Anda di halaman 1dari 9

PELAKSANAAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID

BERMASALAH PEMBELAJARAN (MBP)

Nur Fadhilah Suraya binti Abd Aziz

PISMP Pendidikan Khas 1

Ambilan Jun 2016

Nufadhilah 97@gmail.com

ABSTRAK

…..

Kata kunci: pelaksanaan, penerapan, nilai murni, murid bermasalah pembelajaran

Penanda wacana : walaubagaimanapun, namun begit


BAB 1

PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar
bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah, bahkan mempunyai banyak
halangan dan cabaran untuk membentuk diri individu untuk menjadi seorang
yang mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni.
Kepentingan mengenai nilai ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan menteri
pendidikan Singapura, Encik Heng Swee Keat yang menggariskan nilai murni
sebagai salah satu tunggak utama Kementerian Pendidikan. Dalam ucapan
pembukaannya di Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura
pada 22 September 2011, Encik Heng menyatakan bahawa

“Antara pencapaian akademik dan memupuk nilai, ia tidak seharusnya


menjadi keadaan di mana pilihan harus dibuat dan kita harus berusaha
mencapai kedua-duanya. Oleh itu, perkara pertama yang harus dilakukan
ialah mengesahkan perlunya pengembangan nilai dan perwatakan dalam
sistem pendidikan kita. (Sumber: Berita Harian 23.11.2011)
Di Malaysia, penyemaian dasar amalan nilai-nilai murni ini dapat dilihat
jelas sudah mula ditanam sedari awal lagi iaitu dalam kerangka asas
pembinaan
Kurikulum Kebangsaan agar ianya dapat diperhalusi dan diterima oleh
peringkat
generasi yang paling muda. Kurikulum Kebangsaan dalam Akta Pendidikan
1996
(Akta 550) dan Peraturan Yang Terpilih : hingga 15 Ogos 2002 telah
menjelaskan
bahawa :
“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan”
Akta Pendidikan 1996
Di sekolah, penerapan amalan nilai-nilai murni seperti amalan
menghormati, bersopan-santun, bertanggungjawab, sifat murah hati dan belas
kasihan turut di pupuk secara tidak langsung melalui aktiviti sukan, permainan
dan
berpersatuan.
Pemupukkan amalan nilai murni di peringkat sekolah dilihat sebagai
senjata utama menghasilkan masyarakat yang harmoni merentas negara
maju.
Sehubungan itu, penerapan amalan nilai-nilai
murni di sekolah dapat dilihat dipupuk bukan sahaja melalui proses formal
dalam
bilik darjah, malahan ianya turut berlaku juga secara tidak formal diluar bilik
darjah.
Guru adalah orang yang banyak memberi ilmu yang bermanfaat kepada murid
dalam memastikan murid berjaya di dunia dan di akhirat. Guru bukan sahaja
mengajar mengikut sukatan kurikulum semata-mata malah guru perlu
menerapkan amalan nilai-nilai murni semasa mengajar. Menurut Latifah et., al
(2012), nilai murni merupakan salah satu elemen penting yang terkandung
dalam pengajaran abad ke-21. Melalui penerapan nilai murni, guru dapat
melahirkan murid berkeperluan khas yang bersahsiah baik selaras dengan
falsafah pendidikan khas iaitu melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif. Oleh itu,
tanggungjawab untuk memupuk nilai-nilai murni tidak boleh diambil ringan
kerana nilai-nilai murni menjadi agenda utama dalam pembangunan negara,
pembangunan pendidikan, penggubalan dan pelaksanaan kurikulum, polisi
dan dasar pembangunan sekolah.
Penerapan nilai-nilai murni tidak terhad kepada mata pelajaran Pendidikan
Islam
dan Pendidikan Moral, malah diterapkan melalui semua mata pelajaran yang
diajar di sekolah melalui aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan kokurikulum (Nor
Hashimah Hashim, 2000 & 2001; Rahimah Hj. Ahmad & Chang Lee Hon,
1997). Hal ini jelas membuktikan bahawa penerapan nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran menjadi agenda penting dalam sistem
pendidikan
negara.
Untuk mencapai hasrat tersebut Kementerian Pendidikan mengambil strategi
untuk menerapkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum, di mana nilai-nilai
murni akan disisipkan melalui semua mata pelajaran dan ia diperkukuhkan
pula melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah
yang positif. Ringkasnya, kedua-dua bentuk kurikulum, formal dan tidak
formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya secara
bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan
berkesan

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Penerapan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah secara


teoritikalnya telah terbukti sudah diperkenalkan sejak dahulu kala lagi. Dalam
kajian Azwani (2018) menyatakan dasar penerapan amalan nilai sudah mula
dititiberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semenjak Dasar
Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan pada tahun 1957. Penerapan nilai
murni perlu disemai dan diterapkan kepada murid berkeperluan khas (MBK)
dalam pengajaran secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan
murid bertingkah laku positif.

