Anda di halaman 1dari 43

PENGAKUAN PELAJAR

Kami dengan ini mengaku tugasan ini merupakan hasil kerja kmi sendiri, petikan yang diambil dari mana-mana bahan telah dinyatakan secara jelas sumbernya

Tandatangan : ............................ Nama Penulis : Noor Hakimi Bin Mohamad Nor Tarikh : 24 Febuari 2014

Tandatangan : ............................ Nama Penulis : Noraini Binti Nordin Tarikh : 24 Febuari 2014

Tandatangan : ............................ Nama Penulis : Jayasree a/p Murgiah Tarikh : 24 Febuari 2014

-1-

1.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Setelah pengkaji membuat kajian dapat disimpulkan bahawa pemerolehan bahasa lebih mudah difahami dengan cara-cara sesuatu bahasa dikuasai oleh seseorang individu khususnya kanak-kanak. Cara atau strategi pemerolehan bahasa sangat penting dalam memajukan individu dengan bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia ini khususnya. Pemerolehan bahasa terjadi setelah melalui beberapa proses yang sistematik. Sebagai seorang guru bahasa, kita perlu tahu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa terlebih dahulu. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan. Prinsip-prinsip terbentuk dari dua jenis teori popular yang bertentangan iaitu teori behaviourisme dan teori mentalisme.

1.1 TEORI BEHAVIORISME ATAU TEORI MEKANISME Teori behaviorisme ini diasaskan oleh B.F. Skinner. Beliau berpendapat: pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pelaziman operan iaitu rangsangan yang bersandarkan pemberian ganjaran atau peneguhan . Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan bahasa. Ia dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan dalam teori ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Mekanis. Prinsip-prinsip pengajaran bahasa ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik aliran Behaviorisme. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan kerana ia menunjukkan sesuatu bahasa itu. 1.2 TEORI MENTALISME Pengkaji mendapati bahawa teori mentalisme pula menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Teori yang dipelopori noleh Nom Chomsky ini dikenali juga sebagai teori kognitif iaitu menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan. Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Selain itu, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan

-2-

mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Oleh itu, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia. 2.0 KONSEP LITERASI Para cendekiawan bahasa Melayu ataupun Bahasa Malaysia mentakrifkan pelbagai takrifan tentang konsep literasi. Antaranya ialah menurut Khairuddin Mohamad dalam Siri Pendidikan Guru Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Melayu bermaksud proses untuk melihat kemampuan minimum murid membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Mahzan Arshad (2008) mentakrifkan kemahiran literasi sebagai keupayaan seseorang itu membaca dan menulis. Ia juga boleh disifatkan sebagai kebolehan mengenal huruf atau celik huruf. Perkataan literasi diambil daripada perkataan Inggeris, literacy yang bermaksud kenal huruf. Manakala dalam bahasa Arab pula dikenali sebagai taarub yang bermaksud mengenal huruf. Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mendefinisikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu penyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya. Makna yang dihasilkan daripada proses ini berkaitan dengan minat, budaya, pengetahuan latar, kemahiran, strategi, motivasi, jenis teks, suasana persekitaran, aktiviti dalam proses pembelajaran dan beberapa faktor berkaitan yang lain. Hal ini bermakna, literasi memberikan peluang kepada seseorang murid untuk menikmati dan menghargai keupayaan berinteraksi dengan teks, persekitaran dan orang lain. Proses pengajaran dan pembelajaran literasi di dalam bilik darjah ketika ini perlulah melampaui proses mendidik murid-murid supaya mahir membaca dan menulis.

Secara

kesimpulannya,

Pendidikan

Literasi

Bahasa

Melayu

merujuk

kepada

kemampuan atau kebolehan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu secara minimum sebelum ke peringkat yang lebih tinggi dan mencabar.

3.0

KELAS INTERVENSI ASAS MEMBACA DAN MENULIS (KIA2M)

Konsep

Pengkaji mendapapti daripada hasil kajian bahawa Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan yang satu iaitu untuk

-3-

membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Murid-murid ini terdiri daripada yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

3.2 Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut; antaranya ialah:

percalonan Perancangan Penilaian

ujian penapisan Pengajaran Tindakan susulan

Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan. 3.3 Strategi Perlaksanaan

Berpandukan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian.

-4-

a. Berpusatkan Guru

Guru berkuasa mutlak, murid harus mengikut segala arahan dan perintah guru.

b. Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. Guru bertindak sebgai fasilitator.

c. Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

3.4 Pendekatan

Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

a. Pendekatan secara kelas

Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

b. Pendekatan secara berkumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama

-5-

atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

c. Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. 3.5 Teknik

Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:

Bercerita Bersoal jawab Lakonan

Latih tubi main peranan Kuiz

Tunjuk cara Menyanyi Pandang dengar

3.6 Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni

-6-

Pendidikan Seni:

BINAAN

menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad.

CATAN

melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.

CAPAN

mengecap bentuk.

TAMPALAN

menampal bentuk abjad dan kolaj.

Pendidikan Jasmani Kesihatan:

1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan. 2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan. 3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.

Pendidikan Muzik:

1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak. 2. Pergerakan berirama 3. Bunyi-bunyian berirama

KESIMPULAN

Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep. Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih baik.

-7-

4.0 LINUS 4.1 Pengenalan Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. 4.2 Definisi Literasi Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. 4.2.1 Kemahiran Asas Literasi TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

4.3 Definisi Numerasi Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. 2.3.1 Kemahiran Asas Numerasi TAHUN 1 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50. - Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas

-8-

TAHUN 2 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100 - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi -Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek TAHUN 3 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000. - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai 5.0 kemahiran membaca Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi

-9-

5.1. OBJEKTIF KEMAHIRAN MEMBACA (a) (b) Tujuan serta merta Tujuan lanjutan

5.1.1 Tujuan serta merta Tujuan serta merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh membaca, maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak, boleh membaca dengan serta merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga bererti murd boleh membaca bersendirian tanpa bergantung dengan guru. Tujuan serta merta juga mempunyai tujuan-tujuan yang lain: Untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau intonasi yang betul. Untuk membolehkan murid membaca dengan senyap tanpa berasa sebarang gangguan. Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca. Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.

5.1.2. Tujuan Lanjutan Tujuan lanjutan bermaksud murid dapat memperbetulkan fahamannya yang salah., membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka menambah satu lagi alat perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatka diri dengan orang lain yang ada di sekelilingnya. Tujuan lanjutan bermatlamat:

Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung muridan. - 10 -

Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan mereka untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia. Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahanbahan perbandingan dengan orang lain. Mendapatkan bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baikyang dilakukan oleh orang lain.

