Anda di halaman 1dari 29

TAJUK 2: Kesantunan Berbahasa

Kesantunan Merentas Budaya


Budaya
 Edward B. Taylor (1871) mendefinisikan budaya sebagai
“ ... satu keseluruhan yang kompleks mengandungi
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak, undang-
undang, adat dan kebolehan serta tabiat lain yang
diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat”.
Definisi Taylor tersebut memperjelas bahawa budaya
sebagai keseluruhan kehidupan. Setiap aspek kehidupan
menyokong aspek yang lain untuk kestabilan dan
keseimbangan unsur-unsur tersebut agar dapat diadaptasi
dan digunakan oleh anggota masyarakat untuk berinteraksi
dalam kelompoknya. Unsur budaya tradisi merangkumi
adat, upacara, amalan, kepercayaan, norma dan nilai yang
menjadi warisan nenek moyang dalam sosiobudaya
sesebuah masyarakat.
• Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit)
iaitu buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan
buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal.
• Secara amnya, budaya membincangkan hal-hal berkaitan
dengan budi dan akal manusia.
• Di dalam pengertian yang luas pula, budaya bermaksud
segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh
manusia.
• Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai
culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang
bermaksud menanam atau mengerjakan.
• Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan
masyarakat.
 Koentjaraningrat (2002) membahagikan budaya kepada 7 unsur;
i)Sistem kepercayaan dan keagamaan
ii)Sistem organisasi dan kemasyarakatan
iii)Sistem pengetahuan bahasa
iv)Sistem pendapatan hidup
v)Sistem teknologi
vi)Sistem peralatan
vii)Sistem kesenian
KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA
 Kesantunan yang bergantung pada budaya / perbuatan dalam masyarakat masing-
masing. Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya dan perbuatan yang
ditakrifkan santun dalam masyarakat masing-masing (kesantunan merentas
budaya)
 Kesopanan juga bersifat kontekstual, yakni bergantung kepada faktor budaya,
masyarakat, tempat dan situasinya. Dengan kata lain, tatacara dan adab berbahasa
haruslah selaras dengan norma-norma budaya hidup dalam masyarakat yang
mengamalkannya yang akhirnya akan memanifestasikan kesopanan berbahasa.
 Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja
 Pemahaman tentang apa-apa yang dikatakan santun dalam pelbagai budaya harus
diberi penekanan dalam proses berkomunikasi
 Walaupun konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya dan masyarakat namun terdapat juga
perbezaannya. Maksudnya kesantunan berbeza-beza antara masyarakat di dunia. Contohnya, gadis duduk
bersila dalam masyarakat Melayu dianggap tidak santun dan sebaliknya dalam masyarakat Cina tidak
sedemikian.
 Pemahaman tentang perkara yang santun dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam
berkomunikasi
 Contoh:
 Pandangan mata secara langsung dalam masyarakat Timur-tidak sopan
 Pandangan mata secara langsung dalam masyarakat Barat-sopan-kalau tak pandang mata dianggap
mempunyai muslihat
 Masyarakat Melayu-melayan tetamu harus diutamakan walau sibuk tetapi dalam masyarakat Korea,
mereka berterus terang meminta tetamu balik apabila sibuk.
CONTOH: Kesantunan Merentas
Budaya
CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek
perniagaan mereka
 Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah Hicom
Sdn Bhd yang terdiri daripada orang Malaysia, Jepun, Kanada dan UK.
 Segala komunikasi sebegini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang
maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat :
• lisan/bahasa
• Pergerakan/tingkah laku
• Mimik muka
Jenis Budaya
• Budaya objektif : budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal
pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan
dan bentuk rumah.
• Budaya subjektif : budaya dalaman yang tidak boleh nampak
dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya,
kepercayaan dan nilai amalan.
• Budaya kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni,
moral, hukum, adat istiadat dan kebiasaan
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
• KOMUNIKASI SILANG BUDAYA = komunikasi melibatkan
pelbagai budaya
• Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap
dunia, kepercayaan dan tingkah laku serta tanggapan terhadap
hubungan sosial
• Setiap budaya mempunyai tanggapan masing- masing mengenai
apa-apa yang betul / salah
Komunikasi silang budaya
 Komunikasi silang budaya melibatkan komunikasi seseorang dengan mereka yang berlainan latar budaya-
merujuk kepada komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik, jantina, konteks Pendidikan dan politik
 Komunikasi silang budaya dipengaruhi pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, system,
kepercayaan serta tanggapan terhadap hubungan
 Oleh itu, komunikasi yang berlangsung memerlukan toleransi dan mencapai matlamat yang maksimum jika
nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat dapat dihayati
 Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang erat kerana budaya mempengaruhi cara komunikasi.
 Perbezaan budaya meningkatkan risiko dalam komunikasi, iaitu menyebabkan salah faham. Ciuman pipi
dalam masyarakat Barat tidak santun dalam masyarakat Timur.
DALAM KONTEKS KOMUNIKASI
• TINGGI :
• Fokus kepada kandungan tersirat yang ingin disampaikan
• Contoh : intonasi, isyarat badan dan persekitaran