Dewasa kini, kita sering melihat isu-isu atau gejala negatif seperti membuli
yang sering berlaku dalam kalangan pelajar dan tidak mustahil jika perkara ini
boleh berlaku dalam kalangan murid berkeperluan khas. Malah kita lebih
dikejutkan lagi dimana mereka telah terlibat dengan jenayah yang lebih besar
seperti membunuh, merakam video lucah, dan penagihan dadah, (Juliyah,
2014). Bagi membendung masalah ini daripada berleluasa, guru mestilah
mengambil inisiatif dari sekarang dan mendidik murid sejak mereka dari
sekolah rendah lagi ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dalam pendidikan, terdapat 17 nilai murni yang terkandung seperti baik hati,
berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan,
kebebasan, keberaniah, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan,
kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, patriotisme, rasional dan semangat
bermasyarakat. Namun dalam kajian ini, tumpuan hanya akan diberikan
kepada nilai hormat menghormati, nilai kebersihan dan nilai kerjasama. Nilai
hormat menghormati dipilih bagi memberikan pengetahuan kepada murid cara
menghargai dan memuliakan seseorang terutama orang yang lebih tua dari
kita. Seterusnya, nilai kebersihan juga penting bagi murid berkeperluan khas
bagi memastikan murid menjaga kebersihan diri dan mengelakkan daripada
mendapat penyakit. Nilai kerjasama juga dilihat bagi melihat hubungan murid
dengan murid yang lain apabila bekerja dalam satu kumpulan dan cara
melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pendidikan amatlah penting bagi


memastikan murid berkeperluan khas diterapkan dengan amalan-amalan nilai
murni. Penerapan nilai murni tidak boleh dipandang remeh oleh guru. Hal ini
demikian melalui penerapan nilai murni dapat membentuk disiplin dalam diri
MBK seterusnya menghapus persepsi negatif mengenai murid berkeperluan
khas. Namun begitu, Mohamad Khairi (2016) mengatakan masih terdapat
guru yang hanya menumpukan kepada penyampaian isi kandungan mata
pelajaran dan pencapaian akademik murid-murid sahaja. Hal ini terbukti
melalui pemerhatian sewaktu praktikum dulu di mana hanya beberapa orang
guru pendidikan khas sahaja yang mempraktiskan elemen nilai murni dalam
mata pelajaran yang diajar.

Selain itu, terdapat juga persepsi guru pendidikan khas yang menganggap
pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sudah cukup untuk menerapkan nilai
murni dalam diri MBK. Menurut Sofiah & Kamarul (2017) menyatakan bahawa
penerapan nilai-nilai murni tidak terhad kepada mata pelajaran Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sahaja,
malah perlu diterapkan melalui semua mata pelajaran yang diajar termasuk
melalui aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan kokurikulum. Memang tidak dapat
dinafikan dalam kenyataan NorZamri & NorHasni (2010), guru masih kurang
menguasai prinsip, kaedah dan teknik penerapan nilai dalam pengajaran,
tidak mendapat pendedahan yang cukup berhubung dengan penerapan nilai
dalam PdP.

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati masih terdapat beberapa


kekangan bagi guru pendidikan khas untuk menerapkan unsur nilai-nilai murni
sewaktu mengajar. Tambahan pula, dalam kajiannya juga mendapati
walaupun nilai dinyatakan dalam persediaan guru, apa yang berlaku
sebenarnya adalah berlainan iaitu penekanan kepada nilai adalah sedikit
dalam pengajaran dan pembelajaran, (Noor Aini & Nor Hafizah, 2015). Oleh
sebab itu, Kementerian Pelajaran telah menjalankan penerapan nilai-nilai
murni secara komprehensif di mana nilai-nialai murni akan diselitkan di dalam
semua matapelajaran.

1.4 TUJUAN KAJIAN

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

1.6 SOALAN KAJIAN

1. Adakah nilai-nilai murni diterapkan oleh guru PK sewaktu mengajar ?


2. Bagaimanakah starategi yang dilakukan oleh guru PK dalam pelaksanaan
amalan nilai murni semasa PdP?

1.7 SKOP KAJIAN

Skop kajian memfokuskan kepada beberapa nilai-nilai murni yang perlu


diberikan penekanan kepada MBK. Oleh itu, kajian pelaksaan penerapan nilai
murni hanya tertumpu kepada amalan hormat menghormati, kebersihan, dan

1.8 BATASAN KAJIAN

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Pendidikan adalah satu proses dalam mengasuh, mendidik, dan membentuk


tingkah laku yang positif dalam diri murid. justeru, unsur nilai-nilai murni perlu
diterapkan oleh guru PK semasa proses pdp berjalan. Kepentingan kajian ini
adalah membantu para pengajar menilai diri mereka sama ada penerapan
nilai-nilai murni sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku atau
tidak. Selain itu, menyedarkan guru PK bahawa pentingnya elemen nilai murni
dalam pengajaran bagi melahirkan MBK yang mempunyai sahsiah yang baik
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.10 DEFINISI OPRASIONAL (cari elemen2 yang boleh beri definisi (kamus,
definisi oleh kajian2))

a)Pelaksanaan

merujuk kepada guru pendidikan khas

b) penerapan

Perihal perbuatan dan sebagainya, menerapkan(mengenakan pada


menyerapkan dan sebagainya) perbuatan dan sebagainya, mempraktikkan.
Kamus Dewan (2002)

c) nilai murni

d) murid bermasalah pembelajaran

METODOLOGI

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

- PENGENALAN KAJIAN KES


- TEORI DAN MODEL KAJIAN
- DAPATAN KAJIAN LALU
- FOKUS KAJIAN
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
REKA BENTUK KAJIAN
INSTRUMEN KAJIAN
PROSUDER KAJIAN
KAJIAN RINTIS
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
PROSUDER PENGUMPULAN DATA
PROSUDER PENGANALISAN DATA

RUJUKAN

LAMPIRAN
PENERAPAN NILAI MURNI

- Amalan nilai hormat


menghormati
- -kebersihan

Tingkah laku murid bermasalah Proses pengajaran dan


Peranan guru pendidikan khas
pembelajaran pembelajaram

Anda mungkin juga menyukai