Anda di halaman 1dari 18

Terbit edisi e-buku.

Diterbitkan kali pertama, Disember 2019


Edisi kemaskini, Oktober 2020
© Angkatan Belia Islam Malaysia

Judul Asal: Shabāb al-Ṣaḥābah


Pengarang: Shaykh Nadā Abū Aḥmad
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Penyunting dan transliterasi: Mohd Khairul Anwar Ismail
Reka Bentuk Kulit: Ainatunnadiah Azizan
Reka Bentuk Huruf: Muhammad Fateh

ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN)


No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

No. Telefon (P): +603-4108 4500


No. Telefon (HP/Whatsapp): +6013 3916299
No. Faks: +603-41082400
Emel: abimpressmy@gmail.com
Laman Sesawang: www.abimpress.com
FB: www.facebook.com/abimpressmy

Lihat juga pelbagai judul E-Buku yang lain yang boleh


dimuatturun secara percuma di halaman FB Abim Press:

ABIM PRESS
MUKADIMAH
PENTERJEMAH

Atas nama Yang Kasih, daku menulis.


Selawat dan salam, buat Kekasih.

Segala puji bagi Allāh, yang telah menciptakan manusia


berperingkat; menciptanya sebagai air, lalu menciptanya
sebagai budak, lalu menciptanya sebagai belia mendewasa, lalu
menciptanya sebagai orang tua; kesemua peringkat ciptaan
itu sempurna pada peringkatnya, yang telah diperikannya
di dalam Sūrah al-Ṭīn ayat 4, “Kami telah ciptakan manusia
dengan sebaik-baik taqwīm.”

Bagi setiap peringkat itu ada wasaṭnya, titik equilibrium


yang merupakan kesempurnaannya. Demikianlah yang
diperikan para ḥukamā’, agar titik tengah keseimbangan ini
dicari manusia setiap peringkat. Belia juga memiliki wasaṭnya;

3
apatahlagi bila Allāh menciptanya semula dengan kekuatan
yang melebihi kekuatan si tua, dan kekuatan si budak.
Kekuatan yang kita maksudkan sini merangkumi kekuatan
jasmani (stamina) dan kekuatan mental (tajam fikiran).
Justeru, bagaimana memandu kekuatan ini, merupakan
persoalan wasaṭ asali para belia.

Sudah tentulah, sebaik-baik belia, ialah belia yang hidup


bersama Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, berdasarkan
jaminan Nabawī, “Sebaik-baik manusia ialah kurunku.”
(H.R. al-Bukhārī dan Muslim), yang hidup bersama baginda,
beriman dengan baginda. ‘Kurun’ dalam hadis bukanlah
merujuk kepada tempoh masa, kerana Abū Jahal juga hidup
pada kurun baginda, tetapi disifatkan baginda sebagai
“firaun umat ini.” Maka ia merujuk kepada golongan yang
beriman kepada baginda yang hidup pada kurun itu, tidak
lain. (Begitu juga maksud “Salaf”; ia bukan merujuk tempoh
masa, seperti disangka sebahagian pengkaji, tapi ia merujuk
kepada golongan yang menuruti jejak langkah para Sahabat
dalam akidah dan amalan).

Buku ini, merupakan asalnya dipetik dan diringkaskan


daripada karya yang disiarkan di laman sesawang: http://
cp.alukah.net/social/0/109394/ (akses terakhir: 23.9.2019M).
Disediakan sebagai bahan usrah ABIM Negeri Sabah pada 24
Muharram 1441H/malam 23 Sept. 2019M. Karangan Shaykh
Nadā Abū Aḥmad, salah seorang pengkaji dan pendakwah
di Mesir. Ia kita pilih kerana keringkasannya, dan ia merujuk

4
kepada sirah para sahabat secara langsung daripada sumber-
sumbernya (buku-buku hadis dan buku biografi).

Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan


kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan
itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon
segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana tiada
kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān.

Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS atas


kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara gratis
nan online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik terbitan
ini, ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh sesiapa saja,
dan digunakan dalam kajian-kajian.

Allāh Maha Mengetahui.

Syafiq atTauhidi (Mohammad Syafiq Ismail)


Zohor 28 Muharram 1441H / 28 September 2019M
Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah.

5
6
BELIA PARA SAHABAT

Kenapakah kita berbicara mengenai Belia? Kerana belia


inilah perisai bagi umat, yang mendindingnya daripada
panah-panah musuh (Islām). Mereka inilah batu besar yang
akan menghancurkan impian musuh-musuh (Islām).

Sesungguhnya antara kalangan yang membawa panji


agama ini, yang memimpin bala tentera, yang membuka
negeri-negeri, dan mengelilingi dunia ke timur dan baratnya;
ialah para Belia, yang mencintai agamanya, yang berusaha
sebaiknya untuk menjulang panjinya, dan mengangkat
kalimatnya.

Para salafuṣṣāliḥ telah meninggalkan contoh misali


terbaik tentang pengorbanan dan berlumba-lumba ke
arah Jihād (memperjuangkan Islām), dalam keadaan usia
mereka belum mencecah 20 tahun!

7
• Lihatlah! Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam tidak
menerima ‘Abdullāh bin ‘Umar raḍiyAllāhu ‘anhumā
pada Perang Uḥud, dan menerimanya pula (untuk
menyertai) Perang Khandaq, ketika beliau (‘Abdullāh
bin ‘Umar) mencapai usia 15 tahun.

Demikianlah juga yang dilakukan baginda pada


Usāmah bin Zayd raḍiyAllāhu ‘anhumā, dan al-Barā’
bin ‘Āzib raḍiyAllāhu ‘anhu.

• Adapun Zayd bin Thābit raḍiyAllāhu ‘anhu; umur


beliau saat Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam berhijrah
ke Madīnah ialah 11 tahun, sepertimana yang thabit
dalam Mu‘jam al-Kabīr al-Ṭabrānī dengan sanad
yang ḥasan (baik).

Beliau mahu menyerti Perang Badar ketika berusia


13 tahun. Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam melihat
beliau belum cukup umur lagi dan tidak menerimanya.
Beliau mahu menyertai perang Uḥud, dan umurnya
ketika itu 14 tahun, Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam
tidak menerimanya juga. Dan perang pertama yang
disertai beliau ialah Khandaq, umur beliau ketika itu
ialah 15 tahun!

Cita-cita dan Kesungguhan Shabāb Islām itu tidakkan


pernah habis!

• Ini dia, ‘Umayr bin Abī Waqqāṣ raḍiyAllāhu ‘anhu,


adik kepada Sa‘ad bin Abī Waqqāṣ – mahu menyertai

8
Perang Badar, dan umurnya ketika itu 14 tahun, dan
dikatakan juga 16 tahun.

Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam tidak menerimanya,


kerana melihat beliau belum cukup umur lagi. Diapun
menangis ketika itu, menyebabkan Nabī ṣallAllāhu
‘alayhi wa sallam berasa kasihan kepadanya dan
mengizinkannya (untuk menyertai perang)!

Sa‘ad (bin Abī Waqqāṣ) berkata, “Daku percaya yang


dia ini memiliki tali pengikat (untuk menggantung)
pedangnya, kerana saiznya yang kecil, raḍiyAllāhu
‘anhu.” Beliau mati syahid di Perang Badar, di tangan
‘Amrū bin ‘Abd Wudd, salah seorang pembesar
Quraysh. (ruj. Siyar A‘lām al-Nubalā’)

• Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam tidak menerima


Rāfi‘ bin Khadīj dan Samurah bin Jundub, kerana
melihat mereka belum cukup umur.

