Anda di halaman 1dari 47

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
!
FORMULA #1: BRANDING POWER


FORMULA #2: PERSEDIAAN SEBELUM ‘BERPERANG’


!
FORMULA #3: PEMASARAN UNGGUL
!
FORMULA #4: KHIDMAT PELANGGAN PROFESIONAL


FORMULA #5: LANGKAH BERMULA
!
FORMULA #6: MENGAJAR ‘BEYOND EXPECTATION’
!
FORMULA #7: MENUAI HASIL
!
FORMULA #8: MODAL SOSIAL
!
FORMULA #9: SISTEM REKOD P&P
!
PENUTUP
PENDAHULUAN
Ramai yang menghubungi kami terutamanya di facebook:
CoachMohdNoor.com dan berminat untuk menjadi Home Tutor,
tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula.
!
Jadi panduan mudah serta langkah-langkah ‘straight to the
point’ ini saya sediakan bagi mereka yang baru ingin bermula
serta sesuai juga bagi anda yang sudah memulakan kerjaya ini
dan ingin memperkembangkan lagi perkhidmatan anda.
!
Apa yang paling penting bukan sahaja ilmu yang terkandung
dalam ebook ini, tetapi tindakan yang akan kita ambil bagi
mempraktikkan isinya. Itulah RAHSIA yang terpenting sekali.
!
!
!
!
!
!
Apapun suka untuk saya mengingatkan sebuah hadis dimana
Rasulullah s.a.w bersabda:
!
“Apabila anak Adam itu meninggal, maka amalnya terputus
kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat,
dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
!
Semoga ilmu yang bermanfaat yang kita kongsikan akan menjadi
saham kita di akhirat nanti. Mengajar dengan ikhlas, insyaAllah
rezeki dan pembalasan yang baik itu daripada Allah jua.
!
!
!
!
FORMULA #1

‘BRANDING POWER’
Bina jenama anda sendiri dalam bidang Home Tuition.
!
Home Tutor yang mempunyai jenama sendiri adalah lebih mudah
dipercayai dan dianggap mempunyai kredibiliti.
!
Hasil kajian dan pemerhatian saya menunjukkan Home Tutor yang
mempunyai nama dalam bidang ini lebih mudah diingati oleh klien
mereka berbanding mereka yang tidak menggunakan apa-apa
jenama.
!
Ia akan menunjukkan anda seorang yang serius & komited dalam
bidang ini serta membina legasi dalam bidang pendidikan.
!
Bukan itu sahaja, klien juga lebih mudah merekomendasi
perkhidmatan anda kepada orang lain termasuk keluarga, kawan-
kawan dan saudara.
Jika anda ingin mencipta branding pastikan nama yang sesuai iaitu
ada ‘keyword’ berkaitan perkhidmatan yang anda tawarkan seperti
Home Tuition, Private Tuition, Tuition Academy, dan sebagainya.
!
Ini akan memudahkan klien mengenalpasti perkhidmatan yang anda
tawarkan dengan pantas.
!
Anda juga boleh menggunakan menjenamakan nama ‘Cikgu Amir’
atau ‘Tutor Aaron’ yang akan menunjukkan bahawa anda seorang
cikgu tuisyen.
!
Selain itu, ini akan memudahkan bagi bakal klien yang membuat
carian menerusi Google dan Facebook selepas ini.
!
Logo juga penting bagi mencerminkan perkhidmatan dan bisnes
yang anda ingin tonjolkan. Jika anda mempunyai bajet, anda boleh
mengupah designer di mana ratenya RM30-Rm150. Bergantung
kepada designer tersebut.
!
Anda juga boleh mendapatkan servis yang bagus dan
berpatutan menerusi penyedia servis iaitu www.fiverr.com iaitu
perkhidmatan yang bermula $5 sahaja untuk apa jua servis
seperti design.
!
Tekniknya adalah cari penyedia servis yang sudah lama dan
mempunyai banyak komen yang positif.
!
Saya sendiri kerap menggunakan perkhidmatan fiverr ini. Cuma
anda perlu mempunyai kad kredit dan akaun PayPal.
!
Jika anda sendiri boleh design walaupun ‘simple’ atau ada
kenalan anda yang ada kemahiran ‘design’, ia lebih
menjimatkan.
Jika anda fokus untuk menaikkan branding dan imej anda sebagai
penyedia perkhidmatan Home Tuition yang profesional, klien akan
sanggup membayar lebih berbanding jika anda tidak mempunyai
branding. Ini adalah kerana persepsi orang akan melihat bahawa
seolah-olah anda mempunyai sebuah syarikat.

