Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan (2005 : 945), linguistik bermaksud pengajian ilmu


bahasa. David Crystal pula dalam bukunya, A Dictionary of Linguistic and Phonetics
( 1986 : 181 ), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa ( the scientific study
of language). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik
didefinisikan sebagai berikut:
“The scientific study of language and its structure, including the study of
grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics,
dialectology, psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistics, and
structural linguistics.”
Menurut Verhaar ( 1985 : 1 ), perkataan lingustik berasal daripada perkataan
Latin, iaitu “lingua” yang bermaksud bahasa. Perkataan Latin ini digunakan dalam
banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti bahasa Perancis ( langue,
langage ), bahasa Itali ( lingua ), atau bahasa Sepanyol ( lengua ) atau dalam bahasa
Inggeris ( linguistics ). Bidang pengkajian linguistik boleh dibahagikan kepada empat
bidang.
General Linguistics (Linguistik Umum ) ialah cabang linguistik yang menjelaskan
secara umum semua bahasa manusia yang bersifat alamiah, sehingga menghasilkan teori
umum tentang bahasa. Selain itu, bidang ini turut membahaskan ciri umum bahasa
manusia secara sederhana, umum, tepat dan objektif. Bidang ini juga menginformasikan
secara umum tentang teori, prosedur kerja, dan kefahaman yang berkembang dalam
linguistik. Bidang kedua ialah Applied Linguistics ( Linguistik Terapan ). Bidang ini
berusaha untuk menerapkan hasil penelitian linguistik untuk keperluan praktis, atau
mengkaji persoalan praktis yang berhubungan dengan bahasa. Contohnya dalam
pengajaran bahasa dan penerjemahan.
Theoritical Linguistics (Linguistik Teoritis) ialah bidang yang mengutamakan
penelitian bahasa dari segi internal, melihat bahasa dari proses - proses yang dijumpai
dalam bahasa, serta melihat bahasa sebagai bukan sebagai alat. Bidang ini juga berbeza
dengan teori linguistik yang menguraikan bagaimana cara yang seharusnya digunakan
untuk meneliti, dan menganalisis bahasa. Bidang linguistik yang keempat ialah History

1
of Linguistics (Sejarah Linguistik). Bidang ini melibatkan huraian secara kronologi
tentang perkembangan linguistik dari masa ke masa, sehingga dapat diketahui kemajuan-
kemajuan yang telah dicapai. Cabang kajian bidang fonetik dan fonologi terangkum
dalam bidang kajian Linguistik Am di mana huraian bahasa dilakukan secara umum dan
universal.

2.0 Fonem

Fonem boleh diertikan sebagai unit bunyi terkecil yang membezakan makna.
Fonem ialah satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa
unit bunyi. Manusia dapat mengeluarkan banyak bunyi dan fon, tetapi daripada fon – fon
tersebut, hanya beberapa sahaja distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon
itu distingtif , fon – fon dibanding dan dikontraskan antara satu sama lain. Oleh itu, fon –
fon yang distingtif dapat dikenalpasti daripada perbezaan sebutan kerana dihasilkan
dalam konteks yang berlainan tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon – fon yang
distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.

Perbezaan makna dapat ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan
terkecil perkataan. Misalnya perkataan palu dan balu . Dalam pasangan minimal
perkataan palu dan malu, terdapat bunyi yang berbeza atau distingtif, iaitu pada bunyi p
dan bunyi b .

Oleh kerana perkataan palu dan balu hampir sama, kecuali, kecuali bunyi p dan
bunyi t , maka dikatakan bahawa bunyi p dan bunyi b adalah bunyi yang distingtif yang
membezakan makna. Jika p diganti dengan b, maka palu akan bertukar menjadi malu.
Oleh itu, bunyi p dan b . Oleh itu, p dan b adalah unit terkecil yang berfungsi atau
dikenali sebagai fonem, kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Bunyi fonem ini
diletakkan dalam kurungan fonem iaitu / p / dan / b /.