Objektif

membaca juga dapat dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan

pembelajaran membaca. Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan atau matlamat yang berikut: (i) ( ii ) ( iii ) Membolehkan muridmengenal huruf, menyebt nama dan membunyi huruf. Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul. Membina kebiasaan menutur ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan yang dibacanya. ( iv ) Melatih murid membaca secara senyap dan panyas di samping dapat memahami isi yang dibaca dengan pantas juga. (v) Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan pantas dan cepat dan mengatakan semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami dengan mudah. ( vi ) Menanam kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat dengan cepat, jelas dan tepat. ( vii ) ( viii ) Menghidupkan minat suka menyiasatdan mendalami maksud yang dibaca. Meluas kosa kata, mengenalpasti perbezaan maknanyadalam konteks yang berbeza. ( ix ) (x) Menambah ilmu pengetahuan. Membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik bahan yang dibaca dengan jujur. ( xi ) ( xii ) Membetulkan pengetahuan yang sedia ada yang salah. Memudahkan mereka menyelesaikan masalah seharian yang melibatkan diri sendiri dan masyarakat. ( xiii ) ( xiv ) ( xv ) Membina sikap, cita-cita dan fikiran yang terbuka dan positi. Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui hal-hal luar negara. Membolehkan mereka mengerti dan memahami kehendak, situasi dan aspirasi masyarakat sekelilingnya.

- 11 -

( xvi )

Memperkenal keindahan dan kesenian bahasa di samping menggalakkan mereka dalam bidang penulisan kreatif sekiranya mereka mempunyai minat dan bakat.

5.2. FAKTOR KEMAHIRAN MEMBACA Faktor membaca terbahagi kepada dua : 1. Faktor yang ada pada diri murid ( pembaca ) 2. Faktor yang ada pada bahan bacaan 1. Faktor yang ada pada murid ( pembaca ) terbahagi kepada empat iaitu : Intelektual Psikologi Fizikal Persekitaran

5,2,1 Intelektual Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecergasan murid, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman yang sedia ada. Factor-faktor ini saling berkait rapat dalam bahagian ini kerana ianya amat penting dalam proses kemahiran membaca. Kecerdasan murid yang berada di tahap optimum pada umumnya dapat

memberi impak yang besar dalam pembacaannya berbanding murid yang mempunyai kecerdasan yang rendah. Pengetahuan dan pengalaman juga agak penting kerana ianya dapat membantu murid dalam menguasai dan kadar pertumbuhan kebolehan membaca bagi seseorang murid. Hubungan antara kebolehan membaca dengan kejayaan dalam bacaan amat ketara sekali jika murid yang tidak luas dalam penguasaan pembendaharaan kata dan lemah dalam tatabahasanya, lazimnya menghadapi masalah untuk membaca 5.2.2Psikologi Faktor-faktor yang terlibat dalam bahagian ini adalah minat dan motivasi serta konsep diri. Minat dan motivasi memainkan peranan yang penting dalam proses ini, jika semangat suka membaca dipupuk sejak kecil lagi maka pelajar tersebut tidak menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca. Kadar motivasi diri yang tinggi juga dapat membantu murid yang lemah kerana dengan daya dan usaha keras yang dilakukan dapat membantunya dalam kemahiran membaca .

- 12 -

5.2.3 Fizikal Kebolehan mendengar, melihat, dan bertutur dengan baik merupakan factor fizikal utama yang mempengaruhi kebolehan membaca. Ianya penting kerana factor ini mempengaruhi penyampaian bacaan kerana adanya pertalian yang rapat antara satu sama lain. 5.2.4 Persekitaran Faktor ini boleh dibahagiakn kepada dua iaitu Persekitaran rumah Persekitaran sekolah

Persekitaran rumah mestilah selesa untuk pelajar bagi melakukan proses ini terutamanya tempat tersebut mestilah terhindar dari pencemaran alam sekitar dan bunyi. Suasana ini memerlukan kepekaan ibubapa bagi memantau anak-anak mereka membaca bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar kerana dalam situasi ini pelajar mudah terpengaruh dengan kawasan sekeliling. Kawasan Persekitaran sekolah yang selesa dan bersih juga berperanan bagi

memantapkan kebolehan membaca pelajar. Biasanya proses ini berlangsung dalam bilik darjah dan aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Ada pendapat mengatakan bahawa guru, rakan sebaya, dan ekologi sesebuah bilik darjah mempengaruhi bacaan dan kefahaman murid. 2. Faktor yang ada pada bahan bacaan terbahagi kepada lima iaitu: Perbendaharaan kata Panjang pendek ayat Kandungan bahan Struktur cerita Pengunaan dan organisasi bahan grafik

Secara keseluruhannya factor-faktor yang ada dalam bahagian ini saling berkait rapat antara satu sama lain dimana kesemuanya mempunyai peranan masing-masing contohnya untuk menarik minat para pelajar pengunaan bahasa dan perkataan mahupun istilah mestilah sesuai bagi peringkat yang bakal dikendalikan. Panjang pendek ayat, kandungan bahan, dan struktur cerita juga memainkan peranan yang penting dalam proses ini. Penggunaan bahan grafik yang sesuai dapat menarik minat pelajar dalam proses ini terutamanya bagi pelajar Tahap satu, Pendidikan Khas, dan Prasekolah. - 13 -

5.3 PROSES MEMBACA Proses untuk membaca memerlukan penguasaan beberapa kemahiran dan merupakan interpretasi simbol-simbol grafik yang terdapat dalam bahan bacaan. Seseorang boleh mengenalpasti simbol dan hubungannya dengan makna tertentu. Membaca memerlukan penyampaian atau komunikasi mesej dan sitem bahasa bagi membolehkan mesej itu disampaikan dengan berkesan. Dalam proses membaca, sistem bahasa atau sistem isyarat ialah simbol grafik yang perlu difahami dan dapat bertindak balas untuk membezakan bentuk melalui penglihatan terhadap simbol-simbol grafik tersebut. Kesimpulannya, membaca ialah proses menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya serta memberi reaksi. Proses membaca yang bermatlamatkan kefamanan melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses-proses seperti yang di bawah; i) ii ) iii ) iv ) v) vi ) Mengecam perkataan Memilih makna yang sesuai Menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Menyusun idea Membuat generalisasi Membuat penilaian

Dalam pengajaran bacaan di sekolah, penekanan diberikan kepada bacaan mekanis dan bacaan mentalis. Pada peringkat awal, proses pengajaran dan pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis, iaitu guru akan memberikan contoh sebutan bunyi-bunyi dan bacaan yang betul dengan kuat dan jelas. Proses ini diikuti oleh murid yang akan membunyikan secara kuat sama ada secara beramai-ramai, berkumpulan ataupun sacara individu. Murid-murid akan diajar dengan bacaan mentalis atau akaliah setelah mereka menguasai kemahiran dalam bacaan mekanis. Murid-murid diberi masa untuk membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan sebelum bahan berkenaan dibincang dan dijawab soalan-soalannya untuk menguji kefaman murid. Bacaan mentalis ini boleh juga diikuti dengan bacaan kuat. Perkara penting yang perlu diketahui oleh guru ialah bacaan mekanis diutamakan bagi murid-murid di sekolah rendah, sementara bacaan mentalis lebih diutamakan pada peringkat sekolah menengah.

