Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN

PENTAKSIRAN ALTERNATIF MEI 2021


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(Programme)
AMBILAN JUN 2020
(Intake)
SEM SEM 2
(Sem)
ANGKA GILIRAN 2020182310138
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN 021222-07-0198
(Identity Card No.)
KOD KURSUS GPI1083
(Course Code)
NAMA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM
(Course Title)
TARIKH PEPERIKSAAN 19 MEI 2021
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang gagal menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah GAGAL peperiksaan berkenaan.

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja


Bahagian /
Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah
No Soalan
A

Jumlah
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GPI1083

SOALAN 2

Bagi umat Islam, ibadah solat 5 waktu merupakan perkara wajib yang harus dilaksanakan.
Tingginya kedudukan solat ini bagi kaum muslimin sehingga diibaratkan bahwa solat adalah
tiang dari agama Islam. “Dari Mu’adz bin Jabal, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Inti (pokok) segala perkara adalah Islam dan tiangnya (penopangnya) adalah shalat.” (HR.
Tirmidzi). Hadis lain yang menggambarkan pentingnya solat dalam Islam,
“Dari ‘Abdullah bin ’Umar radhiyallahu ’anhuma, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam
bersabda, “Islam dibangun atas lima perkara, iaitu : (1) bersaksi bahwa tidak ada yang
disembah melainkan Allah dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan-Nya, (2)
mendirikan solat, (3) menunaikan zakat, (4) Menunaikan haji ke Baitullah -bagi yang
mampu-, (5) berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari dan Muslim). Oleh itu, seseorang
muslim perlulah menghayati dan khusyuk dalam solat yang didirikan supaya wujud
ketenangan dalam diri masing-masing. Allah SWT sudah berfirman,
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk
dalam solatnya” (Q.S Al-Mu’minuun: 1-2).

Oleh yang demikian, terdapat beberapa cara supaya seseorang muslim itu dapat
menghayati solat yang dilakukan antaranya ialah mengikuti rukun solat dengan betul. Ketika
ingin mengerjakan ibadah solat dengan khusyuk, seseorang itu mestilah mengerjakan solat
sesuai dengan tuntutan yang diajarkan. Sebagai contoh, mendirikannya secara
bertoma’ninah, tidak terburu-buru dan ikhlaskan niat beribadah kerana Allah. Selain itu,
memahami bacaan dalam solat juga dapat menjadikan seseorang itu menghayati solatnya.
Hal ini kerana, bacaan dalam solat itu mempunyai maksud yang sangat indah jika
seseorang muslim itu menghayati dan memahami setiap bait kata. Hal ini akan menjadikan
fikiran insan tersebut lebih fokus semasa mendirikan solat tersebut.

Cara yang seterusnya ialah menjalankan ibadah ditempat yang bersih. Hal ini kerana
persekitaran yang bersih, tenang dan sunyi dapat menjadikan seseorang itu berfikir bahawa
dia sedang berdepan dengan zat yang maha kuasa, Allah SWT. Dengan suasana seperti
itu, seseorang muslim akan melalui kondisi yang lebih khusyuk. Seterusnya ialah dengan
menganggap ibadah solat yang dilakukan adalah ibadah solat yang terakhir di dunia. Setiap
manusia mahupun jin tidak ada yang mengetahui secara pasti apa yang akan terjadi pada
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GPI1083

masa yang akan datang termasuk hari kematian. Dengan selalu mengingat kematian,
seseorang akan lebih konsentrasi dalam menjalankan ibadah solat. Syeikh Ibnul Mulqin juga
mengingatkan, "Bila kau sedang rukuk, jangan bayangkan usiamu panjang sampai i‘tidal.
Bila kau sedang i'tidal, jangan bayangkan usiamu berlangsung sampai pada keadaan sujud.
Bayangkan syurga ada di sisi kananmu dan neraka di sisi kirimu sementara sirath di bawah
kedua telapak kakimu. Kalau begini caranya, baru kau benar-benar solat."

