Anda di halaman 1dari 40

1

15 Teknik Marketing
Tuisyen Gaya Pro
2

Teknik Marketing Gaya Pro... apa yang terlintas di minda anda?

Saya akan bawakan anda menyelusuri pelbagai kaedah pemasaran yang


sesuai dan berkesan untuk anda, sebagai seorang tutor.

Kaedah Pemasaran Efektif

Sebagai salah seorang tutor yang berjaya, anda perlu mempunyai


kemahiran 'menjual diri'. Menjual diri di sini bukan bermaksud sesuatu
yang negatif, tetapi pandai mempromosikan diri sebagai seorang yang
'ahli' dalam bidang tuisyen ini. Sehebat manapun kita mengajar, tanpa
kemahiran pemasaran yang betul, kemahiran kita itu tidak dapat diperluas
dan tidak dapat digunakan secara optimum untuk membantu lebih ramai
lagi para pelajar yang mengharapkan bantuan kita di luar sana.

Teknik-teknik pemasaran secara 'online' dan 'offline' perlu


digabungkan bagi memberi impak yang maksimum kepada usaha kita.
Sepanjang pengalaman kami berada dalam industri ini, pelbagai teknik
pemasaran telah digunakan. Berpuluh-puluh ribu telah dilaburkan untuk
pemasaran serta mendalami pelbagai ilmu dalam bidang pemasaran ini.
Ramai orang yang berkebolehan mengajar, tetapi yang membezakan di
antara tutor berjaya dan kurang berjaya adalah capaian yang luas kepada
bakal prospek, di samping teknik pengajaran yang baik dan servis yang
bagus.

Pemasaran yang berkesan adalah jantung kepada menjual


perkhidmatan anda kepada orang di sekeliling. Walaupun sehebat dan
3

sepakar mana pun kita, tanpa strategi pemasaran yang betul dan
berkesan, bakat kita hanya sia-sia sahaja.

Tutor yang berjaya dalam bidang ini bijak mempromosi diri sendiri.
Mempromosi di sini bukanlah bermaksud menunjuk-nunjuk atau berlagak
sebenarnya, tetapi dengan menunjukkan bahawa kita adalah pakar dalam
bidang ini, orang ramai akan mudah mengenali kita. Terdapat beratus-
ratus kaedah pemasaran sebenarnya. Namun, saya akan kongsikan
beberapa teknik pemasaran yang efektif melalui pengalaman kami
selepas menggunakan pelbagai kaedah pemasaran dan mengikuti
seminar mahupun training berkaitan pemasaran.

Kaedah pemasaran di sini dibahagikan kepada online dan offlline:


Sesetengah orang suka menggunakan kaedah online kerana mudah serta
menjimatkan kos. Offline pula perlu menggunakan sedikit modal untuk
menggunakannya. Namun, apabila kedua-dua teknik ini digabungkan,
maka bersedialah menerima panggilan yang bertalu-talu daripada bakal
pelanggan anda.
4

1. Tonjolkan Kepakaran Anda

Ini juga dipanggil ‘niche’. Seorang tutor yang bagus adalah pakar dalam
mengajar subjek-subjek tertentu. Jika kita lihat di sekolah atau universiti.
Jarang ada cikgu atau pensyarah yang mengajar banyak subjek pada
satu-satu masa. Mereka adalah pakar dalam bidang mereka. Anda juga
perlu menonjolkan bahawa anda pakar dalam subjek-subjek tertentu
contohnya dalam iklan anda;

‘Matematik Mudah Dengan Cikgu Rosli’

‘Belajar al-Quran Dalam Tempoh 3 Bulan’

‘Berpengalaman Mengajar Subjek English’

‘Teknik Ingat Sifir Tanpa Hafal’

Dengan menjadi pakar dalam subjek-subjek tertentu, klien akan


memandang tinggi perkhidmatan anda. Dalam masa yang sama, anda
juga boleh menawarkan diri untuk mengajar subjek-subjek lain.
5

2. Branding diri & syarikat

Penjenamaan adalah perkara yang sangat penting dalam sesebuah


perniagaan. Jika orang bercakap tentang mi segera, apakah jenama yang
terlintas dalam fikiran mereka? Bagaimana pula dengan ayam goreng
yang sedap? Pastinya orang akan memikirkan tentang Kentucky Fried
Chicken. Pasti mereka akan terfikir tentang logo KFC serta taglinenya
yang popular iaitu 'finger lickin’ good'.

Apa yang hendak difokuskan ialah walaupun anda baru bermula


sebagai tutor, mulalah untuk memikirkan tentang jenama yang ingin anda
bawa. Tidak semestinya anda mempunyai logo atau tagline untuk bermula
menjadi tutor. Ia mungkin mengambil masa untuk memikirkan logo dan
tagline kerana ia akan membawa jenama anda yang akan berkekalan.
Anda akan dikenali jika anda membawa sesuatu niche dalam perniagaan.
Contohnya, anda pandai mengajar dalam bidang matematik yang mudah.
Jadi mungkin anda boleh menjenamakan modul anda sebagai 'Ez Math'
atau ‘Fun Mathematics’.
6

Jika anda ingin mengajar al-Quran dan fardhu ain, anda mungkin
boleh menggunakan nama Islamik seperti Akademi Infitah, jadi ia akan
dapat menarik klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan seumpama
itu. Anda juga boleh menjenamakan perniagaan anda dengan mempunyai
kad perniagaan sendiri. Setiap kali anda melangkah keluar dari rumah
anda adalah satu peluang untuk mencari pelanggan baru. Mempunyai kad
perniagaan profesional membolehkan anda memperkenalkan diri serta
perniagaan dengan pantas dan mudah. Logo dan tagline yang menarik
dan bersesuaian juga akan membantu menyampaikan mesej perniagaan
anda.

