Anda di halaman 1dari 40

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Maharat al-Quran

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Tingkatan 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Maharat al-Quran
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran

Tingkatan 2
Bahagian Pembangunan Kurikulum

JANUARI 2018
Terbitan 2018

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa
juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel
E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN

Rukun Negara................................................................................................................................................................. v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan................................................................................................................................... vi

Definisi Kurikulum Kebangsaan ...................................................................................................................................... vii

Kata Pengantar................................................................................................................................................................ ix

Pendahuluan.................................................................................................................................................................... 1

Matlamat ......................................................................................................................................................................... 2

Objektif ............................................................................................................................................................................ 2

Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah.......................... ............................................................................. 2

Fokus .............................................................................................................................................................................. 4

Kemahiran Abad Ke-21 .................................................................................................................................................. 5

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi........................................................................................................................................ 6

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran .......................................................................................................................... 7

Elemen Merentas Kurikulum ........................................................................................................................................... 10

Pentaksiran Sekolah ....................................................................................................................................................... 12

Organisasi Kandungan ................................................................................................................................................... 15

Tilawah ................................................................................................................................................................ 17

Tajwid..................................................................................................................................................................... 19
Panel Penggubal ............................................................................................................................................................ 25

Penghargaan .................................................................................................................................................................. 26
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber:Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997


[PU(A)531/97.]

vii
KATA PENGANTAR

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad

dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan

menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan

yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, pengajaran dan
kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT
setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran
berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek,
dijelmakan dalam KSSM menerusi penggubalan Dokumen supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata dalam abad ke-21.
pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
Pembelajaran dan Standard Prestasi.
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak
Usaha memasukkan standard pentaksiran di dalam dokumen yang terlibat dalam penggubalan KSSM. Semoga pelaksanaan
kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum KSSM akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan
Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara
berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam
sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat SHAZALI BIN AHMAD
tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid. Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang
Kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran

ix
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

PENDAHULUAN
umat. Bagi mencapai hasrat ini proses pengajaran dan
KSSM Maharat al-Quran digubal bagi memenuhi keperluan
pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin.
membina dan membentuk peribadi muslim yang menguasai
kemahiran al-Quran disamping memahami, mengamalkan dan
Untuk membolehkan murid dinilai dengan lebih autentik dan
menghayati Islam secara menyeluruh.
holistik pelbagai kaedah pentaksiran digunakan. Pentaksiran
formatif dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan
KSSM Maharat al-Quran memberi penekanan kepada aspek
pembelajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian
ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Melalui
murid dalam pembelajaran. Pentaksiran sumatif dilaksanakan
mata pelajaran ini murid dibimbing untuk memahami dan
untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid.
menguasai kemahiran berkaitan al-Quran. Murid bukan sekadar
dibimbing untuk menghafaz al-Quran, malah mereka dididik
Adalah diharapkan melalui mata pelajaran Maharat al-Quran ini
untuk mengamal dan menghayati ilmu yang dipelajari. Melalui
dapat melahirkan murid yang memahami, mengamal dan
mata pelajaran ini juga murid dibimbing untuk mampu
menghayati Islam secara menyeluruh.
membangunkan diri serta masyarakat berasaskan al-Quran dan
al-Sunnah.

KSSM Maharat al-Quran juga digubal bagi melahirkan murid


yang mampu mengintegrasikan tuntutan fardu ain dan fardu
kifayah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah
Allah SWT.