- 14 -

5.4 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MEMBACA Bacaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. i) ii ) iii ) iv ) Bacaan mekanis Bacaan mentalis Bacaan intensif Bacaan ekstensif

5.4.1 Bacaan Mekanis Bacaan mekanis ialah bacaan yang kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. 5.4.2. Bacaan Mentalis Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefaman diberikan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini. 5.4.3. Bacaan Intensif Bacaan ini ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, bacaan intensif member tekanan kepada kajian-kajian terhadap cirri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Konsep-konsep bacaan intensif; (i) Bacaan intensif merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa murid di bawah pimpinan guru. (ii) Bacaan intensif memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembang perbendaharaan kata.

- 15 -

(iii)

Bacaan intensif dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh murid dalam bacaannya.

(iv)

Bacaan intensif mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

(v)

Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

5.4.4. Bacaan Ekstensif Bacaan ini ialah bacaan luas yang menekankan aktivitiaktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. Konsep bacaan ekstensif; (i) Bacaan ekstensif merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh murid di luar kelas secara bersendirian tanpa bimbingan guru. (ii) Bahan bacaan harus luas bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaan katanya tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita murid itu. (iii) (iv) Bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza. Bacaan ekstensif mengandaikan murid membaca sesuatu bahan tanpa menghadapi kesukaran dan melalui bacaan ekstensif ini murid mendapat kepuasan, seronok dan terhibur.

Bacaan ekstensif mempunyai peranan yang tersendiri khususnya dalam pembelajaran bahasa. Antara peranannya ialah; 1. 2. Meningkatkan pemahaman murid terhadap bahan bacaan. Meningkatkan ketrampilan berbahasa dalam kalangan murid. Dalam hal ini, bacaan ekstensif dapat membantu murid untuk mengenal perkataan dan mengenal simbol-simbol yang terdapat dalam bahan bacaan. 3. 4. Mendedahkan murid kepada aspek-aspek bahasa. Menambahkan kosa kata.

- 16 -

Kajian menunjukkan kanak-kanak tidak banyak mengetahui atau menguasai kosa kata melalui pembelajaran secara formal. Sebaliknya, penguasaan kosa kata banyak diperolehi melalui bahan bacaan. Malah, penguasaan kosa kata melalui bacaan dapat membantu kanak-kanak memahami kosa kata berkenaan. 5. Membantu murid dalam penulisan. Kajian mendapati kanak-kanak atau murid yang banyak membaca dapat menulis dengan baik. Perkara ini berlaku disebabkan oleh penguasaan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki oleh murid berkenaan yang akhirnya dapat disalurkan dalam penulisan mereka. 6. Memotivasikan murid untuk membaca. Bahan bacaan yang digunakan untuk bacaan ekstensif sebaik-baiknya

bersesuaiandengan keperluan, minat dan cita rasa murid. Perkara ini perlu diberi perhatian sebagai usaha untuk menarik minat dan motivasi murid untuk membaca. 7. Mengukuhkan pengetahuan bahasa yang telah dipelajari. Aspek bahasa yang telah dipelajari sebelumnya di bilik darjah dapat diberi pengukuhan dan penekanan serta dapat diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa pada masa yang akan datang. 8. Meyakinkan murid untuk membaca teks yang panjang. Pada kebiasaannya, pemgajaran bacaan yang dilakukan dalam kelas

kebanyakkkannya menggunakan teks yang pendek dan ringkas. Sebaliknya bacaan ekstensif memberi keyakinan kepada murid untuk menerokai aspek-aspek bahasa yang lebih mencabar. 5.5 PERINGKAT-PERINGKAT MEMBACA 5.5.1 Kesediaan Membaca. Guru haruslah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca, apabila murid baru masuk ke tahun satu.Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan .Guru harus menyedari bahawa kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan murid kemungkinan tidak sama kerana datang dari latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza.Murid yang tinggal di bandar khususnya ,kebanyakannya telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik manakala murid yang tinggal di luar bandar pula tidak memasuki tadika dan merekalah yang biasanya menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca , guru hendaklah memberi perhatian kepada dua perkara berikut: - 17 -

a) perasaan murid b) bahasa murid Guru hendaklah memberi pengalaman kepada murid agar mereka bersedia untuk membaca. Oleh itu,peringkat kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan berikut: a) Memberi peluang kepada murid untuk merapatkan diri dengan guru untuk menimbulkan keyakinan mereka. b) Dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan murid untuk meluaskan lagi pengalaman sedia ada mereka. c) Membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca. d) Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan mengecamnya.

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk mencapai tujuan ini : a) Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi , berlakon ,bercerita dan sebagainya. b) Banyakkan bermain=main dengan murid seperti berbual-bual, dan bersoal jawab secara tdak formal. c) Menambah dari masa ke semasa secara tidak lansung pembendaharaan kata yang dirasakan perlu. d) Membina asas bahasa murid melalui pertuturan dan beri galakan serta pimpinan yang sepatutnya supaya murid mahu bertutur. Pada peringkat ini,guru harus memerhati sama ada murid telah bersedia untuk membaca atau sebaliknya.Soalan-soalan berikut boleh ditanya untuk menentukan tahap kesediaan mereka. a) Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta

membezakannya?

- 18 -

b) Bolehkah murid itu faham serta dapat mengikuti percakapan orang lain terutama gurunya? c) Dapatkah dia melihat dengan baik dan mengenal bentuk-bentuk seperti garisan,bulatan dan lain-lain? d) Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya? e) Bagaimana dengan kesihatannya ?Dapatkah dia belajar dengan baik? f) Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya? g) Bagaimana dengan latar belakang keluarganya? Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca: 1. Keadaan fizikal (i) (ii) (iii) (iv) (v) Penglihatan Pendengaran Pertuturan Umur Jantina

2. Pengalaman dan persekitaran (i) Pendedahan bahan bacaan di rumah

3. Emosi dan motivasi (ii) (iii) (iv) (v) Adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi? Adakah kanak-kanak bersikap negetif terhadap buku? Adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial? Adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?