Sekurangnya-kurangnya anda mempunyai nama gelaran seperti


Cikgu Bob, Cikgu Aiman, Cikgu Maryam, Ustaz Arif, Along dan yang
sewaktu dengannya yang menunjukkan anda seorang pendidik atau tutor.
Nama anda akan lebih mudah tersebar dan dikenali apabila anda
memberikan perkhidmatan yang bagus.
7

Dari pengalaman saya, branding diri dan syarikat ini amat penting
bagi menunjukkan kredibiliti serta profesionalisma kita sebagai tutor.
Antara yang diperlukan untuk menjenamakan syarikat anda adalah
dengan mempunyai logo yang sesuai dengan bidang home tuition atau
bidang pendidikan. Di samping itu, tagline yang mantap akan
menunjukkan siapa anda dan akan menjadi ‘pasakan' dalam minda para
klien. Contohnya yang digunakan oleh Infitah ialah ‘Inspiration Through
Learning', ‘Kecemerlangan Anda Keutamaan Kami'.

Tagline yang baik juga bukan sahaja boleh menonjolkan kehebatan


kita, tetapi apa yang klien perolehi apabila menggunakan perkhidmatan
kita. Sebagai contoh, KFC dengan ‘Finger's Lickin Good, Toyota ‘All About
the Drive' dan banyak lagi.

Memes juga akan membuatkan klien sentiasa mengingati anda.


Contohnya ikon, simbol, maskot dan gaya yang apabila dilihat oleh orang
lain, mereka akan terus mengingati anda.
8

Kajian menunjukkan bahawa bahasa fikiran manusia adalah


gambar, simbol dan seumpama dengannya. Manusia lebih mudah
mengingati gambar berbanding teks. Mari kita lihat contoh memes.

Apabila anda melihat memes ini, pasti anda tergambar tentang


jenamanya walaupun tidak dinyatakan iaitu Kentucky Fried Chicken
(KFC). Hebatnya memes itu sehingga ia akan ‘melekat’ dalam ingatan
seseorang individu itu.

Maka dengan itu, untuk lebih dikenali dan membina jenama anda
walaupun anda bermula kecil, maka carilah memes yang sesuai dengan
imej yang anda ingin bawakan. Contohnya:
9

Apa yang anda fikirkan apabila melihat logo-logo ini? Pastinya ramai
yang akan berfikir tentang dunia pendidikan. Jadi, amat penting kita
memilih logo dan ‘tagline’ yang bersesuaian dengan perkhidmatan kita.

Selain itu, bisnes kad yang profesional juga akan menunjukkan


siapa diri kita dan apa yang ingin kita tawarkan. Satu set bisnes kad
berharga RM15-RM45 bergantung kepada jenis kertas, UV light, single
atau double-sided, dan warna. Saya mencadangkan supaya anda
meletakkan gambar yang sesuai supaya klien akan mengingati anda di
kemudian hari. Namun, pemilihan gambar yang sesuai adalah penting
dengan imej tutor yang profesional.

3. Unique Sales Proposition (USP)

Bagi membezakan dan menonjolkan perkhidmatan anda, anda perlu


memikirkan sesuatu yang berbeza daripada orang lain. Ini akan
membuatkan klien sentiasa mencari-cari anda disebabkan kelebihan
tersebut.
10

Ada tutor yang dapat membezakan perkhidmatan mereka dengan


memberikan pakej diskaun apabila klien mengambil banyak subjek. Ada
yang memberikan kelas al-Quran secara percuma kepada klien tuisyen
mereka atau sebaliknya.

Selain itu, paling mudah ialah dengan memberikan lebih masa


setiap kali kelas dijalankan. Contohnya, pada awalnya kedua-dua belah
pihak bersetuju untuk membuat satu sesi selama 1 jam. Disebabkan oleh
tutor tidak berkira, yang penting pelajar tersebut mendapat impak yang
optimum, maka masa tersebut melebihi 1 jam dan ia tidak dikira dalam bil.

Kesannya, klien akan melihat tutor tersebut memberikan


perkhidmatan yang luar daripada kebiasaan dan berkemungkinan mereka
akan menambah subjek lain atau mengesyorkan perkhidmatan tutor tadi
kepada kenalannya. Itulah yang dipanggil keberkatan.

Jadi, anda pasti mempunyai kelebihan sendiri berbanding orang


lain. Oleh itu, gunakanlah ia untuk menjadi ‘senjata’ terhebat anda bagi
memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
11

4. Networking

Menjaga hubungan yang baik dengan orang disekeliling anda merupakan


kunci untuk mencapai kejayaan terutamanya dengan ibu bapa mahupun
guru-guru disekeliling anda. Ini adalah kerana mereka merupakan sumber
anda mendapatkan maklumat tentang silibus terkini seperti Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). Ini adalah penting bagi seorang tutor yang
bukan merupakan tenaga pengajar di sekolah.

