Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini
saya Muhammad Azizudin bin Hashim (D1510622), mahasiswi Kolej Universiti Islam
Melaka yang mengikuti kursus Diploma Syariah (DS) telah berjaya menamatkan sesi
Latihan yang bermula pada 25 Disember 2017 sehingga 5 Januari 2018. Di kesempatan
ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada
seluruh kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Klang terutamanya kepada Pn.Saniah Binti
Saroji selaku Penolong Pendaftar Mahkamah
Rendah Syariah Klang yang sudi menerima saya sebagai pelajar praktikal di sana.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada seluruh kakitangan Mahkamah Rendah
Syariah Klang yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan serta berkongsi ilmu
mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus dilakukan sepanjang saya menjalani
latihan sangkutan di mahkamah tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti saya tidak
dapat menjalani latihan sangkutani ini dengan jayanya seperti ini.Selain itu, saya
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KUIM terutamanya kepada
pensyarah penyelia saya, Encik Taufik bin A. rashid kerana telah memberi
kelonggaran kepada saya untuk mencari sendiri tempat untuk menjalani latihan
sangkutan. Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi
taklimat mengenai latihan sangkutan dan kaedah penyediaan untuk menyiapkan sebuah
buku laporan Latihan Sangkutan yang lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Fakulti Undang-Undang, Governan
Dan Hubungan Antarabangsa kerana telah banyak memberikan sokongan, bantuan,
semangat dan nasihat kepada saya serta rakan-rakan seperjuangan sebelum kami
menjalani latihan sangkutan. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat yang membantu saya sehingga terhasilnya laporan ini. Semoga Allah
sahaja yang dapat membalasnya.

2.0 PENGENALAN KOLEJ DAN FAKULTI

2.1.1 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka. Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan untuk mengambil alih pentadbiran
Madrasah Darul Falah, Kuala Sungai Baru dan ianya dijadikan sebagai institusi
pengajian tinggi. Institut ini dinamakan Kolej Islam Melaka (KIM) pada 9 Disember
1992 dan disahkan pada 30 Disember 1992.
Pada 4 dan 5 Mei 1994, persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka telah
meluluskan penubuhan Kolej Islam Melaka di bawah Enakmen Kolej Islam Melaka. KIM
mula beroperasi dengan menyewa Bangunan MARA di Alor Gajah pada 16 Mei 1994.
Kemasukan pelajar pertama adalah seramai 44 orang pelajar yang mengikuti kursus
Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam serta Diploma Pemasaran pada 3 September
1994.
Pada Januari 1995, KIM telah menawarkan Diploma Kejururawatan dengan
pengambilan pelajar pertama seramai 20 orang dan beroperasi di bangunan Graha
Patriotika, Tanjung Keling, Melaka. Program ini mendapat pengiktirafan penuh
daripada Majlis Jururawat Malaysia (MNA). Penawaran kursus akademik telah
diperluaskan lagi pada Julai 1995 oleh KIM dengan memperkenalkan Diploma Perakaunan
dengan pengambilan pelajar pertama seramai 30 orang.
Hasil daripada penambahan program diploma di KIM telah berlakunya penambahan
pelajar dari tahun ke tahun. Maka, satu Majlis Pecah Tanah telah diadakan pada 28
Januari 1997 bagi pembinaan kampus tetap di Kuala Sungai Baru. Pada 12 Julai 1997
Majlis Konvokesyen yang pertama telah diadakan di Masjid Al-Azim dan seramai 54
orang telah bergraduasi. Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka bil. 29/2001 yang
bersidang pada 3 Oktober 2001 telah bersetuju untuk mengubah nama Kolej Islam
Melaka (KIM) kepada Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM). Jumlah pelajar pada waktu
tersebut telah melebihi 3500 orang. KTIM juga telah menguruskan pelbagai pinjaman
kepada semua pelajar yang layak.
KTIM juga merupakan satu-satunya IPTS berteraskan Islam yang dimiliki
sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Melaka dan dipengerusikan oleh Y.A.B Datuk Seri
(Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka. Selain itu, KTIM
telah melahirkan seramai 1031 orang graduan daripada pelbagai program diploma dari
tahun 1997 hingga 2005. Pada 7 Oktober 2005 dengan kelulusan daripada Pendaftar
Institusi Pengajian Tinggi Swasta telah meluluskan pertukaran nama kepada Kolej
Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM).
Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan
seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010, maka pada 1 Julai 2009, Kolej Teknologi
Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) telah dinaik taraf menjadi sebuah kolej
universiti dengan nama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) oleh Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia dan telah membuat satu anjakan paradigma dalam
memperkenalkan wadah baru pendidikan iaitu kombinasi bidang pengajian Islam
diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi
seiringan.
Kolej Universiti Islam Melaka mempunyai Institusi Pengajian Siswazah,
Akademi Pengajian Islam dan enam buah fakulti antaranya Fakulti Kejururawatan,
Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Pengurusan Hospitaliti, Fakulti
Sains dan Teknologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan fakulti yang baru
ditubuhkan iaitu Fakulti Undang-Undang Governan dan Hubungan Antarabangsa yang
kesemuanya ditempatkan di sebuah kampus utama di Kuala Sungai Baru, Melaka. Kini,
KUIM telah menawarkan Program Pengajian di peringkat PhD, Ijazah Sarjana Muda,
Ijazah Sarjana dan Diploma.
Keupayaan KUIM membina jaringan akademik di persada antarabangsa menjadikan
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) sebagai sebuah IPT yang membuka ruang dan
peluang kepada graduannya untuk membina kerjaya di beberapa firma swasta yang
ternama di luar negara. Pelbagai program jaringan telah dilaksanakan dengan
beberapa buah negara seperti Universiti Sri Vijaya Palembang Indonesia, College of
Management and Technology Sri Lanka, International Peace University South Africa,
Pembrokeshire College DMDI Kemboja, Universiti Brunei Darussalam, University of
Ballarat Australia, The Islamic University Baghdad, Universiti al-Azhar Mesir,
Universiti al-Bayt Jordan, Jamiyyah Business School Singapura dan banyak lagi.
Program jaringan antarabangsa seumpama ini amat bermanfaat kepada kedua-dua
institusi dalam perkembangan ilmu,percambahan idea dan perluasan bidang pengajian
merentasi lautan.

