Anda di halaman 1dari 12

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

UNIT BUKU TEKS:


8 PENTAFSIRAN & APLIKASI

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

KPF4023 Siri Pembelajaran Aktif


Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Semester 2 Sesi 2016/2017


UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

Sinopsis

Sebelum sesebuah buku teks diluluskan untuk edaran dan penggunaan, buku teks ini perlu
melalui empat fasa penilaian bagi memenuhi standard serta kualiti iaitu (i) kandungan
menepati sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran, (ii) bahasa yang betul dan
mudah, (iii) grafik yang sesuai dan menarik minat murid untuk menggunakan buku teks,
serta (iv) aktiviti dan latihan sesuai dengan aras kemahiran murid (Wan Mohammad, 1998).
Walau bagaimanapun, terdapat isu-isu berkaitan keupayaan dan kemampuan buku teks
untuk menjadi sumber pembelajaran utama dalam bilik darjah oleh guru dan murid
(Bahagian Buku Teks, 2005 & 2009a) Siaran Bahagian Buku Teks (2009) mengakui bahawa
terdapat kesalahan dalam buku teks seperti konsep, fakta dan istilah antara yang
dikenalpasti dalam buku teks Mathematics Year 6, Mathematics Year 5 dan Science Year 5
dan tindakan pembentulan dan penambahbaikan telah dilakukan. Yang diutarakan dalam
contoh di atas adalah kelemahan buku teks dari segi kesahan kandungannya (aktiviti dan
latihan).

Dalam usaha mentransformasikan buku teks, unsur global dan teknologi perlu diberi
penekanan sungguhpun terdapat undur-unsur lain yang saling berkaitan. Sejajar dengan
usaha Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia menggubal semula buku teks
untuk memenuhi transformasi pendidikan negara, ciri-ciri asas penulisan buku teks
(Bahagian Buku Teks KPM, 2002) yang merangkumi kandungan, bahasa dan istilah;
persembahan bahan; aktiviti dan latihan serta bahan grafik perlu dinilai semula. Kajian-
kajian yang dijalankan terhadap kualiti buku teks beberapa mata pelajaran mendapati
terdapat beberapa kelemahan dalam aspek kandungan (Kartini, 1992; Sarin 1995; Norhan,
1996; Krisnan, 1997, Ahmad 1997, Mahidin, 2006; Selvaraj, 2010); Aktiviti dan Latihan
(Kartini, 1992; Mohammad, 2000; Krisnan, 1997; Mahidin, 2006; Selvaraj, 2010); Sensitiviti
dan Nilai (Kartini 1992); Persembahan Bahan Pembelajaran dan Ilustrasi (Kartini, 1992; Goh

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


1987, Ahmad 1997; Mahidin, 2006; Selvaraj, 2010); Bahasa dan Istilah (Krisnan, 1997;
Selvaraj, 2010) dan ciriciri fizikal (Kartini, 1992). Manakala dalam konteks pentaksiran dan
penilaian dalam buku teks, aspek aktiviti dan latihan adalah penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Seguin (1989), Hoven dan Garelick (2007) telah
menggariskan dua fungsi utama latihan yang terdapat dalam buku teks iaitu; (i)
mengukuhkan dan memberi kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep (ii) menilai hasil
pengajaran dan pembelajaran serta mengesan kemajuan pelajar. Oleh itu penilaian semula
terhadap kandungan buku teks adalah perlu bagi menentukan arah transformasi buku teks
pada masa hadapan sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Malahan,
transformasi ini perlu turut melibatkan elemen pentaksiran yang kini turut mengalami
transformasi ke arah penilaian dan pentaksiran murid dan pelajar yang berpusatkan sekolah.
Hal ini juga penting bagi memastikan buku teks yang dihasilkan pada hari ini mampu
menembusi keperluan global dan merentasi masa disamping memenuhi falsafah yang
digubal berdasarkan keperluan dan latar budaya serta masyarakat yang berbeza-beza
(Hamedi, 2007).

1
UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

Hasil Pembelajaran
Setelah melengkapkan aktiviti ini, anda dapat:

i. Menjelaskan konsep & pengertian buku teks.


ii. Menghuraikan sumber buku teks.
iii. Membincangkan prinsip asas reka bentuk buku teks.
iv. Menganalisis kepentingan buku teks.
v. Mengaplikasikan teknik-teknik menggunakan buku teks dalam amalan kurikulum bilik
darjah.

