak berstruktur terhadap pengajaran Jawi Guru Pendidikan


Islam di sebuah sekolah di Besut pula, Siti Rokiah & Zamri (t.th) mendapati bahawa kaedah
penerangan yang diaplikasi oleh guru sukar difahami oleh murid dan dapatan kajian
menunjukkan pencapaian min 7.12 sahaja perkataan Jawi berimbuhan ‘kan’ ditulis dengan
betul oleh murid melalui penggunaan kaedah tersebut. Kajian beliau disokong oleh Md.
Hidayat (2012) yang menggunakan pengajaran berasaskan kaedah ‘chalk and talk’ dalam
mengajar kemahiran menyambung huruf bagi murid tahun tiga di sebuah sekolah di Sarawak
dan mendapati pengajaran melalui penerangan guru semata sukar difahami oleh murid
menyebabkan murid hanya memperoleh purata pencapaian markah sebanyak 23.1% sahaja
bagi kemahiran menyambung huruf Jawi dengan betul.

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Faisal, Siti Mariam, Muhammad Azhar et al.
(2015) ke atas 2398 orang pelajar tingkatan dua dari 14 buah sekolah menengah kebangsaan
di daerah Hulu Selangor membincangkan tentang tiga pemboleh ubah utama iaitu tahap
penguasaan pelajar dalam penulisan Jawi, amalan pengajaran Jawi Guru Pendidikan Islam
dan minat pelajar terhadap penulisan Jawi dengan menggunakan soal selidik serta ujian
penilaian tahap kebolehan Jawi sebagai instrument kajian bagi tujuan pengumpulan data.
Berdasarkan kajian ini, soal selidik mengenai persepsi dan pengalaman pelajar terhadap
amalan pengajaran Jawi menunjukkan 52.0% pelajar menyatakan Guru Pendidikan Islam
sering menggunakan buku teks semasa mengajar, 41.5% menyatakan Guru Pendidikan Islam
sering menulis topik pengajaran di papan putih dalam tulisan Jawi, 40.4% menyatakan Guru
Pendidikan Islam sering memberi latihan bertulis dalam tulisan Jawi dan 40.3% menyatakan
Guru Pendidikan Islam sering membetulkan kesalahan ejaan Jawi mereka. Walau
bagaimanapun, hanya 37.7% pelajar menyatakan Guru Pendidikan Islam menulis nota dalam
tulisan Jawi.

Kajian Ab Halim, Kamarulzaman, Rosli et al. (2012) untuk mengenal pasti kaedah
yang digunakan oleh Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran bidang asas
Jawi di Selangor pula mendapati melalui soal selidik yang dijalankan, hasil dapatan
menunjukkan item kaedah ‘membaca huruf’memperoleh min tertinggi iaitu sebanyak 4.61
diikuti item kaedah ‘latih tubi penulisan’ min sebanyak 4.53 dan item kaedah ‘kuliah atau
penerangan’ yang mencatatkan min 4.31. Manakala min yang paling rendah pula ialah di
bawah item kaedah ‘akhbar dalam darjah’ yang hanya mencatatkan perolehan min sebanyak
3.39 sahaja di samping item kaedah ‘menulis rencana ringkas’ min sebanyak 3.77. Rumusan
daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan Guru Pendidikan Islam lebih
banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru seperti kaedah kuliah, syarahan, memberi
contoh dan demonstrasi (Ab Halim, Kamarulzaman, Rosli et al.) dalam pengajaran Jawi di
kelas dan kurang sekali menggunakan kaedah berpusatkan pelajar dalam pengajaran mereka.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

7
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Seiring dengan dapatan tersebut, berdasarkan soal selidik ke atas pelajar pula, bagi
mata pelajaran yang paling disukai oleh pelajar, item bidang ‘Asas Jawi’ hanya mencatatkan
disukai oleh sejumlah 242 orang pelajar sahaja atau 48.4%. Item ‘Asas Jawi’ merupakan
antara min yang terendah dicatatkan berbanding item bidang ‘Fekah’ yang mencatatkan
paling disukai oleh 371 orang atau 74.2% pelajar, diikuti oleh item bidang ‘Tauhid’ sebanyak
302 orang atau 60.4% pelajar dan item bidang ‘Tajwid’ yang berjumlah 301 orang atau 60.2%
disukai pelajar. Dapatan ini diandaikan mempunyai hubungan dengan item soal soal selidik
berkaitan kaedah yang sering digunakan oleh Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Asas
Jawi yang berkemungkinan besar tidak dapat menarik minat dan membosankan pelajar.
Dapatan tersebut juga diperkukuhkan dan juga mempunyai perkaitan dengan penilaian
terhadap item ‘Guru Pendidikan Islam menguasai tulisan Jawi dengan baik’ yang mencatatkan
min pada kategori aras sederhana sahaja iaitu sebanyak 2.77 walaupun penilaian pelajar
terhadap item ‘Tulisan Jawi Guru Pendidikan Islam saya kemas’ menunjukkan dapatan yang
sebaliknya iaitu 96% pelajar menjawab ‘YA’ dan hanya 4% sahaja yang menjawab ‘TIDAK’.