Branding juga dianggap lebih profesional. Cuba kita ambil contoh


burger. Burger di tepi jalan walaupun rasanya sedap, tetapi orang tidak
sanggup membayar lebih berbanding jika mereka makan di kedai fast
food seperti Burger King, KFC dan lain-lain

Tagline juga amat penting bagi mencerminkan perkhidmatan anda. Pilih


tagline yang mengambarkan perkhidmatan anda dan fokus untuk
membantu pelajar contohnya seperti tagline Akademi Infitah; ‘Inspiration
Through Learning’.
Jika anda ingin mendapatkan idea, cari melalui enjin carian Google
‘education tagline’. Usah tiru-tiru bulat-bulat. Sesuaikan dengan
perkhidmatan tuisyen anda dan kelebihan yang anda ingin tonjolkan.

Terpulang sama ada anda ingin menggunakan Bahasa Melayu atau


English.

Dengan branding dan tagline yang betul dan sesuai juga akan
menentukan ‘target’ klien anda.
FORMULA #2

PERSEDIAAN SEBELUM ‘BERPERANG’
!
Sebelum anda memulakan pengajaran ini, kenalpasti dahulu subjek
yang anda boleh mengajar.
!
Teknik untuk mengenalpasti subjek yang sesuai:
!
• Anda pernah ‘score’ subjek ini semasa belajar dahulu
• Anda memang betul-betul minat dengan subjek ini.
• Anda boleh faham dan boleh memahamkan subjek tersebut
kepada orang lain
• Anda yakin anda boleh mengajar subjek tersebut jika studi dan
mengkaji semula
• Anda tahu subjek tersebut memang mendapat permintaan
tinggi
Kebiasaannya, antara subjek yang memang ‘terlajak laris’ di
pasaran adalah:
!
1. Bahasa Melayu
2. English
3. Bahasa Arab
4. Sains
5. Matematik
6. Matematik Tambahan
7. Fizik
8. Kimia
9. Biologi
10. Prinsip Akaun
11. Al-Quran
!
Lebih banyak yang anda boleh mengajar, lebih bagus bagi
peringkat ini sebelum anda menjadi pakar nanti.
!
Setelah itu, anda boleh mula mencari bahan untuk mengajar.
Sebaik-baiknya anda membuat pilihan dari kedai buku yang
menawarkan banyak pilihan supaya anda boleh memilih buku
yang terbaik dan sesuai untuk anda dan pelajar.
!
Untuk memastikan kita sentiasa mengikuti perkembangan
silibus yang terbaru, anda boleh membeli buku rujukan yang
terbaru di pasaran dan tidak perlu risau kerana kebiasaannya
buku ini akan di update setiap tahun.
!
Bahan bantu mengajar juga seperti buku-buku tambahan, video
dan nota dari internet juga boleh membantu.
!
Smartphone, laptop, tablet, ipad juga boleh membantu
pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan.
!
Sebelum bermula juga, antara perkara penting yang akan ditanya
oleh klien adalah kadar bayaran yang kita letakkan sebagai yuran.
!
Secara puratanya, yuran bagi home tuition adalah RM20-RM60
bagi setiap jam. Ia boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi.
!
Kadar bayaran ini bergantung kepada:
!
• Pengalaman tutor
• Lokasi
• Tahap pelajar
• Pakej
!
Namun begitu, ia tertakluk kepada persetujuan antara kedua-dua
belah pihak iaitu tutor dan klien. Asalkan kedua-dua pihak setuju,
kelas boleh dimulakan.
Contoh kiraan yuran untuk kadar bayaran RM40/jam untuk kelas
1 jam/minggu
!
Seminggu:
!
RM40 x 1 jam = RM40
!
Sebulan (4 minggu):
!
RM40 x 4 minggu = RM160/bulan
!
Jika 4 subjek:
!
RM160 x 4 subjek = RM640/bulan
!
Jika ada 3 klien:
!
RM640 x 3 = RM1920/bulan
!
Masa yang diperuntukkan adalah 12 jam seminggu sahaja atau
48 jam sebulan.
!
!
Namun begitu, jika anda masih baru, saya sarankan anda
bermula dengan rendah atau mengikut bajet klien juga. Yang
paling penting anda kumpulkan pengalaman dan testimoni
dahulu untuk meningkat kredibiliti anda atau syarikat anda.
!
FORMULA #3