Murid juga dibimbing agar boleh menghubungkait antara ilmu aqli


dan ilmu naqli untuk memberi sumbangan kepada tamadun

1
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

MATLAMAT KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH


MENENGAH
Matlamat KSSM Maharat al-Quran ialah untuk membina dan
membentuk hamba dan khalifah Allah SWT yang menguasai
KSSM dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi;
kemahiran al-Quran, berilmu, beriman, bertaqwa, beramal soleh,
Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan
berakhlak mulia dan berketerampilan berdasarkan al-Quran dan
Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan
al-Sunnah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan
Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama
tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam demi
yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan
mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat
dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini
bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati
OBJEKTIF
nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan,
KSSM Maharat al-Quran bertujuan membolehkan murid
berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif
mencapai objektif berikut:
sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1. Kurikulum
1. Membaca 30 juzuk al-Quran dengan dengan meraikan Pendidikan Islam digubal berdasarkan enam tunjang
hukum tajwid dan adab penghafaz al-Quran. Kerangka KSSM.
2. Memahami hukum tajwid dan mengaplikasikannya dalam
bacaan dan hafazan al-Quran.
3. Memahami adab penghafaz al-Quran dan mengamalkannya.
4. Memahami kaedah Qiraat Sab’ah yang mutawatir
5. Mengaplikasi kaedah Qiraat Sab’ah yang mutawatir dalam
ayat al-Quran pilihan.
6. Memahami kaedah Rasm Utmani.

2
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

Rajah 1: Kerangka KSSM

3
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

FOKUS 3. Amalan

KSSM Maharat al-Quran berfokuskan aspek ilmu, amali, amalan, Amalan bermaksud mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam
penghayatan dan pembudayaan. Berikut adalah maksud kepada kehidupan harian. Ilmu tajwid yang dipelajari hendaklah
setiap satu aspek tersebut mengikut konteks KSSM Maharat al- diamalkan dalam kehidupan harian sama ada dalam solat
Quran. atau pun tilawah harian

1. Ilmu 4. Penghayatan

Ilmu bermaksud isi kandungan atau fakta ilmu yang Penghayatan bermaksud menghayati kesan dan pengajaran
ditentukan di dalam Standard Kandungan dan Standard dari amalan-amalan yang dilaksanakan. Ayat al-Quran yang
Pembelajaran. Contohnya di dalam KSSM Maharat al-Quran diamalkan bacaannya dalam kehidupan sepatutnya dihayati
murid diajar tentang teori hukum tajwid seperti hukum nun pengajarannya dengan melaksanakan segala tuntutan dan
sakinah dan tanwin. meninggalkan segala larangannya .

2. Amali 5. Pembudayaan

Amali bermaksud melaksanakan secara amali teori-teori Pembudayaan bermaksud menjadikan amalan-amalan baik
yang dipelajari. Bagi KSSM Maharat al-Quran, teori hukum yang diamalkan secara individu sebagai amalan yang
tajwid yang dipelajari hendaklah dibaca secara amali di dilaksanakan secara berjamaah atau beramai-ramai. Amalan
hadapan guru. Melalui amali ini guru dapat mengesan sama tilawah al-Quran dan mengamalkan seluruh tuntutan dan
ada seseorang murid itu telah menguasai hukum tajwid meninggalkan larangannya sepatutnya menjadi budaya di
tersebut atau sebaliknya. Melalui amali juga guru boleh dalam sekolah dan diamalkan oleh semua warga sekolah.
membetulkan sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan
murid.

4
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

KEMAHIRAN ABAD KE-21


PROFIL MURID PENERANGAN

Satu daripada hasrat KSSM adalah untuk melahirkan murid yang Pemikir Mereka berfikir secara kritikal,
mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kreatif dan inovatif; mampu untuk
menangani masalah yang kompleks
kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya dan membuat keputusan yang
yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 beretika. Mereka berfikir tentang
pembelajaran dan diri mereka
bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar. Mereka menjana
yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 1 soalan dan bersifat terbuka kepada
perspektif, nilai dan tradisi individu
supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK dan masyarakat lain. Mereka
dan SP dalam kurikulum Maharat al-Quran menyumbang berkeyakinan dan kreatif dalam
menangani bidang pembelajaran
kepada pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan yang baharu
murid.
Kerja Mereka boleh bekerjasama secara
Jadual 1: Profil Murid Sepasukan berkesan dan harmoni dengan
orang lain. Mereka mengalas
PROFIL MURID PENERANGAN tanggungjawab bersama serta
menghormati dan menghargai
Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan sumbangan yang diberikan oleh
mengatasi kesukaran, mengatasi setiap ahli pasukan. Mereka
cabaran dengan kebijaksanaan, memperoleh kemahiran
keyakinan, toleransi dan empati. interpersonal melalui aktiviti
kolaboratif, dan ini menjadikan
Mahir Mereka menyuarakan dan mereka pemimpin dan ahli pasukan
meluahkan fikiran, idea dan yang lebih baik.
Berkomunikasi
maklumat dengan yakin dan kreatif
secara lisan dan bertulis, Bersifat Mereka membangunkan rasa ingin
menggunakan pelbagai media dan Ingin Tahu tahu semula jadi untuk meneroka
teknologi. strategi dan idea baru. Mereka
mempelajari kemahiran yang
diperlukan untuk menjalankan
inkuiri dan penyelidikan, serta

