Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN

PENTAKSIRAN ALTERNATIF MEI 2021


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(Programme)
AMBILAN JUN 2020
(Intake)
SEM SEM 2
(Sem)
ANGKA GILIRAN 2020182310138
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN 021222-07-0198
(Identity Card No.)
KOD KURSUS GWP1092
(Course Code)
NAMA KURSUS WACANA PENULISAN
(Course Title)
TARIKH PEPERIKSAAN 20 MEI 2021
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang gagal menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah GAGAL peperiksaan berkenaan.

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja


Bahagian /
Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah
No Soalan
A

Jumlah
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GWP1092

BAHAGIAN A

Dari segi etimologi, perkataan semantik yang disebut sebagai sema dalam bahasa
Yunani membawa maksud tanda atau lambang. Dari segi bahasa pula, perkataan semantik
merujuk kepada ilmu yang mengkaji perkaitan antara lambang atau perkataan atau ayat
dengan maknanya. Maka, secara umumnya, semantik merupakan kajian berkenaan
dengan makna sesuatu perkataan, frasa dan ayat dalam sesuatu bahasa yang digunakan
dalam komunikasi lisan atau tulisan. Oleh itu, keutuhan wacana dapat dilihat dari aspek
hubungan semantik , iaitu berdasarkan kepada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu
wacana. Kepaduan makna ini pula dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan
wacana, situasi sesuatu wacana dan unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam
wacana.

Akan tetapi, keutuhan semantik ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu hubungan
semantik umum dan juga hubungan semantik interaktif. Oleh yang demikian, terdapat
beberapa hubungan di dalam setiap jenis keutuhan semantik ini antaranya ialah hubungan
sebab dan akibat yang terdapat dalam semantik umum. Keutuhan semantik hubungan
sebab dan akibat menunjukkan perkaitan antara frasa- frasa dalam satu ayat atau beberapa
ayat. Ia dimulakan dengan sebab dan diikuti dengan akibat atau sebaliknya. Merujuk kepada
jurnal komunikasi jilid 33 yang diterbitkan pada tahun 2017, pada muka surat enam,
perenggan ketiga dan ayat ketiga menjelaskan contoh hubungan semantik sebab dan akibat
iaitu ‘Walau bagaimanapun, pendedahan tentang kempen antimerokok yang kurang
diperolehi oleh kanak-kanak mengakibatkan maklumat mengenai bahaya rokok akan
menjadi kurang.’ Jadi, berdasarkan ayat yang dipetik ini, dapat kita simpulkan bahawa
sebab yang terkandung dalam ayat ini ialah ‘pendedahan tentang kempen antimerokok
yang kurang diperolehi oleh kanak-kanak’. Manakala, akibat yang terdapat dalam ayat ini
pula ialah ‘maklumat mengenai bahaya rokok akan menjadi kurang’. Ayat ini saling berkaitan
antara satu sama lain dalam hubungan sebab dan akibat dan ia jelas dihubungkan dengan
perkataan mengakibatkan di antaranya.

Di samping itu, hubungan semantik umum yang seterusnya ialah hubungan sebab dan
tujuan. Perkara ini agak berkait rapat dengan hubungan sebab dan akibat, kerana hubungan
semantik sebab dan tujuan juga menunjukkan perkaitan antara dua ayat yang berbeza atau
dua frasa yang berbeza dalam satu ayat. Oleh sebab itulah hubungan ini juga boleh
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GWP1092

dimulakan dengan sebab dan diikuti dengan tujuan dan begitu juga sebaliknya. Antara
contoh yang dapat dipetik dari jurnal tersebut yang terdapat pada muka surat pertama di
bahagian abstrak, perenggan pertama serta ayat kedua dan ketiga ialah ‘Kajian tentang
konteks dan penggunaan media dan komunikasi sebagai satu intervensi pencegahan
mengenai kempen kesedaran kesihatan awam dirujuk masih terhad. Tujuan kajian ini
adalah untuk meninjau penggunaan media dan komunikasi dalam kempen kesedaran
kesihatan awam di Malaysia.’ Berdasarkan contoh tersebut, kita dapat mengenal pasti
sebab yang terdapat dalam ayat pertama ialah ‘konteks dan penggunaan media dan
komunikasi sebagai satu intervensi pencegahan mengenai kempen kesedaran kesihatan
awam dirujuk masih terhad’. Selain itu, tujuan bagi menjawab persoalan sebab tersebut
terletak dalam ayat kedua iaitu ‘meninjau penggunaan media dan komunikasi dalam
kempen kesedaran kesihatan awam di Malaysia’. Kedua-dua ayat ini dihubungkan antara
satu sama lain dengan frasa tujuan kajian ini adalah untuk bagi menunjukkan perkaitan
antara kedua-duanya. Jadi, kaedah yang digunakan oleh penulis sangat berkesan kerana
ia mampu menarik perhatian pembaca untuk mengenal pasti sebab dan tujuan yang ingin
disampaikan secara jelas.