Kandungan Halaman

8.1 Pemetaan ringkasan kandungan 2

8.2 Konsep & pengertian buku teks 3

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


8.3 Sumber buku teks 4

8.4 Prinsip asas reka bentuk buku teks 5

8.5 Kepentingan buku teks 6

8.6 Teknik menggunakan buku teks dalam amalan kurikulum bilik darjah 7

2
UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

8.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

3
UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

8.2 Konsep & Pengertian Buku Teks

i. Konsep Buku Teks


i.
Asas
Ilmu
vi. ii.
Refleksi Sumber
Sosial
BUKU
TEKS

v. iii.
Wadah Asas
iv.
Refleksi
masyarakat

Konsep Huraian Contoh


i. Asas ilmu Perlu kepada ilmu pengetahuan dan diamalkan Adab dan sopan
dalam pergaulan
ii.Sumber Buku teks sebagai salah satu sumber untuk Buku teks Bahasa

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


kegunaan murid dan guru dalam melaksana Malaysia, Matematik,
proses pengajaran dan pembelajaran. Sejarah
iii.Bahan Buku teks ialah bahan pengajaran dan Buku teks,buku
pembelajaran yang kandungannya disediakan sumber dan
mengikut keperluan dan penekanan pihak sebagainya.
berkuasa pendidikan sesuatu tempat.
vi.Asas Merujuk kepada perkara dasar yang dapat 1.Sebutan Bahasa
dijelaskan dan difahami secara umum oleh melayu bermula
pelajar dengan sebutan yang
mudah.
2. cara pengiraan ilmu
matematik, (tambah,
tolak, darab, bahagi
dll) mengikut tahap
kelas
v. Wadah Buku teks adalah wadah penyampaian ilmu dan Saluran,media,perkara
dianggap sebagai jambatan antara sukatan tunjang
pelajaran dan pengguna.
vi.Refleksi Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, Bahasa Malaysia
Masyarakat harapan dan cita-cita sesebuah negara. Bahasa kebangsaan,
membina masyarakat
yang harmoni
vii.Refleksi Nilai yang diambil berdasarkan nilai sosial dalam 1.Dialog unsur nasihat
sosial sesebuah kelompok dan masyarakat dalam perbualan
diantara murid dan

4
UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

guru, anak dan ibu


bapa
2. Jauhi Najis Dadah,

ii. Pengertian Buku Teks

Tokoh Pengertian Buku Teks


A textbook is a book which is an exposition of generally accepted
principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in
UNESCO classroom or pupil book teacher situation.
buku teks adalah satu buku yang adalah untuk menjelaskan prinsip-
prinsip yang diterima umum dalam satu mata pelajaran, bertujuan
terutamanya sebagai asas untuk memberi pengajaran dalam bilik
darjah atau murid - buku - keadaan guru

Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national


policy in many countries.
Altbach Buku teks adalah dengan cara, ilustrasi kehendak negara dan dasar
(1987) negara di banyak negara.

Hussein Buku teks merupakan buku-buku khusus untuk


(1993) menyampaikan ilmu pengetahuan di sekolah.

Rumusan anda tentang buku teks

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


1. Buku teks merupakan bahan
2. Penulisan buku teks mengambilkira matlamat pendidikan, kurikulum, SP dan HSP.
3. Kandungan buku teks berkait rapat dengan falsafah, psikologi, sosiologi, pedagogi
dan teknologi.
4. Buku teks mempunyai kepentingan yang meluas mencakupi pembangunan potensi,
sumber maklumat, pembinaan tamadun dan sebagainya.
5. Walau bagaimanapun buku teks juga menimbulkan isu, masalah dan perdebatan
yang berkaitan dengan isi kandungan, kos, ideologi dan teknologi

5
UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

8.3 Sumber Buku Teks

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Kurikulum Kebangsaan

Dokumen Standard Kurikulum &


Pentaksiran (DSKP)

Sumber Huraian
Penulisan buku teks menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
i-Falsafah yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan
Pendidikan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.
Kebangsaan
ii. Buku teks ditulis berdasarkan kehendak:
Kurikulum 1. Kurikulum: ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang menjadi muatan
kebangsaan untuk disajikan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

iii. 1. Sukatan Pelajaran (SP): menjelaskan Falsafah Pendidikan


Dokumen Kebangsaan, matlamat pendidikan, objektif mata pelajaran,

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


Standard organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran.
Kurikulum & 2. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP): menjelaskan objektif dan
Pentaksiran organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan

6
UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

8.4 Prinsip Asas Reka Bentuk Buku Teks

(a) FALSAFAH

i
PEDAGOGI Urutan
TEKNOLOGI
___________________ (d) (e) __________________
Integrasi
iii

ii iv
Tekal Kontra

(a) PSIKOLOGI v vi vii viii ix (c) SOSIOLOGI

PENILAIAN
\(f)
___________________
Prinsp Keterangan
i) Urutan Reka bentuk yang
_____________ memandu mata pembaca, membaca
baik dapat
mengikut urutan dalam sesuatu terbitan dan membezakan bahan-
bahan utama dan bahan-bahan sekunder.

Setiap ruang mestilah digunakan secara optimum, di samping

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


mengambil kira ruang membolehkan pembaca merehatkan mata (eye
rest).

ii) Tekal Konsisten dan tetap pada keseluruhan buku agar dapat membantu
pemahaman pengguna (pelajar dan guru) terhadap isi kandungan
buku berkenaan.
iii) Integrasi Kandungan ilmu buku teks haruslah sesuai berdasarkan kurikulum dan
dapat diintegrasikan dengan pelajaran lain yang bersesuaian
iv) Kontra Kontra wujud apabila penggunaan elemen-elemen yang bertentangan
dalam sesuatu karya. Elemen yang bertentangan ini adalah lebih
daripada satu jenis elemen. Ini akan menimbulkan kesan
percanggahan dan dapat mewujudkan daya tarikan.

Tujuan kontra ialah untuk menonjolkan sesuatu yang menarik


perhatian pelajar dan seterusnya mesej yang hendak disampaikan
dapat disampaikan dengan lebih berkesan
v) Perkadaran Perkadaran dalam mereka buku teks adalah berkaitan dengan tahap
dan umur pembaca. Sekurang-kurangnya umur yang bersesuaian
seperti mereka buku teks matematik yang mengikut perkadaran
semasa.
vi) Kesepaduan Kesepaduan bermaksud dalam mereka bentuk buku teks mesti
memastikan ada elemen-elemen kesepaduan bagi memenuhi hasrat
falsah pendidikan kebangsaan supaya masyarakat dapat bersatu padu
melalui pendidikan.
vii) Mudah Mudah dibaca dan dapat menarik minat pelajar untuk membaca.

7
UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

Selain itu format persembahan pada keseluruhan buku hendaklah


terancang, berfungsi, jelas, ramah pengguna serta mudah.
Viii) Keseimbangan Keseimbangan dalam warna, penggunaan ruang, perspektif, dan saiz
tulisan dalam buku teks tersebut.
ix) rekaan Reka bentuk merupakan rekaan yang memaparkan teks atau bahan
grafik atau bahan lain pada halaman buku. Seperti contoh memuatkan
ilustrasi yang menarik minat pelajar
a) Falsafah buku teks direka sebagai bahan asas yang mencerminkan nilai
masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah Negara dan melahirkan
hasrat FPK kepada penggunanya (guru dan pelajar)
b) Psikologi Elemen Psikologi memainkan peranan penting kerana memastikan
pemikiran kritis, kreatif dan KBAT dalam menghasilkan buku teks yang
bermutu dan berkualiti. Sebagai contoh buku teks sejarah
mengandungi pelbagai peristiwa penting yang membangkitkan emosi
pembaca.
c) Sosiologi Reka bentuk buku teks melibatkan kepentingan perpaduan kaum,
keselamatan, agama dan unsur-unsur sosiologi (kemasyarakatan)
d) Pedagogi Kesesuaian kaedah dengan ilmu yang ingin disampaikan kepada
pelajar. Pelajar memperoleh kemahiran dalam pdp guru dengan
menggunakan buku teks
e) Teknologi Menerapkan unsur-unsur teknologi dalam mereka bentuk buku teks
seperti ada CD ROM, grafik dan ICT. Buku teks digital
f) Penilaian Reka bentuk buku teks bukan sahaja ilmu tetapi menerapkan nilai-nilai
ysng baik yang perlu dimiliki oleh setiap individu (pelajar)