5
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

PROFIL MURID PENERANGAN PROFIL MURID PENERANGAN


menunjukkan sifat berdikari dalam
Patriotik Mereka mempamerkan kasih
pembelajaran. Mereka menikmati
sayang, sokongan dan rasa hormat
pengalaman pembelajaran
terhadap negara.
sepanjang hayat secara berterusan.

Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur,


kesamarataan, adil dan
menghormati maruah individu,
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
kumpulan dan komuniti. Mereka
bertanggungjawab atas tindakan, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam
akibat tindakan serta keputusan
mereka. kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi merangsang
Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan
dan membentuk pemahaman yang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid.
luas dan seimbang merentasi Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap
pelbagai disiplin pengetahuan.
Mereka meneroka pengetahuan pemikiran seperti Jadual 2.
dengan cekap dan berkesan dalam
konteks isu tempatan dan global.
Jadual 2: Tahap Pemikiran dalam KBAT
Mereka memahami isu-isu etika /
undang-undang berkaitan maklumat
TAHAP PEMIKIRAN PENERANGAN
yang diperoleh.
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan,
Penyayang/Prihatin Mereka menunjukkan empati, belas kemahiran, dan nilai dalam situasi
kasihan dan rasa hormat terhadap berlainan untuk melaksanakan
keperluan dan perasaan orang lain. sesuatu perkara
Mereka komited untuk berkhidmat Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada
kepada masyarakat dan bahagian kecil untuk memahami
memastikan kelestarian alam dengan lebih mendalam serta
sekitar. hubung kait antara bahagian
berkenaan

6
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

Menilai Membuat pertimbangan dan Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan
keputusan menggunakan
berfokus untuk menyelesaikan masalah.
pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi KBAT boleh diaplikasi dalam bilik darjah melalui aktiviti
justifikasi
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian
Mencipta Menghasilkan idea atau produk
atau kaedah yang kreatif dan masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat
inovatif berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan
aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran KSSM Maharat al-Quran menekan penggunaan pelbagai strategi
berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir. PdP digunakan untuk menyampaikan ilmu kepada murid.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai Keberkesanan PdP bergantung kepada kreativiti guru
sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat merancang, mengolah dan melaksanakan pendekatan, kaedah
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan serta teknik secara bersepadu dan sitematik. PdP yang
bukti yang munasabah. berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik.
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai Pembelajaran secara hands-on dan berpusatkan murid amat
dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir ditekan dalam proses tersebut. Antara strategi yang dicadangkan
tidak mengikut kelaziman. adalah seperti berikut:
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat
pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.

