Anda di halaman 1dari 16

PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

DARI PERSPEKTIF MURID-MURID DARJAH LIMA


Juliyah Yaacob
Kementerian Pendidikan Singapura
juliyah_yaacob@moe.gov.sg
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemahaman murid-murid mengenai nilai berbudi bahasa dan
juga untuk mengenal pasti pengaruh guru terhadap penyerapan nilai berbudi bahasa terhadap
murid-murid darjah lima. Seramai 80 orang murid darjah lima diambil sebagai sampel dalam kajian
ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan
perisian SPSS 20.0 untuk mencari frekuensi, ujian-t, min dan juga peratusan. Data yang berbentuk
naratif dianalisis mengikut kod dan tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid darjah
lima ini mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa. Mereka juga ingin menerapkan nilai
berbudi bahasa ke dalam kehidupan mereka. Pengajaran guru dalam penerapan nilai berbudi
bahasa mempunyai hubungan yang ketara terhadap perkembangan murid-murid darjah lima kerana
murid-murid ini mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa. Guru
merupakan peranan model terhadap perkembangan murid-murid dalam menerapkan nilai berbudi
bahasa ini. Walaupun pengaruh guru sebagai peranan model mempunyai hubungan positif yang
tidak ketara terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima, guru
mestilah tetap berusaha untuk menerapkan nilai berbudi bahasa ini kerana pengajaran guru
mengenai nilai berbudi bahasa ini amat dihargai oleh murid-murid darjah lima.
Kata kunci:

Pendidikan, Kurikulum Bahasa Melayu, nilai, berbudi bahasa, peranan guru.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1. Pengenalan
Penerapan nilai merupakan satu komponen penting di dalam kurikulum bahasa Melayu 2008.
Berdasarkan kurikulum ini, penyerapan nilai murni dan budaya dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berhemah tinggi.
Kepentingan mengenai nilai ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan menteri pendidikan
Singapura, Encik Heng Swee Keat yang menggariskan nilai murni sebagai salah satu tunggak utama
Kementerian Pendidikan. Dalam ucapan pembukaannya di Seminar Pelan Kerja Kementerian
Pendidikan Singapura pada 22 September 2011, Encik Heng menyatakan bahawa
Antara pencapaian akademik dan memupuk nilai, ia tidak seharusnya menjadi keadaan di
mana pilihan harus dibuat dan kita harus berusaha mencapai kedua-duanya. Oleh itu, perkara
pertama yang harus dilakukan ialah mengesahkan perlunya pengembangan nilai dan
perwatakan dalam sistem pendidikan kita. (Sumber: Berita Harian 23.11.2011)
Sekolah juga digalakkan untuk meneroka cara yang lebih baik untuk menyemaikan nilai dalam mata
pelajaran Bahasa Ibunda dan sastera agar dapat menjadikan Pendidikan Nasional lebih bermakna
kepada setiap murid.
Schools can explore how to better infuse values education in the Mother Tongue Languages
and literature lessons, and to make NE come alive. (Sumber: Teks ucapan pembukaan dalam
Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

598

Dengan pernyataan ini, maka jelaslah bahawa penerapan nilai ini memainkan peranan yang penting
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Namun sejauh manakah penerapan nilai ini
memberikan kesan yang positif ke dalam murid-murid ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu?
2. Latar Belakang Kajian
Terdapat 16 nilai murni yang telah dikenal pasti di dalam sukatan bahasa Melayu sekolah rendah
2008. Antara nilai murni yang diterapkan ialah jimat cermat, kasih sayang, berdikari, keadilan dan
kesetiaan. Namun untuk kajian ini, tumpuan akan diberikan kepada nilai berbudi bahasa. Nilai
berbudi bahasa ini dipilih kerana nilai ini amat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu (Muhammad
Ariff Ahmad, 1991). Nilai ini dapat dilihat dalam banyak peribahasa, antaranya:

Orang berbudi kita berbahasa


Budi bahasa tidak dijual beli
Berbudi bagai pisang lebat
Kurang budi teraba-raba, tiada ilmu suluh padam.(halaman 43)

Pandangan yang sama juga diberikan oleh Aliman Hassan (1991):


Oleh yang demikian, perkembangan nilai dalam masyarakat Melayu memerlukan
penanaman ciri-ciri rohaniah atau batin dan pada keseluruhannya ini bererti mempelajari
sindrom konsep sosial dan etika yang tersimpul dalam istilah budi yang meliputi kebaikan,
keperibadian, kebijaksanaan, disposisi mental dan kesyukuran." (halaman 53)
Pandangan beliau ini diperkukuh lagi dengan pendapat Profesor Tham Seong Chee yang pada ketika
itu pensyarah di Jabatan Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Nasional Singapura dalam kajiannya
mengenai orang-orang Melayu Malaysia pada tahun 1977:
Tidak hairanlah bahawa budi pekerti, budi bahasa, pendidikan yang baik serta kebijaksanaan
menjadi perkara-perkara yang dititikberatkan dalam keluarga Melayu dan kehidupan sosial
orang Melayu. Memanglah menjadi kepercayaan orang Melayu bahawa sesuatu yang baik
dan diingini itu ialah budi, iaitu satu pengertian sosial tentang tanggapan yang dianggap
unggul mengenai keperibadian yang seharusnya menjadi matlamat setiap orang. (sumber:
Aliman Hassan, 1991, halaman 53)
3. Pernyataan Masalah
Visi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah 2008 telah ditetapkan sebagai
mengenali dan memahami bahasa dan budaya Melayu sebagai sebahagian daripada masyarakat
majmuk Singapura. Berdasarkan model kurikulum Bahasa Melayu, budaya merujuk kepada nilai
budaya. Budaya diperkenalkan untuk memupuk nilai budaya.
Dengan itu, penekanan dalam visi bahasa Melayu ini bukan sahaja terhadap perkembangan diri
setiap individu agar seimbang dari segi akademik dan nilai malah setiap individu itu harus disediakan
dengan nilai berbudi bahasa yang tinggi sebagai ahli masyarakat dan negara agar dapat memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.
Sebenarnya, pemupukan nilai-nilai murni di Singapura telah bermula sejak tahun 80-an. Menurut
Encik Goh Chok Tong pada ketika itu adalah Perdana Menteri Singapura,