Lebih 6000 orang graduan telah tamat pengajian dari pelbagai bidang pengajian
seperti Pengajian Islam, Pengajian Perniagaan, Sains Sosial, Pengurusan dan
Hospitaliti, Kejururawatan, Sains dan Teknologi, Sistem Maklumat, Kejuruteraan,
Bioteknologi serta Perakaunan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengurusan
tertinggi Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bagi memastikan kebolehpasaran
graduan Kolej Universiti Islam Melaka standing dengan graduan IPTA/IPTS di
Malaysia. Antaranya, komited bagi memastikan setiap program pengajian yang
ditawarkan mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA).

2.1.2 LOGO KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)


RAJAH 1

2.1.3 VISI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

Menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang unggul dan cemerlang di dalam bidang
pengajian yang berteraskan Islam.

2.1.4 MISI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

Beriltizam melaksanakan usaha pendidikan berwadahkan Islam bagi menyumbang kea rah
kesejahteraan ummah dan pembangunan lestari dengan memartabatkan ilmu penyelidikan
dan kesarjanaan yang kreatif, inovatif dan bersahsiah murni.

2.1.5 COGAN KATA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

Wasatiyyah, Berilmu, Berintegriti

2.1.6 MOTO KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

Merekayasa pembangunan insan.

2.1.7 PENGENALAN FAKULTI UNDANG-UNDANG GOVERNAN DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA (FUG)

Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa (FUG) telah ditubuhkan


secara rasminya pada 1 Jun 2016 dan menawarkan Program Diploma Syariah (dahulunya
dikenali sebagai Diploma Undang-Undang dan Syariah). Sebelum wujudnya FUG, Program
Diploma Syariah ini telah ditawarkan kepada umum sejak tahun 2004 oleh Fakulti
Pengajian Islam yang kini dikenali sebagai Akademi Pengajian Islam (API). Penubuhan
FUG adalah bertepatan dengan hasrat KUIM untuk menawarkan pelbagai bidang pengajian
yang relevan dan bersesuaian dengan keperluan semasa. Adalah menjadi harapan agar
fakulti ini akan terus berkembang maju dalam usaha menyediakan program-program
akademik yang berkualiti dan relevan dengan keperluan negara di samping memenuhi
aspirasi KUIM untuk melahirkan pelajar yang kompeten, berkeperibadian unggul,
berintegriti dan professional.

2.2 PENGENALAN KURSUS DIPLOMA SYARIAH (DS)

Diploma Syariah merupakan program yang dirangka khusus untuk menggabungkan ilmu
konvensional dan ilmu agama. Cadangan nama bagi program ini dicetuskan pada awal
perancangan program Diploma Undang-Undang dan Syariah (DUUS) pada tahun 2001, iaitu
hasil integrasi daripada dua sumber yang terdiri daripada Undang-Undang
Konvensional dan Syariah. Kertas kerja cadangan penubuhan program Diploma Undang-
Undang dan Syariah telah disediakan oleh Puan Rositah binti Haji Kambol dan
ditawarkan di bawah Akademi Pengajian Islam.
Tujuan penubuhan program adalah berkait rapat dengan gelombang globanisasi
dan teknologi maklumat yang sudah semakin menular segenap kehidupan harian malah
turut termasuk dalam bidang pendidikan. Generasi yang bermaklumat pada hari ini
lebih peka berkaitan dengan hak-hak dan tanggungjawab mereka di sisi undang-undang.
Melalui perkembangan tersebut, ia telah memberi peluang kepada Kolej Universiti
Islam Melaka untuk mengorak langkah seiring dengan perkembangan terkini. Penekanan
kursus ini juga tidak terbatas kepada teori sahaja tetapi merangkumi perkara yang
berkaitan seperti sejarah permulaan dan perkembangan Undang-Undang Antarabangsa,
sumber-sumber, Undang-Undang Triti dan lain-lain.

Diploma Undang-Undang dan Syariah telah mendapat pengiktirafan kelayakan


daripada Perakaun Akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Program ini telah
diiktiraf bermula pada 21 April 2006 dan juga diiktiraf setaraf dengan diploma
biasa dari Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang lain bagi maksud lantikan
ke dalam Perkhidmatan Awam.
1.2.1 OBJEKTIF DIPLOMA SYARIAH (DS)

Objektif program diploma ini ditubuhkan adalah memperkenalkan konsep dan


teori disiplin pengajian undang-undang serta disiplin ilmu syariah dalam pengajian
undang-undang kepada pelajar-pelajar yang berminat dalam profesion undang-undang
agar mereka dapat mengharmonisasikan undang-undang dengan syariah. Diploma ini juga
memberi pendedahan disiplin ilmu undang-undang kepada pelajar-pelajar untuk
menguasai pengetahuan dan keperluan dalam bidang undang-undang dan syariah.