Kajian tersebut menyokong kajian Nik Rosila (2007) yang menyatakan bahawa
analisis perbandingan melalui jadual rujuk silang mendapati 52.6% pelajar lemah dalam Jawi
dan 50.4% pelajar baik dalam Jawi tidak berminat terhadap pengajaran Guru Pendidikan
Islam. Melalui item ‘selalu membuat kerja lain semasa guru sedang mengajar’ 40.9% pelajar
yang lemah dalam penguasaan Jawi dan 48% pelajar yang baik dalam penguasaan Jawi
menyatakan ‘selalu’ dan ‘kadang-kadang’ membuat kerja lain semasa Guru Pendidikan Islam
sedang mengajar. 39.8% pelajar pula menyatakan ‘suka jika waktu pengajaran Guru
Pendidikan Islam berlalu dengan cepat’ dan 50.1% pelajar menyatakan ‘selalu’ dan ‘kadang-
kadang’, ‘merasa seronok mempelajari mata pelajaran lain berbanding Pendidikan Islam’,
iaitu mereka kurang berminat terhadap pengajaran waktu Pendidikan Islam. Hasil dapatan
daripada kajian tersebut, dapat dirumuskan bahawa pelajar yang menguasai Jawi dengan baik
mahupun pelajar yang lemah penguasaan Jawi menunjukkan tidak berminat terhadap
Pendidikan Islam dan keadaan ini menggambarkan kemungkinan besar pengajaran guru tidak
begitu berkesan untuk menarik minat pelajar (Nik Rosila, 2007).
Secara ringkasnya, berdasarkan kajian yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahawa
kualiti pengajaran Jawi Guru Pendidikan Islam masih belum mencapai tahap keberkesanan
yang diharapkan dan masih mempunyai banyak kelemahan yang memerlukan
penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa. Justeru, Guru Pendidikan Islam seharusnya
sentiasa berusaha memperbaiki mutu pengajaran mereka agar penyampaian ilmu terhadap
murid dapat dilakukan dengan jayanya.

6.0 MEMARTABATKAN JAWI MELALUI PENGAJARAN BERKESAN

Tulisan Jawi adalah lambang jati diri Melayu yang merupakan satu-satunya tulisan asal
menjadi milik dan identiti orang Melayu serta mempunyai peranan besar terhadap pembinaan
tamadun bangsa khususnya dalam bidang ilmu pengetahuan dan keintelektualan (Mohd
Mokhtar, t.th; Norhazliana, Saedah, Zaharah et al., 2010; Asyraf Ridwan & Berhanundin,
2015). Bagi memartabatkan Jawi sebagai suatu khazanah seni warisan bangsa terpelihara dan
mampu dikuasai oleh pelajar dengan baik, ia menuntut kepada kemahiran Guru Pendidikan
Islam dalam menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Aspek kemahiran penyampaian merupakan elemen yang sangat penting dalam


menentukan keberkesanan pengajaran seseorang guru bagi memartabatkan tulisan Jawi.
Justeru, prosedur pelaksanaan pengajaran Jawi amat penting untuk dikuasai oleh setiap Guru

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

8
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Pendidikan Islam. Sebelum seseorang Guru Pendidikan Islam melangkah masuk ke kelas
untuk memulakan pengajaran, mereka perlu memikirkan strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran Jawi yang sesuai digunakan dalam kelas tersebut (Asyraf Ridwan, 2013)
bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar serta
mampu membantu kefahaman pelajar terhadap isi yang disampaikan. Kepentingan untuk
memilih kaedah pengajaran merupakan faktor penting yang menyumbang kepada
keberkesanan pengajaran yang disampaikan (Kamarul Azmi & Ab Halim, 2014) selain dapat
menarik minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran sehingga mampu mendorong mereka
meraih pencapaian terbaik.

