Anda di halaman 1dari 17

Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara

transkripsi

Bab 3
LAMBANG BUNYI BAHASA DAN CARA
TRANSKRIPSI

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat


mengenal pasti jenis bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu
mengenal lambang-lambang fonetik bagi konsonan dan vokal
memahami maksud transkripsi fonetik dan prinsip asas membuat transkripsi fonetik
membuat latihan transkripsi fonetik yang mudah

RINGKASAN BAB

Pengenalan
Lambang Bunyi
Transkripsi Fonetik
Kegunaan Transkripsi Fonetik
Latihan Transkripsi Fonetik

Istilah penting Ringkasan Rujukan

1
3.1. Pengenalan

Apabila bunyi bahasa dikaji, ada beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan. Antaranya,
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan bunyi, dan bagaimanakah bunyi dalam bahasa
Melayu dapat ditentukan? Bagaimanakah ujaran seperti “cap” dibahagikan kepada beberapa
bunyi yang tertentu? Ada beberapa bunyi dalam kata cap bahasa Melayu?

Apabila kita bercakap, sebenarnya kita menghasilkan satu aliran suara yang berterusan.
Aliran suara ini hanya diberhentikan untuk bernafas ataupun untuk menyusun buah fikiran
untuk terus bercakap.

Aliran suara ini dapat dibahagikan kepada unit-unit bunyi kecil yang disebut sebagai segmen,
iaitu bunyi vokal atau konsonan. Misalnya, kata cap dilafazkan bermula dengan segmen c, a,
dan p. Oleh hal yang demikian, kata “cap” terbentuk oleh tiga segmen, iaitu c, a dan p. Kata
cap terdiri daripada dua konsonan dan satu vokal, iaitu c dan p sebagai konsonan dan a
sebagai vokal. Demikian juga kata adik terdiri daripada empat
segmen a, d, i, dan k, iaitu dua konsonan (a dan i) dan dua
vokal (d dan k). Setiap segmen ini tidak dapat berfungsi secara
bersendirian, tetapi perlulah bergabung untuk membentuk
perkataan. Dalam kata adik, segmen a, d, i dan k tidak
mempunyai makna yang tersendiri dan hanya menjadi
bermakna apabila digabungkan untuk membentuk perkataan
adik.

Dalam bahasa Melayu, bunyi bahasa dapat dibahagikan


kepada tiga jenis, iaitu vokal, konsonan, dan diftong. Terdapat enam bunyi vokal dan 25
fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu. Selain
itu, ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh tiga pasang huruf vokal. Setiap bunyi
vokal, konsonan dan diftong dilambangkan oleh satu simbol atau lambang yang tertentu.
Lihat contoh lambang bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti dalam Jadual 3.1.
(nyatakan sumber)
Ada cara tertentu supaya bunyi tersebut dapat dinyatakan dalam bentuk yang lebih nyata.
Salah satu cara ujaran bahasa dapat diwakili disebut sebagai transkripsi fonetik, iaitu
penggunaan lambang (abjad) untuk mewakili bunyi bahasa. Cara ini lazim digunakan dalam
kamus untuk mewakili sebutan perkataan. Misalnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat
(2011), perkataan pelat dituliskan dalam lambang fonetik seperti [pélat]. Dalam Oxford
Advanced Learner’s Dictionary (2000) pula, kata Inggeris prison ditranskripsikan seperti
[prɪzn].

3.2. Lambang Bunyi

Sebelum mengetahui cara membuat transkripsi fonetik, simbol atau lambang fonetik
hendaklah diketahui dan dipelajari cara menulisnya. Seperti yang dijelaskan dalam pada
awal, terdapat tiga jenis bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan, vokal dan diftong.
Berikutnya diturunkan lambang bunyi bagi setiap konsonan, vokal dan diftong yang terdapat
dalam bahasa Melayu.

Jadual 3.1 Lambang fonem konsonan dan vokal dalam bahasa Melayu.

