Anda di halaman 1dari 2

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

PEJABAT PELAJARAN DAERAH SAMARAHAN


Samarahan, Sarawak.

KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN
2011

TAJUK
Meningkatkan penguasaan huruf vokal bagi 10 orang murid LINUS
TEGAR Tahun 1 di SK Kampung Baru melalui Program KeKal
(Kenali Vokal)

OLEH
Siti Mariam Bt Sulaiman

Tajuk:
Meningkatkan penguasaan huruf vokal bagi 10 orang murid LINUS TEGAR Tahun 1 di SK
Kampung Baru melalui Program KeKal (Kenali Vokal)
Refleksi pengajaran yang lalu:
Berdasarkan keputusan Saringan 1 Program LINUS, saya mendapati terdapat 10 orang murid
Tahun 1 di SK Kampung Baru yang belum menguasai abjad hasil proses pengajaran &
pembelajaran guru selama ini yang bersifat konvensional. Saya hairan mengapa perkara ini masih
terjadi sedangkan murid-murid tersebut mempunyai pengalaman persekolahan selama 1 tahun di
prasekolah. Antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut ialah menyebut, mengenal,
menulis abjad atau gabungan mana-mana kemahiran tersebut.
Apabila saya melaksanakan saringan lisan kepada salah seorang murid tersebut, saya dapati dia
tidak dapat menyebut abjad yang ditunjukkan dan hanya terdiam. Ada juga murid yang menjawab
dengan salah walaupun diminta mencuba berkali-kali. Selain daripada masalah mengenal abjad
secara lisan, ada juga dalam kalangan murid tersebut tidak dapat menulis abjad dengan betul di
dalam saringan menulis. Saya bertanya kepada murid-murid tersebut kenapa mereka masih tidak
dapat mengenal abjad dan jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu saya tidak tahu.
Apabila ditanya kenapa tidak tahu, mereka jawab saya tidak suka. Saya bertanya lagi, kenapa
tidak suka dan murid menjawab belajar abjad tidak seronok. Daripada jawapan yang diberikan,
saya menyedari bahawa terdapat sebilangan murid saya tidak dapat menerima kaedah
pengajaran yang saya gunakan selama ini iaitu bersifat konvensional.
Adakah kaedah pengajaran saya selama ini kurang berkesan? Bagaimana saya boleh
mewujudkan suasana learning is fun kepada murid-murid yang lemah ini. Bagaimana saya
boleh menarik minat murid untuk menyebut, mengenal dan menulis abjad dengan kaedah
pengajaran yang lain? Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini saya bercadang untuk
menjalankan suatu kajian tindakan yang dapat menyelesaikan masalah penguasaan murid
terhadap menyebut, mengenal dan menulis abjad melalui kaedah pengajaran yang bersifat
learning is fun.
Fokus kajian
Walaupun murid-murid masih belum dapat menyebut, mengenal dan menulis kesemua 26 abjad,
diperingkat awal kajian ini, saya hanya akan memfokuskan kepada huruf-huruf vokal sahaja.
Murid-murid akan diperkenalkan dengan huruf a, e , i, o dan u melalui pelbagai aktiviti-aktiviti yang
menarik seperti permainan dan nyanyian. Aktiviti-aktiviti ini merangkumi kemahiran menyebut,
mengenal dan menulis abjad.

Anda mungkin juga menyukai