Pengajaran Jawi mempunyai kaedah yang khusus dan tersendiri seperti yang telah
digariskan panduan pelaksanaannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
pendedahan secara khusus juga telah diberi bakal-bakal Guru Pendidikan Islam di Malaysia
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Menurut Asyraf Ridwan (2013), (1) kaedah
pandang sebut, (2) kaedah abjad, (3) kaedah bunyi (fonetik), (4) kaedah mengeja atau
membatang, (5) kaedah imlak, (6) kaedah latih tubi, (7) kaedah permainan dan (8) kaedah
nyanyian merupakan kaedah-kaedah yang disarankan bagi Guru Pendidikan Islam untuk
melaksanakannya dalam pengajaran Jawi. Kaedah tersebut telah disarankan bagi membantu
guru supaya dapat mengaplikasikan pengajaran Jawi yang berkesan. Namun, Guru
Pendidikan Islam perlu employ a wide variety of methods (Mohamad Johdi, 2007) dalam
usaha menyampaikan kandungan dalam kemahiran Jawi tanpa menghadkan penggunaan satu-
satu kaedah sahaja (Asyraf Ridwan, 2013) kerana tidak ada satu kaedah yang dianggap
terbaik untuk satu-satu mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan (Mohd Aderi,
2009, Ishak, 2009; Normazidah, 2012; Lismijar, 2013).

Kaedah permainan dalam pengajaran Jawi juga telah melalui beberapa inovasi seiring
dengan keperluan kanak-kanak dalam pembelajaran di abad ke-21. Bermain merupakan
pengalaman yang paling penting bagi kanak-kanak untuk menggalakkan pembangunan dan
pembelajaran mereka bukan sahaja secara akademik tetapi juga secara holistik (Ellianie &
Nur Hidayu, 2015). Permainan dalam pengajaran Jawi antaranya ialah Roda Impian Jawi,
Boling, Tenteng, Rumah Merpati, Kereta Api, Pandai Joran, Pancing Jawi dan banyak lagi
(Akmariah, 2010). Namun begitu, selain permainan Jawi yang telah disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat banyak permainan Jawi lain yang telah dicipta
khusus untuk membantu guru dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan. Hairul Aysa,
Abdul Halim & Rohana (2010) misalnya telah mencipta permainan ‘Dam Ular’ yang
menggunakan dadu, papan dam serta skrip soalan yang sepenuhnya ditulis dalam tulisan Jawi.
Pengajaran Jawi melalui permainan E-Jawi dalam talian bagi membantu pembelajaran murid
disleksia pula telah dicipta oleh Mohamad Adib, Rosmila, Wan Ainaa et al. (2015), manakala
permainan Jawi WordSearch Game melalui peranti mudah alih pula telah dicipta oleh
Norizan, Marina, Suzana et al. (2010). Permainan Jawi yang telah dicipta ini dilihat berupaya
memudahkan guru dalam proses penyampaian ilmu, membantu guru mencapai tahap
pengajaran yang berkesan serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran
Jawi melalui aktiviti pengajaran yang menarik.

Pengajaran Jawi yang berkesan tentunya akan menghasilkan murid yang mampu menguasai
kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan baik. Pengajaran berkesan yang disampaikan
oleh guru yang mengajar Jawi juga seterusnya akan membantu memastikan tercapainya
objektif Pelajaran Jawi seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu
supaya murid mencintai Jawi sebagai warisan budaya bangsa. Justeru, secara tidak langsung,

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

9
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

penguasaan kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan baik melalui pengajaran Jawi yang
berkesan juga akan membantu memartabatkan Jawi sebagai seni warisan budaya bangsa yang
menjadi jati diri bangsa Melayu ini agar terus terpelihara dan tidak luput ditelan zaman.

