Anda di halaman 1dari 38

BAB 8:

PERANAN ETIKA DAN


PERADABAN MENDOKONG
TANGGUNGJAWAB SOSIAL

CTU152 | ETIKA DAN PERADABAN I


ISI
KANDUNGAN

8.1 Takrifan Harian dan Autoriti

8.2 Peranan Etika dan Peradaban dalam Mendokong


Tanggungjawab Sosial

8.3 Kesedaran Nasional dalam Tanggungjawab Sosial

8.4 Tanggungjawab Sosial Dalam dan Luar Negara

8.5 Kesukarelaan
Adat Istiadat Jika melibatkan negara & Lebih tinggi dan
Takrifan Autoriti
negara asing formal
(top-down)
Ada protokol
untuk dipatuhi Formal 🡪 formalitinya Kesedaran Nasional
semakin ketat dan
Ditentukan oleh
terperinci
pemerintah
(ada peraturan
bertulis) + Keadilan &
Keharmonian

Realiti
Sosial Tanggung jawab
Sejagat Sosial

Adat Resam Kehidupan seharian


Takrifan Harian
(bottom-up)
Perilaku Tiada peraturan formal dalam bentuk adab
kehidupan dan nilai hormat
seharian menghormati
Ditentukan oleh menjadi panduan
individu, keluarga perilaku individu
dan komuniti
(tiada peraturan
bertulis)
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar dapat:

1) Menjelaskan Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian.


2) Menghuraikan Peranan Etika & Peradaban dalam
mendokong Tanggungjawab Sosial.
3) Mempamerkan Minat Kesukarelawan dalam Mencapai
Keharmonian Masyarakat.

HASIL
PEMBELAJARAN
8.1
Takrifan Harian dan Autoriti
KONSEP REALITI SOSIAL

Pengalaman Hidup

yang dilalui dan diterima

oleh pelbagai

kumpulan strata

berdasarkan
kepentingan norma hidup
peribadi sejagat
TAKRIFAN HARIAN DAN AUTORITI

TAKRIFAN AUTORITI TAKRIFAN HARIAN


1. Konsep ini merujuk kepada perilaku
1. Konsep takrifan autoriti realiti sosial
dalam kehidupan seharian. Ia bukanlah
merujuk kepada fenomena dan tingkah
dokumen bertulis, malah ditentukan oleh
laku yang dikaitkan dengan
individu, keluarga, dan komuniti.
perundangan, protokol, perlembagaan
yang telah diinstitusi dan diperakui 2. Ia tidak mempunyai peraturan formal
bersama. seperti takrifan autoriti.
2. Takrifan ini lahir berdasarkan dokumen
dan pihak berkuasa di dalam
masyarakat.

Contoh: adat resam dalam masyarakat


Contoh: undang-undang Malaysia dan
(adab menerima tetamu, adab ziarah-
Perlembagaan Malaysia
menziarahi)
Takrifan Melayu
8.2
Peranan Etika & Peradaban
dalam Mendokong
Tanggungjawab Sosial
PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM
MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

❖ Dalam masyarakat pelbagai etnik dan agama di Malaysia, maka istilah-istilah etika, moral,
akhlak dan sebagainya digunapakai untuk memaparkan tanggungjawab seseorang anggota
masyarakat lahir dari teras nilai dalam peradaban mereka.
❖ Sering kali tanggungjawab sosial berteraskan nilai adalah bersumberkan agama, budaya
atau falsafah kehidupan yang menjadi pegangan mereka
TANGGUNGJAWAB SOSIAL: DEFINISI

Tanggungjawab Sosial adalah satu kemampuan refleksi seseorang individu


terhadap pandangan hidup dipegang tentang keadilan dan kebaikan demi
kesejahteraan hidup bersama.

Individu yang menghayati dan mendarah-daging kebertanggungjawaban sosial


dalam dirinya, akan sentiasa memerhati, memikir, mengkaji, menganalisis,
mencari penyelesaian dan bertindak untuk memastikan keadilan dan kebaikan
sentiasa ditegakkan di dalam masyarakat.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL

LUARAN
Tindakan Pelanggaran
Kesedaran & Tindakan
Salah & Betul Mengurus Pelanggaran

Tanggungjawab Sosial

Hati & Etika Profesional

DALAMAN
The 12 Core Action Values And The Cornerstones
That Put Action Into Those Values
TUN DR MAHATHIR: NILAI-NILAI KEPIMPINAN