PEMASARAN UNGGUL
!
Ini adalah perkara yang sangat penting. Ramai orang boleh mengajar
tetapi tidak mengetahui bagaimana perkhidmatan mereka dapat
dipromosikan agar klien dapat mengetahui tentang perkhidmatan
mereka.
!
Antara tools yang boleh digunakan sudah semestinya menerusi
social media seperti facebook. Ini adalah kerana kajian membuktikan
rakyat Malaysia adalah diantara 10 negara yang mempunyai
peratusan pengguna facebook tertinggi di dunia.
!
Ini juga menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang berada di dunia
facebook. Dengan menggunakan teknik yang betul, prospek anda
dapat mengetahui tentang perkhidmatan anda melalui facebook.
Menurut Tuan Aqif Azizan, teknik marketing melalui facebook
terbahagi kepada:
!
- Facebook Ads
- Facebook profile
- Facebook group
- Facebook fanpage
!
Untuk permulaan, anda boleh gunakan facebook profile dan
facebook fanpage terlebih dahulu.
!
!
!
!
Dengan menggunakan facebook profile, anda boleh add friend
terutamanya ibu yang mempunyai anak. Anda boleh
menjumpai mereka di fanpage berkaitan ibu, pakaian dan
resipi dan lain-lain.
!
Gunakan nama branding anda serta ‘keyword’ yang klien akan
search seperti ‘home tuition, ‘home tutor’, ‘cikgu tuisyen’, ‘tutor
tuisyen supaya memudahkan anda dijumpai.
!
Banyakkan sharing mengenai pembelajaran, teknik belajar,
kata-kata motivasi, panduan untuk pelajar bagi menunjukkan
kredibiliti anda dan untuk meyakinkan ibu bapa bahawa anda
tutor yang mempunyai kredibilti dan komited terhadap tugas
anda.
!
Profile photo dan cover photo yang menarik di samping dapat
menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan anda juga
sangat penting.
Usah ragu untuk mengeluarkan sedikit bajet bagi menempah cover
photo dan profile photo bagi membina imej anda.

Ada kalanya, melalui facebook profile dan fanpage sahaja klien


boleh ‘judge’ sesuatu perkhidmataan itu.

Design = first impression

Content = kredibiliti

Antara perkhidmatan bagi design ‘cover photo’ facebook adalah:

http://www.luvleey.com & https://www.facebook.com/idhamarts


Menerusi pemasaran ‘offline’ pula, antara teknik yang berkesan
adalah menerusi bunting yang diletakkan di kawasan strategik
seperti di persimpangan jalan, masjid, sekolah, taman
perumahan dan kedai-kedai.
!
Design bunting anda boleh buat sendiri atau tempah dari
designer. Kebiasaannya saiz adalah 2 x 4 kaki atau 2 x 6 kaki.
Apa yang penting warna dan tulisan yang jelas supaya klien
boleh mendapatkan maklumat dengan pantas.
!
Maklumat yang penting adalah:
- Branding anda
- Perkhidmatan/subjek yang ditawarkan seperti Home Tuition
subjek…..
- No Tel dengan tulisan besar
- Facebook dan website jika ada
- Kelebihan, promosi, diskaun dan sebagainya bagi menarik
perhatian klien.
Kebiasaannya harga bunting RM1.50-Rm2.00 sekaki.
!
Namun ada tempat yang menawarkan bermula RM0.50 sekaki.
Antaranya:
!
S&Y Multi Enterprise
No 2424 , Jalan E 3/6 , Taman Ehsan Kepong ,
52100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6272 2336
!
MY Printing & Rubber Stamp Maker
No. 177, Jalan Mendaling, Kajang, Selangor, Malaysia
Phone:
Tel: 03-87349466
Yang paling mudah adalah anda mendaftar menerusi agen atau
konsultan yang menjalankan perkhidmatan matching di antara
klien dan tutor seperti:
!
- Akademi Infitah: www.infitahhometuition.com
- Beyond Home Tuition: http://facebook.com/
beyondhometuition
- Tutor Kami: www.tutorkami.com
- Home Tuition Job: www.hometuitionjob.com
!
Cuma ia berkaitan dengan permintaan klien juga dan mengikut
kesesuaian subjek dan jadual yang ditetapkan klien.
!
Setiap syarikat mempunyai keistimewaan masing-masing dan
peraturan yang anda perlu diikuti.
FORMULA #4