7.0 PENUTUP

Pengajaran Jawi berkesan merupakan suatu wadah bagi mencapai matlamat dalam Pendidikan
Islam. Tanpa pengajaran yang berkesan, konsep ilmu serta kemahiran dalam Pendidikan
Islam dan Pelajaran Jawi khususnya tidak akan dapat disampaikan kepada murid secara
optimum. Oleh itu, Guru Pendidikan Islam harus mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
mengaplikasikan strategi, pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran yang pelbagai agar
menghasilkan suatu bentuk pengajaran yang berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Jawi di kelas. Kelemahan Guru Pendidikan Islam dalam proses penyampaian
ilmu dan kemahiran Jawi akan mengakibatkan murid yang tidak mampu menguasai
kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan baik seterusnya menguburkan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk rasa cinta dan penghargaan murid
terhadap tulisan tersebut. Tanpa pengajaran Jawi yang berkesan juga sudah tentu akan
menyukarkan usaha untuk memartabatkan kembali tulisan Jawi yang telah menjadi identiti
serta jati diri bangsa Melayu sejak sekian lama.

Oleh yang demikian, Guru Pendidikan Islam harus menyedari bahawa mereka
menggalas tanggungjawab yang amat berat dan memikul amanah Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan juga Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dalam menghasilkan
pembentukan modal insan yang berkualiti. Justeru, Guru Pendidikan Islam harus mempunyai
kesedaran keazaman yang tinggi untuk sentiasa memperbaiki mutu pengajaran mereka agar
mampu menghasilkan pengajaran jawi yang berkesan bagi membantu usaha untuk
memartabatkan tulisan Jawi sebagai seni warisan bangsa yang tidak ternilai harganya.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

10
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

RUJUKAN

Ab Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. (2010). Amalan pengajaran Guru
Pendidikan Islam berkesan berteraskan konsep mu‛allim. Journal of Islamic and
Arabic Education 2(1), 2010 43-56.

Ab Halim Tamuri. (2006). Modul pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran: Pendekatan
masa kini. Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Ab Halim Tamuri. (2005). Isu-isu dalam amalan pengajaran Guru-guru Pendidikan Islam di
sekolah rendah dan menengah. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat
Kebangsaan Siri ke-4. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ab Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Khadijah Abdul Razak, Shahrin
Awalauddin, Zamri Abdul Rahim. (2004). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ab Halim Tamuri, Kamarulzaman Abdul Ghani, Rosli Mokhtar et al. (2012). Penilaian
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Islam Bahagian
Pendidikan Islam (JAIS) di sekolah-sekolah rendah agama negeri Selangor. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam, Bil. 1, ISSN-2231-8291. Februari 2012.

Abd Rahim Abd Rashid et al. (2000). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdul Raof Dalip. (1998). Pendidikan di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan


Malaysia.

Ableser, J. (2012). Exemplary teaching practices across educational contexts (P-20+):


Unifying principles and an ecological model for teaching for all to learn. Journal of
Teaching and Learning, 8(2): 65-76.

Ahmad Nurulazam Mohd Zain, Zurida Ismail & Mohd Ali Samsudin. (2007). Pengajaran
konstektual untuk pembelajaran Sains bermakna. Diges Pendidik. Jilid 7, Bil. 1/2007.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

11
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Ahmad Mohd Salleh. (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Akmariah Mamat & Sofiah Ismail. (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru
pemulihan Jawi di Malaysia. Proceedings of The 4 th International Conference UPI &
UPSI, Indonesia: Bandung, 8-10 November 2010.

Allen, T. (1992). Teaching Arabic in the United States; past, present and future in the
Arabic Language in America. Detroit: Wayne University Press.
https://books.google.com.my.

Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Toumy. (1991). Falsafah Pendidikan Islam. Terj. Hassan
Langgulung. Shah Alam: Hizbi.

Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam
pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. April 2015, Bil. 3 Isu 2.

Asmah Ahmad. (1990). Pedagogi 1. Longman Sdn Bhd.

Asmawati Suhid, Kamariah Abu Bakar, Lukman Abdul Mutalib & Muhd Fauzi Muhammad.
(2008). Teacher’s perception towards the model of Jawi writing in Malaysian education
system. The International Journal of Interdisciplinary Social Sciences, 3,5, 47-52.

Asyraf Ridwan Ali & Berhanundin Abdullah. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi dalam
memperkasakan tamadun Islam di Malaysia. Proceedings of ICIC2015-International
Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century. Malaysia:
Universiti Sultan Zainal Abidin, 6-7 September 2015. ISBN: 978-967-13705-0-6.

Asyraf Ridwan Ali. (2013). Pelestarian pengajaran Jawi dalam mendidik murid-murid di
sekolah rendah orang asli. Prosiding Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013
(ICMuD 2013), Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 7-8
September 2013.

Atan Long. (1993). Pedagogi kaedah am mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn.
Bhd.

Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2007). Penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah
masa kini. Jurnal Yadim, 9: 16-32.