SUBSTANTIF RASIONALITI FORMAL RASIONALITI


Amanah Kerajinan
Perasaan malu Kawalan diri
Jujur Jangan ambil hak orang
Berani Teratur sistem
TANGGUNGJAWAB SOSIAL: ARAS

i. Setiap individu boleh memiliki nilai betul dan salah tentang


tindakan peribadinya
ii. Individu juga memiliki nilai betul dan salah dalam tindakan
koletifnya apabila berhubungan dengan individu-individu lain,
keluarga, komuniti, negara dan masyarakat pada peringkat
sedunia.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL: DIMENSI

i. Kesedaran dalam diri seseorang terhadap ketidakadilan dan


kezaliman yang berlaku dalam masyarakat akan mendapat
perhatiannya sehingga mahu membawa transformasi sosial dalam
masyarakat.
ii. Tindakan yang diambil, akan membawa perubahan sosial dalam
masyarakat, negara atau pada peringkat dunia.
8.3
Kesedaran Nasional dalam
Tanggungjawab Sosial
KESEDARAN NASIONAL DALAM
TANGGUNGJAWAB SOSIAL

i. Kesedaran ini boleh membawa kepada


kesepaduan rakyat untuk menyumbang tenaga dan
harta bagi meringankan beban dan kesusahan
mangsa atau golongan kurang bernasib baik lebih-
lebih lagi apabila berlakunya krisis, bencana,
pandemic atau sebarang musibah
ii. Membina kesedaran tanggungjawab sosial dalam
diri setiap ahli merupakan proses yang panjang.
Perlu dipupuk sejak kecil di rumah serta diteruskan
dalam pengajian di sekolah dan universiti agar
dapat menjadi warganegara yang boleh
menyumbang kepada masyarakat
BANJIR
8.4
Tanggungjawab Sosial Dalam
dan Luar Negara
KESEDARAN KESEJAGATAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL (DALAM DAN LUAR
NEGARA)
❖ Tanggungjawab sosial dapat dilakukan oleh individu, organisasi mahupun badan korporat
sama ada dalam dan luar negara bagi membantu komuniti yang ditimpa musibah

❖ Terdapat syarikat dan organisasi besar yang memperuntukkan kewangan untuk projek-
projek kemanusiaan, kelestarian alam, pendidikan serta pembangunan komuniti

Sambungan…
❖ Sebagai individu atau kelompok kecil, tanggungjawab sosial ini juga boleh
dilakukan dengan menyumbang tenaga atau harta serta solidariti bagi
membantu komuniti yang terjejas.
❖ Pada masa kini, tanggungjawab sosial banyak dijalankan di seluruh dunia merentasi
etnik, kaum, bangsa dan agama bagi mengurangi masalah sosial, ekonomi,
persekitaran dan sebagainya.
❖ Sebagai contoh, banyak organisasi dalam dan luar negara yang telah menjalankan misi
bantuan menyalurkan sumbangan dan solidariti kepada Christchurch, Palestin,
Rohingya, Ughyur, Somalia dan tempat-tempat lainnya atas dasar kemanusiaan.
8.5
Kesukarelaan
❖ Kesukarelaan : Melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau
dikerah dengan niat yang ikhlas dan tidak mengharapkan pulangan atau
kepentingan.

❖ Sikap sukarelawan mendorong seseorang


untuk hidup bermasyarakat dan berkongsi
ukhwah serta kasih sayang

❖ Dalam Islam, kesukarelaan amat disarankan


sebagaimana dalam al-Quran yang
menyebut “Berlumba-lumbalah kamu
untuk mengerjakan kebajikan”

(Surah al-Baqarah : 148)


Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=Dtx-yxPPyzA
KESIMPULAN
❖ Etika, moral dan akhlak adalah elemen makna emosi dalaman manusia.
❖ Ia adalah tali-tali pengikat kemanusiaan, social bonding, social cement hingga
terbina hubungan antara manusia, kumpulan, negara dan sedunia.
❖ Ia perlu dikaji bukan sahaja pada peringkat individu tetapi juga pada peringkat akar
umbi (mikro), institutional (masyarakat sivil) dan pihak-pihak berkuasa (makro).
FIKIR DAN BINCANG!

Bagaimanakah anda akan mengolongkan kes-kes di bawah sebagai takrifan


harian atau autoriti?

1. Bendera Malaysia Jalur Gemilang diterbalikkan


2. Melanggar lampu isyarat berwarna merah
3. Street wedding dijalankan di atas jalan di kawasan perumahan
4. Seorang Muslim tidak membeli di kedai tiada Sijil Halal JAKIM
5. Sebuah Persatuan Buddhist memberi bantuan kemanusiaan kepada
mangsa banjir tanpa mengira etnik dan agama mangsa
TERIMA KASIH

This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA-NC

Anda mungkin juga menyukai