4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif i) ii ) iii ) iv ) Daya kecergasan Kebolehan mental secara keseluruhan Adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar? Adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

- 19 -

5.5.2 Prabacaan Sebenarnya, sejak kita dilahirkan lagi minat membaca telah ada dalam diri kita .Bayibaru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi,nada bunyi dan percakapan.Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenai perkataan dan tulisan.Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi.Antaranya, Menjadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti harian bayi.Masa yang sesuia ialah pada waktu mandi dan makan. Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Selain itu,bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama. 5.5.3Mekanis Pada peringkat ini,murid sudah boleh membunyikan huruf suku kata,perkataan ,frasa dan ayat-ayat mudah.Mereka juga sudah boleh membatangkan perkataaan yang mmengandungi suku kata terbuke dan tertutup.Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang. Tujuan membaca mekanis ialah: a) membolehkan murid membaca dengan pantas dan cekap dengan sebutan dan intonansi yang betul dan jelas. b) membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu berhenti pada tempat yangbetul. c) membolehkan murid-murid membaca dengan irama yang betul dan dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata murid yang lain. d) membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat. Pada peringkat ini,guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut: a) memberi satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid. b) bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan tersebut. c) guru membaca sebagai panduan dan murid menyemak bacaan guru.

- 20 -

d) Guru membaca dan murid mengikut.Boleh dilakukan secara kelas atau berkumpulan e) Guru memimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir. f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka. 5.5.4 Membaca dan Memahami Pada tahap ini murid sepatutnya sudah berupaya untuk : a) mengumpul maklumat dan makna daripada bahan bacaan. b) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tenteng bahan yang dibaca. Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang hendak di sampaikan melalui bacaan . Tanggungjawab utma guru dalam mengajar bacaan dan kefahaman adalah untuk membantu murid menambah dan meluaskan kosa kata. Pengajaran kosa kata sepatutnya dapat membantu murid dalam hal berikut: a) Mengaitkan perkataan baru dengan pengalman sedia ada.Dengan cara ini,murid akan dapat memahami makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan serta mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih lama. b) Mengkaji perkataan untu melihat persamaan dan perbezaan nya,meneliti pertalian antara perkataan dan menggunakannya dalam konteks. c) Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas dan rapi. d) Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep secara bebas.Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa sentiasa di bombing atau dibantu oleh guru. e) Menggalakkan penglibatan secara aktif . Murid akan memberi tindak balas melaui perbincangan ,soal jawab, atau menggunakan perkataan dalam ayat. Peringkat ini juga hendaklah sesuai dengan peringkat umur dengan kecenderungan murid.Guru jangan hanya mementingkan sebutan suara dan kelancaran sahaja tetapi mestilah juga menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman .Dalam hal ini bacaan senyap hendaklah juga digalakan supaya murid dapat melatih diri sendiri untuk menangkap isi pelajaran yang dibaca.

- 21 -

Guru hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: a) Memulakan membaca setelah murid dapat menbaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan ,suku kata dan huruf. b) Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas membaca. c) Memberi murid peluang membaca dan memahami dalam mata pelajaran lain seperti Sejarah. Geografi,Sains dan sebagainya. d) Menggunakan teknik soalan yamh membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul. e) Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran membaca. 5.6 Suku kata dan kaedah pengajaran bacaan 5.6.1. Pengenalan suku kata Suku kata ialah unit penyusunaturan bunyi pertuturan. Contohnya, perkataan sayang terdiri daripada dua suku kata: sa dan yang. Satu suku kata biasanya terdiri daripada nukleus suku kata (selalunya vokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan). Suku kata merupakan "bongkah binaan" fonologi perkataan yang boleh mempengaruhi irama, prosodi, meter puitis, corak tekanan dsb. dalam sesebuah bahasa. Penulisan mengikut suku kata bermula beratus-ratus tahun sebelum terciptanya huruf-huruf terawal. Catatan suku kata terawal terdapat pada papan loh yang ditulis di kota Ur, Sumeria sekitar 2800 SM . Anjakan dari piktogram ke suku digelar 'kemajuan terpenting dalam sejarah penulisan'.[1] Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti yang.ialah kata ekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti mana) ialah kata dwisuku. Perkataan tiga suku kata (seperti belalang) ialah kata trisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.

- 22 -

5.6.2 Pola Suku Kata Setiap suku kata bahasa Melayu dilambangkan oleh satu bunyi vokal.Vokal dapat didahului atau diikuti oleh konsonan.Terdapat 11 pola suku kata dalam ejaan bahasa Melayu.Lihat jadual yang berikut:

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Pola V VK KV KVK KKV KKVK VKK KVKK KKVKK KKKV KKKVK

Contoh Perkataan i-bu,gu-a er-ti,ma-in ra-kit,ba-tu Pin-tu,hi-lang Dra-ma,indus-tri Trak-tor,elek-trik Eks Bank-rap,kon-teks Kom-pleks Stra-tegi,skru Struk-tur,spring

Pola 1 hingga 4 ialah empat jenis pola umum suku kata yang terdapat pada kebanyakan kata dasar bahasa Melayu.Pola 5 hingga 11 pela ialah tujuh pola suku kata yang menggunakan huruf konsonan rangkap,iaitu yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.

5.6.3. Kaedah bacaan dan suku kata. 1. kaedah abjad 2. kaedah fonetik 3. kaedah pandang sebut KAEDAH ABJAD cara penyampaian 1. murid menghafaz bentuk huruf menurut susunannya, iaitu a z (menerusi kad, kertas pasir, plastisin dsb. 2. setelah itu, dibunyikan huruf vocal dan digabungkan dengan huruf konsonan membentuk suku kata: - 23 nyanyian,

b+a b+i b+u 3.

ba bi bu

penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan

bu + ku

buku

4. pembacaan ayat-ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv:

busu baca buku. buku busu biru. buku busu baru

5. ada guru yang terus dengan beberapa suku kata a ba ca ka pa sa ya 6. kemudian membaca perkataan: ibu susu ciku kuku aku kaki siku bapa baca I bi ci ki pi si yi u bu cu ku pu su yu

7. terdapat juga guru yang mengajar secara berperingkat-peringkat:

1.

menyebut abjad

2. menyebut suku kata terbuka 3. menyebut suku kata tertutup 4. membaca perkataan 5. membaca ayat mudah

- 24 -

Kelebihan.

1 oleh sebab, perkataan mengandungi huruf atau lambang, murid hendaklah diajar mengenal nama huruf, lambing sebelum membaca atau mengejanya. 2. mengikut walker: lambang (huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Kanak-kanak yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca. 3. murid berpeluang menjalin huruf konsonan dan huruf vokal bagi membentuk suku kata dan akhirnya perkataan. 4. kaedah ini bersifat petunjuk dan kanak-kanak diberi peluang berinisiatif.