Azizi Yahaya & Siti Atiqah Sharudin. (2010). Model Pengajaran. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia. https://core.ac.uk/display/11785773. Dimuat turun pada 25 Mei
2016.
Azman Wan Chik. (1987). Kaedah Hayati Amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Baharin Abu, Othman Md Johan & Syed Mohd Syafeq Syed Mansor. (2007). Kepelbagaian
gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar universiti di Fakulti Pendidikan,
UTM Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Research Vote No: 71881.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

12
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Bhasah Abu Bakar, Mohd Nafiruddin Mad Siadid, Abdul Jadid Suwairi et al. (2012).
Persepsi pelajar terhadap keberkesanan program j-QAF dalam kalangan pelajar
tingkatan 1 – Satu kajian kes. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA
2012. Johor Bahru: The Zon Regency By The Sea Johor Bahru.

Che Siah Che Man. (2007). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Coe, R., Aloisi, C., Higgins, S. et al. (2014). What makes great teaching? Review of the
underpinning research. Durham University. http://www.suttontrust.com. Dimuat turun
pada 18 Mei 2016.

Ellianie Sahrom & Nur Hidayu Mas’od. (2015). Pembelajaran kosa kata melalui papan
permainan. Seminar Bahasa Melayu 2015. https://malaylanguagecentre.moe.edu.sg/.
Dimuat turun pada 7 Jun 2016.

Gorsky, P., & Blau, I. (2009). Online teaching effectiveness: A tale of two instructors. The
International Review of Research in Open and Dinstance Learning, 10(3): 1-27.

Faisal @ Ahmad Faisal Abd Hamid & Niswa @ Noralina Abdullah. (2009). Penguasaan
tulisan Jawi di kalangan mahawiswa Pengajian Islam: kajian di Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) Tempatan. Jurnal Al-Tamaddun, bil. 4 (2009) 145-156.

Hairul Aysa Abdul Halim Shitiq & Rohana Mahmud. (2010). Using an edutainment
approach of a snake and ladder game for teaching Jawi script. International Conference
on Education & Management Technology, 228-232.

Hashim Musa. (2005). Peranan tulisan Jawi dalam perkembangan Islam di Malaysia. Jurnal
Pengajian Melayu, Jld 16.

Hashim Musa & Adi Yasran Abdul Aziz. (2009). Pemerkasaan kembali tulisan Jawi. Jurnal
Aswara, 4(1): 159-176.

Ishak Baba. (2009). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya terhadap
prestasi akademik pelajar UTHM. Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Geran
Jangka Pendek NO. VOT: 0486.

Kamarudin Husin. (1994). KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri. (2014). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi, Ab Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2009). Sifat dan
peranan keperibadian guru cemerlang Pendidikan Islam (CGPI) dan hubungannya
dengan motivasi pelajar. Jurnal Teknologi, 51(E) Dis, 2009: 57-71.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

13
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru cemerlang Pendidikan Islam sekolah menengah di
Malaysia: satu kajian kes. Tesis Doktor Falsafah. Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi. (2015). Pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ensiklopedia
Pendidikan Islam. http://aies.org.my/ensiklopediaPI/. Dimuat turun pada 11 Mac 2016.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hlm. 26.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Draf kurikulum standard sekolah rendah:


Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran Pendidikan Islam tahun 5.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF.


Bahagian Pendidikan Islam.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Panduan pengurusan mata pelajaran Pendidikan


Islam sekolah rendah dan sekolah menengah. Jemaah Nazir dan Kualiti 2015.
Kyriacou, C. (1986). Effective Teaching in Schools. Great Britain: TJ Press (Padstow) Ltd.
Lismijar. (2013). Konsep pendidikan Islam dalam perspektif Ibnu Khaldun. Jurnal Ilmiah
PEURADEUN, Vol. 1, No. 1, September 2013.

Madihah Mohamad. (2007). Penguasaan kemahiran Jawi di kalangan murid Tingkatan Dua
di Sekolah Menengah Kebangsaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dissertation
(M.Ed.), Fakulti Pendidikan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2007.

Maria Chong Abdullah, Samsilah Roslan & Tajularipin Sulaiman. (2011). Strategi
pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi: Satu anjakan paradigma.
Malaysian Education Dean’s Council Journal, 8. 101-105.