KHIDMAT PELANGGAN PROFESIONAL
Setelah anda berusaha sedaya upaya membuat iklan, tiba saatnya
masa yang penuh debaran iaitu menunggu klien menghubungi anda.
!
Kebiasaannya klien akan menghubungi melalui facebook, sms, call
dan whatsapp.
!
Kebiasaan soalan yang akan ditanya:
!
• Adakah kita merupakan guru sekolah. Jika tiada, apakah
kelayakan atau pengalaman kita. Jika kita pelajar universiti dan
graduan pun tidak menjadi masalah
• Kadar bayaran
• Apakah kelebihan perkhidmatan yang kita tawarkan
• Apakah subjek yang ditawarkan
• Jika mereka setuju, bila boleh bermula
Tips untuk berkomunikasi dengan klien:
!
• Gunakan bahasa formal. Jawab sms, whatsapp atau
facebook dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English
yang penuh dan bukan ringkasan. Ini menujukkan tahap
profesional anda. Ada kalanya mereka tidak memahami kata-
kata singkatan yang digunakan.
!
• Menggunakan panggilan tuan/puan atau encik. Jika bukan
Melayu Mister/Madam. Bukan makcik, pakcik, kakak dan lain-
lain kecuali diminta oleh klien.
!
FORMULA #5

LANGKAH BERMULA
Setelah klien bersetuju dengan pakej yuran yang anda kenakan, tiba
saatnya untuk mereka mendaftar.
!
Kebiasaannya sesetengah klien ingin berjumpa dengan kita. Jika kita
pergi ke rumah mereka, ‘first impression’ sangat penting. Pakaian,
tingkahlaku, percakapan dan bahasa badan sangat penting bagi
menggambarkan diri kita sebagai pendidik yang profesional.
!
Bawa flyers atau pamplet berkaitan servis kita dan borang
pendaftaran. Jika kita mempunyai modul atau buku boleh dibawa
bersama. Jika tiada, tidak mengapa.
!
Berbual tentang perkara yang menjadi minat ibu bapa. Atau apa yang
menjadi ‘concern’ mereka terhadap anak mereka. Tanyakan
perkembangan dan tahap pembelajaran pelajar tersebut. Jika perlu
boleh lihat kertas peperiksaan atau buku latihan mereka. Jika boleh
menjatuhkan ‘self-esteem’ pelajar tersebut, lebih baik tidak perlu.
Ada juga ibu bapa yang selesa menggunakan Whatsapp atau
sms. Jika anda cepat respon, ini merupakan suatu kelebihan
!
Klien memang perlukan respon segera. Jika lambat, mereka
berkemungkinan akan mencari perkhidmatan lain.
!
Sertakan sekali kadar bayaran dan ambil maklumat ibu bapa
dan pelajar untuk disimpan dalam database.
!
Ada juga klien yang lebih selesa menghubungi dengan ‘call’
sahaja. Anda boleh mengambil maklumat mereka jika klien
bersetuju.
!
Apa yang penting adalah mereka faham tentang perkhidmatan
anda dan yuran yang dikenakan supaya tidak menjadi isu di
kemudian hari.
Borang pendaftaran klien boleh disediakan dalam bentuk hard
copy atau online (Google Form).
!
Ia bertujuan supaya kita mendapat maklumat yang jelas
mengenai klien seperti nama, alamat, no telefon, email, pilihan
subjek, pilihan masa dan tarikh ingin bermula.
!
FORMULA #6

