Anda di halaman 1dari 2

Kepada : Cik Siti Zubaidah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terima kasih kepada pengerusi majlis ,


yang saya hormati pengurus Bahagian Sukan dan Rekreasi; Saudari Nurulhuda
bt. A. Ghani, ketua Bahagian Eksplorace 4 Convex, sekretariat Eksplorace serta
hadirin dan hadirat sekalian.

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih diatas kejayaan bahagian Recsport
kerana telah menganjurkan acara Ekplorace 4 Convex pada hari ini. Saya juga
mengucapkan terima kasih diatas penyertaan semua peserta yang menyertai
Eksplorace 4 Convex yang dianjurkan oleh Convex pada tahun ini.

Bertemakan ‘Mahasiswa Glokal Aspirasi Universiti’ , Convex pada tahun ini


bukan hanya untuk meraikan graduan yang berjaya tetapi juga menginginkan
penyertaan daripada seluruh warga USM. Ini selaras dengan objektif Eksplorace
4 Convex iaitu mengeratkan hubungan antara warga USM dan masyarakat
sekitarnya. Selain itu, ingin juga melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja
cemerlang dari bidang akademik bahkan melahirkan mahasiswa yang mampu
beriadah dan bersosial dengan cara yang bermanfaat.

Malahan, objektif acara ini ialah untuk membuka minda mahasiswa kepada dunia
luar. Selain itu juga, Eksplorace 4 Convex juga dapat membentuk modal insane
yang mencerminkan keintelektualan mahasiswa yang mampu berfikir secara
pantas dan bergerak secara aktif. Ia juga dapat menambah keceriaan dan
menjadi momentum ataupun landasan untuk mengeratkan silaturrahim diantara
satu sama lain. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga
kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Eksplorace 4 Convex ini.
Akhir bicara, saya dengan ini, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim
merasmikan penutupan Eksplorace e4 Convex pada tahun ini. Sekian, Terima
Kasih.

Anda mungkin juga menyukai