Mardhiyyah Md Sahmilin. (2012). Penggunaan ‘Kaedah Tiru Macam Saya’ membantu


menyambung huruf Jawi tunggal dalam kalangan murid tahun tiga. Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 89-100.

Md. Hidayat Othman. (2012). Penggunaan warna dan symbol (W&S) dalam kemahiran
menyambung huruf Jawi bagi tahun tiga. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012, ms127-140.

Mohamad Adib Mohamad Salih, Rosmila Abdul-Kahar, Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari et
al. (2015). Strengthening Jawi writing for dyslexia students through Online Games –
Analysis of E-Jawi Games Online in Malaysia. Journal of Education and Human
Development. Vol.4, No.2, pp. 147-151. June 2015.

Mohamad Johdi Salleh. (2007). Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai objektif
persekolahan sekolah rendah: Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan Pendidikan
Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.

Mohd Aderi Che Noh & Rohani. (2009). Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran
Tilawah Al-Quran.. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1)(2009): 93-109.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

14
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Mohd Faisal Mohamed, Siti Mariam Enam, Muhammad Azhar Zailani et al. (2015). The
influence of teaching practice and students’ attitude to the level of ability in writing
Jawi script. International Journal of Multidiciplinary Education and Research-IJMER,
Vol 2. Issue 2.

Mohd Mokhtar Shafii. (t.th). Pelaksanaan tulisan Jawi dalam sistem pendidikan Malaysia.
Jurnal Pendidikan Islam. Jilid 9, Bil 2.

Mohd Puaad Abdul Malik & Hasbullah Mat Daud. (2015). Aplikasi elemen kemahiran Guru
Cemerlang Pendidikan Islam di sekolah rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:
Satu kajian rintis. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2015. Kuala
Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. 6 Ogos 2015.

Mohd Yusuf Ahmad. (2000). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya.

Mohd Zaidi Mohd Zain. (2005). Metodologi Pengajian Bahasa Arab: Kajian di Sekolah
Agama Raudah Al-Nazirin, Jerimbong, Jeli, Kelantan. Disertasi Ijazah Sarjana
Usuluddin. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mok, S.S. (1997). Pedagogi 2, Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan


Budiman Sdn Bhd.

Mok, S.S. & Lee, S.M. (1991). Latihan mengajar untuk maktab perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok, S.S. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok, S.S. (2006). Nota pengurusan pengajaran-pembelajaran. Kuala Lumpur: Multimedia-
ES Resources Sdn Bhd.

Muhamad Suhaimi Taat, Mohd Yusof Abdullah & Roslee Talip. (2014). Motivasi
sebagai ‘mediator’ antara proses pengajaran dan bimbingan guru dengan Pembelajaran
Terarah Kendiri (PTK) pelajar: Satu kajian menggunakan ‘Model SEM/AMOS’. Jurnal
Sains Humanika, 2:4 (2014) 127-132, ISSN: 2289-6996.

Muhamad Zaki Samsudin, Razali Hassan, Azman Hasan et al. (2013). Amalan kreativiti
guru dalam pengajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Technology, Education
and Science International Conference (TESIC). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Murni Hashim. (2013). Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan menjawikan


perkataan rumi murid tahun 2 dengan menggunakan sifir Jawi, Jadual Daftar Ejaan
Jawi-Rumi dan Jadual Kelompok Huruf Jawi. Ipoh: SK Raja Chulan.

Mustapha Kamal Ahmad Kassim. (2015). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran


Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia di Lembah Kelang: Kajian
kaedah dan keberkesanannya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Tesis Doktor
Falsafah Tidak Diterbitkan.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

15
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Muzirah Ab Mokhti & Nurhana Mohamad Rafiuddin. (2013). Persepsi guru Sains yang
mengamalkan lesson study sebagai program pembangunan professional guru terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Proceeding of the Global Summit on
Education 2013, Kuala Lumpur, 11-12 March 2013. ISBN 978-967-11768-0-1.

Nazimah Mohamad @ Mohd Noor. (2013). Penggunaan modul pembelajaran kemahiran


Jawi. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan.

Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan Jawi dan hubungannya dengan minat dan
pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan Islam,
Jld. 22, 161-172.

Nor Azizi Ismail & Noorhayati Hashim. (2012). Kaedah Pengajaran Jawi. Bandar Baru
Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Nor Azlin Jemali. (2010). Persepsi pelajar terhadap gaya pengajaran guru perdagangan:
Satu kajian kes di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan.