Oleh yang demikian, jika setiap muslim itu menghayati solat yang dilakukan, maka
terdapat pelbagai kelebihan yang diperolehi. Antaranya ialah menurut Timbalan Pengarah
Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Haji
Wan Nudri Wan Daud, solat menyamai senaman yang boleh meningkatkan pengaliran
oksigen ke otak seterusnya meningkatkan kecerdasan otak serta dapat mengurangkan
kadar denyutan jantung selain dapat merawat sakit pinggang. “Berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh pelbagai penyelidik kesihatan dari seluruh dunia, kebaikan solat dapat
dibuktikan oleh sains dengan penemuan pemulihan penyakit sendi dan tulang serta
merendahkan kandungan lemak dalam badan. Tambahan beliau, berdasarkan kajian yang
telah dijalankan melalui perbandingan di antara pelajar yang kerap dan jarang mendirikan
solat menunjukkan bahawa solat dalam keadaan yang khusyuk dapat meningkatkan
kesihatan mental yang baik seperti menghilangkan letih dan badan menjadi bertenaga.

Seterusnya, dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh
kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah
menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula dengan
mendirikan solat untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Bukan itu sahaja,
kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku semasa solat berjemaah antara tubuh kita
dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali
cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada
negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam
kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GPI1083

Sesungguhnya, ibadat mempunyai rahsia yang tersendiri yang kesannya boleh dirasai jika
seseorang itu melakukannya dengan penuh keikhlasan untuk mencari keredaan Allah s.w.t.
semata-mata.

SOALAN 3

Makna hijrah juga bukan sekadar melepaskan diri dari sesuatu semata-mata, tetapi di
samping makna itu hijrah juga dimaksudkan sebagai batu loncatan untuk mendirikan
sebuah masyarakat baru di negeri yang aman, juga memiliki makna penegasan mengenai
posisi Nabi Muhammad dan pengikutnya. Dengan era sebelumnya Setelah Nabi hijrah ke
Madinah, Islam berkembang dengan pesat. Nabi banyak melakukan perjanjian diplomatik
dengan golongan bukan muslim seperti perjanjian Nabi dengan kaum Yahudi madinah dan
perjanjian dengan kafir Quraisy yang dikenal dengan perjanjian Hudaibiyyah. Selain itu,
banyak pula peperangan yang terjadi antara umat Muslim dan kaum kafir seperti, perang
badar, uhud, khandak, hunain, dan fathul Makkah.

Oleh itu, terdapat pelbagai faktor yang mendorong penghijrahan Nabi Muhammad
antaranya ialah Bai’ah Al-Aqabah. Bai’ah Al-Aqabah ini merupakan faktor asas yang
memulakan hijrah kerana dalam Aqabah 2 terdapat jemputan dari pemimpin Madinah agar
Nabi datang menjadi pemimpin mereka. Dalam ikrar itu mereka berjanji untuk berjuang
bersama-sama Nabi dan mempertahankan Nabi. Nabi merasakan masanya telah tiba bagi
umat Islam untuk keluar dari Makkah. Al- Bukhari juga meriwayatkan daripada Ubadah bin
Samit bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “ marilah berbai’ahlah kepadaku bahawa kami
tidak akan mensyirikkan Allah dengan satu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak
membunuh anak-anakmu, tidak membawa cerita-cerita fitnah dan tidak menderhakaiku
dalam kebajikan. Barangsiapa daripada kamu yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu di
hokum semasa di dunia. Maka itu adalah sebahagian daripada kiffarah.barangsiapa yang
terlanggar sesuatau daripadanya lalu Allah menutupnya, maka urusannya terserahlah
kepada Allah. Jika Dia mahu maka Dia akan menyeksakannya dan jika Dia mahu dia akan
mengampunkannya.