Konsonan

[b] seperti dalam baca [t] seperti dalam tolak


[č] seperti dalam cari [v] seperti dalam van
[d]seperti dalam dada [w] seperti dalam wap
[f] seperti dalam fikir [y] seperti dalam yuran
[g] seperti dalam gigi [z] seperti dalam zoo
[h] seperti dalam [ŋ] seperti dalam ngaum
hari [ǰ] seperti dalam [ɳ] seperti dalam nyata
janji [ɣ] seperti dalam ghaib
[k] seperti dalam kamus [ž] seperti dalam zaman
[l] seperti dalam lari [dz] seperti dalam hadzir
[m] seperti dalam mata [x] seperti dalam khabar
[n] seperti dalam nama [∫] seperti dalam syabas
[p] seperti dalam pada [dʒ] seperti dalam darurat
[r] seperti dalam rata [θ] seperti dalam sabit
[s] seperti dalam singa

Vokal Diftong

/a/ seperti dalam ada /ai/ seperti dalam petai


/ě/ dalam emas
/Ə/ seperti dalam enak /au/ seperti dalam pulau
/i/ seperti dalam itik /oi/ seperti dalam sekoi
/o/ seperti dalam olah
/u/ dalam ura

Kelihatan ketiga-tiga fonem konsonan, vokal dan diftong ini boleh wujud pada awal, tengah
dan akhir perkataan seperti yang dipaparkan dalam contoh dalam Jadual 3.1

Tiga bunyi dalam bahasa Melayu ialah .......................,dan


..........................

Berikan dua contoh penggunaan bagi vokal [a] dan [u].

Apakah dua lambang fonetik bagi huruf e?

Adakah perkataan yang berikut ini berdiftong? damai, semai, auta, lauk, saur.

3.3. Transkripsi fonetik

Transkripsi adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang bersistematik dan
konsisten. Transkrip juga dikenali sebagai satu system symbol/lambing atau khat (script).
Menurut Daniel Jones (1992), transkrip fonetik didefinisikan sebagai penulisan mengikut
abjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai contoh, apabila
kita mendengar seorang penutur dialek Kelantan menyebut perkataan [mak] iaitu /makan/,
maka sebagai seorang yang tahu tentang fonetik maka dia akan menulis bunyi-bunyi dalam
perkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad fonetik.
Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang asing
menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh dilakukan dengan dua
keadaan yang berbeza iaitu transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionistic dan
transkripsi yang berasaskan sistematik.

Transkripsi
Fonetik

Transkripsi Transkripsi
tanggapan sistematik

Transkripsi Transkripsi
fonetik luas fonetik sempit

a) Transkripsi Tanggapan

Transkripsi tanggapan dihasilkan berdasarkan kategori bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh


manusia secara umum. Ia seolah-olah sukar dilakukan. Transkripsi ini diperlukan dalam
dua keadaan iatu:

 Apabila bahasa yang hendak ditankripsikan itu tidak diketahui asal usulnya. Bahasa
itu tidak mempunyai pola dan struktur yang sistematik. Katakan anda dikehendaki
membuat kajian terhadap bahasa X yang tidak pernah dikaji sebelum ini. Anda
terpaksa mentrankripsi apa sahaja bunyi yang dihasilkan oleh informan (sumber
maklumat) anda. Dari data yang anda perolehi barulah boleh dicipta transkripsi yang
lebih sistematik.

 Seseorang yang terpaksa mentranskripsi bahasa kanak-kanak atau pesakit yang tidak
pernah dilihat sebelum ini atau seseorang yang tidak tahu apakah rumus yang harus
diaplikasikannya. Dalam keadaan sebegini symbol-simbol yang digunakan hanya
menunjukkan nilai fonetik bunyi-bunyi itu. Kesemua ujaran dari golongan ini terpaksa
ditranskripsikan berdasarkan transkripsi tanggapan.

b) Transkripsi sistematik

Transkripsi sistematik digunakan dengan meluas dibandingkan dengan transkripsi tanggapan.