Berdasarkan pengalaman kami, kebiasaannya ibu bapa akan


bertanyakan samada anda adalah merupakan seorang guru ataupun
tidak. Sekiranya anda bukan seorang guru di sekolah, anda masih boleh
menjadi seorang tutor tuisyen yang bagus dengan mengemaskini
sebarang perkembangan terbaru tentang sistem pendidikan.

Kebiasaannya guru sekolah juga jarang mengajar ‘Home Tuition’,


jadi ia merupakan suatu peluang kepada anda. Kenali mereka melalui
sahabat, saudara mahupun kenalan anda.

Di samping itu, anda juga perlulah mempunyai hubungan yang baik


dengan pengusaha pusat tuisyen, agen ‘home tuition’ dan rakan-rakan
yang sama-sama terlibat dalam bidang ini untuk bertukar-tukar
pandangan serta memperolehi ilmu baru supaya anda sentiasa ‘update’
dengan maklumat semasa. Salah satu cara adalah dengan menghadiri
kursus, seminar dan bengkel yang berkaitan.
12

Jangan pernah berasa ragu untuk melabur dalam ilmu dengan menghadiri
seminar, bengkel membeli buku, ebook dan sebagainya kerana ia pasti
memberi pulangan yang berbaloi. Cubalah tanya pada orang yang
berjaya, berapakah mereka telah laburkan dalam pelaburan ilmu. Itulah
yang menjadikan diri mereka berjaya pada hari ini.

Banyakkan menghadiri kursus atau program yang dapat membantu


meningkatkan nilai anda dalam bisnes seperti komunikasi efektif, yakin
diri, mengurus kewangan, teknik mengajar, teknik belajar, teknik
mengenali orang lain seperti Neuro-Linguistic Programming (NLP).

Selain itu seminar yang berkaitan tuisyen seperti di Bengkel ‘Home


Tutor Beyond Expectation’ serta Beyond Expectation Tutor Certification
(BETC) & Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM) juga dapat
membantu tutor dan usahawan tuisyen untuk menambahkan kemahiran
dan pengetahuan untuk berjaya dalam biang tuisyen.
13

Apa yang penting juga adalah kita menambah kenalan dan


networking agar mudah kita membantu di antara satu sama lain. Jika
kawan kita mempunyai ‘job’ tuisyen yang tidak dapat dipenuhi, mereka
mungkin akan memberikannya kepada kita. Manakala jika kita tidak dapat
memenuhi permintaan klien, kita dapat memberikannya kepada rakan kita
tadi.
14

5. Perkhidmatan ‘First Class’

Sebelum kita berbincang lebih lanjut tentang kaedah pemasaran ampuh


memikat pelanggan, anda perlu tahu bahawa perkhidmatan yang anda
berikan itu merupakan senjata pemasaran yang paling unggul.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, setiap klien itu harus dilayan


serupa. Namun, bagi klien VIP atau emas, kebiasaan yurannya adalah
melebihi RM 1 K keatas setiap bulan, saya akan memberikan layanan
yang istimewa. Sebagai contoh, saya akan menghantar invois dengan
cara berjumpa berbanding menerusi emel. Klien ini juga memperolehi hak
untuk mendapat diskaun dan lain-lain.

Dengan testimoni pelanggan, anda akan mudah untuk berkembang


dengan lebih jauh kerana perkhidmatan anda diyakini. Cara mudah untuk
mendapatkan testimoni adalah dengan meminta mereka supaya:

• Menulis apa yang mereka rasakan setelah mengikuti kelas. Anda


boleh meminta klien anda menjawab soalan samada berbentuk objektif
mahupun subjektif berkenaan pengajaran anda. Apabila perkhidmatan
yang diiberikan kepada klien anda adalah yang terbaik, maka anda tidak
perlu risau untuk meminta testimonial. Kebiasannya, mereka akan lebih
mudah memberikannya tanpa rasa ragu.

• Membuat survey melalui sms. Cara ini boleh dilakukan sekiranya


kita merasa agak malu untuk meminta secara terus kepada pelanggan.
Maka cara ini sesuai kerana anda hanya perlu meminta mereka menjawab
15

soalan survey berkenaan pengajaran anda. Katakanlah bahawa ia bagi


penambahbaikan pengajaran anda di masa-masa akan datang.

• Membuat video: Kebiasaan cara ini adalah apabila anda sudah rapat
dengan pelanggan ataupun pelajar anda. Bila anda telah membina
hubungan yang baik, tiada masalah bagi anda untuk merakam videonya.
Malah mereka akan merasa suka untuk diambil video hasil daripada
hubungan yang baik itu.

• Menghargai mereka apabila mereka mendapat keputusan yang


lebih baik daripada sebelum ini atau cemerlang dengan memberikan
hadiah. Kemudian minta izin daripada mereka untuk mengambil
testimonial itu. Jika diizinkan barulah boleh ambil. Jika tidak, tidak
mengapa. Boleh usahakan daripada klien lain.