Faktor yang seterusnya ialah, disebabkan oleh tekanan yang semakin meningkat di
Makkah. Keadaan di Kota Makkah tidak lagi dianggap sebagai kawasan yang sesuai untuk
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GPI1083

perkembangan Islam kerana setelah 13 tahun baginda berdakwah pelbagai penentangan


yang diterima. Suasana di Makkah itu menggambarkan bahawa lama kelamaan keadaan
Islam semakin tertekan. Hal ini terjadi kerana kegagalan misi utusan Quraisy memulangkan
kaum Muslimin dari Habsyah sehingga membuat orang-orang kafir Quraisy di Makkah
tambah murka. Segala cara mereka lakukan untuk mengganggu Nabi dan para pengikut
beliau. Salah satunya apa yang dilakukan oleh Utbah putera Abu Lahab. Diriwayatkan
bahwa pada suatu hari Utbah menarik baju Nabi dengan kasar sampai robek dan berusaha
meludahi muka beliau. Kemudian Nabi berdoa :”Ya Allah, terkamlah dia dengan salah satu
anjing-Mu”. Allah SWT mengabulkan do’a Nabi. Bukan itu sahaja, di tengah-tengah tekanan
yang semakin meningkat itu Hamzah dan Umar masuk Islam. Keislaman dua orang tokoh
ini meningkatkan moral kaum Muslimin.

Faktor penghijrahan Rasulullah yang terakhir ialah kerana umat islam semakin menderita.
Hal ini kerana tindakan kaum Quraisy semakin hebat. Penyeksaan ke atas golongan hamba
semakin berleluasa. Malah Nabi sendiri sering menjadi mangsa penyeksaan mereka. Pada
617 hingga 620 M seluruh umat Islam dan Bani Hashim telah dipulaukan daripada segi
sosial, ekonomi dan politik. Mereka dilarang berurusan dengan masyarakat Makkah kecuali
musim haji. Umat Islam mengalami penderitaan dan ujian yang sangat getir. Kegemilangan
Islam yang tersebar secara meluas ke seluruh pelosok dunia sehingga hari ini disebabkan
pengorbanan Rasulullah SAW menerusi peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah.

Dalam sebuah riwayat dikisahkan, ada seorang yang mendatangi Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah,saya baru saja mengunjungi kaum yang berpendapat bahwa hijrah telah
telah berakhir”, Rasulullah bersabda: ”Sesungguhnya hijrah itu tidak ada hentinya, sehingga
terhentinya taubat, dan taubat itu tidak ada hentinya sehingga matahari terbit darisebelah
barat”. Oleh yang demikian, terdapat beberapa hikmah daripada pensyariatan tersebut
antaranya ialah perisitwa hijrah Rasululah dan para sahabatnya dari Mekah ke Madinah
merupakan tonggak sejarah yang monumental dan memiliki makna yang sangat berarti bagi
setiap Muslim, karena hijrah merupakan tonggak kebangkitan Islam yang semula diliputi
suasana dan situasi yang tidak kondusif di Mekah menuju suasana yang prospektif di
Madinah.

Seterusnya, hikmah yang terakhir ialah Hijrah mengandungi semangat perjuangan tanpa
putus asa dan rasa optimisme yang tinggi, iaitu semangat berhijrah dari hal-hal yang buruk
NO. ANGKA GILIRAN : 2020182310138 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: GPI1083

kepada yang baik, dan hijrah dari hal-hal yang baik ke yang lebih baik lagi. Rasulullah s.a.w.
dan para sahabatnya telah melawan rasa sedih dan takut dengan berhijrah, meski harus
meninggalkan tanah kelahiran, sanak saudara dan harta benda mereka. Dalam konteks
sekarang ini, pemaknaan hijrah tentu bukan selalu harus identik dengan meninggalkan
kampung halaman seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan kaum Muhajirin, tetapi
pemaknaan hijrah lebih kepada nilai-nilai dan semangat berhijrah itu sendiri, karena hijrah
dalam arti seperti ini tidak akan pernah berhenti. Rasulullah SAW bersabda: “Muhajir (orang
yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan segala larangan Allah”. (HR. Bukhari)

Kesimpulannya, hijrah secara maknawi terus kerana nilai dan semangat hijrah harus kita
bawa dalam kehidupan moden ini. Kita berhijrah dari kejahiliyahan menuju Islam. Hijrah dari
kekufuran menuju Iman. Hijrah dari kesyirikan menuju tauhid. Hijrah dari kebathilan menuju
al-haq. Hijrah dari nifaq menuju istiqamah. Hijrah dari maksiat menuju tha’at. Dan hijrah dari
yang haram menuju yang halal.

Anda mungkin juga menyukai