Selain itu, objektif lain bagi penubuhan diploma ini adalah mewujudkan
generasi yang mempunyai nilai, etika dan profesionalisme dalam profesion undang-
undang. Ia juga melahirkan individu yang mampu berkomunikasi dan menguasai
organisasi berkaintan perundangan yang berkesan serta memberi pendedahan terhadap
isu-isu atau masalah perundangan semasa serta penyelesaiannya.

Akhir sekali, memperluaskan peluang para lulusan untuk melanjutkan pengajian


ke peringkat yang lebih tinggi atau memenuhi keperluan pasaran kerjaya dalam bidang
perundangan.

1.2.2 LOGO DIPLOMA SYARIAH (DS)

RAJAH 2

1.2.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu pelajar mencapai
objektif berikut:
1. Mendedahkan pelajar terhadap alam pekerjaan yang menuntut kepada praktikal
terhadap kurikulum kursus.
2. Menambahkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam bidang yang berkaitan.
3. Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli professional di luar kampus.
4. Menilai keupayaan dan kompetensi pelajar dalam persiapan untuk memasuki pasaran
pekerjaan selepas tamat pengajian di KUIM.
5. Memperkenalkan bentuk-bentuk dan prinsip-prinsip pengurusan yang beridentitikan
Islam ke dunia profesionalisme.
6. Meninjau dan meneliti isu dan permasalahan yang berlaku dalam alam pekerjaan
berkaitan dengan bidang masing-masing.
7. Mempelajari dan mencari pengalaman bekerja di Mahkamah Syariah.

1.2.4 MATLAMAT PEMILIHAN ORGANISASI

1. Mempelajari ilmu mengenai prosedur kes-kes di mahkamah.


2. Mendapat peluang untuk menjalani latihan praktikal mengikut bidang yang
dipelajari.
3. Mengetahui pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Sembilan.

2.0 PENGENALAN
3 Julai 1996 Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju cadangan Penyusunan Semula
Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia melalui kaedah-kaedah berikut:-
1) Tubuhkan JKSM oleh Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim
Syarie Malaysia juga Ketua Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
2) Wujudkan struktur organisasi JKSM
3) Wujudkan empat (4) jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi menimbang
semula kes rayuan Mahkamah Rayuan Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah.
4) Mengekalkan struktur Mahkamah Syariah Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah termasuk
pentauliahan Ketua Hakim Syarie serta Pegawai-pegawai Syariah.
5) Mewujudkan satu Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
6) Kerajaan Persekutuan akan membiayai kos Pegawai Syariah.

Moto
'Syariah Asas Keadilan'
Visi
Memartabatkan Institusi Kehakiman Syariah dalam Sistem Kehakiman dan
Perundangan Negara.
Misi
Meningkatkan Kecekapan dan Keseragaman dalam Sistem Pentadbiran Kehakiman
Syariah di Seluruh Malaysia.

Objektif
1) Mengendalikan kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia;
2) Menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Mahkamah
Syariah negeri-negeri;
3) Menyelaraskan prosedur kehakiman untuk diterima pakai di negeri-negeri;
4) Mengawal dan menilai program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah negeri-
negeri yang menerima pakai skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah
Persekutuan;
5) Membina dan menyelaraskan kaedah-kaedah dan Arahan Amalan serta
peraturan kepada semua pegawai syariah di JKSM, negeri-negeri dan lain-lain
agensi berkaitan;
6) Membangun, menyelaras dan mentadbir penggunaan sIstem maklumat
elektronik di JKSM, negeri-negeri dan agensi berkaitan;
7) Menguruskan pembangunan dan keperluan modal insan di JKSM, negeri-negeri
dan agensi berkaitan;
8) Membangunkan Pusat Sumber Maklumat dan penerbitan berkaitan sistem
perundangan dan kehakiman syariah bagi menyediakan bahan–bahan rujukan
ilmiah kepada pegawai syariah di seluruh Malaysia dan orang awam;\
9) Melaksanakan penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman
syariah sesuai dengan perkembangan semasa;
10) Mengawal selia perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah
melalui tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah;
11) Menyalurkan pendahuluan nafkah kepada pelanggan yang layak sementara
tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah diselesaikan di Mahkamah
Syariah;
12) Menyediakan perkhidmatan BSK Transit kepada pelanggan Mahkamah Syariah
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

Piagam Pelanggan
1- Memastikan 80 peratus kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah diselesaikan dalam
tempoh 6 bulan selepas didaftarkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia;
2- Memastikan pembinaan Arahan Amalan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh
persetujuan Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan;
3- Memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus Pegawai Syariah menghadiri 3 kursus
teras dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pelantikan;
4- Memastikan peperiksaan perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai
Syariah untuk tujuan pengesahan jawatan dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali
setahun;
5- Memastikan bil/tuntutan yang lengkap, dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh
penerimaan oleh Unit Kewangan;
6- Memastikan wang pendahuluan dana Sokongan Keluarga dibayar dalam tempoh 7
hari dari tarikh kelulusan Jawatankuasa Amanah Sokongan Keluarga;
7- Memastikan maklum balas terhadap aduan berkaitan aplikasi sistem dan peralatan
ICT diberikan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh aduan;
8- Memastikan kajian/penyelidikan jangka pendek diselesaikan dalam tempoh 6 bulan
dari tarikh arahan dikeluarkan;
9- Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan
disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja; dan
10- Memastikan Jurnal Hukum diterbitkan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

2.1 SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KLANG


Mahkamah Rendah Syariah Klang telah mula beroperasi secara bersendiri
(diasingkan dari pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor) sejak tahun 1991. Ketika
itu Mahkamah Rendah Syariah Klang masih di Bangunan lama di Jalan Dato’ Hamzah,
Klang. Pada tahun 2005, Mahkamah Rendah Syariah Klang telah berpindah di Tingkat
3 Bangunan A & M, Garden Business Centre Jalan Istana, Klang.
Mahkamah Rendah Syariah Klang telah berpindah ke bangunan sekarang pada 16
Julai 2012. Mahkamah Rendah Syariah Klang telah beroperasi sepenuhnya mulai 1
Ogos 2012. Majlis perasmian pembukaan Mahkamah Rendah Syariah Klang telah
diadakan pada 9 November 2012 oleh YAA Dato’ Haji Mukhyuddin Bin Haji Ibrahim
sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Ke 7/2012.

Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan peruntukan di
bawah Seksyen 55(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Seksyen tersebut memperuntukan bahawa “Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas
nasihat Majlis melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rendah
Syariah bagi Negeri Selangor di tempat-tempat yang difikirkannya patut.
Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah pula diperuntukan di bawah Seksyen
62(1) iaitu sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di
seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah
Rendah.

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

Selain itu dalam Seksyen 62(2) dalam peruntukan yang sama menjelaskan bidang
kuasa Mahkamah Rendah Syariah iaitu:
(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan
oleh seorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau
mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan
terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang
diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi
tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan
boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu; dan
(b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan
prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan
memutuskannya,jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak
melebihi
seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk
tuntutan
hadhanah atau harta sepencarian).

2.2 SENARAI ORGANISASI KAKITANGAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH


KLANG

BIL. NAMA JAWATAN


1. Tuan Hairuddin Bin Ab Rahim Hakim 1
2. Tuan Mohd Nurulazhar Bin Mohd Tohar Hakim 2
3. Tuan Ali Najmi Bin Mohd Noordin Hakim 3
4. Tuan Mohd Khairi Bin Kamis Pegawai Sulh
5. Puan Saniah Binti Saroji Penolong Pendaftar kanan
6. Puan Norulbalkish Binti Abdul Rahim Setiausaha Pejabat
7. Puan Noor Aza Binti Abdul Rahman Pembantu Syariah Kanan
8. Encik Shariful Hadi Bin Ismail Pembantu Syariah
9. Puan Nurul Emilia Binti Ahmad Diah Pembantu Syariah
10. Puan Nur Kamilah Binti Mohamad Soleh Pembantu Syariah
11. Encik Abd. Halim Hanis Bin Johdi Pembantu Syariah
12. Cik Nabilah Huda Binti Samsuddin Pembantu Syariah
13. Cik Shahira Binti Sohimi Pembantu Setiausaha Pejabat
14. Puan Nurul Hana Binti Mohd Arif Pembantu Tadbir (Operasi)
15. Puan Nur Aini Binti Abdul Halim Wong Pembantu Tadbir (Operasi)
16. Encik Norhisyam Bin Samsuddin Pembantu Tadbir (Kewangan)
17. Encik Aziz Bin Abdul Rahim Pemandu
18. Encik Mohd Hanafi Bin Maswan Penghantar Notis
19. Encik Tengku Mohd Fahmi Bin Tengku
Nasaruddin
Pembantu Am
20. Encik Azhar Bin Yahya PDRM
21. Puan Jamilah Binti Jusoh PDRM

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

3.0 LAPORAN OBSERVASI KES MAL


3.1 PROSEDUR KES MAL
Kes Mal merupakan suatu kes tuntutan yang dibuat oleh pihak-pihak yang ingin
menuntut berkaitan dengan hal ehwal kekeluargaan dan harta benda terhadap pihak-
pihak yang dituntut.
Prosedur utama dalam pengurusan kes Mal bermula apabila klien datang ke
Mahkamah Rendah Syariah Klang untuk mendaftarkan kes yang ingin dituntut.
Serentak dengan itu, penjadualan tarikh sebutan kes akan dibuat dan ditetapkan.
Seterusnya, kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman kepada pihak-
pihak
dan sebagainya.
Setelah itu, sekiranya saman kepada pihak yang dituntut gagal disampaikan atau
tidak sempurna, Mahkamah akan mendengar serta memerintahkan permohonan untuk
penyampaian saman semula atau penyampaian saman secara ganti berdasarkan
Affidavit Penyampaian. Kemudian kes akan ditangguhkan dan tarikh sebutan kes yang
baru akan ditetapkan.
Sejurus selepas itu, perbicaraan akan dijalankan setelah melengkapi segala pliding
yang diperlukan pada hari-hari sebutan terdahulu. Setelah perbicaraan kes selesai
dijalankan, Mahkamah akan membuat keputusan dan mengeluarkan suatu perintah
yang telah diputuskan oleh Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Perintah yang dimaksudkan disini adalah satu perintah bertulis yang akan
diserahkan kepada kedua belah pihak yang terlibat untuk tujuan tindakan pelaksanaan
dan penguatkuasaan.
Akhir sekali, Mahkamah akan menerima apa-apa sebarang rayuan yang
dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati terhadap keputusan yang telah
diputuskan tempoh lalu.