Apabila mereka memberi testimoni, berikan sedikit saguhati,


contohnya percuma 1 jam kelas, pen, fail, buku atau apa sahaja yang
bersesuaian.
16

6. Senjata Percuma Yang Berbisa

Senjata percuma adalah yang paling disukai oleh para pelanggan. Apabila
mendengar perkataan percuma sahaja, orang tanpa ragu-ragu dan berfikir
panjang akan menerima apa sahaja tawaran daripada kita. Perkara yang
sesuai ditawarkan adalah memberi ‘Ceramah Percuma' di sekolah-
sekolah mahupun dalam program umum. Kawan saya yang merupakan
pengusaha pusat tuisyen telah mengaplikasikan teknik ini untuk menarik
para pelajarnya. Strateginya adalah meletakkan guru ikon sebagai
penceramah atau jurulatih dalam program tersebut dan ia PERCUMA!
Maka dengan tarikan itu, ramailah pelajar yang menghadiri program
tersebut. Selepas program tersebut, pendaftaran dibuka untuk tuisyen dan
ramailah peserta yang mendaftar untuk tuisyen tersebut.

Untuk permulaan, kita perlu memikirkan apa yang boleh kita


kongsikan dengan pelajar dalam sesi selama lebih kurang 1 jam setengah
ke 2 jam. Ia mungkin berkenaan dengan motivasi belajar, teknik belajar,
perkongsian pengalaman menjadi pelajar terbaik dan apa sahaja yang
bersesuaian dengan tuisyen. Di akhir slot anda, tawarkan kelas tuisyen
atau home tuition kepada mereka dengan harga yang istimewa. Letakkan
syarat satu kumpulan 4-5 orang pelajar. Tetapi, apabila melakukan teknik
ini, adalah lebih baik anda mempunyai team supaya dapat mengajar
secara pakej cotohnya Matematik, Sains, Bahasa Melayu, English, Fizik,
Kimia, Biologi dan lain-lain yang diperlukan oleh pelajar.
17

7. Facebook

Kaedah pemasaran yang paling mudah dan berkesan era ini. Malaysia
merupakan di antara negara yang aktif menggunakan facebook. Di mana-
mana sahaja, orang akan melayari internet melalui tablet, smartphone,
laptop, komputer dan lain-lain gadget yang canggih. Jadi tanpa facebook,
pemasaran anda diibaratkan sebagai tempang sebelah.

Facebook adalah komuniti sosial dalam talian yang terkemuka.


Facebook dengan lebih dari 300 juta pengguna, adalah strategi terbaik
untuk memaksimumkan perniagaan anda dan membolehkan mesej anda
dilihat oleh pelanggan anda dengan jumlah yang besar.

Salah satu hal unik tentang pengiklanan dengan Facebook, adalah


fleksibiliti iklan anda itu. Pengiklanan anda boleh dilakukan secara
langsung atau tidak. Anda boleh menyesuaikan iklan anda sehingga ia
muncul hanya untuk kumpulan tertentu atau segmen masyarakat
berdasarkan maklumat yang terkandung dalam profil mereka atau
berdasarkan jantina, lokasi atau keutamaan peribadi.

Contohnya, jika produk anda telah disesuaikan untuk ibu tunggal


dan anda telah ‘set' iklan anda untuk keluar bagi ahli ibu tunggal. Iklan
anda nanti akan keluar pada ahli-ahli yang mempunyai profil ibu tunggal.
Ini adalah pengiklanan secara rasmi di Facebook.
18

Anda perlu memerhatikan beberapa perkara sebelum melakukan


pengiklanan di Facebook sama ada menggunakan Facebook atau secara
tidak langsung di wall anda sendiri.

Antara yang perlu dititik beratkan ialah:

1. Pasaran yang disasarkan - Siapakah sasaran prospek anda? Sama


ada dalam bentuk demografi, mungkin anda ingin mensasarkan
hanya pelanggan dari Kajang sahaja atau dari Kelantan. Mungkin
juga anda ingin mensasarkan kepada perempuan sahaja atau
sebarang bentuk yang lebih spesifik lagi.

2. Objektif pemasaran anda - Facebook sekarang merupakan salah


satu dari alat pemasaran yang penting. Anda perlulah
mengintegrasikannya dalam strategi pemasaran anda secara
keseluruhan kerana anda mampu mengumpul banyak maklumat
dari pasaran atau pelanggan anda. Bermula dari penciptaan produk
sehingga ke feedback dan khidmat servis pelanggan selepas
pembelian, semuanya mampu dicapai dengan hanya menggunakan
Facebook sebagai satu alat pemasaran yang memang hebat tanpa
perlu membayar sesen pun. Anda boleh berkongsi informasi produk
anda bermula dari penciptaan produk, contohnya anda berkongsi
cerita tentang anda sedang mencipta grafik bagi produk yang akan
dilancarkan nanti. Mungkin informasi ini akan memberikan idea baru
bagi anda selepas meneliti komen-komen yang ditinggalkan. Ini
boleh menjadi gimik untuk pra-pelancaran atau soft selling produk
anda nanti.
19

3. Jenama atau Branding - Jenama atau brand secara asasnya adalah


imej perniagaan anda. Itulah yang membezakan anda daripada
pesaing anda di pasaran. Jadi kunci utama branding terletak pada
USP (Unik Sales Position/Proposition) atau dengan kata lain,
adakah produk anda cukup unik berbanding produk pesaing anda?

4. Bina komuniti anda sendiri - Membangun komuniti anda sendiri juga


adalah satu perkara yang sangat penting untuk kejayaan
perniagaan online anda, terutama jika anda ingin sukses dalam
jangka masa panjang. Komuniti atau kumpulan anda mampu
memberikan idea dan menjadi penyokong utama anda.

