Anda di halaman 1dari 4

Perkembangan Sosiobudaya Di Sekolah

Definisi Budaya
Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah
kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.Budaya terbentuk dari banyak
unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas,
pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan bagian
tak terpisahkan dari diri manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya
diwariskan secara genetis. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang
yang berbeda budaya dan menyesuaikan perbedaan-perbedaannya, membuktikan bahwa
budaya itu dipelajari. Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. budaya bersifat
kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif.
Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia.

Konsep sosiobudaya
Maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam
berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup
masyarakat itu.

Faktor yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah

Bangsa
Menurut John Stuart Mill, “Bangsa merupakan rumpum manusia yang terikat oleh rasa
taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun
bangsa yang lain. ” Menurut Kamus Dewan, Bangsa merupakan sekumpulan orang yang
mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Menurut Kamus Pelajar,
“Bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa ”. Secara
umumnya, konsep bangsa bermaksud Kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta
serupa sifatnya. Kelompok manusia yang memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu
wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.
Etnik:
Kumpulan yang wujud disebabkan perbezaan budaya. Termasuk cara berfikir dan cara
bertindak. sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam,
termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Ras
kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal-biologikal yang
nyata. - kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai
berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat
diubah.
Bahasa
Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan
pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang-wenangnya. Penggunaannya
perlu digunakan dengan struktur bahasa yang betul. Cole (1998) – bahasa adalah satu set
simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna
dengan sistem komunikasi kompleks. Bahasa adalah bersifat dinamik kerana bersesuaian
dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa.

struktur sosial
Sistem kelas sosial ialah satu sistem di dalam sistem susun lapis sosial terbuka. Di dalam
sistem ini, susun lapis masyarakat lebih mudah diubah dan dapat bergerak dari satu lapisan
ke lapisan yang lain. Status seseorang individu itu biasanya bergantung kepada kedudukan
ekonomi ketua
rumah.
-
Agama, kepercayaan, adat resam dan budaya
Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Kepercayaan
dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap
berkedudukan memihak (propositional attitude). Dalam konteks agama pula, kepercayaan
adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini,
kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.
Adat merupakan amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada
anggota masyarakat. Adat resam adalah sesuatu cara yg telah ditentukan utk melakukan
sesuatu yg telah diakui oleh masyarakat. Adat juga merupakan sesuatu perkara yang iwarisi
sejak turun temurun oleh masyarakat Melayu, India dan Cina di negara ini.
Jantina
Faktor jantina turut mempengaruhi pembentukan iklim di kelas. Lelaki dan perempuan
mempunyai perbezaan dari segi fikiran, perasaan dan perlakuan. Campuran jantina memberi
peluang murid bergaul dgn lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati perbezaan jantina
dan meluaskan ruang persefahaman dan toleransi. Sehubungan itu, guru harus pandai
merancang aktiviti yg bersesuaian dengan jantina.
Isu ketidaksamaan akibat kepelbagaian sosiobudaya
- bahasa
- layanan guru
- gender dan kaum
- pencapaian akademik

Peranan guru sebagai agen sosiolisasi

Definisi Sosialisasi
Kamus Dewan mentakrifkan sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Mohd. Salleh Lebar dalam bukunya Sosialisasi
Sekolah dan Pendidikan mentakrifkan sosialisasi ialah proses interaksi sosial yang
membolehkan manusia memperolehi personaliti atau sakhsiah dan belajar cara hidup
masyarakatnya. Proses ini berlaku secara berterusan dan banyak dipengaruhi oleh faktor-
faktor persekitaran personaliti merangkumi pemikiran, tahap emosi, daya kesedaran diri,
konsepsi dan lain-lain lagi. Selain itu, sosialisasi boleh didefinisikan sebagai interaksi antara
manusia sama ada verbal atau non verbal. Apabila manusia melakukan tugasan bersama,
sekalipun tanpa interaksi, ia juga dianggap sebagai proses sosialisasi.
Menurut Peter L. Berger, sosialisasi adalah proses dalam mana seorang anak belajar
menjadi seseorang yang berperanan dalam masyarakat. Manakala Robert M.Z. Lawang
memberi maksud sosialisasi adalah proses mempelajari nilai dan norma yang diperlukan
untuk memungkinkan seseorang dapat berperanan secara efektif dalam kehidupan sosial.
Menurut Horton dan Hunt pula, sosialisasi merupakan suatu proses yang terjadi ketika
seorang individu menghayati nilai-nilai dan norma-norma kelompok di mana dia hidup
sehingga terbentuklah keperibadiannya. Sebagai kesimpulannya, sosialisasi adalah cara
bagaimana individu bermasyarakat dalam menjalani kehidupan sehariannya.
Sosialisasi bertujuan untuk mengembangkan kemampuan seorang anak dalam
kehidupan untuk berkomunikasi secara efektif. Selain itu, ia juga memberikan keterampilan
yang diperlukan seseorang yang mempunyai tugas dalam masyarakat. Proses sosialisasi ini
dapat menanamkan nilai-nilai kepercayaan kepada seseorang yang mempunyai tugas
dalam masyarakat. Sosialisasi yang betul dapat membentuk keperibadian yang unggul
dalam diri seseorang.
Selain itu, Dalam proses sosialisasi terjadi paling tidak induvidu atau anak akan mengalami 3
tahap berikut, iaitu:
1) Mempelajari nilai dan norma sosialogi.
2) Menjadikan nilai dan norma yang dipelajari sebagai milik diri.
3) Membiasakan tindakan dan perilaku sesuai dengan nilai dan norma yang telah menjadi
miliknya.
Sekolah ialah suatu komuniti yang terdiri daripada pelbagai individu yangmempunyai
peranan tertentu. Sosialisasi ialah suatu proses dimana individu mengenal dan menghayati
cara menyertai sesuatu kelompok dilingkungannyasehingga menjadi sebahagian kelompok
berkenaan. Sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membantu pelajar menyesuaikan diri
dengan komuniti sekolah. Guru memegang peranan penting dalam pembentukan
keperibadian seseorang pelajar. Guru lebih memahami perasaan seseorang pelajar dan sifat
empati membantu pelajarmembentuk emosi yang sihat. Gurulah yang memudahkan pelajar
menyesuaikan dirikerana dia menghormati perbezaan individu.

Peribadi
Guru bermain peranan penting dalam pembentukan tingkah laku pelajar. Gurumerupakan
teladan yang sangat penting dalam menyalurkan nilai, sikap dankepercayaan kepada anak
didik mereka. Jika guru kerap kali ponteng kelas, tidak bersemangat, cepat marah dan
sebagainya, maka pelajar juga akan meniru perlakuan yang diperhatikannya , seperti kata
pepatah, „Bapa borek anak rintik‟. Guru boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar.
Contohnya, seorang pelajardaripada keluarga dimana ibu bapa sentiasa berkelahi dan
pukul-memukulkemungkinan personalitinya dan kelakuannya terbentuk ke arah yang sama.
Tetapi, bila pelajar itu datang ke sekolah dan berhadapan dengan guru yang penyayang dan
prihatin, kemungkinan pelajar itu akan sedar bahawa adanya cara lain berkelakuantidak
seperti yang dilihat di rumah
- profesion
- amalan dan tingkahlaku

Anda mungkin juga menyukai