7
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

Pembelajaran Berpusatkan Murid Pembelajaran Masteri

Strategi PdP dalam mata Maharat al-Quran haruslah Pembelajaran ini memastikan semua murid menguasai hasil
berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan pembelajaran dalam sesuatu unit sebelum berpindah ke unit
menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan kepada
beberapa unit kecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti
Pembelajaran Berasaskan Projek
menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit
Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk
pembelajaran yang lain.
menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-
murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan Pembelajaran Luar Bilik Darjah
dapatannya. Hal ini juga dapat membantu guru menilai Aktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara
perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. terancang dan berstruktur serta berpusatkan murid. Kaedah ini
Murid lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang
produk. dipelajari semasa di dalam bilik darjah, memberi pengalaman
pembelajaran dalam situasi yang sebenar, mengembangkan
Pembelajaran Kontekstual
kemahiran sosial dan kerja berpasukan.
Pembelajaran kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang
mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, Pembelajaran Konstruktivisme

masyarakat dan persekitaran. Kaedah ini menyediakan Konstruktivisme ialah suatu kaedah pembelajaran yang
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on menggalakkan murid membina sendiri pengetahuan atau konsep
dan minds on. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia
menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan ilmu
menghayati kerevelenan pembelajaran dalam kehidupan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
mereka. untuk membina pengetahuan baharu. Pembelajaran ini

8
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar dan Bagi memastikan sesuatu PdP berjaya dan mencapai objektif,
mengamalkan sepanjang hayat. guru perlu memahami dan menguasai SK, SP dan standard
prestasi (SPi) dengan jelas dan tepat. Kemahiran guru
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik dalam proses
Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan
PdP Maharat al-Quran akan membantu murid mencapai
pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid berperanan
standard kandungan dan standard pembelajaran yang
merancang dan menjalankan aktivit pembelajaran. Mereka
ditetapkan. Guru juga perlu merancang dan melaksanakan
melibatkan diri secara aktif untuk mencari dan mengumpul
pentaksiran bagi mengesan SPi dapat dicapai oleh murid
maklumat melalui pelbagai aktiviti seperti memerhati,
mengikut kebolehan masing-masing.

mendengar, menyoal, berbincang, membuat rujukan dan kaji Daya kreativiti dan inovatif murid perlu dibangunkan ke tahap

siasat. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan atau optimum supaya murid mampu menyumbang ke arah

digabungkan dalam pelbagai teknik pembelajaran seperti kerja pembangunan agama, masyarakat, bangsa dan negara. Guru

projek, simulasi, lawatan, main peranan dan kuiz. yang kreatif dan inovatif dalam proses PdP akan merangsang
dan memotivasikan murid bagi meneroka bidang ilmu yang

Talaqqi dan Musyafahah baharu, menjana idea untuk menghasilkan tugasan dengan lebih
kreatif, menilai kualiti hasil kerja dan mengerah pemikiran
Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru bercapah seterusnya menyerlahkan personaliti individu yang
berhadapan dengan murid atau bersemuka. Guru akan kreatif. Kreativiti ini juga akan dapat menjana idea murid dalam
memperdengarkan bacaan ayat al-Quran sebagai bacaan mengaitkan ilmu Islam dengan ilmu sains, teknologi dan
contoh dan meminta murid mendengarnya dan memerhati kemanusiaan.
pergerakan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh
Guru mata pelajaran mempunyai akauntibiliti untuk memastikan
guru beberapa kali, guru meminta murid membacanya dan guru
kemahiran berfikir aras tinggi berlaku dalam setiap sesi PdP
mendengar dengan teliti dan membetulkan bacaan murid sama
ada dari segi makhraj dan hukum tajwid.

9
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

Maharat al-Quran supaya Islam dapat direalisasikan sebagai  Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam
satu cara hidup. sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai
alam.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

EMK ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdP 3. Nilai Murni
selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
 Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan
keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
mengamalkannya.
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-
 Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan
elemen di dalam EMK adalah seperti berikut:
dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam
1. Bahasa kehidupan harian.
 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu
4. Sains dan Teknologi
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
 Semasa PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan,  Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat

struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam

diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea kalangan murid.

dan berkomunikasi secara berkesan.  Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat


membantu serta menyumbang kepada pembelajaran
2. Kelestarian Alam Sekitar
yang lebih cekap dan berkesan.
 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar  Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP
dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata merangkumi empat perkara iaitu:
pelajaran. o Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip,
konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi);

10
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

o Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan  Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
kemahiran manipulatif tertentu); PdP.
o Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran,
keselamatan); dan 7. Keusahawanan
o Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.
 Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk
5. Patriotisme ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi

 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata satu budaya dalam kalangan murid.

pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.  Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui

 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur,

mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan

sebagai rakyat Malaysia. minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.