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

599

Kejayan dari segi kebendaan harus diikuti dengan, atau sekurang-kurangnya membawa
kepada pekerti tinggi dan penghargaan terhadap kepentingan bukan ekonomi. (sumber: Dr.
Kamsiah,A. 2002. halaman 35).
Ini membawa maksud bahawa kejayaan ekonomi perlu dilengkapi dengan pembangunan sosial,
budaya dan rohani. Selain daripada itu, menurut Dr. Kamsiah A, 2002,
"kedudukan geografi republik ini yang terdedah kepada budaya barat dan timur amatlah
mudah untuk rakyat Singapura meresap pengaruh dari luar negara dan menyerap nilai-nilai
asing." (halaman 35)
Ini disahkan lagi dengan pernyataan Encik Goh Chok Tong, pada 21 Jan 1996,
sedang Singapura maju dan lebih terbuka kepada pengaruh budaya dan tren dari luar dan
sedang rakyat Singapura melancong ke luar negara dan menyerap nilai-nilai asing, kita
sebagai rakyat harus lebih menyedari siapa kita dan asal usul kita. (Encik Goh Chok Tong,
Berita Harian, yang dipetik dari artikel Dr. Kamsiah, 2002, halaman 35 )
Dengan itu penerapan nilai dalam pendidikan dititikberatkan agar setiap murid didedahkan kepada
nilai-nilai murni yang dapat membentuk peribadi serta perwatakan mereka. Nilai berbudi bahasa ini
merupakan nilai asas yang harus dikuasai dalam kehidupan murid. Untuk memastikan yang nilai
budi bahasa ini diterapkan, guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan setiap
murid. Seperti yang ditegaskan oleh Nik Azis(1996),
guru merupakan faktor yang kritis dalam menentukan kejayaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah. Tanpa kehadiran guru yang baik dari segi akhlak, intelektual,
emosi, kreativiti, motivasi mengajar, kemahiran membimbing dan keterampilan memimpin,
pembelajaran bilik darjah akan menjadi kurang berkesan. (Mohd Uzi,D, 2007. halaman 4)
Tambahan pula, murid-murid gemar meniru sikap dan nilai individu yang mereka sukakan. Sikap ini
amat terserah di peringkat sekolah rendah. Ada sesetengah guru yang disukai oleh murid-murid dan
mereka akan cuba meniru apa yang dilakukan oleh guru mereka. Pendapat ini juga dinyatakan oleh
Ee Ah Meng (1996):
Kanak-kanak gemar meniru sikap dan nilai individu yang mereka puja. Jaguh sukan dan
penyanyi pop biasanya dipuja oleh golongan muda. Setengah-setengah guru juga dipuja oleh
muridnya. Oleh itu, sikap dan nilai guru hendaklah berbentuk positif agar murid dapat meniru
sesuatu yang baik. (halaman 290)
Namun, guru-guru juga menghadapi cabaran dalam penerapan nilai. Menurut Habib (1997), yang
dipetik dari artikel Mohd Uzi, 2007, cabaran pertama adalah tanggapan yang berbeza tentang nilai
berbudi bahasa ini di kalangan guru kerana perbezaan latar belakang seperti agama, budaya,
pendidikan dan latar belakang keluarga. Cabaran kedua adalah salah tanggapan mengenai peranan
guru. Kebanyakan guru, berpendapat bahawa peranan menerapkan nilai dalam pengajaran adalah
tugas guru yang tertentu iaitu guru disiplin. Cabaran yang ketiga pula ialah penekanan kepada
kecemerlangan pada peperiksaan yang menyebabkan aspek penerapan nilai ini tidak diberikan
keutamaan.
Memandangkan penerapan nilai ini amat dititikberatkan dan telah diberikan penekanan sejak 80-an,
namun gejala-gejala sosial masih tetap berlaku. Penerangan yang terperinci mengenai nilai ini juga
telah diterapkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu, namun kesan penerapan nilai ini terutama
nilai berbudi bahasa, nilai yang merupakan nilai yang asas masih belum dapat dikesan di kalangan
murid.
Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