Kelemahan

1. Prof atan long : kaedah abjad akan melambatkan murid membaca - penekanan kepada penghafazan huruf dan boleh menghilangkan minat. 2. kaedah abjad menegaskan hafazan - hafazan yang kurang bermakna dan boleh membosankan murid KAEDAH FONETIK 1.murid menghafaz bunyi huruf bukan (nama huruf) - murid melihat lambang dan menghafaz bunyinya: a dibunyikan aa z dibunyikan zi 2.kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya : ba - tanpa membunyikan be dan aa 3. penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan bu + ta bu + ka buta buka

4. pembacaan ayat-ayat mudah : ibu beli buku. ibu buka buku. ibu baca buku.

- 25 -

Kelebihan 1. oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi, huruf hanyalah simbol belaka. 2. menurut palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah simbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. dengan bunyi yang ditetapkan, huruf akan menjadi satu unsur bahasa. 3. oleh itu pengajaran bacaan itu, proses asas hendaklah ditumpukan kepada bunyibunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi tersebut membawa makna, bukan hurufnya. 4. mohd hilmi haji ismail menyatakan: sistem ejaan bahasa melayu ialah fonetik dan oleh sebab suku katanya jelas, maka kaedah suku kata sesuai sekali digunakan untuk mengajar peringkat prabacaan.

kelemahan 1. kaedah ini akan melambatkan penekanan kepada makna menitikberatkan unsurunsur fonik / bunyi yang tidak memberi erti. 2. menurut g whipple: banyak latih tubi diadakan dan ini boleh menghilangkan minat kerana mengambil masa yang panjang untuk menghafaz / mengenal semua bunyi huruf / suku kata 3. prof atan long: kekeliruan akan timbul berhubung dengan kesukaran menyebut bunyi huruf konsonan dan mengaitkan bunyi dengan lambang.

KAEDAH PANDANG SEBUT

1. murid terus diperkenalkan kepada perkataan. selalunya perkataan tersebut ditulis pada kad imbasan bergambar

2. kemudian, murid-murid diperkenalkan kepada ayat-ayat mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya: saya ada buku. buku saya baru. saya suka baca buku

- 26 -

Kaedah pandang dan sebut Kelebihan 1. oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka pengajaran prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut 2. pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan pengalaman murid. 3. mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan, 4. menurut goodman: pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.

Kaedah pandang dan sebut. kelemahan 1. kaedah ini akan membantuk murid-murid seperti burung nuri dan mereka akan mendapati sukar menyebut perkataan-perkataan baharu. 2. kad imbasan bergambar boleh mengganggu tumpuan murid membunyikan lambang, suku kata dan perkataan.

3. kaedah ini tidak sesuai dengan system bunyi bahasa melayu sesuai dengan system tulisan ideografik / logografik seperti ejaan bahasa cina yang melambangkan sesuatu benda, idea disebalik dengan satu perkataan (satu morfem)

kaedah-kaedah yang dinyatakan belum membuktikan adanya satu pendekatan / kegiatan prabacaan yang benar-benar sesuai dengan system ejaan bm di samping mempertimbangkan aspek psikologi dan pembentukan jasmani serta kognitif seseorang kanak-kanak. walau apapun kaedahnya, kita perlu maklumi akan kadar perkembangan kanakkanak tidaklah serupa. justeru itu umur pembelajaran (learning age) berbeza antara seorang kanak-kanak dengan kanakkanak yang lain. perbezaan ini bergantung kepada factor genetik, pengalaman peribadi dan cara pembelajarannya.

- 27 -

PENGGABUNGAN TIGA KAEDAH PRABACAAN kaedah gabung jalin 1 2 3 kaedah pandang sebut kaedah abjad kaedah suku kata

kaedah gabung jalin 1. kaedah gabung jalin dijalankan berdasarkan tahap pencapaian dan kemampuan murid belajar. 2. kaedah ini menekankan murid agar mengenali huruf / lambang dan bunyinya serta disampaikan agar bermakna. 3. melalui kaedah gabung jalin, guru boleh mempelbagaikan strategi pengajarannya agar kebosanan dapat menghindari murid. 4. guru boleh menyampaikannya dengan beberapa cara. antaranya ialah:

SECARA SUKU KATA INTRINSIK 1. penggabungan kaedah pandang sebut dengan kaedah suku kata. bermula daripada perkataan kepada bunyi-bunyi suku kata. pandang sebut suku kata

2. penggabungan kaedah pandang sebut dengan kaedah suku kata. bermula dari perkataan kepada bunyi-bunyi suku kata. Baju ba + ju

3. pendekatan ini menekankan makna dalam penyebutan dan bacaan. murid diperkenalkan dulu dengan kosa kata secara imbasan (pandang dan sebut) sebelum dikenalkan kepada bunyi (suku kata )

4. selepas itu, murid membandingkan unsur yang sama dalam perkataan lain. buku bulu bubu secara suku kata sintetik 1. penggabungan kaedah suku kata dengan kaedah pandang sebut. bermula daripada bunyi-bunyi suku kata kepada perkataan. suku kata pandang sebut bu bu bu + + + ku lu bu

- 28 -

2. murid dikenalkan dengan bunyi huruf vocal terlebih dahulu: aiu 3. kemudian, sejumlah huruf konsonan bkt

6.0 Maklumat dan bahan tentang kaedah dan teknik yang sesuai dengan menggunakan bigbook Penghasilan BBM bukan elektronik ini dilihat agak susah kerana perlu melibatkan banyak proses yang agak rumit. Antaranya ialah : 1) BBM dicipta atau dibuatnya sendiri bukan dibeli di kedai-kedai secara sewenangwenangnya sahaja. Apa yang pentingnya di sini ialah semangat dan kegigihan guruguru itu sendiri yang perlu ditiru. Contohnya di dalam pengajaran jawi,alat tulisnya dibuat sendiri dari buluh atau rotan sahaja tetapi hasilnya adalah bermutu tinggi dan sukar ditandingi sehingga sekarang. 2) Daya kreativiti yang tinggi

- Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dansebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawiperlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-kad imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya.Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain. 3) Menggunakan bahan-bahan tradisional atau bahan terbuang sepenuhnya: Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama, batubatan,kulit-kulit siput, surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ais krim, tudung botol,kotak rokok, ranting kayu, daun-daun kering dan sebagainya. Daripada bahan terbuang ini guru-guru dahulu berjaya mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik,lasak,

- 29 -

pelbagai guna dan tahan lama seperti alat-alat matematik, kad-kad huruf atau perkataan, pen, model-model bangunan dan sebagainya. APAKAH DIA BIG BOOK Big Book adalah buku bacaan awalan yang bersaiz besar, kebiasaannya ilustrasi dan huruf bersaiz besar. Ianya lazim digunakan untuk kanak-kanak membaca bersama guru/ibu/bapa bagi memahami konsep penulisan (teks) serta memahami kaedah membaca. Bacaan Awalan

