Anda di halaman 1dari 6

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Variasi bahasa Dialek Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Idiolek Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek kawasan

Dialek sosial

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal Ragam Bahasa Bebas Ayat yang tidak gramatis. Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa. Bahasa Terkawal Ayat yang gramatis Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.

Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat tempat tu. itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya. Ciri-ciri lain: a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Ragam Bahasa Formal

Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku. Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard. Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

Bahasa Basahan Juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.

Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu: (a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa Bahasa Baku mengapa bagaimana sedang (b) bentuk kependekan Bahasa Baku hendak tidak sudah nak tak dah Bahasa Basahan kenapa macam mana tengah Bahasa Basahan

(c) perubahan bunyi Bahasa Baku ambil kecil pula ambik kecik pulak Bahasa Basahan

Bahasa Pasar Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik. Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

Bahasa Halus Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.

Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua. Berikut diturunkan beberapa contoh: Bahasa Basahan kencing berak mengandung/bunting kubur Bahasa Halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua makam

Bahasa Kasar Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar. Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka. Dialek variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial. Dialek berbeza dari segi: a. Sebutan Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo. b Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. c. Tatabahasa Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.

perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). (d) Kosa kata Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri) (e) kata ganti diri Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) Hang (dialek utara bermaksud kamu) (kembali ke laman utama)

http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm