Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN

PENTAKSIRAN ALTERNATIF MEI 2021


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(Programme)
AMBILAN JUN 2020
(Intake)
SEM SEM 2
(Sem)
ANGKA GILIRAN 2020182310138
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN 021222-07-0198
(Identity Card No.)
KOD KURSUS PIM1044
(Course Code)
NAMA KURSUS PENGAJIAN TARANNUM DAN QIRAAT
(Course Title)
TARIKH PEPERIKSAAN 24 MEI 2021
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang gagal menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah GAGAL peperiksaan berkenaan.

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja


Bahagian /
Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah
No Soalan
A

Jumlah
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PIM1044

BAHAGIAN A (2)

Ilmu tarannum merupakan suatu cabang ilmu yang terpenting dalam pembacaan al-Quran.
Merujuk dari beberapa hadis sahih bahawa sejarah tarannum al-Quran bermula sejak pada
zaman Rasulullah s.a.w lagi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Bukanlah dari
kalangan kami (umatku) orang yang tidak melagu-lagukan (bertarannum) dengan al-Quran”.
Oleh itu, berdasarkan hadis tersebut , jelaslah menunjukkan bahwa perintah membaca al-
Quran dengan bertarannum dan ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Bukan itu sahaja,
bertarannum ketika membaca al-Quran juga sesuai dengan kehendak jiwa dan sesuai
dengan kehendak huruf-huruf al-Quran. Ia selaras dengan ragam ayat-ayat al-Quran dan
mencapai matlamat pembacaan al-Quran yang sebenar.

Oleh yang demikian, bertitik tolak daripada pentingnya ilmu tarannum tersebut, maka
lahirlah para qurra’ yang terdiri daripada ulama-ulama dan tokoh-tokoh untuk
memperkembangkan, memartabatkan dan mempertahankan warisan ilmu ini di persada
ilmu Islam. Bermulanya daripada zaman Rasulullah s.a.w hingga kini, para ulama tidak
putus-putus menghasilkan kajian dan mempertahankan ilmu tersebut. Akan tetapi, terdapat
beberapa perbandingan di antara sejarah perkembangan ilmu tarannum semasa zaman
Rasulullah dengan perkembangan di Nusantara. Antara perbandingan yang dapat dibuat
ialah perkembangan ilmu tarannum pada zaman Rasulullah bermula pada zaman
permulaan islam iaitu pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca
al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian
terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya
Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi.
Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun
62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan
al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Manakala,
perkembangan tarannum di Nusantara pula bermula pada kurun pertama hijrah bersamaan
kurun ketujuh Masihi nusantara atau kepulauan Melayu telah menerima kedatangan islam.
Masyarakat muslim ketika itu mementingkan ketuanan, kesucian al-quran, penjagaan
sepenuhnya dari sudut mengenal, mengeja dan pelbagai lagi.

Bukan itu sahaja, pada zaman rasulullah, kewujudan tarannum diilhamkan daripada unsur-
unsur bunyi-bunyian gisiran daun kayu, tiupan angin, kicauan burung, air mengalir dan lain-
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PIM1044

lain. Bunyi-bunyi itu kemudian digubah oleh ahli muzik atau penyair untuk dijadikan pelbagai
irama tarannum mengikut budaya masing-masing. Sejarah pekembangan tarannum di
Nusantara pula dengan mewujudkan pelbagai program tarannum seperti kewujudan J-Qaf
di sekolah rendah, mewujudkan program-program realiti televisyen yang beroreintasikan
pengajian seni ilmu tarannum dan pelbagai lagi aktiviti yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga
berkembang di Kelantan dan Kedah pada peringkat awal seperti penganjuran majlis tilawah
dalam bentuk pertandingan meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan
menguasai ilmu al-Quran khususnya ilmu Tarannum. Malahan juga, sejarah perkembangan
tarannum di Nusantara memainkan peranan yang besar oleh qari dan qariah. Bukan itu
sahaja, masyarakat juga dapat mengenali serta mempelajari pembacaan al-Quran dengan
baik. Bukan itu sahaja, para lulusan yang belajar di Makkah dan Madinah pulang hanya
untuk mengajar al-quran kepada penduduk setempat.

Kesimpulannya, sehingga ke hari ini, ilmu-ilmu tersebut terus berkembang hasil daripada
lahirnya ramai perintis dalam setiap bidang ilmu. Ilmu Tarannum juga tidak terkecuali
dengan adanya program-program tilawah al-Quran yang mengangkat ilmu tersebut dan
terus memeliharanya. Begitu juga lahirnya ramai qari-qari serta qariah-qariah yang dapat
memelihara ilmu Tarannum ini. Sementelah itu juga, pendidikan ilmu Tarannum telah
berada dalam silibus Kementerian Pendidikan Malaysia dimana ilmu Tarannum di ajarkan
di kelas-kelas KKQ dan kelas-kelas aliran agama di Sekolah Menengah Kebangsaan. Akan
tetapi, pengamalannya masih lagi belum memenuhi falsafah dan tujuan ilmu Tarannum iaitu
melagukan al-Quran dengan menghubungkan maksud ayat al-quran dan menyesuaikannya
dengan lagu-lagu Tarannum tersebut. Oleh yang demikian, penekanan perlu di berikan
kepada sifat-sifat atau unsur bagi setiap Tarannum kemudian disesuaikan dengan maksud
ayat al-Quran supaya dengan pembacaan tersebut dapat menimbulkan penghayatan
terhadap pembaca dan juga pendengar.
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PIM1044

