Anda di halaman 1dari 5

IMPLIKASI FALSAFAH ISLAM DALAM PENDIDIKAN

Seperti yang diterangkan dalam artikel ini, Falsafah pendidikan islam adalah ilmu
yang berasaskan al-Quran. Tambahan pula dengan adanya pemikiran falsafah dalam
pendidikan Islam ini, ia akan memberikan kesan kepada pendidikan Islam dari pelbagai
aspek. Sebagai contoh, dari sudut pembentukan matlamat pendidikan islam, dari segi
pelaksanaan kokurikulam, kaedah pengajaran, dari segi pentadbiran dan laithan
professionalisme soerang guru dalam mendidik anak muridnya. Konsep falsafah pendidikan
Islam seperti Ketuhanan, Insan dan Alam perlulah diambil kira dalam melaksanakannya.

Falsafah Pendidikan Islam juga amat menekankan pendidikan dalam mengenali Allah
yang Maha Esa. Hal ini kerana, semua yang kita peroleh selama ini asalnya bermula dari
Pencipta itu sendiri. Pendidikan Islam merupakan satu usaha dalam mambaiki diri agar dapat
membantu sifat yang sempurna dalam diri setiap manusia di dunia ini supaya menjadi insan
yang taat kepada perintah agama, berpengetahuan dan seorang yang berakhlak mulia. Oleh
itu, Falsafah Pendidikan Islam ini telahpun memberikan impak kepada beberapa aspek dalam
pendidikan.

1.1: PEMBENTUKAN KURIKULAM

Bagi pembentukan krikulam, penulis ada menyatakan bahawa dengan mempraktikkan


pemikiran Falsafah Islam dalam aktiviti kurikulum, ia telahpun memberikan kesan kepada
aktiviti tersebut dalam mencapai matlamat Pendidikan Islam. Aktiviti kurikulum yang
berasaskan Falsafah Islam ini telah memberi fokus kepada konsep insan, ketuhanan dan alam
dalam kandungan pendidikan Islam dan hasil penekanan ini, ia telah menjadi sumber
penghayatan nilai Islam bagi umat Islam dan mereka juga telah didedahkan lebih banyak
ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan agama islam.

Selain itu, salah satu contoh yang dapat menunjukkan implikasi Falsafah Islam dalam
pendidikan ialah dengan adanya Kursus Tamadun Islam yang diperkenalkan di Institusi
Pengajian. Dengan wujudnya kursus ini, ia dapat memperkenalkan lebih lagi tentang Tmadun
Islam dan Falsafah Pendidikan Islam kepada anak-anak muda ini. Dengan adanya mereka
yang mendalami agama dan memprakitikkan ini dalam kehidupan harian mereka, maka
secara tidak langsung Falsafah Pendidikan Islam yang mahu melahirkan insan yang berilmu
di dalam ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi dapat dicapai.
1.2: AMALAN PENGAJARAN GURU
Berdasarkan artikel ini, dengan mengamalkan pemikiran Falsafah Islam dalam
pendidikan Islam juga memeberikan impak kepada amalan pengajaran guru tersebut. Ia
memberi kesan kepada dari segi teknik pengajaran atau kaeadah yang digunakan dalam sesi
pengajaran mereka. Penulis artikel ini ada menytakan dengan mengamalkan pemikiran
Falsafah Islam ini dalam teknik pengajaran mereka, para guru akan sentiasa mengaitkan
kekuasaaan Allah Swt dalam setiap pengajaran mereka. Ini juga akan membuktikan dan
mendidik mereka betapa hebatnya Allah SWT dengan mendidik mereka berasaskan dalil dan
Al-Quran.

Selain itu, mereka juga dapat mendidik anak- anak muda ini tentang nilai nilai
Islamiah dan menyedarkan mereka tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT. Amalan pemikiran Falsafah Islam ini juga dapat mengembangkan
potensi murid -murid ini dalam pelbagai aspek seperti dari segi emosi, rohani , jasmani dan
juga dari aspek intelek. Ini dapat memberikan peluang kepada generasi muda untuk
mengembangkan bakat mereka dan menunjukkan kemampuan mereka dalam melakukan
sesuatu. Hal ini kerana, dengan menggamalkan konsep insan ini, para guru perlu mengambil
kira bahawa setiap individu mempunya potensi, daya intelek dan kreativiti yang berbeza.
Oleh itu mereka perlu memberi ruang kepada anak murid mereka untuk menunjukkan
kemampuan mereka mengikut potensi mereka.