8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi


6. Kreativiti dan Inovasi
 Penerapan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi
(TMK) dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi
untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau
dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas
mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham
TMK yang dipelajari.
atau gabungan idea yang ada.
 Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah
menjadi kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan
suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.
menyeronokkan serta meningkatkan kualiti
 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk
pembelajaran.
memastikan pembangunan modal insan yang mampu
menghadapi cabaran Abad 21.

11
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

9. Kelestarian Global seperti pengiraan faedah mudah dan faedah kompaun.


Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan melalui
 Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan
tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada
murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif
pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah
terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan
penting bagi menyediakan murid dengan pengetahuan,
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
kemahiran dan nilai yang dapat diaplikasikan secara
diperolehi melalui elemen Penggunaan dan Pengeluaran
berkesan dan bermakna.
Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan.
 Elemen Kelestarian Global penting dalam menyediakan
murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di PENTAKSIRAN SEKOLAH

peringkat tempatan, negara dan global. Pentaksiran Sekolah (PS) adalah sebahagian daripada

 Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan pendekatan pentaksiran yang merupakan satu proses

dalam mata pelajaran yang berkaitan. mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang
dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan.
10. Pendidikan Kewangan
Proses ini berlaku secara formal dan tidak formal supaya guru
 Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan
dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid. PS perlu
membentuk generasi masa hadapan yang berkeupayaan
dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif,
membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan
autentik dan setempat. Maklumat yang diperoleh dari PS akan
pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran
digunakan oleh pentadbir, guru, ibu bapa dan murid dalam
menguruskan hal ehwal kewangan secara
merancang tindakan susulan ke arah peningkatan
bertanggungjawab.
perkembangan pembelajaran murid.
 Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam
PdP secara langsung ataupun secara sisipan. Penerapan PS boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif.

secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk seperti Wang Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses

yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit PdP, manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada

12
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

akhir sesuatu unit pembelajaran penggal, semester atau tahun. 4. Berasaskan standard kurikulum.
Dalam melaksanakan PS guru perlu merancang, membina item, 5. Pelaksanaan pentaksiran formatif yang dijalankan seiring
mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan dengan proses PdP dan pentaksiran sumatif yang dijalankan
murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan DSKP. pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

PS berperanan mengukuhkan pembelajaran murid serta mampu Standard Prestasi


memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah SPi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran
dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP. PS amat murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan tahap
penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak penguasaan murid dalam perkembangan atau kemajuan
sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi
seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan
memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas perkembangan menegak (Tahap Penguasaan). Pertumbuhan
daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembang potensi murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan
setiap murid ke tahap maksimum. perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan
standard dalam bentuk hasil pembelajaran. SPi dibina sebagai
Ciri-ciri Pentaksiran Sekolah
panduan untuk guru menambah baik PS sejajar dengan
PS mempunyai ciri-ciri berikut:
pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan
tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta Tahap Penguasaan Keseluruhan
pengamalan nilai murni.
Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi
2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan
satu nilai tahap penguasaan murid di akhir sesi persekolahan.
PdP.
Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi domain kognitif,
3. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut
psikomotor dan afektif murid secara kolektif dan holistik dengan
kesesuaian dan kesediaan murid.
melihat semua aspek semasa proses pembelajaran murid secara