Di Perang Uḥud, Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam


tidak menerima mereka berdua, ketika mereka
berusia 15 tahun. Lalu seseorangpun mengesyorkan,
“Wahai Rasūlullāh, sesungguhnya Rāfi‘ itu pakar
memanah.” Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam pun
mengizinkannya (untuk menyertai perang).

Samurah datang menemui Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi


wa sallam, dan berkata, “Wahai Rasūlullāh, dikau
telah mengizinkan Rāfi‘ sementara daku tidak dikau

9
izinkan. Sekiranya daku bergusti dengan Rāfi‘ sudah
tentulah daku akan menang!” Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi
wa sallam pun mengizinkannya (untuk menyertai
perang).

Di perang ini jugalah, sebatang panah menembus


dada Rāfi‘. Beliaupun datang kepada Nabī ṣallAllāhu
‘alayhi wa sallam, dan Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa
sallampun bersabda kepadanya, “Sekiranya dikau
mahu, daku akan cabut panah ini dan matanya.
Sekiranya dikau mahu, daku akan cabut panahnya
dan tinggalkan matanya di dalam jasadmu. Daku
akan menjadi saksi buatmu di Hari Kiamat bahawa
dikau ini mati syahid.”

Beliaupun berkata – kata-kata pendamba syurga –


“Wahai Rasūlullāh, cabutlah panah dan biarkanlah
matanya di dalam jasadku!”

Kekallah mata panah itu di dalam jasadnya, hinggakan


tertutup sendiri lukanya, yang akhirnya terbuka pula
pada zaman Mu‘āwiyah. Beliau raḍiyAllāhu ‘anhu
meninggal dunia sebagai syahid, dengan kesaksian
Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.

• Saat kita berbicara mengenai Belia dan Tegaknya


panji Jihād, tidaklah kita lupa untuk berbicara
tentang ‘Alī bin Abī Ṭālib raḍiyAllāhu ‘anhu. ‘Alī bin
Abī Ṭālib raḍiyAllāhu ‘anhu inilah seorang wira nan
paling pemberani. Panji (perang) dipegangnya dalam

10
banyak peperangan. Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa
sallam menyerahkan panji kepadanya pada Perang
Badar, ketika usianya 20 tahun. Begitu juga, beliau
memegang panji pada Perang Khaybar.

Pada Perang Badar, beliau melakukan mubārazah


(perlawanan pedang sebelum perang) dengan
Shaybah bin Rabī‘ah, dan membunuhnya; yang
mana ini menjulang panji maknawī (mengobarkan
semangat) buat umat Islām.

Pada Perang Khandaq, beliau mubārazah dengan


‘Amrū bin ‘Abd Wudd, penunggang kuda terhebat
Quraysh, dan membunuhnya.

***

Lalu bagaimanakah pula dengan Belia zaman kini?!

• Ini dia, Sa‘d bin Abī Waqqāṣ raḍiyAllāhu ‘anhu,


orang pertama yang memanah di dalam Islām, ketika
berusia 17 tahun! Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi
wa sallam bersabda kepadanya, “Panahlah, daku
menjaminmu (dengan kebaikan)!”

• Konvoi perang terakhir yang diutuskan Nabī


ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam ialah konvoi Usāmah
bin Zayd raḍiyAllāhu ‘anhumā, di mana beliau ini
seorang belia berusia 17 tahun! (dikatakan juga 18
tahun)

11
Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam mengutuskannya
sebagai ketua pasukan perang, di mana Abū Bakar,
‘Umar, ‘Uthmān dan ‘Alī raḍiyAllāhu ‘anhum ada
bersama mereka. Saat orang ramai memperkatakan
tentang kepimpinannya, Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa
sallam bersabda, “Sekiranya kalian ingin berkata-
kata tentang pimpinannya, sesungguhnya mereka
(orang sebelum itu) telah berkata tentang pimpinan
bapanya (Zayd bin Ḥārithah). Daku naik saksi akan
kecintaanku ini kepadanya!”