2
Terdapat contoh – contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna
seperti yang berikut :
i) pakar
bakar
/ p / dan / b / adalah fonem yang berbeza.
ii) tulang
dulang
/ t / dan / d / adalah fonem yang berbeza.
iii) sayang
wayang
/ s / dan / w / adalah fonem yang berbeza.

2.1 Kaedah Mengenalpasti Fonem

Terdapat dua kaedah mengenalapasti fonem, iaitu analisis fonem segmental dan
analisis fitur distingtif :

2.1 ( a ) Analisis Fonem Segmental

Bunyi – bunyi bahasa disegmen menjadi fon – fon. Fon – fon ini dikelaskan
mengikut cara sebutan , daerah sebutan dan cara penghasilan bunyi ini sama ada
melibatkan getaran pita suara atau tidak. Contohnya seperti fon [ p ] dan [b]. Kedua –
duanya merupakan konsonan letupan, tetapi [ p ] tidak bersuara manakala [ b ] pula
bersuara. Contohnya seperti pasangan perkataan Inggeris berikut :

[ puš ] push bermakna tolak


[ buš ] bush bermakna semak

3
Perkara ini menunjukkan [ p ] dan [ b ] membezakan makna sehingga
menghasilkan dua perkataan yang berlainan dalam lingkungan yang sama. Maka dua fon
konsonan ini adalah dua fonem yang berlainan iaitu / p / dan / b /.

2.1 ( b ) Analisis Fitur Distingtif.

Dalam analisis ini, ciri – ciri atau fitur – fitur yang menunjukkan kedua – dua
konsonan ini adalah berbeza diambilkira. Setiap satu fonem mempunyai beberapa fitur –
fitur atau dikatakan juga mempunyai satu ikatan fitur. Dalam fitur – fitur tersebut,
terdapat fitur – fitur yang distingtif atau dapat dibezakan dengan fonem – fonem yang
lain. Contohnya seperti pada fitur – fitur fonem / p / dan / b / :

Fitur p b
Bibir √ √
Letupan √ √
Bersuara - √

Dengan menggunakan tiga fitur sahaja, dua fonem iaitu / p / dan / b / dapat
dibezakan. Contohnya seperti :
/ p / = [ √ bibir bersuara, √ letupan, - bersuara.]
/ b / = [ √ bibir, √ letupan , √ bersuara ]

3.0 Alofon

Alofon ialah anggota – anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan
kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem.
Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem berlaku disebabkan terpengaruh oleh
bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya fonem /
p / yang hadir di awal perkataan paku dihasilkan sebagai bunyi letupan sempurna.
Apabila / p / hadir di akhir kata seperti pada perkataan tutup, bunyi letupan ini tidak

4
disempurnakan. Kesimpulaannya, alofon ialah varian fonem yang berdasarkan
kedudukan.

4.0 Sistem Fonologi Bahasa Melayu

Sistem fonologi bahasa Melayu mengkaji tentang sistem atau peraturan yang
terdapat dalam bunyi bahasa Melayu.. Terdapat beberapa definisi atau pengertian yang
berkaitan dengan fonologi. Sebagai contoh, F. Parker mendefinisikan fonologi sebagai
suatu bidang yang mengkaji tentang sesuatu bahasa iaitu tentang rumus- rumus yang
menentukan sebutan. Kamus Linguistik pula memberikan pengertian fonologi sebagai
bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi- bunyi bahasa mengikut fungsinya.
Abdullah Hassan mentakrifkan fonologi dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru
Bahasa Melayu ( 1993 : 40 ) sebagai ilmu yang mengkaji bunyi – bunyi yang berfungsi
dalam sesuatu bahasa.

Dalam buku Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu, fonologi dapat disimpulkan
sebagai kajian terhadap fungsi – fungsi bahasa. Bidang ini, menentukan sistem bunyi
sesuatu bahasa sama ada bunyi itu bersifat distingtif ( membezakan makna ) atau tidak
distingtif. ( tidak membezakan makna ). Dalam pengertian yang lain, fonologi ialah
cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi – bunyi bahasa yang berfungsi. Bunyi – bunyi
berfungsi ini ialah bunyi – bunyi yang digunakan dalam sesuatu pertuturan. Kajian
bidang fonologi tebahagi kepada dua iaitu cabang fonetik dan fonemik.

Alat – alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pengeluar
(artikulator) dan jdaerah pengeluar. Alat artikulasi ialah bahagian - bahagian yang dapat
digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contohnya
pada bahagian hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. Daerah pengeluar
(artikulasi) pula merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.
Contohnya seperti pada bahagian gigi atas, gusi dan lelangit keras.

5
Gambarajah : Alat- alat Artikulasi

No. Nama Alat Artikulasi


1 Paru- paru
2 Batang Tengkorak
3 Pangkal Tengkorak
4 Pita Suara
5 Krikoid
6 Tiroid
7 Aritenoid
8 Dinding rongga kerongkong
9 Epiglotis
10 Akar lidah
11 Akar lidah, lidah belakang,pangkal lidah
12 Tengah lidah
13 Daun lidah
14 Hujung lidah
15 Anak tekak
16 Langit- langit lembut
17 Langit- langit keras
18 Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi
19 Gigi atas
20 Gigi bawah
21 Bibir atas
22 Bibir bawah
23 Mulut
24 Rongga mulut
25 Rongga hidung

6
4.1 Penggolongan bunyi bahasa Melayu

4.1 ( a ) Bunyi vokal bahasa Melayu.

Bunyi – bunyi bahasa Melayu dapat digolongkan kepada bunyi – bunyi vokal,
konsonan dan diftong. Bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara, iaitu ketika
mengeluarkan bunyi tersebaut, pita suara akan digetarkan. Semasa mengeluarkan bunyi
vokal, udara dari paru – paru dikeluarkan tanpa sebarang sekatan udara atau gangguan.
Terdapat enam vokal asli dalam bahasa Melayu, yang terdiri daripada tiga vokal depan,
satu vokal tengah dan dua vokal belakang.

Perkataan depan, tengah dan belakang merujuk kepada kedudukan lidah iaitu
depan lidan,tengah lidah dan belakang lidah. Istilah sempit, separuh sempit, luas dan
separuh luas merujuk kepada keadaan rongga mulut. Kedudukan vokal – vokal dalam
bahasa Melayu dapat dilihat seperti di dalam jadual.

Vokal Lambang Nama vokal


Vokal depan [i] vokal depan sempit

[e] vokal depan separuh sempit

[a] vokal depan luas


Vokal tengah [ә ] vokal tengah
Vokal belakang [u] vokal belakang sempit

[o] vokal belakang separuh

sempit

Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, bunyi vokal depan separuh sempit
[ e ] dan vokal tengah [ә ] dilambangkan oleh huruf yang sama, iaitu huruf e. Huruf e
yang melambang kan bunyi vokal separuh sempit [ e ] dikenali sebagai e taling,

7
manakala huruf e yang mewakili vokal tengah disebut sebagai e pepet. Tiga bunyi vokal
i, a, u dapat hadir di awal, di tengah dan akhir kata, manakala vokal e ( e taling ), o dan e
( e pepet ) hanya hadir di awal dan tengah kata asli Melayu.

Taburan vokal asli bahasa Melayu ditunjukkan seperti di dalam jadual di bawah :

Vokal Kedudukan
Awal kata Tengah kata Tengah kata Akhir kata
( terbuka ) ( tertutup )
[ i] itu pisau pintar pili
[e] elok tengok tembak tauge
[ a] asyik balik bantal bara
[ u] uri suria syurga sumbu
[o] olak rosak rompak konco
[ә] enau lemak lembap idealisme

4.2 Bunyi Konsonan Bahasa Melayu

Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa selain bunyi vokal. Konsonan boleh terdiri
daripada bunyi yang bersuara dan tidak bersuara. Semasa bunyi konsonan dihasilkan,
udara yang keluar dari paru – paru mengalami sekatan udara. Bunyi konsonan
dibahagikan kepada dua iaitu konsonan asli dan pinjaman.

