Anda di halaman 1dari 1

Guru pencetus kreativiti penjana inovasi merupakan tema hari guru.

Maknanya kreativiti dan


inovasi amat penting dalam pendidikan di Malaysia untuk diaplikasikan dalam pedagogi dan
kurikulum dan mata pelajaran bagi melahirkan citra masyarakat dan negara yang kreatif.
Oleh yang demikian guru adalah agen pencetus kreativiti dan penjana inovasi untuk
membangun dan membina potensi insan dari segi JERI.Pada abad ini guru harus memahami
bagaimana kanak-kanak belajar. Mereka belajar melalui bermain,pergerakan,motivasi
intrinsik dan ektrinsik,peniruan,interaktif aktif dan lain-lain. Menurut Torrance (1977) dan
Sternbas kebanyakkan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas memiliki karakteristik kreatif
seperti perasaan ingin tahu, suka memanipulasikan bahasa, kebebasan bertindak tanpa rasa
takut dan lain-lain. Jadi, guru sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi harus
mempelbagaikan kaedah pdp, bersikap terbuka, fleksible,humor dan cindan, tidak cepat
menghukum, tidak bias dan mampu mengenalpasti bakat dan kebolehan pelajar. Disertakan
bersama model komponen pendidikan prasekolah yang mengandungi 4 komponen teras
(superstrukturan) pemurnian kreativiti dan 6 subkomponen (struktur) pemurnian kreativiti.

Kreativiti itu bermaksud kebolehan seseorang itu membuat sesuatu yang baharu sama sekali.
Kebolehan seseorang itu untuk mewujudkan sesuatu itu supaya 'ada' daripada 'tiada' seolah-
olah memberi gambaran bahawa manusia ini memiliki pemikiran dan tingkahlaku yang hebat
sehingga apa sahaja yang diingini mampu untuk dilakukan.

Proses percambahan fikiran (Brainstorming) boleh dilaksanakan dengan membuat senarai


masalah-masalah yang dihadapi bagi sesebuah organisasi sekolah. Dalam kaedah proses
percambahan fikiran terdapat prinsip yang utama iaitu semua ahli memberi idea,
mengemukakan pendapat atau penilaian kepada idea yang telah dibuat. Ahli kumpulan tidak
dibenar mengkritik idea ahli-ahli lain. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sebanyak
mungkin idea dalam sesi percambahan fikiran.Semakin banyak kuantiti idea yang
dikemukakan maka semakin banyak pilihan idea kumpulan itu. Setiap ahli akan diberi
kebebasan untuk berfikir. Semua idea yang dihasilkan dikumpul, dinilai dan dibaiki bagi
menghasilkan alternatif yang terbaik dalam penyelesaian akhir.

Untuk mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang timbul, pelbagai
teknik/kaedah yang boleh digunakan dan ianya merupakan satu strategi yang boleh
meningkatkan prestasi organsisasi.Antara teknik yang saya nyatakan di sini ialah Teknik
Membuat Keputusan Berkumpulan. Teknik ini sesuai digunakan untuk mencapai satu
keputusan bersama iaitu satu proses pembuatan keputusan secara berstruktur dalam bentuk
perbincangan kumpulan secara bersemuka. Antara langkah yang dilakukan adalah
membahagikan individu kepada beberapa kumpulan kecil diikuti proses mengenalpasti
masalah yang hendak diselesaikan. Setiap ahli kumpulan diharapkan boleh menjaya idea
yang bernas beserta langkah-langkah penyelesaian yang dicadangkan.Setelah itu semua ahli
diminta menilai semula semua idea yang telah dicadangkan. Proses terakhir ialah memilih
idea-idea yang paling popular untuk dijadikan isu yang hendak diseselaikan.

Anda mungkin juga menyukai