600

4. Definisi Nilai
Untuk memahami nilai dan bagaimana nilai ini dapat diterap dan dibina di dalam pengajaran,
perlulah memahami definisi nilai dari perspektif yang lebih luas.
Menurut Hashim Haji Musa, 2008, nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan
untuk mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian
dan kelakuan. Iaitu sama ada benar, baik, indah, berguna, diingini ataupun sebaliknya palsu, buruk,
tidak diingini, tidak beragama dan dibenci. Nilai tertinggi adalah semua perkara yang membantu
pembetukan insan yang beriman, beramal salih dan berakhlak mulia iaitu paling banyak
memanfaatkan dirinya dan manusia yang lain; yang paling sempurna iman seseorang Muslim ialah
yang paling baik akhlaknya (al-Hadith). Maruah sesama insan dihormati kerana setiap mereka
berpotensi untuk memperolehi kesempurnaan tersebut. Secara positifnya, sikap ini akan mengelak
kezaliman dan diskriminasi berdasarkan warna kulit, keturunan, bangsa dan seumpamanya.
Carr (1991: dirujuk oleh Tan Ai Lee, 1995) mendefinisi nilai sebagai satu kepercayaan yang
berkemungkinan melibatkan aspek-aspek dalaman psikologi hidup yang merangkumi bidang kognitif.
Penumpuan nilai ialah pada kebaikan - ini merupakan suatu kepercayaan terhadap sesuatu seperti
kemesraan, kesepaduan, kejujuran, kemewahan, keamanan dunia, perlindungan terhadap binatangbinatang liar ataupun apa jua, sebagai sesuatu yang sepatutnya diperjuangkan (bukan hanya sekadar
wujudnya kebenaran).
Menurut Frankel (1980: dirujuk oleh Abd Rahim Abd Rashid, 2005) pula, nilai ialah konsep. Nilai
tidak wujud dalam pengalaman tetapi dalam minda manusia. Nilai menunjukkan kualiti kebaikan
(berharga) atau merit yang ditentukan terhadap berbagai-bagai aspek pengalaman mereka. Beliau
juga mengatakan bahawa nilai bukannya objek tetapi merupakan satu ukuran tingkah laku,
umpamanya baik, cekap dan sopan. Nilai membantu seseorang menentukan sebab atau alasan
mengapa seseorang menyukai sesuatu atau sebaliknya. Nilai membantu seseorang menentukan
sama ada sesuatu, khususnya berkaitan dengan objek, orang, idea, tingkah laku dan sebagainya itu
baik atau tidak baik.
Berdasarkan definisi-definisi di atas ini, maka dapat dirumuskan bahawa nilai merupakan sesuatu
yang perlu diterapkan kepada setiap murid agar dapat membantu mereka membuat keputusan yang
baik untuk diri mereka sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Dengan penerapan nilai di dalam
pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu sekurang-kurangnya dapat melengkapkan muridmurid dengan ilmu yang dapat diaplikasi dalam kehidupan yang sebenar dan membantu mereka
membuat keputusan yang bijak. Seperti yang diterangkan oleh E.F Schumaker (dirujuk oleh Wan
Mohd Zahid Mohd Noordin, 1994):
"The essence of education... is the transmission of values, but values do not help us to pick our
way through life unless they have become our own, a part, so to say, of our mental make up."
(halaman 136)
5. Konsep Penerapan Nilai
Penerapan nilai di dalam pembelajaran bahasa Melayu boleh berlaku secara tersurat dan juga
tersirat. Pembelajaran secara tersurat ialah pembelajaran di mana guru menyatakan dengan jelas
bahawa pengajaran hari ini ialah mengenai nilai tertentu umpamanya nilai berbudi bahasa. Guru
akan mencatatkan di dalam objektif bahawa pengajaran kali ini ialah mengenai nilai berbudi bahasa.
Pembelajaran secara tersirat pula ialah pembelajaran di mana guru akan menerapkan nilai di dalam
pembelajaran bahasa Melayu secara tidak langsung. Umpamanya guru sedang mengajar kefahaman
Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

601

dan murid-murid dikehendaki membincangkan kefahaman itu secara berkumpulan. Oleh itu, guru
akan cuba menyemai nilai berbudi bahasa dalam kerja kumpulan dengan mengingatkan murid-murid
supaya berbincang dengan baik agar tidak menyinggung perasaan rakan-rakan mereka ataupun
berbual mengikut giliran.
Namun begitu, nilai merupakan sesuatu yang abstrak di mana penerima dapat membuat intepretasi
masing-masing. Setiap guru juga mempunyai set nilai mereka sendiri yang mempengaruhi
pemahaman, persediaan dan pelaksanaan pengajaran mereka. Set nilai ini berbeza-beza untuk
setiap guru. Perbezaan ini adalah kerana beberapa faktor yang mempengaruhi pengajaran nilai di
dalam bilik darjah. Faktor-faktor tersebut ialah pelajar, pentadbir sekolah, ibu bapa dan kurikulum.
Contohnya di sekolah sekarang, banyak penekanan mengenai Pendidikan Keperibadian dan
Kewarganegaraan (CCE), nilai-nilai yang ingin diterapkan bergantung kepada setiap sekolah untuk
membuat keputusan. Oleh itu pentadbir sekolah telah pun merancangkan beberapa nilai yang
selaras dengan visi sekolah dan CCE. Setiap sekolah juga mempunyai nilai yang berbeza untuk
memenuhi visi sekolah masing-masing. Dengan demikian, guru secara tidak langsung harus
memenuhi permintaan pentadbir sekolah agar nilai-nilai yang diterapkan itu dilaksanakan.
Satu kerangka model mengenai konsep penerapan nilai telah diketengahkan oleh Mohd Uzi, D. 2007
dalam kajiannya mengenai penerapan nilai dalam pengajaran guru Matematik Sekolah Menengah.
Model ini telah dibentuk berdasarkan kerangka konsep yang diutarakan oleh Seah dan Bishop (2010)
yang melibatkan kajian buku teks Matematik di Singapura. Di mana nilai-nilai ini diterapkan di dalam
pengajaran Matematik.
Kerangka model ini dipilih kerana sesuai dengan pendidikan Singapura di mana faktor-faktor yang
melibatkan pihak yang berkepentingan memainkan peranan yang kritikal dalam pelaksanaan
program-program di sekolah. Walaupun demikian, kerangka konsep ini tidak mengambil kira faktorfaktor lain seperti keadaan persekitaran dan masa. Kedua-dua faktor ini memainkan peranan
penting kerana faktor-faktor ini juga akan mempengaruhi guru dalam pelaksanaan nilai di dalam
bilik darjah. Dengan itu, kerangka model ini telah diubahsuai dengan memasukkan kedua-dua faktor
yang diterangkan tadi.

Rajah 1: Kerangka konsep penerapan nilai pengajaran guru bahasa Melayu dalam bilik darjah yang
telah diubahsuai.
sumber: Mohd Uzi,D, 2007. halaman 12
Rajah 1 ini menggambarkan nilai yang diterapkan di dalam bilik darjah. Ada dua tahap dalam
penerapan nilai iaitu tahap pertama ialah peringkat nilai yang wujud dan tahap kedua ialah nilai
yang terlaksana. Nilai yang wujud ini akan mempengaruhi guru dalam perancangan guru mengenai
nilai, kemudian guru akan mempertimbangkan setiap faktor yang berkepentingan dan cuba
menerapkan nilai ini di dalam pengajaran bahasa Melayu. Ini mungkin akan mendatangkan konflik
kerana terlalu banyak faktor yang harus difikirkan. Ini akhirnya akan menentukan nilai yang
Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