5. Servis selepas pembelian - Memberikan perkhidmatan pelanggan


dan mendengar respon dari pelanggan anda adalah penting untuk
kejayaan setiap produk atau perniagaan. Semakin banyak maklum
balas yang anda terima, semakin anda boleh meningkatkan dan
memenuhi keperluan prospek anda. Anda boleh menerima maklum
balas secara langsung melalui kumpulan Facebook atau melalui
wall profile anda atau membuat carian manual pada platform yang
disediakan dengan menaip keyword produk anda.

Tip-tip ini bukan sekadar untuk para pengguna Facebook semata-


mata malah boleh dipratikkan pada semua laman sosial yang anda sertai.
20

Kaedah pertama:

Buka akaun personal individu dengan menggunakan nama berkaitan


tuisyen seperti Azrul Guru Tuisyen. Guru Tuisyen Math, Home Tutor,
Cikgu Azidah dan seumpamanya. Ini bagi membolehkan klien kita mudah
mengenali kita sebagai seorang pengajar atau pendidik. Ibu bapa yang
menggunakan enjin carian di facebook juga dengan mudah mencari anda.

Kaedah kedua :

Membuka fan page berkaitan tuisyen. Ia memerlukan komitmen untuk


meng ‘update’nya kerana orang hanya akan ‘Like’ page kita jika mereka
mendapat faedah daripada page kita. Jadi banyakkan memberi ilmu, tips,
teknik-teknik yang berkaitan kerana kita akan lebih mudah diterima kerana
orang akan menganggap kita ‘pakar' dalam bidang tuisyen.

Berikut ialah beberapa cadangan yang saya harap anda boleh


sentiasa ingat ketika membina akaun di sesebuah laman social
networking:

Sentiasalah menggunakan nama sebenar anda atau yang berkaitan


dengan tuisyen.

Cuba anda fikirkan sejenak, adakah anda yakin dan percaya untuk
membeli sesuatu produk atau servis dari seseorang yang bernama
‘hellfire10' atau apa-apa nama yang tiada kaitan dengan servis anda?
Besar kemungkinan anda akan berasa ragu-ragu.
21

Sentiasa Sertakan Gambar Anda yang Sebenar

Orang ramai lebih suka jika mereka boleh melihat orang yang mereka
sedang berkomunikasi dengannya. Di laman social networking, gambar
sebenar dan profesional merupakan satu cara yang baik untuk tujuan ini.
Ia juga berfungsi untuk menambah kredibiliti anda di mata orang ramai.

Jangan takut atau malu untuk mempamerkan gambar anda di


Facebook dan laman web. Sebuah gambar jelas akan menerangkan
kepada dunia bahawasanya anda adalah seorang yang yakin dengan diri
anda dan sekaligus akan mendorong orang ramai merasa yakin dan
percaya kepada anda.

Cara untuk mendapatkan ‘LIKE’:

• Gunakan Facebook Ads untuk meningkatkan Like kerana iklan anda


akan dipaparkan dibahagian tepi wall anda.

• Elakkan menggunakan kaedah ‘hard sell' terlalu kerap seperti


meletakkan status-status menjual dan men ‘tag’ kan tanpa keizinan
orang yang ditag. Ini adalah kerana orang akan cepat bosan dengan
jualan terutamanya tanpa keizinan mereka.

• Banyakkan kaedah ‘soft sell' seperti mengupdate status seperti


teknik belajar berkesan, bagaimana memotivasikan pelajar, contoh
soalan-soalan peperiksaan, tips mudah belajar kerana kita akan
22

dilihat sebagai pakar dalam bidang tersebut. Tips 5 kali ‘soft sell’
kemudian baru diikuti dengan 1 kali ‘hard sell’.

• Gunakan Facebook cover photo bagi tips-tips di atas supaya orang


lain lebih selesa untuk berkongsi di wall mereka.

• Sharekan status-status di fan page ke wall kita.

• Share minimum 27 kali supaya orang mengenali kita.

• Ceritakan tentang pengalaman berjumpa, melakukan urusniaga,


ambil gambar bersama klien (pastikan mendapat kebenaran).

• Membuatkan orang respon seperti survey, meminta pendapat,


bertanya soalan.

• Pastikan kebanyakan status anda mempunyai gambar-gambar atau


fakta-fakta yang berkaitan. Kebiasaannya, orang suka melihat
gambar terutamanya yang mempunyai design yang menarik.

Facebook Ads

Ramai yang sudah mengetahui apa itu Facebook Ads malah ramai juga
yang masih belum menggunakannya. Facebook Ads adalah salah satu
cara pengiklanan yang ditawarkan oleh Facebook untuk mengiklankan
produk atau perkhidmatan anda di Facebook. Kelebihan teknik ini ialah:

Linknya ialah www.facebook/ads

1. Pengiklan dapat mensasarkan kepada individu yang berkaitan


dengan niche mereka.
23

2. Pengiklan dapat mensasarkan kepada umur pengguna Facebook


yang tertentu.

3. Kita dapat mensasarkan klien mengikut kawasan yang boleh dicover


oleh perkhidmatan kita. Contohnya di Seremban sahaja atau di
Kuala Lumpur dan Shah Alam.

4. Kita dapat beriklan dengan menggunakan bajet yang tertentu


contohnya RM20 sehari atau sekali iklan.

5. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mengiklankan perkhidmatan


anda kerana Facebook akan membuat segalanya untuk anda
kecuali menjawab panggilan klien.

Apa yang perlu anda ada untuk beriklan di Facebook ialah kad kredit
atau kad debit. Jika anda belum mempunyai kad kredit, anda perlu
mempunyai penyata gaji untuk mendaftar sebagai pengguna kad
kredit. Jika tidak, aktifkan kat ATM anda di cawangan bank sebagai
kad debit.
24

Banner

Banner yang mudah dan menarik adalah yang paling ringkas, design yang
ringkas dan jelas. Contoh maklumat yang penting adalah seperti
perkhidmatan yang ingin ditawarkan, nombor telefon, nama, website, dan
Facebook. Gunakan ayat-ayat yang menarik selain daripada fakta seperti
:

‘Mahukah anak-anak anda belajar dalam suasana pembelajaran yang


berfokus, berkualiti serta dalam keadaan yang selesa?’

Ayat-ayat begini bertujuan supaya minda manusia boleh berfikir


tentang soalan tersebut dan mengambil tindakan dengan segera.

Saiz adalah bergantung kepada kehendak anda, yang sesuai dan


mudah dipasang adalah 2x4 kaki atau 2x6 kaki. Jika anda mempunyai
lesen daripada Majlis Perbandaran ia sangat membantu untuk
memastikan banner anda kekal lama. Cuma prosesnya agak leceh kerana
banyak dokumen yang perlu disediakan serta ada bayaran yang perlu
dilakukan. Namun, ia memberikan persepsi yang baik kepada bakal
pelanggan anda. Anda juga akan dilihat lebih profesional dan kelihatan
‘established’ berbanding pesaing anda.
25

Banner dan bunting adalah merupakan antara cara pemasaran


offline yang berkesan jika diletakan di tempat-tempat yang strategik
seperti:

• Di surau atau masjid kerana masjid merupakan tumpuan terutama


sekali pada waktu jumaat. Tetapi pastikan anda mendapat keizinan
AJK masjid atau surau.

• Di persimpangan jalan T kerana kebiasaannya kenderaan akan


berhenti di situ.

• Di dalam taman dan di kedai dengan mendapat keizinan pemilik.

• Menumpang di kedai, restoran, rumah dan lain-lain.

Contoh banner dan bunting:


26

8. Flyers

Salah satu daripada kaedah pemasaran adalah menggunakan flyers.


Teknik untuk menggunakan flyers ini sedikit berbeza dengan kaedah lain.
Flyers ini perlu diberikan kepada orang yang berkehendak seperti orang
yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kita.

Pastikan flyers tersebut terdapat maklumat seperti:

 Masalah yang sering dihadapi oleh ibu bapa dan pelajar berkaitan
pelajaran. Buatkan mereka juga berfikir tentang masalah yang
sedang atau mungkin dihadapi sekarang dalam pembelajaran
mereka contohnya:
27

Adakah anak-anak anda:

 Ingin memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang?


 Kurang memberi tumpuan di dalam kelas?
 Kurang motivasi untuk belajar & berjaya dalam kehidupan?
 Minat belajar namun tidak mengetahui teknik yang betul untuk
belajar?
 Telah berusaha dengan gigih namun masih belum berjaya?
 Keputusan menurun sedangkan peperiksaan tidak lama lagi?
 Tiada peningkatan walaupun telah dihantar ke kelas tambahan dan
pusat tuisyen?
 Pernah suatu masa memperolehi keputusan yang cemerlang,
namun tidak konsisten?

Kemudian, apa yang penting adalah bagaimana anda dapat


membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan
menggunakan teknik ‘Unique Selling Point’ (USP) atau yang
dipanggil sebagai keunikan perkhidmatan anda. Kita perlu
memberitahu bakal prospek tentang kelebihan serta keistimewaan
perkhidmatan kita berbanding perkhidmatan yang lain seperti
mempunyai modul tertentu, buku latihan disediakan atau tutor yang
berpengalaman.

 Nama branding syarikat atau perkhidmatan. Gambar yang menarik


dan ceria. Jika anda mempunyai gambar-gambar semasa sesi
pembelajaran berlangsung lebih baik.
 Nama dan nombor telefon wakil yang boleh dihubungi.
28

 Alamat emel
 Website atau blog supaya dapat dilayari.
 Facebook
 Promosi seperti pendaftaran percuma, sesi percuma atau sebarang
bonus atau kelebihan supaya mereka dapat membuat tindakan
dengan pantas.
 Design flyers perlu menarik, ringkas dan padat supaya bakal klien
dapat mengetahui dengan pantas tentang kelebihan serta
keistimewaan kita.
29

9. Mulut ke mulut

Pemasaran ini tidak perlu disangkal lagi akan keberkesanannya kerana


apabila perkhidmatan yang kita berikan diperakui oleh klien kita. Ia tidak
mengambil masa yang panjang jika kita pandai dalam mengambil hati
klien dan pelajar melalui komunikasi berkesan, ramah, memberikan apa
yang mereka perlukan dan menepati janji.