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

JENIS-JENIS KES MAL YANG BOLEH DIMOHON DI MAHKAMAH RENDAH


SYARIAH
KOD KES JENIS KES
001 Rayuan
002 Permohonan Kebenaran Merayu
003 Semakan
004 Permohonan Tegahan/Injunksi Membawa Anak Keluar Malaysia
005 Permohonan Tegahan/Injunksi Terhadap Gangguan
006 Permohonan Pengesahtarafan Anak
007 Tuntutan Pengesahan Waqaf
008 Tuntutan Pengesahan Nazar
009 Tuntutan Gantirugi Pertunangan
010 Permohonan Pengesahan/Perintah Nikah
011 Permohonan/Tuntutan Kebenaran Poligami
012 Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami
013 Permohonan Perisytiharan Pembubaran Perkahwinan Sebab Pertukaran Agama
014 Tuntutan Fasakh
015 Permohonan Anggapan Mati
016 Tuntutan Muta'ah
017 Tuntutan Harta Sepencarian
018 Tuntutan Nafkah Isteri
019 Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya
020 Tuntutan Cagaran Nafkah
021 Tuntutan Nafkah Eddah
022 Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah anak/isteri/lain-lain
023 Tuntutan Tunggakan Nafkah anak/isteri/lain-lain
024 Tuntutan Nafkah Anak
026 Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
028 Tuntutan Hadhanah
029 Tuntutan Pemecatan Penjagaan Anak
030 Permohonan Perintah Larangan Berkaitan Harta Anak Yang Belum Dewasa
031 Permohonan Penjaga Diri/Harta/Anak Yatim
032 Permohonan Pembekuan Transaksi Harta
033 Permohonan Penguatkuasaan Perintah Nafkah
034 Permohonan Perlaksanaan Perintah Mahkamah
035 Tuntutan Ganishmen/Hiwalah
036 Permohonan Perintah Menghina Mahkamah
037 Tuntutan Penghutang Penghakiman
038 Permohonan Perintah Interim
039 Permohonan Pengesahan Wasiat
040 Permohonan Sijil Faraid/Akuan Pusaka
041 Permohonan Interlokutori
042 Permohonan Faraq Nikah
043 Permohonan Keluar Islam
044 Permohonan Pengesahan Hibah
045 Permohonan Pengesahan Hibah Semasa Maradul Maut
046 Tuntutan Pengesahan Sabitan Nasab/Ahli Waris
Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

10

047 Permohonan Mendakwa/Membela Sebagai Orang Miskin


048 Permohonan Interplider
049 Tuntutan Gantirugi Perkahwinan
050 Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur
051 Permohonan Wali Hakim/Am
052 Tuntutan Wali Enggan/Engkar
053 Permohonan Kebenaran Bernikah Perempuan Yang bercerai Tanpa
Eddah/Janda Berhias
054 Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai
055 Tuntutan Perceraian
056 Tuntutan Khuluk/Tebus Talaq
057 Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik
058 Tuntutan Sabitan Nusyuz
059 Tuntutan Hak Tempat Tinggal
060 Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula
061 Permohonan Pengesahan Rujuk
062 Tuntutan Isteri Kembali Taat
063 Tuntutan Mas Kahwin
064 Tuntutan/Permohonan Menangguhkan Perlaksanaan Perintah
065 Notis Pendaftaran Peguam Syarie
066 Permohonan Perubahan Perintah Harta Pusaka
067 Tuntutan Ila'
068 Tuntutan Zihar
069 Tuntutan Li'an
070 Permohonan Menghidupkan Semula Kes
071 Perlantikan Pentadbir Harta
072 Tuntutan/Permohonan penyelesaian/penjelasan hutang si mati
099 Lain-lain

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

11

3.2 KEPEGUAMAN
Sepanjang 6 minggu saya menjalani latihan sangkutan ini, saya dapat melihat
secara langsung bagaimana seorang Peguam Syarie bertindak sebagai seorang
peguam yang membela anak guamannya di mahkamah syariah, di mana kes-kes yang
Mahkamah Rendah Syariah berbidangkuasa.
Bidangkuasa yang dimaksudkan adalah merujuk kepada kuasa yang diberikan oleh
Perlembagaan Persekutuan, di mana telah meletakkan undang-undang Islam di bawah
Jadual Sembilan, Senarai 2, Senarai Negeri yang menjadikan segala hal-hal berkaitan
dengan agama Islam adalah terletak di bawah bidangkuasa negeri masing-masing.
Bidangkuasa yang diperuntukan adalah terhad serta memfokuskan terhadap
undang-undang diri serta undang-undang keluarga Islam. Manakala undang-undang
lain seperti muamalat terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan.
Saya juga dapat melihat bagaimana seseorang Peguam itu menjalankan
pemeriksaan utama, pemeriksaan balas serta pemeriksaan semula terhadap pihak-
pihak serta saksi-saksi yang hadir bagi sesuatu kes dengan telus dan teliti.

3.4 STATUT YANG BERKAITAN


Statut yang berkaitan dalam kes Mal adalah Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen
Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 dan Enakmen Wakaf (Negeri Selangor)
2015.

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

12

3.3 ANALISIS KES DAN STATISTIK


Berdasarkan pemerhatian saya dalam menjalani latihan sangkutan ini, saya
mendapati bahawa kes yang paling tinggi didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah
Klang adalah kes di bawah seksyen 47 EUUKIS 2003 iaitu permohonan cerai dengan
talaq atau dengan perintah.
Diikuti dengan kes seksyen 57 EUUKIS 2003, permohonan pengesahan lafaz cerai,
di mana seorang suami telah melafazkan talaq terhadap isterinya di luar dan tanpa
kebenaran Mahkamah. Kemudian, kes Tuntutan Fasakh di bawah EUUKIS 2003
seksyen 53 diikuti dengan kes Permohonan Wali Hakim di bawah seksyen 7(2) EUUKIS
2003.

