Anda di halaman 1dari 3

EPA.

015

Sila isi dalam 3 salinan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR

LAPORAN KEJAYAAN PROJEK

Nama Pertubuhan : ConvEx ’06 (Bahagian Sukan dan Rekreasi)


Nama Projek : Tenpin 4 Convex
Tarikh : 9 0G0S 2006
Tempat : BJ Bowl, Kompleks Bukit Jambul.

SEKRETARIAT PROJEK
Penaung : Sekretariat ConvEx ‘06
Penasihat : Nurulhuda bt. A.Ghani (Pengurus RecSport’06)
Pengarah : Maryam bt. Lahulu
Timbalan Pengarah : -
Setiausaha : Ashraf Rohanim bt. Asari
Bendahari : Izmawarny bt. Ismail

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN


1. Mengadakan dua acara boling iaitu acara individu dengan yuran penyertaan
sebanyak RM20.00 dan acara berkumpulan sebanyak RM65.00

PESERTA USM YANG TERLIBAT


1. Pelajar USM
2. Staf USM
PESERTA LUAR YANG TERLIBAT
1. Pengunjung BJ Bowl.
2. Balai Polis Pulau Pinang.
PENYATA KEWANGAN
(Sila sertakan lampiran sekiranya ruang tidak mencukupi)

Pendapatan (RM) Perbelanjaan (RM)


- Peruntukan dari tabung - Pengangkutan
- Sumbangan - Perhubungan
- -
_________ _________
Jumlah _________ Jumlah _________

Keuntungan/Kerugian RM_____
*Sila rujuk lampiran

KEJAYAAN PROJEK
1. Acara Tenpin 4 Convex ini telah berjaya menarik ramai peserta tidak kira dari
dalam atau luar USM. Bagi acara individu, sebanyak 50 orang peserta yang
mengambil bahagian dan 22 kumpulan untuk acara berkumpulan.

FAEDAH YANG DIPEROLEH OLEH PESERTA


1. Bagi warga USM, para pemenang akan disenaraikan dalam calon atlit varsity
untuk USM. Pihak unit sukan USM telah melahirkan hasrat untuk mengambil
pemenang acara ini sebagai pemain boling USM.
2. Acara ini menawarkan hadiah yang agak lumayan berbanding wang
penyertaan peserta. Hadiah juga telah diubah agar memuaskan hati semua
pihak berbanding penganjurannya pada tahun lepas.

MASALAH YANG DIHADAPI


1. Pada permulaan, acara ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada peserta tetapi keadaan ini berubah menjadi amat meriah pada hari
kejohanan.
2. Terdapat sedikit kekeliruan berlaku antara pihak BJ Bowl dan penganjur.
Pihak BJ Bowl mendakwa pihak penganjur hanya menempah tempat mereka
pada pukul 5.30 petang. Hal ini menyebabkan kaunter pendaftaran peserta
lambat dibuka.
3. Terdapat sedikit kekecohan pada saat pendaftaran peserta di BJ Bowl.
Bilangan penyelaras yang sedikit pada hari itu menjadikan keadaan agak
tidak teratur. Hal ini kerana kejohanan ini diadakan pada hari Rabu dan ramai
penyelaras tidak dapat menghadirkan diri kerana ada kuliah dan tutorial.
4. Peserta menyerbu kaunter pendaftaran menyebabkan keadaan agak kecoh.
Kehadiran peserta yang baru dan peserta yang mendaftar menjadikan
suasana agak kelam kabut.

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITI DAN MEMPERBAIKI


PELAKSANAAN PROJEK DI MASA AKAN DATANG.
1. Bilangan peserta yang sedikit tidak mematahkan semangat pihak penganjur.
Kerjasama dengan pihak BJ Bowl dengan mengedarkan borang penyertaan
kejohanan 2 minggu lebih awal agak membantu beserta poster-poster
kejohanan yang ditampal di sekitar BJ Bowl bagi membantu mewar-warkan
acara ini.
2. Salah faham antara pihak BJ Bowl dengan pihak penganjur berjaya diatasi
dengan tolak ansur kedua-dua pihak dan pihak penganjur dibenarkan
membuka kaunter pada pukul 5.00 petang.
3. Hari kejohanan sepatutnya diadakan pada hari minggu bagi merancakkan
lagi acara. Masalah penyelaras juga dapat diatasi kerana diadakan pada hari
minggu.
4. Pihak penganjur perlu menyelaraskan tugas bagi mengawal para peserta
yang datang untuk mendaftar.

Laporan disediakan oleh:


Nama : Masrina bt. Sharifoddin
Jawatan : Setiausaha
Tandatangan :
Tarikh : 8 Sept 2006

Anda mungkin juga menyukai