Transkripsi sistematik mempunyai peranan yang penting terutama dalam mengajar
penyebutan kepada penutur asing atau mempelajari bahasa asing. Transkripsi sistematik
digunakan dengan meluas dalam pengkajian nahu secara deskriprif dan juga diperlukan
dalam kamus. Dalam transkripsi yang berasaskan sistematik inilah lahirnya dua jenis
transkripsi iaitu transkripsi luas dan transkripsi sempit.

i. Transkripsi fonetik sempit

Transkripsi fonetik sempit menggunakan simbol-simbol yang lebih lengkap bagi


tiap-tiap segmen dan cirri bunyi. Transkripsi fonetik sempit boleh digunakan bagi
siri bunyi-bunyi ujaran yang sengaja dibentuk bagi latihan pendengaran fonetik.
Penyebutan serta pengenalan simbol bunyi termasuk simbol-simbol diakritik. Simbol
diakritik merujuk kepada penggunaan tanda kecil yang ditambah kepada simbol
untuk mengubah nilai bunyi simbol itu. Dengan kata lain, simbol diakritik
digunakan untuk menambah ketepatan bunyi. salah satu simbol diakritik yang paling
lazim digunakan untuk menjelaskan bahasa Melayu ialah tanda nasalisasi [  ].
Simbol ini menunjukkan bunyi ini dinasalkan, contohnya apabila sesuatu bunyi
khususnya bunyi vokal hadir selepas bunyi nasal, bunyi vokal itu akan menjadi nasal
seperti dalam kata ‘nyanyi’ yang diberi transkripsi sebagai [], tetapi dalam
pengucapan sebenar, jika anda perhatikan, dalam kata ‘nyanyi’ selalunya bunyi vokal
[a] dan [i] akan dinasalkan kerana terpengaruh dengan bunyi nasal disebelahnya. Jadi,
jika terdapat tanda [  ] di atas sesuatu sesuatu simbol itu biasanya ia melambangkan
bunyi itu disengaukan.

Apabila simbol-simbol digunakan untuk menggambarkan nilai fonetik yang tepat


maka kita menggunakan kurungan [ ] di setiap permulaan dan pengakhiran kurungan.
Kurungan siku bermaksud bunyi itu ditranskripsi sebagaimana yang disebut oleh
penutur sesuatu bahasa atau dialek itu. Manakala untuk simbol fonem, kita
menggunakan simbol / / .

ii. Transkripsi fonetik luas

Transkripsi fonetik luas biasanya menggunakan lambang dan tanda diakritik yang
sedikit dan mudah. Tujuannya adalah untuk menghasilkan persembahan yang tidak
taksa dalam bentuk penyebutan. Transkripsi fonetik luas boleh digunakan sebagai asas
bagi semua bahasa. Dengan kata lain, transkripsi fonetik luas bersamaan dengan
transkripsi fonemik dan ada kalangan ahli fonetik menggunakan istilah luas sebagai
rujukan kepada fonemik. Walaubagaimanapun secara prinsipnya adalah penting untuk
membezakan transkripsi fonetik luas dan transkripsi fonemik. Kedua-dua transkripsi
ini merupakan entiti yang berbeza . [pen] merupakan transkripsi fonetik luas yang
menggambarkan artikulasi fizikal dan rangkaian bunyi yang nyata. Manakala /pen/
merupakan transkripsi fonemik yang menggambarkan rangkaian bunyi yang abstrak.

C) Abjad fonetik antarabangsa

Dalam sebarang transkripsi, setiap bunyi yang berbeza dinyatakan dengan penggunaan
simbolnya yang tersendiri. Keseluruhan simbol fonetik dikenali sebagai ‘abjad fonetik’.
Penggunaan abjad yang paling luas adalah IPA. Akronim IPA ada kalanya merujuk kepada
International Phonetic Alphabet atau International Phonetic Association atau dalam bahasa
Melayunya dikenali sebagai Abjad Fonetik Antarabangsa. Simbol-simbol fonetik selalunya
sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata selalunya sama
sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata [baru], [k] dalam kata [kira]
tetapi banyak simbol-simbol baru telah dicipta untuk menampung sejumlah bunyi-bunyi yang
didengar dalam pertuturan yang tidak menunjukkan kesamaan bentuk sebagaimana sistem
ejaan rumi. Misalnya [  ] mewakili ejaan sh atau sy seperti dalam kata bahasa Inggeris
“ship” [ ip] atau kata dalam bahasa Melayu “syarat” [arat], [  ] pula untuk bunyi [gh]
seperti dalam kata “ghaib” [aeb] dan [] untuk bunyi [kh] seperti dalam kata “khabar” yang
disebut sebagai [ abar].
Dengan menggunakan lambang-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan lambang-
lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan apa sahaja bunyi bahasa yang terdapat di
dalam apa jua bahasa.

Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) merupakan nama bagi satu set simbol-simbol yang
bersifat arbitrari atau wewenang. Simbol-simbol ini dibentuk bagi menggambarkan bunyi-
bunyi yang digunakan dalam semua bahasa dunia yang berasaskan kepada titik dan cara
artikulasi. Ahli fonetik mula merasakan perlu adanya suatu sistem transkripsi fonetik yang
standard dan dapat diterima pada peringkat antarabangsa semenjak berkembangnya kajian
fonetik artikulasi pada akhir abad ke-19 pada tahun 1988. Abjad Fonetik Antarabangsa
dibentuk dan disebarkan oleh Pertubuhan Fonetik antarabangsa. Tujuan pembentukan IPA ini
adalah untuk memudahkan ahli-ahli fonetik membuat kajian ke atas bunyi-bunyi yang tidak
biasa bagi mereka dengan penggunaan sistem yang seragam bagi seluruh bunyi-bunyi
pertuturan. Dengan kata lain, akibat daripada perbezaan antara bentuk sistem tulisan
(ortografi) dan bentuk pertuturan maka tidaklah perlu bagi kita mencipta atau membentuk
IPA.

Mengikut prinsip asas yang membentuk IPA adalah untuk memiliki sesuatu huruf yang
berbeza untuk setiap bunyi bahasa yang dapat dibezakan. Oleh kerana jumlah bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh manusia tidak terbatas jumlahnya maka, IPA turut mencadangkan
penggunaan satu set tanda tambahan atau disebut sebagai penanda diakritik yang pelbagai
jenis yang dapat ditambah kepada simbol huruf. Tujuan penggunaan simbol tambahan ini
adalah untuk membolehkan perbezaan yang lebih halus daripada perbezaan yang berdasarkan
huruf-huruf sahaja.

Terangkan yang berikut:


Transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionistic
Transkripsi yang berasaskan sistematik.

Huraikan tentang Abjad Fonetik antarabangsa.

Berikan perbezaan antara transkripsi fonetik sempit dan transkripsi fonetik luas
3.4 Kegunaan Transkripsi fonetik

Kemahiran menulis perkataan dalam bentuk transkripsi fonetik merupakan kemahiran yang
penting dalam membuat analisis fonetik (Abdullah Hassan, 2006). Dalam pada itu, terdapat
beberapa kegunaan transkripsi fonetik dalam bahasa, khususnya dalam bidang fonetik dan
fonologi. Transkripsi fonetik digunakan untuk merakamkan bunyi setepat mungkin dalam
bahasa. Dengan demikian, sebutan perkataan atau ayat dapat dilakukan tanpa
ketaksaan. Perkataan yang ditulis dalam transkripsi fonetik ialah sebutan yang sebenar,
bukannya seperti ditunjukkan dalam bentuk otografi.

Kamus membekalkan sebutan perkataan yang betul dan juga memberikan panduan kepada
guru untuk mengajarkan sebutannya dengan betul (Sethi dan Dhamija, 2007). Misalnya,
perkataan semak dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan perbezaan bunyi dan makna
dengan menggunakan lambang fonetik, seperti [səmaʔ] dan [semaʔ]. Yang pertama ialah
perkataan semak yang membawa maksud ‘tumbuhan’ dan yang kedua pula bermaksud
‘periksa’. Dengan adanya transkripsi fonetik ini, perbezaan sebutan dan makna perkataan
dapat ditentukan dan dijelaskan kepada pelajar atau pengguna bahasa melayu.