Langkah asas ke arah bacaan awalan ialah menarik minat kanak-kanak mendekati buku bukan sebarang buku. Kanak-kanak dari semua golongan umur dan budaya suka kepada buku walaupun mereka belum tahu membaca. Bahasa dan belum boleh membaca bukannya satu masalah. Mereka tumpu kepada gambar. Mereka merumus pengertian sendiri berdasarkan gambar. Kaedah Big Book menepati prinsip bacaan awalan. Rasional Menggunakan Kaedah Big Book

Kajian menunjukkan perkongsian membaca (Shared Reading) antara guru/ibu/bapa dengan kanak-kanak adalah asas penyemai literasi awalan. [Durkin D. (1966) dan Allington, R.L. (1983)]. Saiz huruf (teks) yang besar membantu anak-anak meneliti serta mengaitkan perkataan dengan gambar semasa guru/ibu/bapa membacakan cerita kepadanya. Perbincangan tidak formal mengenai buku/cerita yang dibacakan memperkayakan kefahaman dan pengetahuan anak-anak.

Bacaan berulang (semestinya digalakkan diulang dari masa ke semasa) membina kemahiran/kelancaran membaca. Kaedah Big Book menjurus ke arah Program Bacaan Seimbang (A Balanced Reading Program):

a. Membacakan kepada kanak-kanak (Reading to children) - * [Guna Big Book] b. Bacaan Berpandu (Guided Reading) - * [Guna Big Book + Buku saiz normal] c. Perkongsian membaca (Shared Reading) - * [Guna Big Book + Buku saiz normal] d. Mebaca berpasangan (Paired/Peer Reading) - * [Guna Big Book + Buku saiz normal] e. Membaca bebas (Indpendent Reading) - * [Guna buku saiz normal].

- 30 -

Belajar membaca semestinya tidak menjadi ugutan kepada kanak-kanak yang sedang belajar membaca. Disamping menggalakkan mereka meneliti buku-buku mengikut pilihan mereka sendiri, mereka perlu dibacakan.

Mereka gemar mendengar bunyi-bunyi perkataan, khasnya jika sebutan dan suara diaduni dengan gaya, mimik muka dan pergerakan tubuh badan mengikut kesesuaian jalan cerita.

Untuk memilih buku yang sesuai bagi kumpulan kanak-kanak yang baru belajar membaca ini, panduan di bawah dicadangkan: Ilustrasi menepati teks dan membantu (pembaca) meneka/memahami isi cerita. Teks tidak terlalu padat (membebankan) dan tidak banyak perkataan susah/baru. Plot (jalan cerita) mudah difahami kanak-kanak. Corak bahasa berulang dan mudah dicontohi. Babak dan ilustrasi yang berulang membantu kanak-kanak memahami keseluruhan cerita serta meransang mereka untuk mengikuti membaca bersama guru/si pembaca . Teknik Membantu Kelancaran Membaca

Berbagai teknik boleh membantu kanak-kanak dari aspek kelancaran membaca:

1. Bacaan Berpandu (Assisted Reading):

Guru membaca satu mukasurat kemudian diikuti oleh kanak-kanak. Kemudian beralih ke mukasurat berikutnya dan begitulah seterusnya. Kaedah ini memberi peluang kanak-kanak memerhati, mendengar, meniru dan menggayakan kaedah membaca dengan suara dan intonasi yang betul. Ulang kaedah ini 3 - 4 kali sehingga kanak-kanak dapat merasakan keyakinan diri boleh membaca. 2. Bacaan Echo (Echo Reading):

Kaedahnya sama seperti Bacaan Berpandu kecuali guru membaca satu ayat/barisan diikuti oleh pelajar. Guru dari masa ke semasa mempercepatkan bacaannya serta

memperbanyakkan teks yang dibaca untuk diikuti oleh pelajar.

- 31 -

3. Bacaan Choral (Choral Reading):

Guru baca dahulu kemudian kanak-kanak baca besama guru. Selepas beberapa kali ulangbaca bersama, pelajar pasti boleh membaca tanpa bantuan. * Kajian mendapati bacaan berulang (repeated readings) menjurus ke arah peningkatan kefahaman 6.2 Kekuatan Dan Kelemahan Bahan Ciptaan. Berdasarkan bahan pengajaran bukan elektronik yang telah dihasilkan bersama rakan-rakan kumpulan saya yang lain iaitu Big Book, terdapat beberapa kekuatan dan juga kelemahan yang boleh diambil. Antaranya ialah :

Kekuatan : 1) Murid Mudah Faham Apa yang dimaksudkan dengan murid mudah faham ialah, dengan menggunakan BBM bukan elektronik ini, murid akan dapat melihat bahan-bahan yang digunakan dalam proses P&P ini dengan lebih dekat dan lebih mudah untuk mereka mengenali dan belajar daripada bahan tersebut. Sebagai contoh, BigBook yang telah dihasilkan. Selepas tamat proses penerangan,mereka boleh menggunakan sendiri bahan tersebut. Tidaklah hanya dengan melihat atau mendengar sahaja sebaliknya, mereka mampu merasai sendiri bahan pengajaran yang digunapakai oleh guru.

2) Mudah Dilaksanakan Dengan menggunakan bahan BigBook ini, guru-guru akan lebih mudah untuk melaksanakannya. Ini kerana, bahan ini mudah dibawa ke mana sahaja. Ia tidak memerlukan sumber elektrik dan juga kawasan yang luas. Guru boleh melaksanakannya di dalam mahupun di luar kelas. Secara tidak langsung, guru mampu mengajar murid-murid dalam apa jua situasi. Guru tidak hanya bergantung pada masa dan juga pada tempattempat yang tertentu sahaja. Dengan itu, proses P&P seseorang guru itu, akan menjadi mudah untuk dilaksanakan dan kefahaman murid juga akan menjadi mudah kerana bahan yang digunakan adalah bahan mujud yang mana mereka boleh merasai dan mencubanya sendiri.