Perkara pertama yang dilakukan Abū Bakar


raḍiyAllāhu ‘anhu setelah dilantik menjadi Khalifah
ialah menggerakkan tentera Usāmah. Beliau
memimpinnya ke Balqā’ dan Mu’tah (kini: Jordan),
berperang melawan Rom dan menang. Beliau
membunuh dan menawan ramai daripada mereka
(musuh Islām).

Tidak ada seorangpun daripada pasukan tenteranya


itu yang ditimpa sebarang kesakitan (kerana
kepakarannya). Mereka berkata, “Tidak pernah
kami melihat pasukan perang yang paling selamat
berbanding pasukan Usāmah!”

• Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda pada


Perang Badar, “Sesiapa yang buat begini dan begitu,
pergi ke sana ke mari, maka dia akan beroleh itu
dan ini.” Para belia segera melakukannya, sementara
orang-orang tua pula hanya kekal bersama panji-

12
panji (di belakang). (H.R. al-Nasā’ī dan al-Bayhaqī,
daripada hadis Ibn ‘Abbās raḍiyAllāhu ‘anhumā).

• Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda,


“Para beliau membantuku, sementara orang tua
membiarkanku!” (ruj. Sīrah Ibn Hishām dan Musnad
Aḥmad)

• Kerana itulah, Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam


tidak mengentengkan urusan para Belia di Perang
Uḥud. Baginda menyetujui pendapat mereka, dan
berperang di luar Madīnah. Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi
wa sallam telah mendidik para sahabatnya untuk
mempedulikan perihal Belia dan mengambilkira
pendapat-pendapat mereka.

• Ibn Shihāb al-Zuhrī raḥimahullāh berkata kepada


para belia, “Janganlah kalian merendahkan diri kalian
kerana usia kalian yang masih muda! Sesungguhnya
‘Umar bin al-Khaṭṭāb apabila berdepan dengan
sesuatu isu yang rumit, beliau memanggil para belia
dan bermesyuarat dengan mereka, memanfaatkan
ketajaman akal mereka!”

• Tidaklah kita lupa untuk berbicara mengenai Mu‘ādh


bin ‘Amrū bin al-Jumūḥ, dan Mu‘ādh bin ‘Afrā’ bin
al-Ḥārith. Pengakhiran Abū Jahal – fir‘aun umat ini
– di tangan kedua-dua anak muda ini. Diriwayatkan
dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, daripada ‘Abd al-Raḥman
bin ‘Auf beliau berkata, “Sesungguhnya daku berada

13
dalam barisan di Perang Badar. Apabila daku menoleh
ke kanan dan kiriku, terdapat dua anak muda, daku
berasa tidak selamat buat mereka berdua.

Salah seorang daripada mereka berbisik kepadaku,


“Wahai pakcik, tunjukkanlah kepadaku manakah
Abū Jahal.” Daku berkata, “Wahai anak buahku,
apa yang dikau mahu lakukan kepadanya?” Dia
berkata, “Daku diberitakan bahawa dia ini menghina
Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam. Demi Dia
(Allāh) yang jiwaku di tanganNya, sekiranya daku
melihatnya, badanku takkan berpaling daripada
badannya hinggalah mati salah seorang yang paling
gelopoh antara kami berdua!” Daku berasa takjub
dengan demikian. Lalu yang lain (sebelah) pula
mengisyaratkan kepadaku dengan matanya, dan
berkata kepadaku sama sepertinya.

Alangkah gembiranya daku berada di antara kedua


mereka ini. Tak lama kemudian, daku lihat Abū Jahal
berada di khalayak (medan perang). Lalu daku berkata,
“Tidakkah kalian dua melihat? Inilah orangnya
yang kalian tanyakan kepadaku.” Merekapun segera
meluncur kepadanya umpama dua burung helang –
mereka mengacukan pedang kepadanya (Abū Jahal),
dan menetaknya hingga mati. Mereka berduapun
pergi berjumpa Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa
sallam, dan bagindapun bertanya, “Siapakah antara
kalian berdua yang membunuhnya?” Masing-masing

14
mengaku, “Dakulah yang membunuhnya.” Baginda
bertanya, “Adakah kalian sudah membersihkan pedang
kalian?” Mereka menjawab, “Belum.” Rasūlullāh
melihat kedua-dua pedang mereka, lalu bersabda,
“Kalian berdualah yang telah membunuhnya.”