602

dilaksanakan guru. Terdapat tiga kategori nilai yang akan mempengaruhi guru iaitu nilai pendidikan
umum, nilai bahasa Melayu dan nilai pendidikan bahasa Melayu.
Nilai pendidikan umum ialah nilai yang diterapkan dalam pengajaran oleh guru, sekolah, masyarakat
atau budaya kepada murid (Seah & Bishop, 2000). Nilai ini bersifat lebih universal seperti nilai
moral, sivik, kebangsaan dan keagamaan yang perlu untuk pembinaan budaya dan bangsa.
Nilai bahasa Melayu pula ialah nilai yang berkait rapat dengan aspek epistemologi bahasa Melayu
sebagai satu mata pelajaran. Nilai yang diperoleh lebih kepada nilai mengenai tatabahasa Melayu,
bagaimana sesuatu perkataan itu terbit dan dari mana asal usul bahasa Melayu. Nilai bahasa Melayu
ini penting untuk murid-murid mengenali bahasa Melayu dengan lebih dekat dan untuk memahami
bahasa itu sendiri. Ini memudahkan mereka mengenali budaya atau nilai Melayu yang sebenar.
Nilai pendidikan bahasa Melayu pula ialah nilai yang diterapkan melalui amalan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu sebagaimana yang disarankan oleh guru, buku-buku teks bahasa
Melayu yang digunakan oleh pihak sekolah (Bishop et al. 1999). Contoh, guru menyediakan senarai
semak agar murid-murid dapat menyemak semula karangan mereka. Ini merupakan nilai yang guru
ingin terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu iaitu mengamalkan sifat
menyemak semula karangan mereka sebelum menghantar kepada guru.
Walau bagaimanapun, di dalam proses guru berinteraksi dengan pelajar, ibu bapa dan pihak
pentadbir sekolah, nilai yang ingin diterapkan mungkin akan mempengaruhi guru dalam penerapan
nilai di dalam bilik darjah. Guru juga akan melalui konflik di mana kurikulum, masa dan persekitaran
juga memainkan peranan dalam penerapan nilai di dalam bilik darjah. Faktor-faktor dari pihak yang
berkepentingan dan penumpuan terhadap kurikulum akan mempengaruhi nilai yang sedia ada pada
guru dan akhirnya akan mempengaruhi nilai yang ingin dilaksanakan oleh guru. Ini bererti, guru
harus membuat keputusan bagaimana nilai harus diterapkan. Guru diberikan kepercayaan penuh
untuk memikirkan cara yang terbaik dalam proses pengajaran nilai. Setiap tingkah laku serta tutur
kata guru di dalam bilik darjah menggambarkan nilai yang ingin diterapkan.
6. Tujuan Kajian
Kepentingan nilai berbudi bahasa telah lama diketahui oleh para pendidik. Malah banyak promosi
telah dijalankan untuk meningkatkan kesedaran mengenai nilai berbudi bahasa kepada masyarakat.
Garis pandu mengenai penerapan nilai berbudi bahasa ini juga telah disertakan di dalam kurikulum
bahasa Melayu. Namun tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk meneroka dan menjelajahi dengan
lebih mendalam mengenai penerapan nilai berbudi bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu di dalam bilik darjah murid-murid darjah lima. Tumpuan utama akan diberikan
kepada nilai berbudi bahasa yang ditonjolkan oleh para guru dan sejauh manakah penerapan nilai
berbudi bahasa ke dalam pengajaran bahasa Melayu ini memberikan kesan kepada murid-murid
darjah lima.
6.1. Objektif Kajian
Memandangkan peranan guru amatlah penting dalam penerapan nilai maka tumpuan kajian ini ialah
untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan penerapan nilai berbudi bahasa dalam
pengajaran bahasa Melayu dari perspektif murid-murid darjah lima. Melalui kajian ini, diharapkan
objektif-objektif seperti berikut dapat dicapai;

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

603

1) Untuk mengkaji sejauh mana murid-murid mempelajari dan memahami nilai berbudi
bahasa.
2) Untuk mengenal pasti sejauh mana pengaruh guru terhadap penerapan nilai berbudi bahasa
ke dalam murid-murid darjah lima.
6.2. Persoalan Kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, jawapan kepada soalan-soalan berikut akan terjawab;
1) Adakah nilai berbudi bahasa ini diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu?
2) Adakah guru merupakan peranan model dalam nilai berbudi bahasa kepada murid-murid
darjah lima?
6.3. Hipotesis Kajian
Dalam kajian ini, beberapa hipotesis telah dikemukakan.
dikaitkan dengan soalan-soalan kajian yang dikemukakan.

Pernyataan-pernyataan hipotesis ini

H1: Pengajaran guru mempunyai satu perhubungan positif yang ketara terhadap penerapan
nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima.
H2: Pengaruh guru sebagai peranan model mempunyai satu perhubungan positif yang ketara
terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima.
6.4. Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran kepada para guru tentang
keseimbangan antara kognitif dan efektif. Penerapan nilai haruslah dianggap sesuatu yang mustahak
agar setiap murid dapat dibentuk secara holistik; seseorang murid itu bukan sahaja bijak tetapi juga
berkeperibadian tinggi. Di dalam konteks masyarakat Melayu, seseorang yang berkeperibadian
tinggi ataupun tinggi nilai budinya amat diutamakan. Seperti yang terdapat di dalam pantun empat
kerat ini.
Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit pandangan orang,
Pandangan atas budi pekerti.
(Mustafa Haji Daud, 1995. halaman 6)
Penerapan nilai berbudi bahasa ini bukan sahaja di dalam pengajaran bahasa Melayu tetapi tingkah
laku serta tutur kata guru juga memainkan peranan yang penting. Dengan itu, guru haruslah bijak
merancangkan apa yang ingin dicapai.
Kajian ini juga berharap dapat mendedahkan kepada para guru mengenai impak guru sebagai
peranan model. Guru memainkan peranan yang penting dalam mencorak masa depan setiap murid.
Dengan demikian, peranan guru sebagai peranan model amatlah kritikal kerana setiap tingkah laku
serta tutur kata guru akan menjadi contohan kepada murid-murid. Ini dapat dilihat dalam puisi
Usman Awang, 1970,