1.0 Rajah Statistik Kes-Kes Mal yang paling banyak didaftarkan sepanjang tahun 2016
- Oktober 2017 di
Mahkamah Rendah Syariah Klang.
0
100
200
300
400
500
600
700
800
Permohonan Cerai Permohonan
Pengesahan Lafaz
Cerai
Tuntutan Fasakh Permohonan Wali
Hakim
2016
2017
Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

13

4.0 LAPORAN OBSERVASI KES JENAYAH SYARIAH


4.1 PROSEDUR KES JENAYAH SYARIAH
Kes Jenayah Syariah adalah di mana seseorang yang beragama Islam telah
melakukan satu kesalahan samaada kesalahan yang ditegah oleh syarak seperti
berzina, meminum minuman yang memabukkan atau meninggalkan kewajipan yang
disyariatkan ke atas seorang mukallaf seperti tidak menunaikan solat Jumaat.
Bagi prosedur utama dalam kes jenayah syariah adalah dengan bermula penahanan
Orang Kena Tuduh (OKT) atau suatu permohonan jaminan kes dibuat di mahkamah
syariah. Pendakwa Syarie akan menghantar permohonan untuk mendakwa OKT dan
kertas pertuduhan (charge of sheet) kepada Penolong Pendaftar untuk disemak dan
didaftarkan.
Kemudian, butiran OKT akan direkodkan serta saman dikeluarkan untuk dihantar
kepada OKT sama ada melalui Pendakwa Syarie atau Penghantar Notis Mahkamah
Syariah dan OKT perlu hadir ke mahkamah syariah pada tarikh yang telah ditetapkan.
Semasa di permulaan prosiding perbicaraan, Pembantu Mahkamah akan
membacakan pertuduhan kepada OKT. OKT duduk di kandang tertuduh manakala
pembantu mahkamah membacakan pertuduhan di sebelah OKT. Tujuannya supaya
OKT jelas dengan pertuduhan dan tidak berlakunya silap faham kepada tuduhan
tersebut.
Sekiranya OKT mengaku bersalah dan Mahkamah berpuas hati, maka makamah
akan mencatatkan pengakuan tersebut dan mengarahkan Pendakwa Syarie membuat
penggulungan hujah serta mensabitkan OKT dan dijatuhkan hukuman samaada
hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Sekiranya OKT mengaku tidak bersalah, OKT akan dibicarakan. Pendakwa Syarie
akan mengemukakan saksi-saksi untuk memberi keterangan. Setelah itu, kedua belah
pihak akan membuat penggulungan hujah. Kemudian, jika Mahkamah mendapati
bahawa OKT tiada prima facie dan Pendakwa Syarie gagal membuktikannya, maka kes
dibuang dan OKT dilepaskan dan dibebaskan.
Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

14

Tetapi, jika sebaliknya, OKT dipanggil untuk membela diri. OKT mempunyai tiga
pilihan pembelaan diri:-
1. Memberi keterangan secara tidak bersumpah dan tidak boleh disoal balas.
2. Berdiam diri, disabitkan dan dijatuhkan hukuman.
3. Memberi keterangan secara bersumpah dan boleh disoal balas iaitu menjalani
pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.
Kemudian, Pendakwa Syarie mengemukakan hujah akhir diikuti penggulungan hujah
akhir kes pembelaan dari pihak OKT. Akhir sekali, Mahkamah akan memutuskan sama
ada OKT akan disabitkan dengan kesalahan tersebut dan dijatuhkan hukuman atau
OKT akan dilepaskan dan dibebaskan.
JENIS-JENIS KES JENAYAH SYARIAH YANG BOLEH DIFAILKAN DI MAHKAMAH
RENDAH SYARIAH
KOD JENIS KES KOD JENIS KES
101 Rayuan 114 Persediaan Bersetubuh Luar Nikah
102 Permohonan Kebenaran Merayu 115 Hubungan Jenis Sesama Jantina
103 Semakan 116 Persetubuhan Bertentangan Dengan Luar
Tabi’i
104 Pemujaan Salah 117 Memujuk Lari Perempuan Bersuami
105 Mendakwa Bukan Islam 118 Menghasut Suami Isteri supaya Bercerai
106 Takfir 119 Menjual / Memberikan Anak Kepada
Bukan Islam
107 Doktrin Palsu 120 Qazaf
108 Dakwaan Palsu 121 Liwat
109 Menyebarkan Pendapat Bertentangan
Dengan Fatwa
122 Musahaqah
110 Mengingkari Perintah Mahkamah 123 Mendirikan Masjid / Surau Tanpa
Kebenaran
111 Penerbitan Bertentangan Hukum
Syarak
124 Memujuk Lari Orang Perempuan
112 Sumbang Mahram 125 Pecah Amanah
113 Muncikari
Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

15

4.2 KEPEGUAMAN
Bidangkuasa jenayah syariah terhad sebagaimana yang diperuntukan di dalam Akta
Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1988, yang menghadkan hukuman yang
boleh dikenakan terhadap pesalah yang terlibat dengan jenayah syariah iaitu denda
tidak melebihi RM5,000.00, penjara tidak melebihi 3 tahun serta sebatan tidak
melebihi
6 kali sebatan. Oleh yang demikian, dari sudut amalannya peguam syarie hanya
mempunyai bidangkuasa setakat yang diberikan oleh undang-undang kepadanya.
Dalam tempoh 6 minggu saya menjalani latihan sangkutan, saya dapat melihat
dengan lebih dekat bagaimana seorang Pendakwa Syarie itu membentangkan kes dan
menyoal OKT berkenaan pertuduhan tersebut serta bagaimana Pendakwa Syarie itu
mengemukakan penggulungan hujah yang bernas untuk menguatkan pendakwaannya
terhadap OKT.
Selain itu, saya juga dapat melihat bagaimana seorang peguam syarie
melaksanakan tugasnya dalam membela anak guamannya yang didakwa di bawah
kesalahan jenayah syariah dengan membawa hujah-hujah yang bijaksana dalam
mahkamah yang mulia.