MENGAJAR ‘BEYOND EXPECTATION’
!
Jika klien sudah setuju untuk mengambil perkhidmatan anda, maka
anda perlu bersedia untuk mengajar.
!
Kenalpasti tahap pelajar melalui perbualan dalam telefon atau
melalui perjumpaan pertama.
!
Sediakan bahan mengajar dan buku latihan yang sesuai. Jika
mereka mempunyai buku latihan, gunakan terlebih dahulu.
!
Walaupun anda ‘excited’ atau ‘nervous’ untuk mengajar pelajar
tersebut untuk kali pertama, sentiasa tenangkan diri dengan
membaca doa, al-fatihah dan Surah Al-Insyiroh.
!
Bina hubungan dengan pelajar pada perjumpaan dengan pelajar
kali pertama.
!
• Bagi salam
• Senyum
• Berbual mengenai perkara yang santai seperti bertanyakan
nama, sekolah, subjek atau famili
• Antara yang penting untuk membina hubungan adalah
mengetahui apakah perkara yang mereka minat. Seterusnya
boleh berbual mengenai perkara tersebut
!
Setelah hubungan terbina dan mereka bersedia, sesi
pembelajaran boleh dimulakan.
!
Anda boleh bertanyakan soalan-soalan ringkas mengenai
subjek tersebut bagi mengenalpasti tahap mereka. Anda juga
boleh melihat buku latihan dan kertas ujian bagi membantu
penilaian anda.
!
Kemudian, lihat manakah topik yang perlu difokuskan dahulu
mengikut tahap pelajar.
Banyakkan mendorong pelajar melalui pujian dan galakkan.
Walaupun mereka membuat kesilapan, usah marah atau terus
tunjukkan cara yang betul.
!
Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad boleh
dilihat di www.ustazahsitikhadijah.blogspot.com.
!
Komunikasi dua hala penting semasa sesi pembelajaran bagi
memastikan minda dan hati mereka sentiasa bersama kita.
!
Semakin banyak mereka bertanya soalan anda adalah semakin
bagus. Ini menunjukkan mereka selesa dengan anda.
!
Latihan boleh diberikan bagi mengukur sejauh mana
pemahaman mereka.
Kelebihan Home Tuition yang disukai oleh ibu bapa dan pelajar
adalah pembelajaran berfokus dan mengikut tahap pelajar.
!
Tidak semestinya kita hanya gunakan buku rujukan dan buku
latihan sahaja dalam sesi pembelajaran.
!
Jadikan pembelajaran lebih menarik & kreatif dengan
menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar.
!
Paling mudah sekarang adalah menggunakan bahan atau video
pembelajaran dari internet. Semuanya adalah percuma. Pelajar
pasti suka apabila kita menggunakan pelbagai teknik untuk
belajar dan ini dapat mengelakkan kebosanan sewaktu
mengajar.
FORMULA #7

MENUAI HASIL
Ini antara perkara yang penting juga selepas anda mula mengajar.
Ramai tutor yang sudah mengajar segan untuk membuat claim.
Sebenarnya ia boleh menjejaskan perkhidmatan andai tidak dikawal
dengan baik.
!
Anda perlu ambil keputusan sebelum memulakan perkhidmatan ini
bahawa klien harus membuat pembayaran pada waktu bila. Samada:
!
- Awal bulan
- Tengah bulan
- Akhir bulan
!
Setiap pilihan tersebut mempunyai signifikan yang berbeza. Apa yang
saya cadangkan adalah claim pertama dibuat selepas kelas sudah
dijalankan dan klien/pelajar suka dengan kaedah pembelajaran kita.
!
Sebaik-baiknya pembayaran pada awal/tengah bulan bagi
memudahkan urusan.
!
Anda boleh membuat klien menggunakan sms dengan ayat seperti
berikut:
!
“Assalamulaikum Tuan Rahman.
!
Untuk yuran bulan Ogos 2014, yuran adalah sebanyak RM35 x
8 jam = RM280. Mohon tuan membuat pembayaran ke akaun
CIMB Akademi Infitah..1234567890. Selepas bank ini, mohon
sms tarikh dan masa. Terima kasih :) ~Akademi Infitah~
!
!
!
Jika lebih daripada masa yang ditetapkan anda boleh
mengingatkan klien dan sehingga tahap yang akhir anda boleh
‘hold’ kelas sehingga pembayaran dijelaskan. Namun, ini
hanyalah tindakan yang terakhir sekali.
!
Dengan menjaga ‘flow’ kewangan, anda akan lebih mudah
berkembang dengan memperuntukkan bahagian tertentu
daripada hasil yang diperolehi. Ini adalah bagi pelaburan untuk
pemasaran dan lain-lain bagi jangka masa panjang.
FORMULA #8

MODAL SOSIAL
Bagi membina reputasi jangka masa panjang, perlunya mempunyai
klien yang bercakap mengenai perkhidmatan anda berbanding anda
yang menyatakannya sendiri.

Ia dipanggil testimoni atau review.


!
Testimoni yang terbaik adalah apabila pelajar kita cemerlang dalam
subjek tersebut atau peperiksaan tertentu.
!
Tapi tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan testimoni
walaupun selepas kelas pertama?

