Anda di halaman 1dari 4

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah

Kementerian Sumber Manusia bagi tujuan untuk mentadbir, melaksana dan menguatkuasa Akta
Keselamatan Sosial & Pekerja 1969 serta Peratiran (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Bagi
mencapai dan memenuhi matlamat tersebut, PERKESO telah memperkenalkan beberapa skim
perlindungan bagi bertujuan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan
tanggungannya. Antara skim-skim yang diperkenalkan oleh PERKESO adalah seperti

1. Sistem Insuran Pekerjaan (SIP)

Skim ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 bertujuan menyediakan penggantian pendapatan bagi
membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Mereka ini akan
diberi bantuan berupa bantuan kewangan untuk menyara kehidupan sehingga mereka mendapat
pekerjaan baharu. Skim ini turut menyediakan program penempatan pekerjaan semula bagi
membantu golongan pekerja ini mencari pekerjaan baru. Bagi membolehkan pekerja tersebut layak
menerima bantuan ini, terdapat beberapa terma dan syarat iaitu pertama majikan sektor swasta
yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja hendaklah mendaftarkan perusahaan serta
pekerjanya dan mencarumkan di bawah skim ini. Kedua kadar caruman bagi Sistem Insuran
Pekerjaan (SIP) adalah 0.2% dari majikan dan 0.2% daripada gaji bulanan pekerja. Oleh itu, setiap
warganegara Malaysia yang mecarum dengan PERKESO layak memohon Sistem Insuran Pekerjaan
(SIP) ini kecuali mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan salah laku, bersara, tamat kontrak
dan meletak jawatan secara sukarela. Terdapat pelbagai faedah dan faedah yang disediakan melalui
skim ini seperti elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula, elaun latihan dan lain-lain.
Permohonan Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) boleh dibuat melalui atas talian di laman sesawang
PERKESO.

2. Skim Keilatan

Seorang pekerja itu menghidap keilatan apabila mereka mengalami suatu keuzuran yang berkekalan
sama ada ianya tidak boleh diubati atau tidak mungkin akan sembuh semula serta tidak berupaya
mencari nafkah sekurang-kurangnya 1/3 daripada keupayaan pekerja yang normal. Skim ini hanya
akan diberikan kepada pekerja yang layak dan yang telah disahkan keilatannya oleh Jemaah doktor
atau Jemaah Doktor Rayuan. Pekerja yang menerima skim ini akan dibayar selama mereka
mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia. Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh
kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk
kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan. Pekerja tersebut disifatkan memenuhi tempoh
kelayakan penuh jika caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam
tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan Notis Keilatan diterima oleh pihak PERKESO atau
caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung
dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan dengan tarikh Notis Keilatan diterima
oleh pihak PERKESO (jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut
mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan).

3. Skim Bencana Kerja Pekerja Asing

Skim ini telah dikuatkuasa bermula 1 Januari 2019 di mana semua majikan perlu mendaftar pekerja
asing yang diambil bekerja untuk perlindungan Skim Bencana Kerja PERKESO di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ( Akta 4 ). Pendaftaran pekerja asing ini boleh di buat oleh majikan
secara dalam talian melalui Portal ASSIST PERKESO atau majikan boleh mengisi borang Pendaftaran
Pekerja Asing dan dihantar kepejabat PERKESO yang berhampiran. Caruman bagi skim ini telah
tetapkan pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan dan perlu dibayar setiap bulan oleh pihak majikan.
Syarat kelayakan bagi skim ini adalah di mana pekerja asing tersebut mempunyai passport dan pas
lawatan kerja sementara atau pas kerja yang sah. Skim ini adalah bertujuan menyediakan
perlindungan untuk pekerja asing yang mengalami kemalangan atau penyakit daripada pekerjaan
atau sewaktu menjalankan pekerjaan mereka. Skim ini juga bukan saja bermanfaat untuk pekerja
asing, malah ia turut membantu majikan dalam mengurangkan kos rawatan dan perubatan sekiranya
pekerja asing terbabit ditimpa kemalangan semasa bekerja. Terdapat pelbagai faedah yang
disediakan melalui skim ini di antaranya seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara,
faedah hilang upaya kekal, kemudahan pemulihan dan sebagainya.
Terdapat beberapa ujian yang biasanya dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan
hubungan majikanpekerja, antaranya:

Ujian Pelbagai

Ujian pelbagai adalah dengan mengambilkira melihat secara keseluruhan keadaan bagi
membandingkan situasi tertentu antara satu sama lain. Ini bermakna ujian ini akan dinilai
berdasarkan kesemua stuasi dan faktor yang terjadi hasil daripada kontrak perkhidmatan yang
diwujudkan. Antara faktor-faktor yang relevan antara hubungan majikan perkerja ini termasuklah
kuasa pemilihan pekerja, upah, ganjaran pemecatan pekerja dan sebagainya. Kemudian pihak
mahkamah akan menggunakan ujian pelbagai ini bagi meneliti dan melihat syarat-syarat yang ada di
dalam kontrak tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa keadaan di mana pihak mahkamah
tidak menerima keseluruhan faktor tersebut tetapi hanya mengambil kira beberapa faktor yang
penting bagi memutuskan sesuatu kes pertikanan antara perhubungan majikan pekerja.

Ujian Kawalan

Ujian Ini juga dipanggil Ujian Tradisional. Ia dapat menentukan sejauh mana tahap kawalan majikan
terhadap pekerjanya. Lebih banyak kawalan yang dijalankan, lebih berkemungkinan pekerja itu
adalah pekerja tanpa mengira apa yang dinyatakan dalam kontrak. Kawalan yang dinyatakan di sini
adalah merujuk kepada perlaksanaan tugas, masa dan tempoh masa bekeja seseorang pekerja
tersebut. Ujian kawalan ini akan mengambil kira cara bagaimana suatu kerja itu dilakukan oleh
pekerja tersebut sama ada ianya mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh pihak majikan atau
tidak. Jika terdapat sebarang isu pertikaian membabitkan majikan pekerja, pihak mahkamah akan
menganggap pekerja sebagai individu yang dikawal oleh majikan mereka tentang apa dan
bagaimana sesuatu pekerjaan itu dilakukan oleh pekerja mereka. Sebaliknya pula, individu tersebut
tidak dianggap pekerja mereka sekiranya majikan tidak mempunyai kawalan secara langsung
terhadap tugas-tugas pekerja tersebut.

Ujian Organisasi

Ujian organisasi atau dikenali sebagai ujian integrasi adalah merujuk kepada fakta bahawa pekerja
merupakan kumpulan yang penting bagi sesebuah organisasi. Ujian ini akan dapat menentukan
bahawa pekerja tersebut mempunyai kepentingan dan fungsi utama dalam organisasi yang mana
sekiranya fungsi mereka tidak membawa apa-apa kebaikan kepada organisasi ia akan mencacatkan
fungsi organisasi itu sendiri. Terdapat dua pendekatan bagi mengenalpasti ujian organisasi ini
terhasil iaitu pertama dengan melihat sejauh mana seseorang pekerja itu bergantung pada
organisasi iaitu dengan mengambilkira keutamaan mereka terhadap pendapatan sebagai sesuatu
yang amat mustahak. Kedua, dengan mengambil kira pandangan organisasi terhadap individu
tersebut iaitu sama ada kerja yang diamanahkan kepada mereka itu sangat penting dalam kejayaan
dan matlamat organisasi tersebut.

Pada pendapat saya ujian pelbagai merupakan ujian yang paling praktikal untuk digunakan pada
situasi sekarang. Ini kerana melalui ujian kawalan ini kita akan dapat menilai kesemua faktor-faktor
berdasarkan jontrak perkhidmatan yang diwujudkan.

Anda mungkin juga menyukai