Kejayaan perniagaan anda sudah tentu bergantung pada skop


pemasaran anda. Pemasaran mulut ke mulut adalah bantuan terbaik anda
dalam mempromosikan perkhidmatan anda. Terdapat satu konsep yang
digunakan secara meluas dalam dunia perniagaan hari ini, mereka
menggunakan konsep asas. Bayangkan ini, pelanggan yang berpuas hati
akan menyebarkan berita perkhidmatan yang baik, manakala pelanggan
yang tidak puas hati akan bercakap mengenai pengalaman buruk mereka
dengan orang lain, dua kali ganda daripada pelanggan berpuas hati. Ini
juga boleh menjadi prinsip dan panduan dalam mempromosikan
perkhidmatan tunjuk ajar anda.
30

10. Blog/Artikel

Bagi menunjukkan kepakaran kita dalam bidang tuisyen, kita digalakkan


membuka website atau blog untuk berkongsi dengan klien dan pelajar
tentang:

• Artikel yang bermanfaat. Artikel seperti bagaimana untuk


mendorong pelajar agar sentiasa bermotivasi, menggalakkan
pelajar berusaha dan sebagainya.

• Soalan-soalan lepas. Soalan-soalan ini boleh diperolehi daripada


internet, guru-guru sekolah, dan bertukar-tukar soalan dengan
pelajar lain

• Tips-tips untuk skor dalam peperiksaan: Bagaimana tips-tips untuk


menjawab dengan tenang dalam peperiksaan.

• Teknik belajar yang mudah diaplikasikan, teknik belajar subjek


tertentu dan lain-lain.
31

11. Youtube

Ada sesetengah klien lebih selesa menggunakan kaedah ‘visual' iaitu


mereka lebih suka melihat atau membayangkan sesuatu. Jadi
penggunaan video amat membantu. Setakat ini, penggunaan video yang
sangat berkuasa dan percuma ialah melalui website nombor dua di
ranking Alexandra iaitu Youtube.

Melalui video tersebut, kita boleh menunjukkan cara dan teknik


belajar dan tips-tips belajar dengan menarik. Jika ia bermanfaat dan
menarik, ia akan dikongsikan di interenet terutamanya laman sosial
seperti Facebook, twiter, pinterest, dan linked in.

Di Youtube juga kita boleh meletakkan link website atau blog serta
Facebook supaya klien yang berminat dengan perkhidmatan kita boleh
melayari website kita untuk mengetahui maklumat lanjut. Ini akan
menaikkan Search Engine Optimization (SEO) website kita di enjin carian
Google.
32

12. Pengiklanan percuma

Ada juga laman web atau forum tertentu yang menyediakan tempat untuk
kita meletakkan iklan secara percuma dengan syarat-syarat tertentu
seperti di:

• Majalah.com

Walaupun percuma ternyata ia turut membawa klien untuk


mengenali dan mengambil perkhidmatan kami. Jadi usah abaikan setiap
teknik pemasaran. Anda juga boleh membuat pencarian Google untuk
meletakkan iklan anda secara percuma.
33

13. Sistem Affliate atau Referral

Anda juga boleh meningkatkan promosi anda dengan menghargai mereka


yang membantu mempromosikan perkhidmatan anda dengan
memberikan komisyen berdasarkan pelajar yang diperkenalkan.

Sistem Affliate ini boleh dipasang pada laman web. Pihak yang
menyediakan perkhidmatan ini adalah www.virtualniaga.com,
www.luvleey.com, www.worlddesigner.com.my

Anda boleh memberikan sebagai contoh RM50-RM100 bagi setiap


pelajar yang diperkenalkan bagi menarik orang lain memperkenalkan
bisnes anda. Anda juga boleh memperuntukkan yuran pendaftaran
daripada pelajar untuk tujuan ini.

Sistem referral pula adalah orang yang membantu anda secara


‘mouth to mouth’ seperti rakan, guru, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang
membantu memperkenalkan klien kepada anda. Terpulang kepada anda
untuk memberikan hadiah atau komisyen mengikut kesesuaian.
34

14. Testimoni

Ini merupakan iklan yang paling murah serta 'power'. Ini disebabkan
individu lain yang telah menggunakan perkhidmatan sendiri menyatakan
tentang kebaikan perkhidmatan kita berbanding kita sendiri yang
menyatakannya.

Testimoni boleh diberikan dalam bentuk ayat atau video. Anda juga
boleh meletakkan testimoni atau bukti tersebut di Facebook. Pasti ia akan
memberi kesan positif kepada prospek klien anda.
35
36

15. Website atau blog

Ia adalah penting untuk mempunyai profesional dan kualiti laman web


yang akan membantu mempromosikan perkhidmatan yang anda
tawarkan atau menarik pelanggan baru melalui teknik SEO (Search
Engine Optimization). Ia berfungsi untuk memudahkan ibu bapa atau
sesiapa sahaja mengenali perkhidmatan anda dan meletakkan
kepercayaan bahawa anda memang serius untuk membantu mereka.

Sebelum ini kami masih baru dengan dunia pemasaran internet.


Kami hanya menggunakan kaedah pemasaran secara offline iaitu dengan
menggunakan flyer, poster, banner dan bunting. Walaupun kesannya
bagus, tetapi ia memerlukan kos dan menuntut komitmen yang tinggi
untuk menjayakannya. Contohnya, bunting dan banner hanya sesuai
dipasang pada waktu malam. Maka kami perlu berjaga di tengah malam
demi untuk memasang bunting dan banner tersebut. Keesokannya kami
perlu bersedia untuk menerima panggilan yang bertalu-talu daripada klien.