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

604

Jika hari ini seorang ulama mulia,


Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
(sumber: Norbi Husin. 2010. halaman 262)

7. Skop dan Batasan Kajian


Skop kajian ini memberikan penumpuan kepada nilai berbudi bahasa. Nilai yang amat disanjung
tinggi oleh masyarakat Melayu. Skop kajian ini juga akan membentangkan persepsi murid-murid
darjah lima terhadap penerapan nilai di dalam pengajaran bahasa Melayu. Murid-murid darjah lima
ini dipilih kerana mereka mula meningkat remaja dan nilai berbudi bahasa perlu diperkukuhkan.
Namun di dalam kajian ini terdapat beberapa batasan. Batasan pertama ialah mengenai masa.
Masa merupakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan dalam kajian ini. Memandangkan
sekolah ingin menumpukan perhatian mengajar sewaktu kurikulum, masa yang diberikan tidak
membenarkan penyelidik untuk memantau soal selidik yang dijalankan. Penyelidik diberikan masa
30 minit untuk menjalankan soal selidik ini kerana pihak pentadbir sekolah amat mementingkan
masa kurikulum untuk pengajaran.
Batasan kedua pula ialah mengenai pengendalian soal selidik. Pengendalian soal selidik ini dilakukan
oleh guru bahasa Melayu kelas tersebut kerana ketiga-tiga kelas darjah 5 diadakan pada masa yang
sama. Penyelidik memberikan penerangan kepada setiap guru dan memantau proses pengendalian
melalui berjalan dari satu kelas ke satu kelas yang lain.
8. Kaedah pengumpulan data
Untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini, kaedah pengumpulan data menggunakan soal
selidik telah dijalankan. Kaedah ini dipilih kerana dari segi pentadbiran, kaedah ini lebih mudah
dijalankan. Soal-selidik ini juga mudah untuk murid-murid darjah lima lakukan. Dengan ada soalselidik ini, jawapan yang lebih pasti dan tepat dapat dianalisis untuk mencapai objektif kajian.
Sebuah sekolah dipilih untuk membantu dalam kajian. Sekolah ini mempunyai tiga kelas darjah lima
aliran utama yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda. Seramai 80 murid yang terlibat
dalam kajian ini.
8.1. Reka Bentuk Kajian
Keseluruhan soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C dan mengandungi
16 soalan. Bahagian A mengandungi 7 soalan yang menilai pandangan responden mengenai
keberkesanan pengaruh guru di dalam penerapan nilai berbudi bahasa. Bahagian ini mengambil
kira faktor-faktor pengajaran guru yang boleh mempengaruhi murid-murid dalam penerapan nilai
berbudi bahasa. Antara faktor-faktor pengajaran yang diterapkan dalam soal selidik ini ialah faktor
guru itu sendiri, sama ada guru tersebut merupakan contoh orang yang berbudi bahasa. Begitu juga
dalam pengajaran guru tersebut sama ada guru mengadakan ayat-ayat yang mempunyai nilai
berbudi bahasa dan sama ada murid-murid memahami nilai berbudi bahasa yang diajar oleh guru.
Keprihatinan guru mengenai nilai berbudi bahasa yang diamalkan oleh murid-murid dengan
menegur kesilapan murid dan mengingatkan mereka menimbangkan perbuatan yang baik juga
Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

605

diambil kira. Bahagian A ini direka untuk menjawab objektif kajian yang ingin mengenal pasti sejauh
mana pengaruh guru terhadap penerapan nilai. Soalan-soalan ini menggunakan skala Linkert yang
mengandungi 6 pilihan antara amat tidak setuju kepada amat setuju. Skala Linkert ini dipilih kerana
memudahkan murid-murid darjah lima menjawabnya. Enam pilihan ditetapkan agar murid-murid
tidak terdorong untuk mengambil pilihan yang lebih neutral dalam soal selidik ini. Sekiranya ramai
murid-murid yang mengambil pilihan neutral ini maka soal selidik ini mungkin tidak begitu tepat.
Bahagian B mengandungi empat soalan; soalan 8 hingga 11. Terdapat dua jenis soalan; soalan 8 dan
9 merupakan soalan di mana responden hanya membubuhkan tanda betul () di dalam ruang yang
disediakan. Untuk soalan-soalan ini, responden boleh memilih lebih daripada satu jawapan yang
mereka rasa sesuai. Pilihan jawapan berbeza; ada enam nilai yang baik dan empat pula nilai yang
menunjukkan nilai yang kurang elok. Ini sengaja dilakukan demi untuk memastikan bahawa
responden memahami nilai sebenar berbudi bahasa. Soalan 8 tumpuannya kepada guru sementara
soalan 9 tumpuannya kepada ibubapa. Soalan itu adalah untuk memenuhi objektif pertama kajian
ini iaitu mengkaji sejauh mana murid-murid darjah lima memahami nilai berbudi bahasa. Soalan 10
dan 11 merupakan soalan terbuka di mana soalan 10 memerlukan responden menjelaskan sumber
cerita yang mereka ketahui yang mengandungi nilai berbudi bahasa. Soalan 11 pula untuk mengkaji
sejauh mana responden ingin menjadi seorang yang berbudi bahasa.
Bahagian C pula mengandungi maklumat peribadi diri responden yang merangkumi jantina, umur,
kelas, pekerjaan bapa dan ibu. Demi menghormati responden, bahagian ini tidak diwajibkan ke atas
responden. Ada responden yang berasa kurang selesa untuk menulis butiran mereka kerana mereka
berasa takut yang guru mereka mengetahui jawapan yang diisikan.
Kesemua soalan yang terkandung dalam soal selidik ini telah disemak oleh seorang profesor dari
Institut Pendidikan Nasional / Universiti Technologikal Nanyang (NIE/NTU) dan beberapa perubahan
dari segi perkataan dan ayat telah dilakukan atas nasihat beliau. Ayat-ayat untuk soal selidik ini
telah dipermudahkan agar murid-murid darjah lima dapat memahami kehendak soalan dengan lebih
jelas.
8.2. Analisis Data
Data untuk soalan 1 hingga 9 telah dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS 20.0 (Statistical
Package for Social Sciences). Jawapan daripada semua responden telah dijumlahkan untuk
mendapatkan jumlah skor keseluruhan untuk semua pembolehubah bebas dan bersandar yang
terlibat. Jumlah keseluruhan ini kemudian digunakan untuk menganalisis statistik inferens seperti
Korelasi Pearson R. Selain daripada itu, pengkaji juga menggunakan perisian ini untuk menganalisis
frekuensi, min, nilai-t, dan juga perbandingan antara pembolehubah tertentu.
Data untuk soalan 10 dan 11 telah dianalisis berdasarkan tema dan kod. Memandangkan soalansoalan ini berbentuk naratif, maka pengkaji telah mengkategorikan jawapan-jawapan yang diberikan
oleh responden. Setiap responden telah diberikan kod yang bermula dengan R. Contohnya
responden pertama diberikan kod R1, respondens kedua diberikan kod R2 dan seterusnya. Dalam
kajian ini terdapat kod yang bermula daripada R1 hingga R80
8.3. Sampel Kajian
Secara keseluruhan terdapat 80 responden yang telah menjadi sampel untuk kajian ini. Kesemua
responden ini merupakan murid-murid darjah 5. Sebanyak 51.2% murid lelaki dan 48.8% murid
perempuan.
Sebanyak 52.5% murid-murid ini berumur 11 tahun pada ketika kajian ini dijalankan sementara 45%
murid-murid ini berumur 10 tahun kerana tarikh lahir mereka belum tiba sewaktu kajian dijalankan.
Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