Rasūlullāh memberikan bahagian harta salab kepada


Mu‘ādh bin ‘Amrū bin al-Jumūḥ, kerana Mu‘ādh
bin ‘Afrā’ mati syahid di perang itu. Lihatlah – wahai
yang dipelihara Allāh! – akan kedua pemuda ini, saat
mereka amat marah kerana Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi
wa sallam dihina. Dan daku bertanya kepada belia
zaman kini, adakah dikau dapati air mata mengalir
dari dua matamu, ataupun semacam halangan di
tenggorokanmu, ataupun rasa pedih di hatimu,
saat Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam pada zaman
kini dihina oleh musuh-musuh Islām? Ataupun
dikau ketawa berdekah-dekah semampu mulutmu,
dan dikau tidur semampu matamu? Demi Allāh,
tiada keuzuranlah buat kita di hadapan Allāh kelak,
sekiranya tembus kepada baginda (perkara yang
menyakiti baginda) dan tidak kita lindungi baginda
daripadanya.

• Saat kita berbicara tentang Jihād dan peranan belia


dalam mengangkat panji Islām, jangan kita lupa
tentang panglima belia: Muḥammad bin al-Qāsim al-
Thaqafī, pembuka negeri yang paling masyhur pada
zaman Banī Umayyah. Beliau memimpin tentera

15
ketika berusia 17 tahun, dan telah membuka Sind
(Pakistan), India, dan kawasannya itu telah mencapai
ke Timur.

• Begitu juga kita tidak lupa untuk berbicara tentang


Qutaybah bin Muslim, yang telah membuka kubu-
kubu, sampailah ke China, dan republik-republik
yang masyhur kini di Rusia. Beliau memimpin tentera
dan umurnya belum mencecah 30 tahun!

• Inilah dia, Muḥammad al-Fātiḥ, panglima agung


yang telah membuka Konstantinopel ketika berusia
25 tahun, semenjak 800 tahun ia tidak berada di
bawah pentadbiran umat Islām. Dengan demikian
(membuka kota itu), dia (Muḥammad al-Fātiḥ) telah
mendapat keberkatan doa Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa
sallam.

Imām Aḥmad telah meriwayatkan daripada hadis


Bishr al-Ghunawī raḍiyAllāhu ‘anhu, beliau
berkata, Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam
bersabda, “Konstantinopel akan dibuka. Sebaik-
baik pemimpinnya ialah pemimpinnya (ketika ia
dibuka). Sebaik-baik tentera ialah tentera itu (yang
membukanya).”

Para belia hendaklah berbangga dengan identitinya, dan


panutan agamanya, serta tinggalan umatnya. Hendaklah
mereka berbangga dan mencontohi wira-wira Islām dan
tokoh-tokohnya yang agung sepanjang zaman.

16
Wahai Belia Islām.. Wahai Harapan yang memencarkan
Fajar kita yang bersinar.. Wahai Suara yang menimbulkan
ketakutan pada hati musuh yang khianat.. Wahai perisai
yang membenteng agama dan maruah kita yang mulia..
Kembalilah kepada Tuhanmu, agar pimpinan itu kembali
menjadi milikmu!

***

Selesai diterjemah pada zuhur 23 Muharram 1441H,


bersamaan 23 Sept 2019M, di Maktabah atTauhidi,
Sabah alMahmiyah billah, di tangan empunya dosa dan
kekurangan, Syafiq atTauhidi.

17

Anda mungkin juga menyukai