Kemudian kami mula melaburkan sejumlah wang untuk belajar


tentang membuat website, pemasaran internet dan sebagainya.
Walaupun pada awalnya kami tidak mengetahui apa itu pemasaran
internet dan bagaimana menggunakannya, tetapi disebabkan
kesungguhan untuk belajar dan memajukan perniagaan, maka kami
berusaha untuk mempelajarinya. Alhamdulillah, dengan menggunakan
teknik pemasaran online, ia lebih mudah dan menjimatkan wang dan
masa.
37

Apabila anda memiliki website, sebaik mungkin pilih hosting dan


domain yang berbayar bagi menjaga kredibilti kita. Bayaran untuk satu
website hanya lebih kurang RM60-RM150 setahun. Website ini ibarat
kedai di internet. Bayangkan jika kita mempunyai kedai, berapa banyak
wang yang perlu digunakan untuk sesuatu kos dalam sebulan seperti kos
sewa, bil elektrik, bil air, bil telefon dan pelbagai lagi kos luar jangka. Tetapi
dengan website, anda dapat mempromosikan perkhidmatan anda kepada
pelanggan dengan mudah. Yang penting adalah anda perlu membawa
trafik yang tinggi ke website anda supaya ‘kadar pertukaran' adalah tinggi.

Cadangan platform website yang boleh digunakan adalah


Wordpress www.wordpress.org

Ini adalah kerana perisian website adalah percuma dan ia mesra


pelanggan. Kebanyakan pakar pemasaran internet menyarankan agar
menggunakan Wordpress berbanding penyedia yang lain disebabkan ia
mudah digunakan dan mesra pelanggan.

Berikut adalah mengapa anda mahu menggunakan WordPress


sebagai platform laman web atau blog anda:

• Terdapat beribu-ribu ‘theme’ Wordpress samada percuma mahupun


berbayar. Anda juga boleh memilih sebarang warna dan ‘theme’
yang sesuai dengan perkhidmatan profesional sebagai tutor. Pilihan
lain adalah dengan mendapatkan premium theme yang dijual di
pasaran internet. Antaranya :
38

• Fungsi hebat - Anda tidak perlu menjadi seorang programmer atau


hebat dalam IT untuk mempunyai laman web sendiri. Ia sangat
mudah dan terdapat 8000 plug-in yang membantu
mengoptimumkan fungsi dalam laman web anda seperti
menyediakan borang ‘Hubungi Kami’, menyambungkan dengan
laman sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain.

Kandungan website.

Kandungan dalam website adalah perkara yang penting yang akan dilihat
oleh pelanggan. Antara perkara yang perlu ada dalam website ialah:

• Siapa anda atau syarikat anda?

• Apa perkhidmatan yang ditawarkan?

• Kelebihan dan keunikan berbanding orang lain

• Blog untuk artikel yang berkaitan

• Alamat (jika ada), nombor telefon, emel untuk dihubungi

• Borang pendaftaran online

• Testimoni daripada pelajar terdahulu

• Kadar yuran dan pakej

Wordpress juga mesra SEO yang membolehkan Google mencari


laman web anda berdasarkan kata kunci tertentu. Apakah itu Search
39

Engine Optimization (SEO)? SEO ialah bagaimana menempatkan website


anda di halaman pertama di enjin carian Google. Pasti anda semua tahu
kelebihan apabila laman web anda terletak di halaman pertama. Kajian
menunjukkan bahawa orang yang melakukan enjin pancarian pasti akan
menggunakan maklumat dari laman web di halaman pertama Google.

Sebagai contoh jika seseorang tutor menawarkan khidmat mengajar


tuisyen subjek ‘Bahasa Melayu’ di Gombak. Beliau perlu memfokuskan
untuk meletakkan kata kunci tersebut dengan teknik tertentu dan
sebanyak mungkin supaya ia dapat dikesan oleh ‘spider’. Dengan itu
laman web anda akan tersenarai di Google.

Pastikan juga yang anda mempunyai matlamat yang jelas dalam


mempunyai website sendiri. Contohnya, adakah anda hanya ingin
memperkenalkan perkhidmatan anda dan daripada itu klien boleh
menghubungi anda untuk mendapatkan perkhidmatan itu?

Mungkin juga anda ingin klien terus membuat pembayaran deposit


atau pendaftaran untuk mendapatkan perkhidmatan. Anda juga boleh
mempertimbangkan untuk berkongsi tips-tip untuk memudahkan sesi
pembelajaran, teknik menjawab peperiksaan atau teknik membaca al-
Quran dengan baik. Dengan berkongsi tips-tips dan teknik, secara tidak
langsung ia akan menunjukkan bahawa anda merupakan pakar dalam
bidang ini serta boleh dipercayai.
40

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda. Dapatkan


pelbagai tip dan teknik lagi di blog http://www.coachmohdnoor.com/

YAKIN SEBELUM BERJAYA

Adakah Anda Seorang Tutor Yang Mahu Kembangkan


Lagi Kerjaya Tuisyen Anda Dengan Sistem Usahawan
Tuisyen?

“Akhirnya.. Rahsia Untuk Membina Sebuah Legasi


Dengan Menjadi Tutorpreneur Kini Dibongkarkan…”

Info lanjut di Elite Tutorpreneur Coaching

Anda mungkin juga menyukai