606

Di dalam sampel ini juga terdapat 1.3% pelajar yang berumur 13 tahun di mana pelajar ini
merupakan pelajar yang dua kali tidak lulus Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan 1.3% lagi
yang tidak memberikan butiran umur.
Melalui data yang telah dianalisis, didapati kebanyakan pekerjaan bapa responden tergolong dalam
kategori perkhidmatan iaitu sebanyak 38.8%. Peratusan ini adalah yang tertinggi jika dibandingkan
dengan kategori yang lain. Kebanyakan ibu responden pula merupakan suri rumahtangga di mana
sebanyak 43.8% tergolong dalam kategori ini. Sebanyak 22.5% responden tidak tahu pekerjaan bapa
mereka. Ini merupakan peratusan yang kedua tertinggi jika dibandingkan dengan kategori-kategori
yang lain dan sebanyak 11.3% tidak tahu pekerjaan ibu mereka.
9. Dapatan Kajian
Objektif 1: Untuk mengkaji sejauh mana murid-murid mempelajari dan memahami nilai berbudi
bahasa.
Untuk memastikan objektif ini tercapai, pengkaji telah mengetengah dua faktor yang membantu
murid-murid mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa iaitu guru dan ibu bapa. Responden
dikehendaki menanda makna yang sesuai untuk budi bahasa. Rajah 2 menunjukkan data yang
diperolehi daripada responden secara keseluruhan. Responden didapati mempelajari dan
memahami nilai berbudi bahasa. Ini dapat dilihat melalui peratusan untuk nilai-nilai baik yang
bermaksud berbudi bahasa. Antaranya 92.5% memilih sopan santun, 92.5% memilih baik hati,
93.75% memilih hormat-menghormati, 85% memilih jujur, 92.5% memilih bekerjasama dan 88.75%
memilih bersikap bertanggungjawab.

Rajah 2: Makna berbudi bahasa, melalui pengajaran guru


Melalui sudut pengajaran Ibubapa, responden juga didapati mempelajari dan memahami nilai
berbudi bahasa ini. Peratusan yang memilih keenam-enam nilai murni ini juga tinggi. Seperti yang
tertera di rajah 3; 87.5% memilih sopan santun dan baik hati, 86.25% memilih hormat-menghormati,
81.25% memilih jujur, 73.75% memilih bekerjasama dan 77.5% memilih bersikap tanggungjawab.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

607

Rajah 3: Makna berbudi bahasa, melalui pengajaran Ibu bapa


Berdasarkan kedua-dua rajah di atas, sejumlah besar daripada murid-murid ini memilih nilai-nilai
yang baik untuk menerangkan yang mereka mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa sama
ada melalui pengajaran guru ataupun Ibubapa.
Pernyataan ini diperkukuhkan lagi dengan melihat bilangan murid yang memilih keenam-enam nilai
murni yang membawa maksud berbudi bahasa. Melalui Rajah 4, didapati 73.75% murid-murid
darjah lima memilih keenam-enam nilai yang murni melalui pengajaran guru sementara 52.5%
murid-murid darjah lima memilih keenam-enam nilai yang murni melalui pengajaran Ibubapa.
Melalui perbandingan ini, dapat dikatakan bahawa pengajaran guru dalam penerapan nilai berbudi
bahasa lebih berkesan daripada ibubapa.

Rajah 4: Peratusan murid-murid yang memilih keenam-enam nilai murni melalui pengajaran guru
dan Ibubapa.
Selain daripada mempelajari nilai di sekolah dan rumah, terdapat juga faktor-faktor lain yang
membantu murid-murid darjah lima ini mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa. Melalui
dapatan soal selidik, didapati 46.67% murid memilih buku sebagai sumber untuk mereka
mengetahui atau mempelajari cerita-cerita yang mengandungi nilai berbudi bahasa. Ini diikuti
dengan filem dan televisyen sebanyak 36.36%. Data selanjutnya dapat dilihat di Rajah 5. Melalui
dapatan ini juga guru dan ibubapa didapati jarang menceritakan kepada murid-murid kisah yang
mengandungi nilai berbudi bahasa.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

608

Rajah 5: Sumber cerita yang mempunyai nilai berbudi bahasa


Memandangkan murid-murid darjah lima ini telah mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa,
namun soalan selanjutnya adakah murid-murid ini ingin menjadi seorang yang berbudi bahasa?
Dapatan dari kajian ini menunjukkan murid-murid darjah lima ini mempunyai keinginan yang tinggi
untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa. Faktor yang mendorong keinginan mereka adalah diri
mereka sendiri. Melalui Rajah 6, 42.31% murid-murid darjah lima didapati memilih diri sendiri
sebagai pendorong utama untuk mengamalkan nilai berbudi bahasa. 18.27% daripada murid-murid
darjah lima pula memilih guru sebagai pendorong utama untuk mengamalkan nilai berbudi bahasa.