4.3 STATUT YANG BERKAITAN


Statut yang berkaitan dengan kes Jenayah Syariah adalah Enakmen Jenayah
Syariah (Negeri Selangor) 1995, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)
2003 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

2.1 LATAR BELAKANG LAPORAN

Pada 25 November 2017 hingga 5 Januari 2018, setiap pelajar semester 5 dari Fakulti
Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa (FUG) telah diberikan amanah
untuk menjalani Latihan Industri (LI). Latihan Industri akan dipilih berdasarkan
bidang yang diceburi oleh pelajar di dalam kolej secara teorinya dan diberikan
pendedahan secara praktikal melalui Latihan Industri dan tempat Latihan Industri
yang dipilih oleh seseorang pelajar hendaklah bersesuaian dengan skop bidang yang
telah dipelajari.

Oleh kerana pelajar mengambil jurusan Diploma Syariah (DS), pelajar telah
memilih untuk menjalani latihan industri di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Sembilan.Laporan yang disediakan ini adalah berkaitan dengan skop pekerjaan yang
telah dijalankan selama menjalani latihan industri di organisasi yang berkenaan.

Pelajar telah diletakkan di bawah pengawasan dan penyeliaan Puan Ruzita binti
Ramli selaku Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Puan Ruzita
binti Ramli telah memberikan taklimat mengenai skop pekerjaan yang akan dijalankan
di jabatan tersebut, peraturan-peraturan dan adab-adab sepanjang berkhidmat di
sana. Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di mahkamah antaranya
mematuhi jam bekerja seperti staf-staf mahkamah yang lain yang telah ditetapkan
yakni bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 5 petang, etika berpakaian iaitu hanya
dibolehkan memakai baju kurung dan jubah sahaja bagi staf perempuan manakala baju
kemeja bagi staf lelaki.

Selain itu, Ketua Pendaftar menerangkan taklimat bagi etika pemakaian semasa
berada di dalam Dewan Perbicaraan yakni pelajar hendaklah berpakaian kemas mengikut
warna yang telah ditetapkan iaitu berbaju hitam dan bertudung dengan warna yang
cerah seperti putih atau kelabu. Pelajar juga dikehendaki untuk memakai blazer dan
kasut yang bertutup semasa memasuki Dewan Perbicaraan. Seterusnya, beliau
membahagikan tugasan-tugasan yang diperlukan mengikut minggu iaitu minggu pertama
sehingga minggu keempat, pelajar ditempatkan di bahagian unit rekod dan unit
pentadbiran undang-undang manakala pada dua minggu yang terakhir pelajar
ditempatkan di Dewan Perbicaraan bagi Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi
Syariah dan Mahkamah Jenayah Syariah. Selepas itu pelajar diserahkan kepada Puan
Zarina binti Haji Zuber selaku Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Daerah
Seremban untuk membantu beliau menyelia kami sepanjang tempoh latihan industri ini
berjalan dan Penyelia Organisasi memperkenalkan kepada kami staf-staf Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Oleh itu, maklumat terperinci berkenaan skop dan prosedur kerja ini
membolehkan pelajar menerangkan serba sedikit mengenai perjalanan pelajar sepanjang
menjalani latihan industri di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Terdapat
pelbagai pengalaman yang telah pelajar lalui sepanjang tempoh latihan industri di
sini dan walaupun tidak banyak pengalaman yang diperolehi dalam masa tempoh latihan
yang amat singkat iaitu selama 6 minggu, namun dengan pengalaman yang tidak
seberapa inilah yang kami sebagai pelajar latihan industri ini akan gunakan dengan
sebaik mungkin. Sedikit sebanyak pengalaman ini dapat membantu kami untuk menguasai
bidang pekerjaan atau mengajar kami pada masa hadapan. Pengalaman seperti ini juga
kami dapat gunakan pada masa akan datang dan juga sebagai rujukan apabila tamat
tempoh pengajian kami sebagai pelajar Diploma Syariah dan juga sebagai medan untuk
kami menempuhi alam pekerjaan suatu hari nanti.

2.2 SKOP DAN PROSEDUR KERJA

Skop dan prosedur kerja yang telah diikuti oleh pelajar selama 6 minggu menjalani
latihan industri adalah sepertimana yang dinyatakan di bawah :

2.2.1 MEMBANTU KAKITANGAN MAHKAMAH

1)Menyusun fail di Unit Rekod

Pelajar diberikan tugas untuk menyimpan dan menyusun fail-fail di bilik rekod dan
diberikan taklimat oleh pembantu syariah iaitu Encik Azri bin Mohd Hamdan dan Puan
Nurul Asyikin binti Zakaria tentang tugas-tugas yang diamanahkan di unit ini.
Pelajar juga mempelajari cara penyusunan fail yang telah selesai mengikut kod kes,
tahun dan turutan nombor giliran kes yang telah didaftarkan. Melalui penyusunan dan
pencarian tersebut, pelajar lebih mahir untuk membaca dan menghafal nombor kes
mengikut kod kes, tahun dan turutan nombor giliran kes. Bagi kes mal dalam Mahkamah
Rendah Syariah, kod yang digunakan ialah 05005 dan 05008 manakala 05100 dan 05200
merupakan kod kes bagi kes mal di Mahkamah Tinggi Syariah. Bagi kes jenayah, kod
yang digunakan ialah 05009.