8.5 Kepentingan Buku Teks

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


i Bahan bantu
mengajar
vii Adil

ii Sumber
vi Nilai
rujukan pelajar

v Falsafah iii Sumber


Pendidikan maklumat
Kebangsaan yang seragam

iv Budaya
membaca

8
UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

Kepentingan Keterangan + contoh


i.
Bahan bantu Sebagai bahan bantu mengajar guru dalam proses bagi merancang
mengajar aktiviti dalam PdP.
Cth:
Guru menggunakan buku teks untuk mengajar perkara asas bagi
sesuatu topik sebelum menggunakan buku rujukan yang lain,

ii.
Sumber rujukan Sebagai sumber rujukan utama pelajar yang membolehkan pelajar
pelajar memperoleh sesuatu bahan khusus.
Cth:
Soalan peperiksaan diambil dari buku teks, jadi pelajar akan merujuk
buku teks untuk mencari bentuk atau maklumat bagi sesuatu soalan.

iii.
Sumber maklumat Sumber maklumat yang seragam memudahkan guru mengajar kerana
yang seragam semua murid mempunyai sumber pelajaran yang sama.
Cth:
Semua guru di Malaysia mengajar silibus yang sama kerana buku
teks telah diseragamkan di seluruh Malaysia.

iv.
Budaya membaca Pelajar mahupun guru perlu membaca buku teks terlebih dahulu
untuk memahami sesuatu.

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


Cth:
Guru akan menyuruh pelajar membaca dahulu buku teks untuk topik
seterusnya sebagai persiapan untuk kelas yang akan datang.

v.
Falsafah Buku teks telah disusun bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Pendidikan Kebangsaan.
Kebangsaan Cth:
Buku teks bagi subjek Kemahiran Hidup telah disusun untuk
memenuhi hasrat FPK dalam memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh.

vi.
Nilai Banyak nilai murni yang boleh diperolehi dari penggunaan buku teks.
Cth:
Pelajar akan bertanggungjawab untuk menjaga buku teks dengan
sebaik mungkin kerana mereka dapat menggunakan buku teks
dengan percuma.

vii.
Adil Adil kepada semua murid tanpa mengira status sosioekonomi untuk
memilik akses terhadap ilmu pengetahuan.
Cth:
Pelajar mampu menggunakan buku teks tanpa dikenakan sebarang
caj di bawah program SPBT

9
UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

8.5 Teknik Menggunakan Buku Teks dalam


Amalan Kurikulum Bilik Darjah

Teknik A Teknik B Teknik C


SQ3R KWLH SCANNING

Ciri-ciri: Ciri-ciri: Ciri-ciri:


i. S: Survey i. Know (Perlu diketahui) i. Pantas
ii. Q: Question ii. What (Hendak diketahui) ii.Sekilas
iii. R: Read iii. Learned (Telah iii. Indeks/isi kandungan
iv. R: Recite dipelajari) iv. Fokus satu informasi
v. R: Review iv. How (Cara untuk v. Isi mudah
belajar)

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


Merujuk mana-mana buku teks, jelaskan aplikasi salah satu teknik yang paling sesuai

Berdasarkan buku teks Matematik teknik yang paling sesuai adalah KWLH.

Pelajar perlu tahu apa yang mereka telah ketahui/pelajari yang berkaitan dengan sesuatu
topik (KNOW).

Kemudian pelajar perlu tahu apa yang mereka hendak pelajari dalam topik berkenaan
(WHAT).

Setelah membaca/mempelajari topik bersebut, pelajar perlu tahu apa yang telah mereka
pelajari (LEARNED).

Kemudian pelajar perlu mengenalpasti bagaimana cara pelajar untuk mendapatkan


maklumat tambahan. (HOW)

1
UNIT 8 Buku Teks: Pentafsiran dan Aplikasi

Latihan Esei
1. Bedasarkan buku teks bagi mata pelajaran opsyen anda, huraikan sumber-sumber yang
digunakan dalam menghasilkan buku teks tersebut.

2. Bincangkan prinsip-prinsip asas dalam reka bentuk buku teks yang anda gunakan bagi
proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran opsyen.

3. Dasar Pinjaman Buku Teks telah diamalkan dalam pendidikan di Malaysia. Analisiskan
kepentingan buku teks ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

4. Berdasarkan satu unit rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran opsyen anda,
tunjukkan bagaimanakah anda mengaplikasikan mana-mana 1 (satu) teknik
menggunakan buku teks bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah..

KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Anda mungkin juga menyukai