Transkripsi fonetik juga berguna kepada pelajar bahasa yang ingin menguasai kemahiran
lisan. Dengan mengetahui lambang-lambang fonetik, pelajar mudah dapat menyebut sesuatu
perkataan dengan tepat walaupun belum pernah menemui atau mendengar perkataan tersebut.
Misalnya, perkataan calet dan bufet merupakan dua kata pinjaman dalam bahasa Melayu.
Kedua-dua perkataan tersebut dapat dibunyikan dengan betul berdasarkan lambang
fonetiknya, seperti [čalet] dan [bufét].

Selain itu, transkripsi fonetik juga sering digunakan untuk membandingkan sistem bunyi
yang terdapat dalam dua bahasa yang berbeza. Pengkaji bahasa semasa meneliti
perkembangan, perubahan dan perbezaan antara bunyi-bunyi dalam satu-satu bahasa sering
memanfaatkan transkripsi fonetik dalam kajian mereka. Contohnya, untuk membandingkan
perbezaan bunyi antara perkataan setem (bm) dan stamp (b inggeris), keadah transkripsi
fonetik dapat digunakan untuk melihat perubahan bunyi, iaitu [setém] dan [stæmp]. Demikian
juga perbezaan antara variasi bahasa dalam satu-satu bahasa dapat ditunjukkan dengan
menggunakan transkripsi fonetik. Contohnya, kata makan disebut [makɛ] dalam dialek
Kelantan dan [makaŋ] dalam dialek Terengganu.

Dalam transkripsi fonetik, ada kalanya tanda diakratik digunakan bagi fonem-fonem
tertentu untuk menunjukkan perbezaan bunyi fonem tersebut. Misalnya, dalam bahasa
Melayu fonem /e/ yang dibezakan bunyi fonem /e/ antara perkataan [pěrang] dan [p Ərang]
dapat ditunjukkan dengan penggunaan tanda diakratik /ě/, seperti /pérang/ yang membawa
maksud ‘warna kemerah-merahan’. Dengan adanya tanda diakratik /é/, perbezaan
sebutan antara kedua-dua perkataan dapat ditentukan. Selain itu, makna kedua-dua
perkataan juga dapat ditentukan. Dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain penggunaan tanda
diakratik amat luas digunakan berbanding dengan bahasa Melayu. Antara tanda diakratik
digunakan dalam bahasa Inggeris termasuk tanda dalam perkataan exposé öre, , pâté, dan
résumé.Kebanyakan perkataan ini merupakan kata pinjaman dalam bahasa Inggeris.

Penggunaan transkripsi fonetik dalam kamus dan buku-buku bahasa untuk mewakili
bunyi perkataan amat membantu pengguna bahasa termasuk pelajar. Ada kalanya
ortografi dalam bahasa seperti bahasa Inggeris amat mengelirukan. Misalnya, perkataan bus
dalam bahasa Inggeris dilambangkan oleh huruf yang berbeza dengan fonem yang
dibunyikan. Kata bus dibunyikan sebagai [bas] dan bukannya [bus]. Huruf u dibunyikan
sebagai a dalam bahasa Inggeris. Jadi dengan menggunakan transkripsi fonetik ini, kekeliruan
untuk membunyikan huruf dalam perkataan seperti yang dihuraikan dapat diatasi. Dengan
demikian, sebutan yang betul dapat dikenal pasti dan dipelajari dengan baik.

3.5Latihan Transkripsi Fonetik

Seperti yang dijelaskan pada awal, dalam transkripsi fonetik lambang khusus, iaitu abjad
fonetik antarabangsa (IPA) digunakan. Abjad tersebut berbeza daripada abjad yang biasa
digunakan dalam tulisan. Dengan demikian, IPA digunakan apabila membuat latihan
transkripsi fonetik.
3.5.1. Transkripsi bunyi konsonan

Apabila fonem konsonan wujud sebelum vokal atau pada permulaan perkataan, ia dirujuk
sebagai konsonan awalan, apabila konsonan wujud ditengah kata, ia dirujuk sebagai
konsonan tengah dan apabila konsonan wujud di akhir kata, ia dirujuk sebagai konsonan
akhir.