Rajah 6: Pendorong untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa


Antara contoh-contoh yang menunjukkan yang mereka benar-benar ingin menjadi seorang yang
berbudi bahasa dan mengamalkan nilai berbudi bahasa ialah seperti berikut;
Responden 26: saya hendak menjadi seorang yang berbudi bahasa
Responden 68: saya ingin bercakap dengan baik
Responden 53: Saya hendak menjadi orang yang baik.
Melalui dapatan di atas, murid-murid darjah lima ini didapati menggunakan perkataan saya sebagai
dorongan utama dalam mengamalkan nilai berbudi bahasa ini.
Kesimpulan untuk objektif pertama kajian ini ialah murid-murid darjah lima didapati mempelajari
dan memahami nilai berbudi bahasa sama ada melalui pengajaran guru ataupun ibu bapa. Selain
daripada itu, murid-murid ini juga mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa melalui ceritacerita yang dibaca ataupun menonton televisyen. Mereka juga mempunyai keinginan untuk menjadi
seorang yang berbudi bahasa dan keinginan ini adalah di atas dorongan diri mereka sendiri yang
ingin memperbaik diri dengan menjadi seorang yang berbudi bahasa.
Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

609

Objektif 2:
Untuk mengenal pasti sejauh mana pengaruh guru terhadap penerapan nilai budi
bahasa ke dalam murid-murid darjah lima.
Rajah 7 ini menerangkan pengaruh guru terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam muridmurid darjah lima. Memandangkan skala Linkert ini menggunakan skala 6, maka secara purata
didapati pengaruh guru terhadap penerapan nilai ke dalam murid-murid darjah lima amat baik.
Kesemua butiran didapati memperolehi min yang amat tinggi antara 5.01 dan 5.66.

Berdasarkan ukuran min

Rajah 7: Pengaruh guru terhadap penerapan nilai


Rajah 8 di bawah ini pula membandingkan ukuran min antara murid lelaki dan perempuan.
Perbandingan ini ingin melihat sejauh mana pengaruh guru terhadap penerapan nilai terhadap
murid lelaki dan perempuan. Melalui rajah ini didapati pengaruh guru terhadap murid perempuan
lebih tinggi daripada murid lelaki.

Rajah 8: Perbandingan antara lelaki dan perempuan dalam menentukan keberkesanan pengaruh
guru dalam penerapan nilai.
Walau bagaimanapun perbezaan pengaruh guru terhadap penerapan nilai berbudi bahasa di antara
murid lelaki dan perempuan tidak begitu ketara kecuali untuk pernyataan yang pertama di mana
guru merupakan contoh yang berbudi bahasa. Pernyataan ini menunjukkan perbezaan yang ketara
di mana murid-murid perempuan lebih setuju dengan pernyataan ini. Perbezaan ini dinilai melalui
nilai-t. Butiran-butiran ini tertera di Rajah 9.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

610

*p<0.1
Rajah 9: Perbezaan ketara antara murid lelaki dan perempuan dalam menentukan pengaruh guru
terhadap penerapan nilai.
Kesimpulan melalui data ini menunjukkan pengaruh guru terhadap penerapan nilai berbudi bahasa
amat tinggi kerana nilai min untuk kesemua pernyataan mencapai 5 ke atas di mana jumlah skala
tersebut adalah 6. Perbandingan antara pengaruh guru terhadap murid lelaki dan perempuan pula
menunjukkan bahawa murid perempuan lebih terpengaruh dengan pengajaran guru mengenai nilai
berbudi bahasa. Perbezaan ini amat ketara untuk pernyataan; guru saya adalah contoh orang yang
berbudi bahasa.
9.1. Persoalan Kajian
Persoalan 1: Adakah nilai berbudi bahasa ini diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu?
Ya, nilai berbudi bahasa ini diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu. Ramai murid yang
menyatakan yang mereka amat setuju bahawa nilai berbudi bahasa ini telah diterapkan ke dalam
pengajaran bahasa Melayu. Di mana 42.5% menyatakan yang mereka amat setuju dengan
penyataan nombor 3 iaitu saya memahami tentang nilai berbudi bahasa yang diterapkan oleh guru
dalam setiap waktu pengajaran dan 47.5% amat setuju dengan dengan penyataan nombor 2 iaitu
guru saya memasukkan ayat-ayat yang berunsurkan nilai berbudi bahasa dalam pengajarannya.
Persoalan 2: Adakah guru merupakan peranan model dalam nilai berbudi bahasa kepada muridmurid darjah lima?
Ya, melalui data yang didapati 73.75% murid-murid darjah lima amat setuju dengan penyataan
nombor 1 iaitu guru saya adalah contoh orang yang berbudi bahasa. 18.75% setuju dan 7.5% agak
setuju dengan pernyataan tadi.
9.2. Hipotesis Kajian
Hipotesis 1: Pengajaran guru mempunyai satu perhubungan yang ketara terhadap penerapan nilai
berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah 5.
Hasil kajian menunjukkan wujudnya perhubungan yang positif antara penerapan nilai berbudi
bahasa dengan pengajaran guru. Penerapan nilai berbudi bahasa ini juga mempunyai hubungan
yang ketara di mana koefisien korelasi adalah 0.03 (p=0.05). Ini bermakna hipotesis kajian ini
disokong.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