13
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

berterusan melalui pelbagai kaedah. Guru boleh membuat Jadual 5: Penyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan KSSM
pertimbangan profesional untuk memberi satu nilai tahap Maharat al-Quran
TAHAP
penguasaan keseluruhan murid berdasarkan pengalaman guru TAFSIRAN
PENGUASAAN
bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan rakan Mengetahui perkara asas, atau boleh
sejawat. Tahap penguasaan keseluruhan diberi selepas murid 1 melakukan kemahiran asas, atau memberi
respon terhadap perkara asas berkaitan
mempelajari bidang-bidang yang terdapat di dalam Komponen
Maharat al-Quran.
Maharat al-Quran. Menunjukkan kefahaman berkaitan Maharat
2 al-Quran dengan menjelaskan sesuatu
perkara yang dipelajari dalam pelbagai
bentuk komunikasi.
Menggunakan pengetahuan berkaitan
3 Maharat al-Quran untuk melaksanakan
sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 Menganalisis dan mengamalkan sesuatu


kemahiran berkaitan Maharat al-Quran
Menilai dan mengamalkan sesuatu
5 kemahiran berkaitan Maharat al-Quran
pada situasi baharu dengan beradab.
Berupaya menggunakan pengetahuan dan
6 kemahiran berkaitan Maharat al-Quran
sedia ada untuk digunakan pada situasi
baharu secara beradab dan istiqamah.

14
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

ORGANISASI KANDUNGAN 3.3. Kemuliaan ahli al-Quran


3.4. Adab bersama al-Quran
Organisasi kandungan KSSM Maharat al-Quran adalah seperti
3.5. Adab membaca al-Quran
berikut:.
3.6. Ayat dan surah yang disunatkan membacanya pada
1. Tilawah.
waktu dan keadaan tertentu
Bacaan 30 Juzuk ayat al-Quran.
3.7. Hukum menulis dan memuliakan al-Quran.
2. Tajwid
4. Ilmu Qiraat
2.1. Asas ilmu tajwid.
4.1. Takrif ilmu qiraat.
2.2. Hukum belajar dan mengamalkan ilmu tajwid.
4.2. Perbezaan al-Quran dan al-qiraat.
2.3. Hukum wajib membaca al-Quran secara bertajwid.
4.3. Perbezaan qiraat riwayat, wajah dan tariq,
2.4. Kesalahan dalam bacaan al-Quran.
4.4. Sejarah dan pengumpulan ilmu qiraat,
2.5. Jenis-jenis bacaan al-Quran, hukum isti’azah dan
4.5. Rukun-rukun qiraat sahihah,
basmalah.
4.6. Perbincangan ilmu qiraat,
2.6. Hukum nun sakinah dan tanwin.
4.7. Pembahagian qiraat,
2.7. Hukum mim mati, hukum nun dan mim sabdu.
4.8. Pengenalan imam-imam qiraat sab’ah,
2.8. Hukum lam mati, lam lafz al-Jalalah dan ra’.
4.9. Manhaj qiraat Imam Nafi’, Ibnu Kathir, Abu ‘Amru,
2.9. Hukum al-mad dan al-qasr.
Ibnu ‘Amir, ‘Asim, Hamzah dan Kisaie.
2.10. Hukum makhraj al-huruf dan sifat al-huruf.
2.11. Hukum al-waqf, al-ibtida’ dan asas-asas bacaan 5. Amali Qiraat
riwayat Hafs. Surah al-Fatihah dan al-Baqarah ayat 1-25 yang dibaca
secara ifrad berdasarkan Riwayat Qalun, Warsy, al-Bazzi,
3. Adab al-Quran
Qunbul, al-Duri dan al-Susi, Hisyam, Ibnu Zakuan, Syu’bah,
3.1. Pengertian al-Quran
Hafs, Khalaf, Khallad, Abu al-Harith dan Duri al-Kisaie.
3.2. Kelebihan membaca dan membawa al-Quran