Norhazliana Mohd Hassan Abdullah, Saedah Siraj, Zaharah Hussin & Norlidah Alias.
(2010). Isu kritikal penggunaan tulisan Jawi dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan
Islam peringkat sekolah menengah: Pandangan pakar. Jurnal Pendidikan, 30, 2010.

Norizan Mat Diah, Marina Ismail, Suzana Ahmad et al. (2010). Jawi on mobile devices with
jawi WordSearch Game Application. Science and Social Research International
Conference. 5-7 December 2010.

Normazidah Mahmood. (2012). Penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab dalam


kalangan guru peringkat sekolah rendah: Satu penilaian. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya. Tesis Doktor Falsafah Tidak Diterbitkan.

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan pembelajaran; penelitian semula konsep-
konsep asas menurut perspektif gagasan Islamisasi ilmu moden. Kertas Kerja Kongres
Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011. 18-20 Disember 2011. Pulau Pinang: Hotel
Vistana.

Noornajihan Jaafar & Ab Halim Tamuri. (2015). Perbezaan kualiti Guru Pendidikan Islam
sekolah menengah kebangsaan berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan kekerapan
menyertai latihan dalam perkhidmatan. The Online Journal of Islamic Education. July
2015, Vol.3 Issue 2.

Norizan Mat Diah & Nor Azan Mat Zin. (2013). Kaedah pengajaran dan pembelajaran asas
Jawi bagi kanak-kanak prasekolah. ESTEEM Academic Journal. Vol. 9, No. 2,
December 2013, 28-38.

Nur Syamira Abd Wahab, Maimun Aqsha Abdin Lubis & Aisyah Sjahrony. (2016). Aplikasi
permainan bahasa bermultimedia ke arah memacu peningkatan kefahaman al-Quran dan
Jawi. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization. Vol.
1, No. 1. Pages 1-12, 2016.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

16
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Razali Abdul Manap. (1999). Keberkesanan teknik drama dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu Tahap Dua di sekolah rendah Daerah Kinta. Kertas
Projek Ijazah Sarjana Sastera. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan guru-pelajar dan
kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan
perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar?. Jurnal Pendidikan Malaysia,
35(2)(2010): 61-69.

Rosni Zamuddin Shah Sidek & Rohayah Abdullah. (2010). Amalan Pengajaran guru-guru
teknikal di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Baharu mengikut aras
kognitif Bloom. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Tidak
Diterbitkan.

Sarimah Mokhtar, Ab Halim Tamuri, Mohd Kashfi Mohd Jailani et al. (2012). Kajian
pengaruh amalan Guru Pendidikan Islam terhadap penghayatan akhlak pelajar sekolah
menengah. International Conference on Research in Islamic and Arabic Language
Education 2012. Saudi Arabia: Elaf Kinda Hotel Mecca. 1 st-2nd June 2012. 419-432.
ISBN: 978-967-10160-3-9.

Siti Rokiah Mohd Rosdi & Zamri Rajab. (t.th). Meningkatkan penguasaan murid tahun 3
dalam menulis perkataan Jawi berimbuhan akhiran ‘kan’ menggunakan kad PI-JA.
Terengganu: IPGK Sultan Mizan. https://www.academia.edu/845211. Dimuat turun
pada 9 September 2016.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd. Zohir Ahmad (2003). Pedagogi 1: strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong, Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Shahril @ Charil Maruki. (2005). Amalan pengajaran guru yang berkesan: Kajian di
beberapa sekolah menengah di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Tesis
Sarjana Tidak Diterbitkan.

Siddiq Fadzil. (2008). “Tulisan Jawi : Peranannya dalam penyebaran Islam”. Kertas Kerja
Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi Dan Terjemahan, Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris, h.6.

Ting, L.S. & Muhamad Sidek Said. (2007). Ingin Menjadi Guru. Selangor: Ilmu Media
Trade.

Zulina Ahmad Zawawi. (2015). Kajian amalan pengajaran guru pelatih Pendidikan Islam
IPG Kampus Tawau. Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2015. Kuala
Lumpur: IPG Kampus Ilmu Khas. 5-7 Ogos 2015.

Zuraidah Ramdzan @ Ramban. (2013). Kesediaan, amalan dan strategi pengajaran


Pendidikan Islam KSSR Tahun Satu. (Tesis Sarjana Pendidikan Kurikulum dan
Pengajaran tidak diterbitkan). Johor: Universiti Teknologi Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

17

Anda mungkin juga menyukai