Oleh dari itu, praktiknya pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam haruslah bersifat
menyeluruh, syumul dan seimbang supaya kita dapat merealisasikan pemikiran falsafah islam
ini dengan efektif dan agar matlamat kita dapat dicapai. Justeru, artikel ini juga membuktikan
bahawa dengan adanya fahaman yang berbeza tentang insan, ia dapat melahirkan teori dan
amalan yang berbeza. Sebagai contoh, dengan adanya pandangan yang hanya melihat kepada
sudut fizikal dan meterial, ia akan mencipta teori yang bersifat meterialistik dan hanya fokus
kepada pembangunan fizikal sahaja. Ini terang sekali menunjukkan ia tidak mecapai
matlamat Falsafah pendidikan Islam kerana pendidikan dalam islam ialah sebuah pendidikan
yang bersifat menyeluruh, syumul dan seimbang dari segi fizikal, intelektual dan spiritial
seorang insan. Falsafah pendidikan islam juga menunjukkan bahawa pemikiran ini berusaha
untuk mencapai merealisasikan matlamat mereka untuk melahirkan insan yang beriman dan
bertaqwa kepada Allah SWT dan melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan cemerlang
di dunia dan akhirat.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan dalam


menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam yang berdasarkan al-Quran dan as-
Sunnah dan ini untuk membentuk sikap, kemahiran dan keperibadian dan juga menyedarkan
mereka bahawa kita merupakan hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah kebaikan di dunia dan di
akhirat. Artikel ini juga telah menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Islam ini perlu
dipraktikkan kerana ia bersifat komprehensif, syumul, dinamik, sejagat dan ia berteraskan
suumber al-Quran dan as-Sunnah yang lengkap dan sempurna. Ia juga amat penting untuk
kita merealisasikan gagasan pemikiran falsafah ini bagi hala tuju pendidikan Islam.

Kesemua pihak yang terlibat dalam membangunkan gagasan pemikiran falsafah


dalam Pendidikan Islam perlulah benar benar memahami tentang konsep falsafah ini dan
berkerjasama untuk mambawa gagasan ini kearah yang benar agar ia dipraktikkan dengan
benar dan setiap proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan efektif. Malah, ahli falsafah
pendidikan Islam juga perlu sentiasa berusaha dan berfikir untuk mencari perkara-perkara
yang perlu dimasukkan ke dalam aktiviti pendidikan seperti ilmu, kemahiran, nilai,
pengalaman dan sebagainya. Segala pemasalahan dan kekurangan perlulah ditangani dengan
efektif agar falsafah pendididkan Islam dapat berjalan dengan lancar dan bejaya. Dengan ini,
kita dapat melahirkan generasi muda yang mengenali dirinya, kenal Tuhannya, faham akan
tujuan hidupnya, dan mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya.

Dengan meneliti dan melakukan kajian terhadap artikel ini, kami mendapat begitu
banyak ilmu baharu dan artikel ini jugak telah menyedari betapa pentingnya gagasan falsafah
dalam pendidikan Islam ini terumatama sekali bagi umat Islam. Ia juga telah menunjukkan
bahawa kita sebagai seorang insan, kita mempunyai tanggungjawab kita tersendiri iaitu
sebagai hamba kepada Allah SWT dan juga sebagai seorang Khalifah kepada Allah SWT di
dunia ini. Artikel ini juga telah menenujukkan kepada kami bahawa dengan mengamalkan
pemikiran Falsafah pendidikan Islam ini, ia akan memberikan kebahagiaan hidup di dunia
dan di akhirat. Artikel ini menunujukkan kepada kami bahawa Pendidikan Islam ini bersifat
komprehensif dimana ia mengambilkira fitrah insan yang meliputi aspek meterial dan
spritual. Hal ini kerana, Pendidikan Islam mempunyai empat tujuan yang difokuskan iaitu
perkembangan dan kematangan fizikal, perkembangan intelektual, perkembangan spritual
dan perkembangan keperibadian. Ini menunjukkan bahawa Pendidikan Islam ini amat
komprehensif berbanding Pendidikan lain.

Akhir sekali, penemuan ilmu pengetahuan baharu yang kami peroleh dari artikel ini
sebagai seorang insan dan bakal penyelidik, ia adalah sebuah keperluan dan dapat kami
terapkan dalam kehidupan seharian kami. Kami juga akan berusaha untuk menjadi manusia
yang seimbang melalui keempat empat aspek tersebut iaitu dari segi perkembangan fizikal,
intelektual, spiritual dan keperibadian diri.

Anda mungkin juga menyukai