BAHAGIAN B

Penyelewengan dalam ilmu qiraat merupakan isu yang perlu diberi perhatian. Ini kerana
penyelewengan yang berlaku secara sengaja atau tidak merupakan usaha untuk
mempertikaikan kebenaran al-Quran sebagai Kalam Allah. Bukan itu sahaja, ilmu Qiraat
juga merupakan salah satu dari cabang Ilmu Al-Quran yang melalui pelbagai peringkat dan
fasa sehingga menjadi subjek yang tersusun dan komprehensif. Ilmu Qiraat ini telah
bermula seiring dengan penurunan Al-Quran, ini dibuktikan dengan hadis-hadis yang
membicarakan tentang penurunan Al-Quran dengan al-Ahruf al-Sab’ah” (Qiraat Tujuh). Ilmu
Qiraat telah diasaskan secara ilmiahnya oleh Abu Amr Hafs ibn Umar al-Duri. Seterusnya
ilmu ini telah melalui zaman pengarangannya yang mana telah dipelopori oleh Abu Ubayd
al-Qasim ibn Salam menurut pendapat sesetengah ulama.

Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para
ulama. Hal ini kerana Qiraat al-Mutawatirah mempunyai syarat-syarat tertentu yang telah
disepakati oleh ulama. Pembahagian qiraat secara keseluruhannya tidak terkeluar daripada
tiga syarat yang menjadi piawaian sama ada qiraat itu diterima atau tidak. Menurut (al-
Habsh 1999, 70; al-Qattan 1996, 176) syarat-syarat tersebut bertepatan dengan salah satu
kaedah bahasa Arab (nahu), bertepatan dengan penulisan mashaf-mashaf ‘Uthmani dan
qiraat tersebut sahih sanadnya. Syarat pertama tidak termasuk kaedah yang shaz (ganjil)
dalam ilmu nahu yang telah disepakati oleh para ulama bidang tersebut.

Manakala, syarat yang kedua, bacaan qiraat tersebut mesti terdapat dalam salah satu
mashaf ‘Uthmani kerana para sahabat berijtihad dalam menulis mashaf ‘Uthmani mengikut
pengetahuan mereka mengenai bahasa sesuatu qiraat. Mengikut pendapat yang sahih (al-
Qadi 1994, 26), bilangan mashaf ‘Uthmani adalah enam buah, satu naskhah berada pada
Sayyidina ‘Uthman (dinamakan naskhah Madani al-Khas) manakala yang lain diberi kepada
negeri Madinah (dinamakan naskhah Madani al-‘Am), Basrah, Kufah, Sham dan Mekah.

Seterusnya, Syarat yang ketiga pula merupakan rukun yang wajib dalam syarat mutawatir.
Oleh itu kekuatan sesuatu qiraat rujukannya adalah sanad bukan kepada pendapat. Apabila
hilang salah satu syarat atau kesemua syarat daripada syarat-syarat tersebut maka qiraat
tersebut tidak dikira sebagai mutawatir yang mana haram dibaca dengannya dan
mempercayai ia sebahagian dari al-Quran (al-Habsh 1999, 70). Oleh yang demikian, ulama
qiraat bersepakat bahawa qiraat tujuh adalah qiraat mutawatirah. Tetapi para ulama
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PIM1044

berbeza pandangan mengenai tiga qiraat yang selebihnya iaitu Abu Ja’far, Ya’qub dan
Khalaf. Ketiga-tiga qiraat tersebut dikatakan tidak sampai kepada tahap mutawatir, namun
kerana kemasyhuran dan sah sanadnya maka ia diterima oleh imam-imam qiraat. Pendapat
ini tidak dipersetujui oleh kebanyakan ulama qiraat kerana ketiga-tiga qiraat tersebut
mempunyai syarat-syarat mutawatir. Ini kerana ketiga-tiga qiraat tersebut mempunyai
beberapa kekuatannya iaitu Imam Abu Ja’afar adalah guru kepada imam Nafi’ al-Madani
walaupun qiraat Nafi’ lebih terkenal daripada qiraat Abu Ja’afar. Yang kedua, Qiraat Abu
‘Amru dikira sebagai asal qiraat Ya’qub. Yang terakhir ialah Imam Khalaf bin Hisyam al-
Bazzar seorang murid Imam Hamzah yang meriwayatkan qiraat Hamzah.

Kesimpulannya, isu penyelewengan dalam ilmu qiraat dianggap perkara yang jarang
berlaku dan dibincangkan secara umum, ini kerana masyarakat sendiri tidak mendalami dan
mengetahui ilmu ini secara jelas disamping menganggapnya kurang penting untuk dipelajari
berbanding ilmu tajwid, tafsir dan tarannum. Sudah tiba masanya ilmu ini dikembangkan
dengan lebih meluas kerana ilmu ini merupakan sebahagian dari wahyu Allah S.W.T yang
bersifat mutawtirah.

Anda mungkin juga menyukai