- 32 -

Kelemahan : 1) Mudah Rosak Selain daripada itu, bahan bukan elektronik ini juga mudah rosak jika tidak disimpan dengan rapi. Guru perlu menyimpan bahan yang telah dibuat ditempat yang tertentu supaya ia tidak akan rosak. Bahan seperti ini juga tidak tahan lama. Guru tidak boleh menggunakannya untuk pengajaran pada jangka masa yang panjang. Ini kerana, bahan yang digunakan tidak tahan begitu lama. Ia akan menjadi rosak, lembik, berhabuk, berkarat dan sebagainya. 2) Penyediaan Yang Rumit Penyediaan bahan untuk menghasilkan BigBook ini agak rumit. Ini kerana, bahan-bahan yang digunakan agak banyak dan agak susah untuk didapati jika seseorang guru itu berada di kawasan pedalaman. Disebabkan itu, ramai guru yang tidak berminat untuk menyediakan bahan bantu mengajar secara sendiri. Mereka lebih gemar menggunakan bahan-bahan elektronik seperti komputer riba kerana ia adalah lebih mudah.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN BIGBOOK

KEKUATAN Murid mudah faham Mudah dilaksanakan Mudah dibawa ke mana sahaja Menjimatkan kos dan elektrik

KELEMAHAN Penggunaan bahan terhad Bahan mudah rosak Penyediaan yang rumit Tidak relevan dengan zaman moden

- 33 -

Noor Hakimi Bin Mohamad Nor REFLEKSi Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan penat lelah pensyarah kesayangan kami iaitu Encik Rosnan Bin Mahmod Zahidin tugasan ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Namun demikian, tibalah sesi muhasabah diri iaitu refleksi tentang apa yang telah kami lakukan sepanjang semester ini. Setelah dikaji dan diteliti setelah menghasilkan tugasan ini ialah saya dapat mendalami tentang kepentingan bekerjasama di dalam kumpulan dalam menjadi seorang guru yang berkaliber dan berjiwa rakyat. Seorang guru juga perlu bersungguh-sungguh agar dapat menyempurnakan suatu tugasan yang dapat memberi kesan ke dalam diri sendiri iaitu menambahkan maklumat dan salah satu cabang dalam ilmu pengetahuan . Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat mempelajari sesuatu yang baharu dalam menangani masalah yang berlaku seterusnya saya boleh mengaplikasikan ilmu ini dalam menghadapi masalah yang berlaku. Saya juga dapat mengetahui apakah makna literasi, linus, BBM, pemerolehan bahasa dan banyak lagi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Saya juga dapat merasai perasaan untuk mmenulis tesis saya di semester terakhir nanti insyaAllah. Sepanjang pembuatan tugasan ini, terutamanya pembuatan BigBook, saya dapat mengenali semua ragam dan karenah rakan-rakan saya kerana mereka banyak membantu saya bagi menyiapkan tugasan ini. Walaupun kadangkala saya terlampau banyak menyoal masalah dan kemusykilan tentang tugasan ini, mereka tetap membantu saya supaya tugasan ini dapat saya sempurnakan seterusnya menyerahkan kepada pensyarah pembimbing. Namun, setiap kelakuan saya terdapat kesalahan dan kesilapan yang tidak terduga kepada mereka. Dengan itu saya ingin memohon maaf di atas segala-galanya. Saya juga dapat mengetahui bahawa tidaklah mudah untuk membuat bigbook, kami berjaga siang dan malam untuk menyiapkannya, dan hasilnya Alhamdulillah, dan kami berharap Encik Rosnan sudi menerimanya. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah pembimbing yang banyak memberikan maklumat tambahan bagi menjadikan tugasan saya ini lebih bermakna dan ilmiah. Namun kelemahan yang saya terpaksa hadapi juga banyak. Contohnya dalam

menyiapkan tugasan ini, ada juga tugasan lain yang perlu disiapkan. Namun dengan kerjasama dan kasih sayang Encik Rosnan kerja kursus ini berjaya disiapkan. Sungguhpun begitu, masa yang diberikan agar tugasan ini dihantar terlalu singkat kerana saya sebagai seorang pelajar mendapati selain daripada tugasan ini, misalnya tugasan - 34 -

subjek major saya juga terpaksa menghantar tugasan lain pada minggu yang sama. Maka tempoh yang diberi bagi kami mencari maklumat dan sumber bagi rujukan menjadi terhad kerana setiap sumber yang diteliti memerlukan masa yang agak lama untuk dicedok sebagai isi-isi penting dalam penulisan ini. Tetapi, terdapat juga masalah peribadi yang bagi setiap individu ada seperti sifat malas dan banyak membuang masa. Di sini juga saya ingin memohon maaf kepada pensyarah pembimbing kerana saya tidak meneliti setiap isi-isi yang ditulis sehingga menyebabkan tugasan saya menjadi tempang. Ini kerana kurang kepekaan di dalam diri saya dalam setiap kerja yang saya lakukan. Tetapi, saya berjanji bahawa setiap kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan akan saya perbaiki dari masa ke semasa. Semoga pensyarah pembimbing kami Encik Rosnan dapat menerima tugasan saya ini.

- 35 -

Jayasree A/P Murgiah REFLEKSI Tugasan literasi bahasa Melayu semester ini melibatkan tugasan berkumpulan. Tugasan yang diamanahkan kepada kami adalah menulis esei dan membina sebuah BIG book. Pertama sekali, perlu menjelaskan teori pemerolehan bahasa,konsep linus, kemahiran-kemahiran asas linus,prinsip dan kriteria pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran linus , aspek-aspek kemahiran membaca,suku kata,dan kaedah kaedah membaca dan menjelaskan kaedah dan teknik yang sesuai dengan menggunakan BIG book. Bagi kami kedua-dua tugasan ini memberi cabaran kepada kami dan menarik untuk dilaksanakan. Tugasan yang berkaitan dengan Linus, kami mendapat bantuan guru-guru sekolah yang kami kenali.Seterusnya, kemahiran membaca agak mudah untuk dilaksanakan kerana kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran berbahasa yang telah kami pelajari berulang kali sepanjang menjalani pengajian di sini. Bagaimanapun ia tetap memberi cabaran apabila kami perlu menonjolkan kelainan dalam tugasan kami kali ini. Kelainan tersebut membolehkan kami untuk membuktikan kemampuan kami melakukan sesuatu

yang berbeza dan lebih kreatif sebagai seorang bakal guru. Bahan rujukan untuk kemahiran membaca juga mudah ditemui. Ahli kumpulan saya dan beberapa orang rakan yang lain berkongsi bahan rujukan untuk memantapkan lagi hasil kerja kami. Keadaan tersebut juga dapat membentuk kerjasama dan merapatkan lagi hubungan kami dengan rakan yang lain. Berkongsi bahan rujukan merupakan sesuatu yang digalakkan kerana ia bukanlah sesuatu yang bersifat negatif seperti meniru. Sebagai bakal guru kita sendiri boleh menilai tingkah laku yang wajar dilakukan dan menolak perlakuan yang tidak bertanggungjawab seperti meniru. Bagi tugasan seterusnya pula, kumpulan kami dikehendaki untuk membina BIG book. Tugasan tersebut sangat menarik minat saya kerana ia berbeza dengan tugasan yang saya pernah peroleh sebelum ini. Melalui tugasan berkaitan BIG book ini dapatlah saya menonjolkan kreativiti saya. Saya dan ahli kumpulan yang lain telah bercadang untuk membina BIG book yang ringkas tetapi menarik. Bagi ahli kumpulan saya itu merupakan sesuatu yang wajar dilakukan kerana ia tidak membebankan kita sebagai guru tetapi yang penting dapat menarik perhatian murid untuk belajar. Sebagai seorang guru kita hendaklah berfikir secara rasional memandangkan tugas guru ini bukanlah sesuatu yang mudah.