Jadual 3.1. Simbol fonetik untuk bunyi konsonan

Simbol Contoh
p [pasu] ‘pasu’
[api] ‘api
[atap] ‘atap’
b [buda] ‘budak’
[aba] ‘abang’
[adab] ‘adab’
t [tali] ‘tali’
[mata] ‘mata’
[sakit] ‘sakit’
d [dagu] ‘dagu’
[cadar] ‘cadar’
[abad] ‘abad’
k [kasut] ‘kasut’
[pakat] ‘pakat’
[kritik] ‘kritik’
g [gali] ‘gali’
[pegaŋ] ‘pegang’
[beg] ‘beg’
 [kotaʔ] ‘kotak’
m [maǰu] ‘maju’
[lama] ‘lama’
[siram] ‘siram’
n [nasi] ‘nasi’
[kena] ‘kena’
[tahan] ‘tahan’
 (ny) [ɲaris] ‘nyaris’
[suɲi] ‘sunyi’
-
 (ng) [ŋantuʔ] ‘ngantuk’
[suŋai] ‘sungai’
[tuaŋ] ‘tuang’
s [sabun] ‘sabun’
[bƏsar] ‘besar’
[čas] ‘cas’
h [haus] ‘haus’
[mahal] ‘mahal’
[tanah] ‘tanah’
f [faham] ‘faham’
[wafat] ‘wafat’
[wakaf] ‘wakaf’
v [van] ‘van’
[novel] ‘novel’
-
 (th) [θalaθa] ‘thalatha’
 (sy) [∫arat] ‘syarat’
[ma∫arakat] ‘masyarakat’
-
 (kh) [abar] ‘khabar’
[as] ‘khas’
 (gh) [aeb] ‘ghaib’
[bale] ‘baligh’

*bunyi [k] hanya wujud di akhir kata untuk perkataan pinjaman sahaja. Bagi kata bahasa
Melayu asli. Fonem /k/ di akhir kata dibunyikan sebagai [].

Rajah 3.1. Simbol Fonetik Antarabangsa bagi Konsonan

3.5.2. Transkripsi bunyi vokal

Bunyi vokal berbeza daripada bunyi konsonan dari segi cara ia dihasilkan. Setiap kali bunyi
vokal muncul dalam bahasa, ia akan membentuk sukukata.
a) Simbol fonetik untuk bunyi vokal primer

Simbol Contoh
 [ikan] ‘ikan’
[piza] ‘piza’
[čuit] ‘cuit’
[suči] ‘suci’
 [emak] ‘emak’
[petak] ‘petak’
[četek] ‘cetak’
 [ada] ‘ada’
[pada] ‘pada’
[kuda] ‘kuda’
 [otak] ‘otak’
[bota] ‘bota’
[čendol] ‘cendol’
 [ura] ‘ura’
[sup] ‘sup’
[pasu] ‘pasu’
 [ənak] ‘anak’
[pənat] ‘penat’
[səmak] ‘semak’

b) Simbol fonetik bunyi diftong

Simbol Contoh
au [aurat] ‘aurat’
[daulat] ‘daulat’
[kalau] ‘kalau’
oi [boikot] ‘boikot’
[sekoi] ‘sekoi’
ai [aising] ‘aising’
[paip] ‘paip’
[pai] ‘pai’
Rajah 3.2. Vokal primer dan sekunder

Perhatian: Apabila simbol-simbol wujud berpasangan, salah satu sumber iaitu di bahagian
kanan menunjukkan vokal yang dibundarkan. Contohnya [u] dan [y] merupakan bunyi vokal
bundar.

