Anda di halaman 1dari 4

Pendahuluan

Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor


awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap
anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap
(attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui
program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan
pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

2.1 Objektif Dasar Latihan Sumber Manusia

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam digubal untuk mencapai objektif-objektif
berikut:

i. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan


berkompetensi;

ii. Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi;

iii. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti;

iv. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;

v. Mewujudkan nilai cipta (valuecreation) dan nilai tambah (valueadded)


di dalam sektor awam; dan

vi. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

2.2 Strategi-strategi Pelaksanaan Dasar Latihan sumber Manusia

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dilaksanakan dengan menggunakan


strategi-strategi berikut:

i. Setiap Kementerian / Jabatan hendaklah menyediakan peruntukan

tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada

peruntukan emolumen untuk tujuan latihan;


ii. Setiap Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah

memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti

kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun;

iii. Penubuhan Majlis Latihan Sektor Awam yang dipengerusikan oleh

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi pelaksanaan di peringkat

pusat; dan

iv. Penubuhan Panel Pembangunan Sumber Manusia yang


dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan

bagi pelaksanaan di peringkat Kementerian / Jabatan.

2.3 Tanggungjawab Anggota Perkhidmatan Awam

Setiap anggota perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab ke atas perkara-


perkara berikut:

i. Merancang keperluan kursus yang bersesuaian dengan tugas, objektif

Jabatan dan pembangunan diri;

ii. Menghadiri dan mengikuti kursus yang diluluskan atau ditetapkan

dengan penuh komitmen dan jaya;

iii. Menyedia dan mengemukakan laporan kursus kepada Ketua Jabatan

masing-masing setelah selesai menjalani kursus berkaitan; dan

iv. Mengemukakan salinan sijil / dokumen berkaitan bagi tujuan

pengesahan kehadiran kursus dan bagi tujuan rekod kepada Ketua

Jabatan masing-masing sebaik sahaja tamat menghadiri kursus.


2.4 Kaedah Dan Perlaksanaan Dasar Latihan Sumber Manusia

Semua penjawat awam perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari
setahun. Keperluan 7 hari berkursus setahun ini termaktub di dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 - Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

Ada 3 kaedah atau cara:

1. Latihan - kursus, seminar, konvensyen, bengkel, forum, simposium,


kolokium, lawatan rasmi/korporat/sambil belajar, klinik kaunseling.

6 jam berterusan = 1 hari berkursus

(tidak terhad tetapi terpakai bagi kursus jangka pendek tidak melebihi 3
bulan sahaja).

2. Sesi pembelajaran - Executive Talk, perhimpunan bulanan anjuran


jabatan, sesi perkongsian ilmu, menyampaikan ceramah dan sebaginya.

6 jam terkumpul = 1 hari berkursus

(maksima 5 hari/30 jam terkumpul setahun)

3. Pembelajaran kendiri - pembacaan buku atau bahan ilmiah

1 pembentangan = 1 hari berkursus

(maksima 3 hari setahun)

Kaedah pembacaan buku (Book Review)

Sekiranya tidak memenuhi keperluan 7 hari berkursus dalam setahun (maksudnya tak
cukup 7 hari atau 42 jam). Bilangan buku bergantung kepada bilangan hari kursus
yang diperlukan bagi mencukupkan 7 hari. Melibatkan pembentangan dan penulisan
sinopsis buku yang dibaca. Pembentangan mengambil masa antara 10 - 15 minit.
Pembentangan boleh dilakukan semasa mesyuarat, perhimpunan bulanan yang
dipengerusikan oleh Ketua Jabatan atau orang yang lebih kekanan pangkatnya.
Pembentangan melibatkan sesi soal-jawab.
Rujukan

Pekeliling Pwrkhidmatan Awam Bilangan 6 Tahun 2005


Surat Edaran KPM 2010,Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku
Surat Edaran KPM 33 Julai 2009: Pendekatan Pelaksanaan Dasar Latiah Sumber
Manusia Sektor Awam Tahun 2010 Dan 2011
http://mgbsepang.blogspot.my/2014/09/dasar-latihan-sumber-manusia-sektor.html
http://ohselasih.blogspot.my/2013/10/objektif-dasar-latihan-sumber-manusia.html

Anda mungkin juga menyukai