Seterusnya, hubungan semantik umum yang terakhir pula ialah hubungan prafrasa.
Hubungan prafrasa ini merujuk kepada bentuk pernyataan yang menyatakan semula
kenyataan awal tanpa menggunakan ayat yang sama bagi mengelakkan berlakunya
pengulangan dalam karya pengarang. Keutuhan wacana ini amat menarik kerana ia mampu
membuatkan pembaca memahami sesuatu teks tanpa ragu-ragu akan maksud di sebalik
teks tersebut. Antara contoh keutuhan wacana hubungan semantik (prafrasa) yang dapat
diperolehi malalui jurnal tersebut ialah pada muka surat pertama, dalam bahagian abstrak,
perenggan pertama serta ayat kedua dan ketujuh iaitu ‘Kajian tentang konteks dan
penggunaan media dan komunikasi sebagai satu intervensi pencegahan mengenai kempen
kesedaran kesihatan awam dirujuk masih terhad.’ ‘Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
media dan komunikasi dapat digunakan sebagai satu intervensi berkesan dalam...’ Oleh
yang demikian, Berdasarkan dua ayat yang dipetik dari jurnal tersebut, ayat kedua
menyatakan bahawa ‘kajian yang dijalankan oleh pengarang ialah kajian tentang konteks
dan penggunaan media dan komunikasi sebagai datu intervensi pencegahan mengenai
kempen kesedaran kesihatan awam’. Namun, pada ayat ketujuh, pengarang menggantikan
frasa tersebut kepada hanya ‘kajian’. Kaedah ini dikenali sebagai prafrasa di mana
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GWP1092

pengarang mengelakkan penggunaan frasa yang panjang serta menggantikannya dengan


perkataan yang lebih pendek dan ringkas agar pembaca tidak hilang fokus semasa mebaca
jurnal tersebut.

Namun, hubungan semantik interaktif juga memainkan peranan penting dalam wacana
lisan untuk menimbulkan respons atau tindak balas daripada pendengar. Menurut Wintred
Crombie (1985), terdapat tiga bentuk asas aplikasi semantik dalam pertuturan atau
perbualan iaitu , inisiatif, respons dan susulan. Sebagai contoh inisiatif, ‘ke mana awak
pergi?’ kemudian diteruskan dengan respon pendengar iaitu ‘ke sekolah’. Dan akhir sekali
diikuti dengan susulan iaitu ‘baguslah’. Bukan itu sahaja, hubungan semantik interaktif juga
boleh dilihat dalam bentuk ayat-ayat atau ujaran. Contohnya, penyoalan, arahan,
persetujuan, dan pemberitahuan. Oleh itu, dalam Pengajian Melayu 1, ditulis oleh Ab.
Rahman Ab. Rashid, et. al., (2003) dan juga dalam Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan oleh Raminah Hj. Sabran, et. al., (1987) ada menyatakan ciri-ciri keutuhan
wacana dari segi konteks atau latar wacana, ia dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu laras
bahasa, kesepaduan tajuk, dan hubungan sosial antara penutur dan pendengar. Sebagai
contoh yang mudah, laras bahasa seperti di dalam iklan iaitu “Cepat, cepat! Jangan lambat!
Jualan pengahabisan stok”. Walaupun ayat-ayat yang diungkapkan terputus-putus, tetapi
masih boleh difahami. Oleh yang demikian, ianya masih dianggap wacana.

Kesimpulannya, dapat dihuraikan bahawa penggunaan keutuhan wacana dari segi


keutuhan semantik samada umum dan interaktif amat penting dalam penghasilan karya
yang efektif kepada pengarang dan juga pembaca. Oleh itu, setiap individu hendaklah
mempertingkatkan penggunaan keutuhan wacana ini tidak kira dari segi lisan mahupun
bertulis bagi menghasilkan satu ucapan atau penulisan yang berkualiti.

BAHAGIAN B (1)

“COVID 19 Lindungi Diri, Lindungi Semua”.