3.5.3. Tanda diakritik

Dalam bahagian ko-artikulasi, kita telah diperkenalkan dengan artikulasi sekunder


penyengauan yang mana simbol [  ] ini digunakan diatas bunyi vokal untuk menunjukkan
proses penyengauan berlaku.begitu juga dalam bahagian penanda suprasegmental, beberapa
simbol seperti [ : ] selepas bunyi untuk menunjukkan kepanjangan, simbol tekanan dan tona
telah ditunjukkan untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi bahasa. Simbol-simbol
inilah yang dikatakan sebagai lambang diakritik iaitu penanda-penanda yang boleh digunakan
untuk mengubahsuai simbol fonetik asas. Beberapa tanda diakritik yang boleh digunakan
untuk memberi ketepatan bagi bunyi bahasa sebenar yang dihasilkan adalah seperti berikut.
[  ] tanda bersuara
[  ] tanda pergigian seperti dalam kata bahasa Inggeris [ eit ]
[  ] tanda penyengauan seperti dalam bahasa Melayu [makan]
[  ] tanda tekanan seperti dalam bahasa Inggeris
[kntrakt]
[  ] geluncuran diftong seperti dalam kata bahasa Melayu
[pulau]
[ # ] jeda menandakan ujaran yang disempadani kesenyapana

Untuk memahami lebih lanjut tentang transkripsi fonetik, lihat beberapa contoh transkripsi
fonetik lain bagi perkataan, ayat dan petikan ringkas seperti yang berikut:

a. adik /adiʔ/ buluh /buluh/ camca /čamča/

b. Mereka datang pagi tadi.


[mərəka dataŋ pagi tadi]

c. Logan tinggal di Melaka. Dia bertugas sebagai seorang jaga di sebuah kilang
perabot. Sudah lama, dia bekerja di kilang tersebut. Dia sudah berumah tangga
dan mempunyai dua orang anak perempuan.

[logan tiŋgal di məlaka dia bərtugas səbagai səoraŋ ĵaga di səbuah kilaŋ pərabot
sudah lama dia bekerja di kilaŋ ini dia sudah bərumahtaŋga dan məmpuɲai dua
orang anaʔ pərəmpuan]

Seperti yang ditunjukkan dalam contoh a, b dan c, terdapat beberapa peraturan yang perlu
dipatuhi apabila membuat transkripsi fonetik. Pertama, semua perkataan atau ayat hendaklah
ditulis dalam lingkungan kurungan [ ], iaitu kurungan segi empat, seperti [bəsar] atau
[mulut]. Tidak ada huruf besar yang digunakan walaupun terdapat kata nama khas. Selain
itu, tanda bacaan seperti titik, koma, koma bertitik, dan lain-lain tidak digunakan semasa
memindahkan perkataan atau ayat menjadi transkripsi fonetik. Demikian juga perkataan, ayat
dan petikan yang dipindahkan menjadi transkripsi fonetik hendaklah bermula dari kurungan
dan berakhir dengan kurungan, seperti dalam contoh di atas.
Dengan adanya transkripsi fonetik, pengguna bahasa dapat melafazkan perkataan dengan betul. Demikian

Apakah maksud transkripsi fonetik?

Apakah kegunaan transkripsi fonetik?

Tuliskan transkripsi fonetik bagi perkataan yang berikut: abang, cuci, do


Pindahkan ayat yang berikut menjadi transkripsi fonetik:

i. Semua pelajar diwajibkan hadir.

ii. Mereka belum menyiapkan kerja r

“Saya
iii. sudah berpindah ke Kuala Lumpur,”
 Ujaran merupakan aliran suara secara berterusan dan terdiri daripada segmen-segmen
bunyi konsonan dan vokal.

 Bunyi bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada fonem vokal, konsonan dan diftong.

 Bentuk ujaran dapat dinyatakan dalam bentuk transkripsi fonetik, iaitu


penggunaan lambang untuk mewakili bunyi bahasa.

 Set lambang yang terbaik ialah abjad yang digunakan oleh International
Phonetic Alphabet (IPA).

 Ada cara tertentu untuk menukarkan ejaan perkataan, ayat atau petikan ke
dalam transkripsi fonetik.

Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A
resource book for students. New York: Routedge

Indrawati Zahid dan Mardian. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Publishers

Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: Wadsworth

Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Roach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press.

Small, Larry H. 1999. Phonetics : A Practical Guide for Students Boston: Allyn & Bacon

Anda mungkin juga menyukai