Anda di halaman 1dari 5

KAWASAN YANG MENIMBULKAN KETAKUTAN

1.

Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang

peladang getah terkemuka Scotlandbernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat

dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang

binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai

Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu

membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma

Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan

di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture")

dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri

perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan

Kinta Kellas Tin Dredging Company.


2.

Tiada maklumat yang tepat mengenai rumah ini tetapi rumah ini pernah menjadi sebahagian

daripada rakaman filem supernatural Seekers Malaysia. Rumah ini terdapat di Bukit Jana,

Taiping.

Menurut penceritaan penduduk sekitar, rumah ini dibina sekitar tahun 1990an. Pemilik

pertamanya seorang berbangsa cina. Insiden bunuh diri di rumah ini menyebabkan rumah ini

ditakuti dan dilabel sebagai berhantu.

3.
Terowong Menora terletak di bawah Banjaran Keledang, negeri

Perak, Malaysia. Terowong sepanjang 800 meter ini merupakan sebahagian

daripada Lebuhraya Utara-Selatan, antara Plaza Tol Ipoh dengan Kuala Kangsar dan

di Kilometer 260 atau 2 km di utara Plaza Tol Ipoh. Terowong Menora ini dibuka secara

rasmi pada tahun 1986. Ada dua terowong sebelah menyebelah. Selepas terowong ini ke arah

selatan, keadaan lebuh raya agak curam dan berselekoh dan banyak kenderaan berat seperti

lori dan bas tersasar atau terbabas hingga ke kaunter tol di Plaza Tol Ipoh. Lebuh raya ini

dipanggil jajaran maut kerana brek bas dan lori tiba-tiba tidak berfungsi dan hilang kawalan.

Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar sentiasa menggunakan gear rendah semasa menuruni

sesebuah lebuh raya bukit seperti laluan Jelapang - Terowong Menora ini.

Kekerapan kemalangan di terowong ini menyebabkan tersebarnya pelbagai kisah mistik

dan misteri. Hal ini membuatkan terowong ini menjadi salah satu kawasan yang ditakuti oleh

pengguna lebuh raya.

4.
National Garden Off Gopeng Road, merupakan rumah pangsa yang terletak di jalan

Gopeng( Jalan NazrinSyah). Bangunan ini dibina sekitar tahun 1968. Kawasan rumah pangsa

ini menempatkan hampir 100 buah rumah. Namun sejak lewat 1990an kawasan rumah pangsa

ini mula ditinggalkan oleh penduduk. Sekarang kawasan perumahan ini menjadi sarang

penagih dadah. Oleh itu, kawasan ini menjadi kawasan yang cuba dielakkan oleh penduduk

ipoh.

5.

Rumah Pangsa Waller Court merupakan kawasan perumahan terawal yang dibina di perak

berkonsepkan koloni. Kawasan perumahan ini terdapat di Jalan Dato Onn Jaafar. Kawasan ini

dibina sekitar 1960an dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Shaari Shafie pada 10

Ogos 1960. ia dibina sempena MR.E.G Waller yang berkhidmat di majlis perbandaran.
Kawasan perumahan ini memiliki 300 buah rumah. Namun lewat 90an kawasan perumahan

ini mula ditinggalkan dan juga mengalami kerosakan yang tidak diselenggara. Kawasan ini

dianggap menakutkan kerana faktor kebersihan dan keselamatan.

Anda mungkin juga menyukai