Coronavirus (COVID-19) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang
baru ditemui. Majoriti pesakit yang dijangkiti virus COVID-19 akan mengalami gejala
kesukaran bernafas sehingga memerlukan rawatan khas sekiranya mengalami masalah
pernafasan yang teruk. Namun begitu, pesakit yang terdiri daripada golongan warga tua dan
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GWP1092

mempunyai masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung, diabetis, penyakit pernafasan
kronik menjadikan COVID-19 lebih serius kepada mereka (WHO, 2020). Menurut statistik
terkini daripada WHO 2020, sehingga 14 Jun 2020 dianggarkan hampir 7.7 juta orang telah
disahkan mengidap COVID-19 dan telah menyebabkan kematian sehingga 427,630 orang
di seluruh dunia (WHO, 2020). Hal ini sekaligus meledakkan krisis dan kemelesetan
ekonomi di seluruh negara dunia (Cheng, 2020; UNDP, 2020). Dalam menangani isu ini,
banyak amaran telah dikeluarkan oleh pakar ekonomi dunia berhubung dengan struktur
ekonomi dan kewangan global yang semakin buruk. Hal ini kerana, di kebanyakan negara
Asia Tenggara misalnya seperti Indonesia, Malaysia, Thailand, Filiphina dan Singapura
pemerintah telah mengenakan perintah darurat dan kuarantin bagi mencegah penularan
COVID-19 (Fabiel et al., 2020). Keadaan ini bukan hanya memberi kesan psikologi seperti
kemurungan, kegelisahan, dan juga tekanan bahkan ia turut memberi kesan kepada aktiviti
penutupan ekonomi di mana aktiviti perniagaan tidak boleh dijalankan, jarak sosial
diutamakan, tiadanya perhubungan antara penjual dan pelanggan serta berlakunya
gangguan untuk penghantaran produk (Ghani, 2020). Situasi ini cenderung mengakibatkan
berlakunya pengurangan tenaga kerja di semua sektor ekonomi dan menyebabkan
kebanyakan orang hilang pekerjaan (Karabarg, 2020).

Oleh hal yang demikian, ‘Lindungi Diri, Lindungi Semua’ merupakan Tema bagi Program
Imunisasi Covid-19 kebangsaan yang menekankan perlindungan kepada semua rakyat
Malaysia hanya akan dapat dicapai jika kita dapat memvaksinkan seramai penduduk yang
layak. Jadi, apabila setiap individu menerima vaksin, mereka dapat melindungi orang
sekeliling daripada sebarang jangkitan yang mungkin dibawa. Justeru itu kita dapat
membina rangkaian perlindungan serta melindungi kumpulan yang tidak layak diberi
imunisasi seperti kanak-kanak dan perempuan mengandung. Melindungi orang yang
tersayang bermula dengan diri sendiri melalui vaksinasi. Sekurang-kurangnya 70% populasi
telah divaksinasi, kita akan dilindungi secara keseluruhan.

Oleh sebab itu, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
sejak 18 Mac 2020 sehingga kini untuk mencegah virus Corona.
Sempadan negara Malaysia juga masih ditutup dengan keputusan tidak membenarkan
warga asing masuk ke Malaysia kerana jangkitan Covid-19 di negara luar masih
serius.Bukan itu sahaja, setiap individu juga perlu mengamalkan langkah pencegahan demi
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GWP1092

mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV. Oleh itu, terdapat beberapa Langkah yang
disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antaranya ialah tingkatkan
kebersihan diri dan Kawasan rumah. Sebagai contoh, lakukan aktiviti disinfeksi dan
pembersihan di kawasan yang kerap disentuh. Campurkan satu penutup peluntur dan
sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh seperti tombol
pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu peti ais. Bukan itu sahaja,
sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan
dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand
sanitizer) juga penting bagi membasmi virus ini.

Di samping itu, penjarakan fizikal (physical distancing) juga perlu diamalkan pada setiap
masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter. Kita messtilah mengelakkan diri dari bersalaman
dan bersentuhan terutamanya orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga
emas dan orang kurang upaya. Sekiranya memerlukan sesuatu perkara untuk keluar seperti
membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda
menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan. Seperti yang telah disarankan oleh
KKM kita perlulah mengelakkan 3S atau 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded
place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur
dengan jarak yang dekat (Close conversation). Tegasnya, patuhlah kepada S.O.P sebagai
normal baharu terutamanya memakai topeng muka. Sekiranya seseorang individu tidak
sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan
rawatan di klinik atau hospital. Usah menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang
kali, sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.

Akhir sekali, langkah pencegahannya ialah kekal berada di rumah atau ‘stay at home’.
Kerajaan menggalakkan individu duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung.
Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus
COVID-19. Hal ini juga merupakan masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti
bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti
bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan
bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar. Hal ini kerana setiap rumah ataupun
setiap ahli keluarga mempunyai ahli yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Orang yang
berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU)
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GWP1092

tersebut perlu dilindungi serta individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera
menjalani pemeriksaan kesihatan Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan
menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan.

Kesimpulannya, Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus


COVID-19 dengan seriusnya, maka marilah kita menyokong usaha kerajaan untuk
memulihkan keadaan supaya boleh kembali kepada sedia kala. Diharapkan dalam tempoh
ini, negara kita akan pulih dan wabak ini boleh dikawal.

Anda mungkin juga menyukai