611

Hipotesis 2:
Pengaruh guru sebagai peranan model mempunyai hubungan positif yang ketara
terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima.
Hasil kajian menunjukkan ada hubungan positif di antara pengaruh guru sebagai peranan model
terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima. Namun hubungan ini
tidak ketara di mana koefisien korelasinya adalah 0.06 (p=0.05). Ini bermakna hipotesis ini tidak
dapat disokong.
10. Kesimpulan
Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran guru mengenai nilai berbudi
bahasa amat penting kerana murid-murid darjah ini amat mempercayai segala nilai yang baik yang
diajar guru kerana mereka ingin menjadi orang yang berbudi bahasa. Mereka sentiasa menganggap
guru sebagai peranan model dan merasakan apa yang dinasihati, ditutur cara dan dilakukan oleh
guru adalah tepat dan betul. Walaupun pengaruh guru sebagai peranan model terhadap penerapan
nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima ini tidak ketara; ini bukan bermaksud
bahawa guru tidak memainkan peranan yang penting. Dapatan kajian ini menunjukkan keinginan
murid-murid darjah lima untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa datang daripada diri mereka
sendiri. Ini merupakan dorongan utama mereka untuk menjadi seorang yang mempunyai nilai
berbudi bahasa. Oleh itu, mereka amat menghargai pengajaran nilai berbudi bahasa yang
diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu.
Oleh itu, guru haruslah berusaha untuk memastikan nilai berbudi bahasa ini diterapkan ke dalam
murid-murid di sekolah rendah agar nilai berbudi bahasa yang diperoleh ini dapat menjadi akar yang
kuat untuk menyokong murid-murid ini kelak sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.
Sekiranya akarnya tidak kuat, maka mudahlah murid-murid ini tumbang ditiup angin.
Nilai dan budaya merupakan pasangan yang tidak dapat dipisahkan. Selain daripada nilai, guru juga
haruslah menerapkan unsur-unsur budaya agar murid-murid kita lebih sedar akan budaya kita yang
kaya dengan nilai-nilai berbudi bahasa. Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan penyataan Dr
Kamsiah, 2002, yang menyatakan bahawa;
"Sebagai pendidik kita haruslah bersedia menjadi mediator budaya atau penunjang kukuh
budaya Melayu. Di samping mempertahan budaya tradisi yang baik dan murni dari terhakis,
luntur ataupun terbuang, guru-guru juga berperanan dalam mengekang dan menapis gejalagejala buruk daripada menyusup atau menyerap ke dalam budaya yang murni ini".
(halaman 52)
Untuk menjadi mediator budaya, guru perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan faktor ini
boleh dipertimbangkan untuk kajian selanjutnya di mana beberapa cadangan boleh diutarakan
untuk mendorong guru menjadi peranan model yang lebih ketara dalam penerapan nilai dan
budaya.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

612

Rujukan
Ab. Rahman Bin Mahmud & Amidin Bin Zin. Amalan Nilai Murni Di Kalangan Pelajar: Satu Kajian di
Terengganu Darul Iman. Dimuat turun pada 2 Februari 2012 dari
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2003/abrahmanMPKTkk.pdf
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. DBP. Selangor.
Abdul Rahim Bin Hamdan & Azharul Nizam Bin Zahari. (2010). Konsep Pendidikan Bersepadu Serta
Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah. Dimuat turun
pada 2 Februari 2012, dari
http://eprints.utm.my/10466/1/Konsep_Pendidikan_Bersepadu_Serta_Penerapan_Nilai.pdf
Ah Meng. E. 1996. Murid dan proses pembelajaran asas pendidikan 2. Fajar Bakti. Shah Alam.
Ai Lee Tan. 1995. Faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajarpelajar. Tesis ijazah Sarjana Sains (Pengurusan). Universiti Utara Malaysia.
Aliman Hassan. 1991. Dinamika Budaya. Kebudayaan, Sistem Nilai dan Etika Sosial Orang-orang
Melayu Singapura Dahulu dan Masa Kini. Majlis Bahasa Melayu Singapura. Singapura. 49 60
Awang Sariyan. 2004. Teras pendidikan bahasa Melayu asas pegangan guru. PTS publication Sdn
Bhd. Pahang.
Hashim Haji Musa. 2008. Hati budi Melayu pengukuhan menghadapi cabaran abad ke-21. Universiti
Putra Malaysia. Selangor
Kamsiah Abdullah. 2002. Rangkai penelitian: Bahasa dan pemikiran. Majlis Bahasa Melayu
Singapura. Singapura.
Mohd Uzi Bin Dollah. 2007. Penerapan nilai dalam pengajaran guru matematik sekolah menengah.
satu kajian kes. Universiti Sains Malaysia.
Muhammad Arif Ahmad. 1991. Dinamika Budaya. Nilai Hidup Masyarakat Singapura. Majlis Bahasa
Melayu Singapura. Singapura. 33- 48
Mustafa Haji Daud. 1995. Budi bahasa dalam Tamadun Islam. DBP. KL
Nor Azizah Salleh. Siti Rahaya Ariffin. Musa Daia. 2001. Jurnal Pendidikan. Penerapan Nilai Murni
Melalui pembelajaran Kooperatif. (27) 47 -57.
Norbi Husin. 2010. Gurukah aku atau...?. Print-AD Sdn Bhd. KL.
Reduan Bin Ibrahim. 2009. Nilai budaya dalam kurikulum bahasa Melayu: Dari perspektif golongan
masyarakat yang berkepentingan. Disertasi untuk Sarjana Muda. Institute Pendidikan
Nasional, Universiti Technology Nanyang.
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. 1994. Ke arah pelaksanaan nilai-nilai murni dalam KBSM. Reformasi
Pendidikan dalam menghadapi cabaran 2020. Nurin Enterprise. Kuala Lumpur. 131- 142
Yahya Buntat & Rozita Sanapi. (2003). Jurnal Teknologi. Tahap penghayatan nilai-nilai murni di
kalangan pelajar-pelajar sarjana muda teknologi serta pendidikan semasa menjalankan kerja
amali bengkel. 39(E). 63-76. Universiti Teknologi Malaysia.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

613

Anda mungkin juga menyukai