Anda di halaman 1dari 7

PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM, BARAT

SOALAN 4 : DAN TIMUR TERHADAP ILMU DAN PENDIDIKAN.

• Merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu


perkara.
Apa Itu • Merupakan kefahaman yang sistematik dan
Ilmu ? diusahakan secara sedar.

• Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk


dimanfaatkan demi kebaikan manusia.
PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM IBN
KHALDUN

Berpendapat bahawa pertumbuhan pendidikan dan ilmu pengetahuan dipengaruhi oleh peradaban.

Dalam Muqaddimah, Ibn Khaldun memandang bahawa ilmu dan pendidikan merupakan tabiat dalam
diri manusia.

Menganggap bahawa ilmu dan pendidikan sebagai suatu gejala konklusif yang membentuk masyarakat
dan perkembangannya di tahap kebudayaan.

Pendidikan bukan merupakan proses belajar mengajar yang dibatasi oleh empat dinding, tetapi
pendidikan adalah suatu proses, di mana manusia secara sedar menangkap, menyerap, dan menghayati
peristiwa-peristiwa alam sepanjang zaman.
PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM AL-
FARABI

 Pendidikan merupakan media untuk mendapatkan pengetahuan, bagi individu dalam


satu tempoh masa dan budaya tertentu.

 Tujuan utama pendidikan ialah membimbing individu untuk mencapai


kesempurnaan.

 Manusia yang sempurna adalah mereka yang telah memperoleh pengetahuan dan
mempraktikannya dalam kehidupan seharian.
PANDANGAN AHLI FALSAFAH TIMUR
CONFUCIUS

1. Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira status sosioekonomi atau kedudukan sosial.
2. Matlamat pendidikan ialah bagi menghasilkan individu berkebolehan serta bermoral tinggi.
3. Beranggapan guru sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir.
4. Guru juga perlu mengenali dan memahami murid yang diajar agar dapat memaksimumkan potensi
dan kebolehan.
PANDANGAN AHLI FALSAFAH TIMUR R.
TAGORE
• Satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing kelak.

• Menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integriti dengan persekitaran.

• Menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. Antara mata pelajaran yang disyorkan termasukalah
muzik, seni, kesusasteraan, drama dan tarian, sejarah dan pendidikan alam sekitar.

• Beranggapan seseorang yang berpelajaran seharusnya cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas serta
mendukung sikap nasionalisme yang ideal

• Dipengaruhi oleh falsafah pendidikan pragmatisme dan progresivisme.


FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT R.M
HUTCHINS, MORTIMER ADLER
 Suatu pandangan pendidikan yang ‘konservatif dan tradisional’

 Pendidikan adalah kearah mendapatkan kebenaran dan memahami kebenaran tersebut

 Pendidikan adalah latihan bagi membentuk dan memperkembangkan mental dan intelektual

 Kebenaran dapat diperolehi daripada karya-karya agung sepanjang tamadun manusia

 Sekolah : tempat untuk menyediakan kanak-kanak supaya berupaya hidup dalam masyarakat.
FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT
DEWEY, KILLPATRICK, JOHNSON

• Pendidikan adalah proses yang mencorakkan manusia mengikut persekitaran sedia ada
• Kanak-kanak harus bebas membesar dan berkembang
• Minat yang digalakkan daripada pengalaman langsung adalah rangsangan yang paling baik untuk
pembelajaran
• Kerjasama yang erat harus diwujudkan antara sekolah & rumah
• Guru sebagai penyelidik dan pembimbing aktiviti pembelajaran
• Sekolah adalah unit masyarakat yang bersifat demokratik

Anda mungkin juga menyukai