Ini dapat dilakukan dengan bertanya kepada klien melalui sms/
whatsapp dengan pertanyaan seperti:
!
“Assalamualaikum w.b.t Puan Khadijah yang dirahmati Allah.
Bagaimanakah dengan pembelajaran anak puan setakat ini?
Bolehkah berikan respon agar kami dapat melakukan
penambahbaikan kepada perkhidmatan kami?”
!
InsyaAllah, jika anda merupakan tutor yang bagus, klien pasti
akan membalas pertanyaan anda dengan baik. Selanjutnya
anda boleh copy & paste ayat tersebut ke facebook anda bagi
meningkatkan kredibiliti perkhidmatan anda.
!
Anda juga boleh ‘print screen’ ayat tersebut dan meletakkannya
di facebook atau website untuk membina kepercayaan bakal
klien terhadap bisnes anda.
FORMULA #9

SISTEM REKOD P&P
Kita berbisnes untuk jangka masa panjang. Sebagai seorang Home
Tutor yang profesional dan mengambil berat tentang pelajar anda,
amat penting untuk ibu bapa mengetahui perkembangan anak-anak
mereka itu.
!
Untuk itu, anda boleh menyediakan laporan bulanan untuk mereka.
Kadang-kala ada ibu bapa yang agak sibuk untuk mengambil tahu
perkembangan harian anak-anak mereka.
!
Dengan memberikan laporan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) dan
perkembangan mereka, ibu bapa dapat mengetahui apa yang anak-
anak mereka belajar serta pencapaian mereka secara bulanan.

Perkhidmatan anda juga akan di nilai lebih profesional kerana anda
sentiasa mengambil berat tentang anak murid anda

Dengan menyimpan rekod P&P ini juga, anda boleh menambahbaik


pengajaran anda dari semasa ke semasa.

Jika anda mempunyai pelajar yang lain selepas ini, anda hanya perlu
ikut sistem ini dan cuma ubah ikut kesesuaian dan tahap pelajar anda.

Yang paling baik adalah anda memberikan laporan tersebut secara


‘by hand’ kepada ibu bapa kerana anda berpeluang untuk
berkomunikasi dengan klien anda.

Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh mencadangkan untuk


tambah subjek atau bilangan jam sekiranya perlu mengikut
kesesuaian pelajar anda. Ini adalah kerana ibu bapa akan
mempercayai anda selaku pendidik kepada anak mereka.
Teknik menulis P&P ini senang sahaja. Tuliskan maklumat ibu
bapa & pelajar di bahagian atas.

Tarikh & Masa belajar dicatatkan supaya anda mudah untuk


menyemak kembali bagi membuat claim yuran.
Subjek/Matapelajaran:

Topik dan tahap yang anda mengajar pada hari tersebut contohnya:

Matematik Tingkatan 3. Subtopik: Algebra.

Formula Asas Algebra. Latihan 5.6 Buku Topikal Sasbadi. Video


formula mudah Algebra daripada http://educationscience.com

Penilaian:

Apa yang pelajar sudah improve dan apa yang perlu diimprovekan
lagi.

Contohnya; pelajar sudah memahami formula asas Algebra. Pelajar


perlu membuat lebih banyak latihan berkaitan soalan HOTS (High
Order Thinking Skill) dan PT3
PENUTUP
Terima kasih kerana berjaya menghabiskan ebook ini. Kejayaan
terletak kepada tindakan anda.
!
‘Fast Action Fast Result’
!
Usah tangguh lagi. Bertindak sekarang!
!
Saya doakan anda Berjaya dan dapat melebarkan manfaat kepada
ibu bapa dan pelajar menerusi bidang Home Tuition ini. Ameen
BONUS
Bagi membolehkan anda bertanya apa sahaja berkenaan dengan bidang
ini, group KHAS untuk anda.
!
Mohon request untuk masuk ke dalam group ini 24 jam dari sekarang.
!
Url: https://www.facebook.com/groups/premiumhometutor/
PROMOSI ISTIMEWA!
• Khas untuk pembeli ebook ‘Formula Mencipta Kerjaya
Sebagai Home Tutor’ sahaja.


DISKAUN KHAS RM20. Untuk Ebook ‘Fenomena
Home Tutor’ yang lebih ‘advanced’. Rahsia Kejayaan
dalam industri home tuition lebih 5 tahun dibongkarkan

• DISKAUN KHAS RM40. Jika anda telah berjaya


mendapatkan minimum seorang klien dengan
menggunakan teknik daripada ebook ini.

• Mohon KLIK di sini: http://bit.ly/10iKsLS


• Untuk pertanyaan, boleh PM saya di https://


www.facebook.com/mohdnoor.mohdtahir atau email
saya di mohdnoortahir@gmail.com

• ‘Yakin Sebelum Berjaya’ YSB :)

Anda mungkin juga menyukai