- 36 -

Melalui tugasan berkumpulan ini juga saya dapat melihat tingkah laku ahli kumpulan yang lain. Oleh demikian dapatlah saya mengenali rakan saya yang lain dengan lebih dekat. Sesuatu yang saya amat banggakan apabila semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menyelesaikan tugasan ini. Setiap ahli kumpulan akan bertanya antara satu sama lain untuk mengetahui jika ada sebarang bantuan diperlukan. Apabila tiba waktu untuk melakukan kerja bersama, semua ahli akan memberikan komitmen untuk bersama-sama menyelesaikan kerja tersebut. Hubungan saya dengan ahli kumpulan yang lain menjadi semakin rapat. Walaupun tugasan kedua kerja kumpulan masing-masing tetapi, kumpulan saya dan kumpulan lain juga turut berkongsi idea untuk memantapkan hasil tugasan kami. Perkara ini membuktikan tugasan dalam kumpulan tidak akan membentuk sesuatu yang negatif seperti tidak menolong antara satu sama lain. Bahkan telah terbukti bahawa tugasan berkumpulan juga boleh membentuk kerjasama antara kumpulan bukan sahaja seperti tugasan individu. Perilaku tersebut lebih banyak mendatangkan implikasi positif dan wajar dikekalkan. Saya yakin bahawa ilmu yang diperoleh mengenai LINUS , KEMAHIRAN MEMBACA serta membina BIG book ini akan membantu saya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kelak. Saya juga berjanji bahawa saya tidak akan memulakan pengajaran saya serta merta tanpa apa-apa persediaan awal. Saya juga akan memastikan bahawa murid-murid saya mempunyai ilmu awal dan bersedia secara mental dan fizikal sebelum memulakan sesuatu pengajaran kemahiran. Tambahan pula, saya juga dapat menimba ilmu dalam membuat bahan bantu mengajar berbentuk multimedia. Sehingga melaksanakan tugasan ini, saya hanya beranggap bahawa bahan bantu mengajar hanya dan harus dibuat dengan menggunakan multimedia sahaja tetapi selepas menghasilkan BIG book secara kumpulan, barulah saya dapat membuka minda saya secara luas dan mendapati bahawa setiap barang yang ada disekeliling kita dapat diproses menjadi Bahan bantu mengajar pada masa akan datang.

Kesimpulannya,tugasan literasi bahasa Melayu semester ini sangat menarik . Nilainilai murni seperti semangat berkerjasama, tolong-menolong dan tidak mudah putus asa dapat membentuk jati diri bakal seorang guru yang mantap. Walaupun apa yang menjadi tugasan kali ini merupakan sesuatu yang dianggap biasa kerana berulang, ia tetap membantu mengukuhkan ilmu kepada diri saya. Perkara tersebut sangat penting kerana saya akan mengaplikasikan semua ini di sekolah nanti dan berharap bahawa kesemua pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi semasa membuat kerja kursus ini akan - 37 -

membantu saya dalam menjalankan kerjaya saya sebagai seorang warga pendidik pada masa akan datang dan meningkatkan mutu pengajaran saya dengan serba sedikit ilmu yang saya menimba semasa membuat tugasan ini Oleh hal yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk melafazkan jutaan penghargaan kepada ENCIK.ROSNAN BIN MAHMOD ZAHIDIN selaku pensyarah matapelajaran Literasi Bahasa Melayu dari Jabatan Pengajian Melayu kerana memberikan peluang yang penuh bermakna ini kepada saya dan juga kepada ahli kumpulan saya.

Sekian, terima kasih.

- 38 -

REFLEKSI NORAINI BINTI NORDIN 821010-06-5464 Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik bersama-sama rakan-rakan yang lain. Tugasan ini memerlukan kerjasama dalam ahli kumpulan, saya dan rakan-rakan saling bantu-mambantu daripada mula sehingga tugasan ini disiapkan. Tugasan ini diberi tajuk Big Book yang bertemakan buku cerita kanak -kanak yang memberI nilai-nilai murni kepada kanak-kanak selain daripada unsur tatabahasa yang juga diterapkan. Kami memilih tajuk Si pemotong kayu yang jujur. Kami memilih cerita ini kerana ia mempunyai nilai-nilai pengajaran yang baik dan akan memberikan impak yang positif kepada murid-murid di sekolah. Selain itu, tugasan ini memerlukan hasil tangan yang kreatif, sebelum memulakan tugasan kami berbincang terlebih dahulu, hasil daripada perbincangan itu kami terus membeli barang-barang keperluan di kedai buku. Kami menitik beratkan soal kerjasama dan saling menyokong sesame sendiri, kerana kami percaya sekiranya tiada kesefahaman yang jitu, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Saya, Jayasree, dan Hakimi melaksanakan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh tidak mengira nilai masa dan wang yang dipertaruhkan, kerana bagi kami hasil tugasan ini akan mempunyai nilai yang tersendiri. Seterusnya, tugasan ini dapat mengajar kami bagaimana untuk menulis buku cerita mengikut cara yang betul, menggunakan bahasa dan tatabahasa yang betul. Tugasan ini Nampak mudah, namun yang demikian ia perlu kajian yang teliti sebelum melaksanakannya. Kesimpulannya, saya mengharapkan hasil tugasan ini dapat memberikan impak yang positif kepada kami sebagai bakal guru. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan ini dapat mengajar dan menarik minat murid untuk membaca buku dan menggunakan bahan-bahan yang menarik.

- 39 -

BIBLIOGRAFI Hj.Daud Md Saman, Muhaiyuddin Mohamed Azizi. Literasi bahasa. 2010. Pecan ilmu Publication Sdn.Bhd. Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Khairuddin Mohamad, Literasi bahasa Melayu Siti Hajar Abdul Aziz Bahasa Melayu II / Siri pendidikan guru Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur. Zulkifly Hamid . (1994). Pembelajaran dan pengajaran bahasa. KualaLumpur : Dewan bahasa dan Pustaka.

http://www.scribd.com/doc/35104938/kaedah-pandang-dan-sebut .

- 40 -

LAMPIRAN

- 41 -

BIGBOOK KUMPULAN HAKIMI NORAINI JAYASREE RAJAH 1

- 42 -

- 43 -

Anda mungkin juga menyukai