Cara Daerah sebutan


Bibir Gigi - gusi Lelangit Lelangit Glotis
sebutan
keras lembut
Letupan p,b t,d k ,g k[]
Letusan c[č]j[ĵ]
Geseran s h
Getaran r
Sengauan m n / ny/ [ɲ ] / ng / [ ŋ ]
Sisian l
Separuh w y

8
vokal

Sembilan konsonan asli dapat hadir di awal, di tengah, dan di akhir kata.
Konsonan pinjaman bahasa Melayu dipinjam daripada bahasa sumber, sama ada dari
bahasa Sanskrit ,Arab , ataupun Inggeris. Bunyi konsonan tersebut terdiri daripada
konsonan geseran seperti :

a ) Geseran bibir- gigi tidak bersuara [ f ]. d ) geseran gigi bersuara [ ǒ ]

b ) geseran bibir – gigi bersuara [ v ] e ) geseran gigi- gusi bersuara [ z ]

c ) geseran gigi tak bersuara [ θ ] f ) geseran lelangit keras tak bersuara [ z ]

g ) geseran lelangit lembut tak bersuara [ š ] h ) geseran lelangit lembut bersuara [ δ ]

4.3 Bunyi diftong bahasa Melayu

Bunyi diftong ialah percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan dengan satu
hembusan nafas. Diftong bersifat satu suku kata dan mempunyai satu puncak kelantangan
kerana berlaku geluncuran dari satu vokal yang mendahului vokal yang mengikutinya.
Diftong juga dibezakan daripada vokal rangkap yang merupakan urutan dua vokal penuh
yang mempunyai dua puncak kelantangan dan dua suku kata. Contoh rangkap vokal
terdapat pada perkataan ‘main’. Vokal a dan i pada kata itu ialah dua vokal penuh dan
kata itu terdiri daripada dua suku kata iaitu ma da in.

Terdapat tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu, iaitu [ ai ], [ au ], dan [ oi ].


Contoh kata yang mengandungi bunyi diftong seperti di bawah :\

a ) diftong [ ai ] – aising, hairan, pandai.

b ) diftong [ au ] – aurat , saudara, kerbau.

c ) [ oi ]- boikot, amboi.

9
4.4 Suku kata

Suku kata ialah pecahan pada sesuatu kata yang terdiri daripada satu vokal atau
gabungan vokal dengan konsonan. Suku kata hanya akan terbentuk dengan adanya bunyi
vokal kerana bunyi konsonan sahaja tidak dapat membentuk suku kata dalam bahasa
Melayu. Suku kata dapat dibahagikan kepada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Suku kata terbuka berakhir dengan huruf vokal manakala suku kata tertutup berakhir
dengan huruf konsonan. Berdasarkan Sistem Ejaan Rumi bahasa Melayu, terdapat 11
pola suku kata dalam bahasa Melayu.

Pola Contoh penggunaan


V Anak, dia
VK Unta, diam
KV Kapal, asli
KVK Lampu, pasang
KKV Program, drama
KKVK Blok, ekspres
VKK eksperimen
KVKK Bank, injuksi, saspens.
KKVKK Kompleks
KKKV Skru, stratifikasi
KKKVK Spring, infrastruktur.

10
Jadual pola suku kata dalam bahasa Melayu.

Daripada 11 pola tersebut, empat pola yang pertama iaitu V, VK, KV, KVK
merupakan pola umum suku kata bahasa Melayu, manakala tujuh pola yang berikutnya
merupakan pola pinjaman dari bahasa Inggeris. Selain itu, terdapat empat pola suku kata
terbuka dan tujuh pola suku kata tertutup. Empat pola suku kata terbuka itu ialah V, KV,
KKV dan KKKV.

5.0 Kesimpulan

Dalam aspek fonologi, terdapat 4 aspek yang perlu difahami iaitu aspek bunyi,
fonem, huruf dan suku kata. Kemahiran yang terdapat dalam bidang ini boleh
diaplikasikan dalam pelbagai aspek. Apabila bunyi – bunyi bahasa ini dapat difahami,
manusia akan dapat mengujarkan sesuatu bunyi dengan betul.

11

Anda mungkin juga menyukai