• RENDAH :
• Fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan.
• Jelas, tepat dan terus terang.
• Sekiranya tidak setuju, mereka akan menyatakan tidak secara terangan tanpa berkias / hanya
menunjukkan isyarat setuju melalui bahasa badan / mimik muka.
CONTOH KESANTUNAN:
MASYARAKAT MELAYU
• Berpegang kuat pada adat resam dan agama
• Memberi salam apabila bersua
• Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
• Berkata sopan.
• Mematuhi sistem panggilan.
• Melayan tetamu dengan baik
• Menghormati orang tua.
MASYARAKAT CINA
• Tunduk ketika memberi salam.
• Orang tua makan dahulu
• Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu
sebelum bermula makan
• Dalam tokong, tidak membenarkan memakai topi.
• Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
MASYARAKAT INDIA
• Duduk bersila semasa makan.
• Tidak membazirkan makanan.
• Senyap semasa bersembahyang.
• Menanggalkan kasut sebelum masuk
ke dalam kuil
• Mematuhi adat dan resam
• Salam orang yan lebih tua.
RUMUSAN- Kesantunan merentas
budaya
• Secara jelas, kita dapati bahawa adanya
persamaan dan perbezaan kesantunan antara
budaya masyarakat Melayu, Cina dan India
dalam konteks kesantunan. Hal ini disebabkan
oleh latar belakang dan budaya yang berbeza
antara kaum-kaum. Kesantunan bersifat
kontekstual. Pemahaman terhadap budaya
bangsa lain menjadi tanggungjawab setiap
warganegara agar tidak menimbulkan konflik.
DALAM ASPEK PERKAHWINAN
• Upacara perkahwinan berbeza-beza antara kaum
disebabkan oleh latar belakang budaya yang berbeza.
a) Perkahwinan dalam masyarakat Melayu
b) Perkahwinan dalam masyarakat Cina
c) Perkahwinan dalam masyarakat India
PERKAHWINAN MASYARAKAT
MELAYU
• ADAT MERISIK: tahap awal penjodohan yang melibatkan pertemuan wakil
keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Proses ini dilakukan dengan
tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua-dua belah
pihak.

• Pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam
membuat keputusan yang besar untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati itu masih belum berpunya dan menyelidik latar belakang si gadis.
• MEMINANG: Ibu bapa anak dara tidak akan memberi jawapan yang muktamad.
Mereka diberi tempoh untuk memberi jawapan (bertangguh) Adat ini mencerminkan
budaya Melayu yang berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan
kesopanan dalam setiap tingkahlaku.

• AKAD NIKAH : Suatu ajaran agama di mana doa selamat dibacakan sebagai tanda
kesyukuran. Mereka akan bersalaman sebagai tanda mereka telah diijabkabulkan.
• UPACARA BERSANDING: dijalankan di rumah pengantin
perempuan. Air mawar akan dipercikkan pada mereka sebagai tanda
doa. Tetamu diberi bunga telur sebagai tanda penghargaan.
PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA
• ADAT MERISIK: Dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang
dihajati. Perbincangan antara dua buah keluarga akan diadakan. Tradisi ini
diadakan untuk mengeratkan perhubungan di antara dua keluarga. Topiik
perbincangan adalah berkenaan latar belakang keluarga dan asal keturunan.
• MEMINANG: dijalankan setelah dua keluarga berpuas hati dengan latar
belakang keluarga masing-masing. Setelah dua pihak saling mengenal dan
bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.
• MAJLIS PERKAHWINAN: Upacara meminum teh diamalkan sebagai
lambang penerimaan pasangan pengantin. Tujuannya adalah untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menunjukkan penghormatan
terhadap orang yang lebih tua dalam keluarga.

• JAMUAN PERKAHWINAN: Saudara mara, rakan-rakan dan jiran


dijemput. Mereka akan memberi ang-pau kepada pasangan pengantin
sebagai tanda restu. Kedua-dua pengantin beramah mesra dengan ahli
keluarga untuk menjalin hubungan yang akrab anatara dua buah keluarga
PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA
• ADAT MERISIK: Pelbagai faktor (etnik, sub etnik, kasta, agama dan dll)
diberi perhatian.

• KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN: Bakal pengantin lelaki


berkunjung ke rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat paras rupa
calon isterinya. Buah tangan dibawa sebagai tanda niat yang baik dan
untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan
menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju
PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA
• IKAT JANJI : Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak.
Wakil lelaki datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan
yang ganjil dan memberikan hadiah kepada wakil perempuan. Bapa kedua-
dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut

• UPACARA PERKAHWINAN: Untuk menghormati dan mendapat restu,


menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang
air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa
(membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua), sari (ibu
mertua) dan wang
Rumusan

• Adat dan majlis perkahwinan diadakan secara berperingkat


dalam ketiga-tiga bangsa dengan tujuan menunjukkan
• penghormatan terhadap pendapat orang tua,
• mengeratkan hubungan antara dua keluarga,
• mendapatkan restu daripada saudara mara dan rakan-rakan
• memastikan pasangan yang dipilih sesuai
• serta memastikan upacara-upacara dijalankan dengan sopan 
dan berbudaya
Sekian

Disediakan oleh:

Dr Sara Beden
Jabatan Pengajian Melayu
IPGK Tun Abdul Razak
Kota Samarahan Sarawak
Malaysia

Anda mungkin juga menyukai