15
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

6. Bidang Rasm Uthmani Jadual 6: Jadual Organisasi DSKP, Standard Kandungan,


6.1. Pengenalan ilmu rasm. Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
6.2. Sejarah penulisan mushaf. Standard Standard Standard
6.3. Pembahagian rasm dan kaedah rasm Uthmani. Kandungan Pembelajaran Prestasi
Penyataan spesifik Satu penetapan Satu set kriteria
tentang perkara kriteria atau yang menunjukkan
yang murid patut indikator kualiti tahap-tahap
DSKP ialah dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan ketahui dan boleh pembelajaran dan penguasaan murid
pentaksiran yang merangkumi SK, SP, dan SPi. DSKP lakukan dalam satu pencapaian yang sebagai petunjuk
tempoh boleh diukur bagi bahawa sesuatu
memastikan guru melaksanakan proses PdP dan seterusnya persekolahan setiap standard perkara itu telah
menjalankan pentaksiran dengan merujuk kepada satu dokumen merangkumi aspek kandungan. dikuasai.
pengetahuan,
sahaja. Guru melaksanakan PdP melalui SK dan SP serta kemahiran dan nilai.
mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui SPi
seperti jadual 6.

16
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

.1

1.1
1
1.1.1

2
.
.i
3
.ii

.iii
4
.iv

.v
5
.vi

17
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

.vii

.viii

.ix

.x
6
.xi

.xii

18
.2

1 2.1

2 2.1.1

3 2.1.2

4 2.1.3

.i
5
.ii

.iii
6
.iv

2.1.4

.i

.ii

.iii

.iv

19
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

2.1.5

.i

.ii

.iii

.iv

2.1.6

1 2.2

2 2.2.1

3 2.2.2

4 2.2.3

5
2.2.4

20
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

2.2.5
6

1 2.3

2 2.3.1

3 2.3.2

4 .i

.ii
5
2.3.3

.i

.ii

2.3.4
6
.i

.ii

.iii

21
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

.iv

2.3.5

.i

.ii

.iii

.iv

2.3.6

.i

.ii

.iii

.iv

2.3.7

22
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

.i

2.3.8

1 2.4

2.4.1
2
2.4.2
3
2.4.3
4

2.4.4
5
2.4.5

2.4.6

23
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

1 2.5

2 2.5.1

3 2.5.2

4 .i

.ii

.iii

6 .iv

2.5.3

24
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

PANEL PENGGUBAL

Bil. Nama Institusi

1. Zamri bin Abdul Rahim Bahagian Pembangunan Kurikulum

2. Muhammad Kamil bin Ali Bahagian Pembangunan Kurikulum

3. Muhamad Fauzi bin Abdul Bahagian Pembangunan Kurikulum

4. Hasruddin bin Hassan Bahagian Pembangunan Kurikulum

5. Muhamad Shafie bin Haji Ismail Bahagian Pendidikan Islam

6. Shaharudin bin Yaacob Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah Banggol Chicha

7. Dusuki bin Abdul Rahman SMKA Tok Bachok

8. Mohd Afandi bin Mohd Kasim SMKA Kedah

9. Mohd Syahiruddin bin Daud SMKA Dato Haji Abu Hasan Haji Sail

10. Mohd Saiful Naim bin Saidi SMKA Dato Haji Abu Hasan Haji Sail

11. Mohd Amin Faisal bin Uzip @ Othman SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

12. Mohammad Faez bin Mokhtar SM Intergrasi Sains Tahfiz (SMISTA)

25
KSSM MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

PENGHARGAAN

Penasihat

Shazali bin Ahmad - Pengarah

Dr. Mohamed bin Abu Bakar - Timbalan Pengarah (Kemanusiaan)

Datin Dr. Ng Soo Boon - Timbalan Pengarah (STEM)

Penasihat Editorial

Mohamed Zaki bin Abd. Ghani - Ketua Sektor

Haji Naza Idris bin Saadon - Ketua Sektor

Dr. Rusilawati binti Othman - Ketua Sektor

Mahyudin bin Ahmad - Ketua Sektor

Mohd Faudzan bin Hamzah - Ketua Sektor

Mohamed Salim bin Taufix Rashidi - Ketua Sektor

Paizah binti Zakaria - Ketua Sektor

Hajah Norashikin binti Hashim - Ketua Sektor

26
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4 – 8, Blok E9, Kompeks Kerajaan Parcel E
62604 Putrajaya
Tel: 03-88842000 Fax: 03-88889917
http://www.gov.my/bpk
28

Anda mungkin juga menyukai