2) Mengemaskini kes yang telah selesai dibicarakan

Selain itu, pelajar telah diberi peluang untuk mempelajari cara untuk mengemaskini
kes-kes yang telah selesai dibicarakan dan ditangguhkan ke dalam sistem E-Syariah
Negeri Sembilan. Kebiasaannya, kes yang telah selesai dibicarakan hanya perlu
menukar rekod penghakiman dan perlu dicatatkan ‘selesai’ serta tarikh selesai dan
tarikh pengambilan perintahnya. Jika berlaku penangguhan kes, maka hanya perlu
menukar tarikh perbicaraan yang terkini supaya ia tidak menjadi sukar untuk
kakitangan di bahagian Mahkamah Rendah Syariah melakukan penyemakan kes yang akan
datang. Dalam hal ini, pelajar dapat mengaplikasikan subjek yang dipelajari pada
semester 4 iaitu Teknologi Maklumat di samping dapat membantu dalam meningkatkan
kemahiran dalam sistem kemahiran.

PROSEDUR MENYIMPAN FAIL DALAM E-SYARIAH

Di samping pengemaskinian status kes ini juga, pelajar diberi tunjuk ajar
untuk membuat notis tangguhan sebutan kes dan notis tangguhan perbicaraan
kes.Tujuan penyediaan dan pemberian notis tangguhan ini adalah untuk memberitahu
kedua-kedua pihak yang bertikai mengenai tarikh terbaru yang perlu diambil
perhatian dan dihadiri oleh oleh pihak-pihak tersebut.Notis tangguhan ini
kebiasaannya dibuat adalah disebabkan oleh keengganan pihak-pihak untuk hadir ke
mahkamah setelah diperintahkan untuk hadir.Namun, adakalanya notis ini diberikan
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh pihak mahkamah.Sebagai contoh,
tarikh yang telah ditetapkan merupakan hari cuti umum, maka tarikh tersebut perlu
diubah dan dihantarkan notis pemberitahuan penukaran tarikh tersebut kepada pihak-
pihak yang berkenaan.

3) Menjawab panggilan telefon

Bukan itu sahaja, pelajar telah diarahkan untuk menjawab panggilan telefon yang
masuk sebaik sahaja mendengar telefon di pejabat berbunyi.Pelajar dinasihatkan
menggunakan bahasa yang boleh difahami dan bertutur dengan sopan sebagai tanda
menghormati pelanggan di talian.Pelajar juga diberi kebenaran untuk menggunakan
kemahiran berkomunikasi secara bebas dengan pelanggan di talian selagi tidak
memberi masalah atau berlaku ketidak sopanan dengan pelanggan.Kebanyakan pelanggan
yang membuat panggilan ke mahkamah merupakan orang Melayu yang fasih berbahasa
Melayu dan ada juga yang bukan berbangsa Melayu tetapi tetap fasih berbahasa
Melayu.Pelanggan-pelanggan yang membuat panggilan selalunya ingin mengetahui
tentang status kes yang didaftarkan dan prosedur untuk membuat sesuatu permohonan.

4) Membuat minit kes

Pelajar juga sering kali diberi tugasan untuk membuat minit kes atau minit fail
bagi kes di Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Sulh.Ini adalah
bertujuan untuk memahirkan pelajar untuk membezakan mengenai dokumen yang masuk ke
mahkamah dan dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah.Dokumen-dokumen tersebut
hendaklah dibezakan dan ditandakan dengan betul mengikut jenisnya. Dokumen yang
dikeluarkan oleh mahkamah akan dicatatkan menggunakan pen berdakwat hitam contohnya
notis tangguhan, draf perintah dan sebagainya. Bagi dokumen yang diterima oleh
pihak mahkamah akan dicatat dengan pen berdakwat merah. Contoh dokumen yang
diterima ialah penyata tuntutan, permohonan, affidavit penyampaian dan sebagainya.
Perkara tersebut disertai dengan arahan untuk mengecop dan menandakan dokumen pada
setiap helaian yang telah dicatat sebagai minit kes pada fail kes tersebut.

2.2.2 MENGIKUTI PERBICARAAN YANG DIJALANKAN

Selama 6 minggu menjalani latihan industri dan empat hari seminggu pelajar
diarahkan untuk mengikuti perbicaraan yang dijalankan di dalam kamar perbicaraan
atau dewan perbicaraan Mahkamah yang mana perbicaraan yang melibatkan kes-kes
jenayah dan mal.Pelajar perlu berpakaian formal dan kemas semasa mengikuti
perbicaraan tersebut.Terdapat banyak prosedur dan tatatertib yang perlu diikuti
semasa mengikuti perbicaraan di dalam Mahkamah seperti masuk dan keluar mestilah
tunduk hormat kepada Tuan Hakim yang berada di hadapan sebagai tanda hormat
kepadanya.Bukan itu sahaja, malah pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan
perlulah sentiasa bersedia di dalam Mahkamah sebelum Tuan Hakim naik ke atas untuk
memulakan perbicaraan.Ketika perbicaraan dijalankan, pihak-pihak yang terlibat dan
saksi-saksi tidak dibenarkan duduk dalam keadaan menyilangkan kaki.Kaki hendaklah
dijatuhkan ke bawah dan duduk secara normal. Antara pihak-pihak yang terlibat
semasa perbicaraan ialah Tuan Hakim, Pembantu Hakim, Peguam atau Biro Bantuan
Guaman, Pendakwa Syarie, Pegawai Polis, Plaintif, Defendan, Tertuduh dan saksi-
saksi yang berkaitan. Pihak-pihak yang mempunyai kuasa perlu memainkan peranan
semasa perbicaraan dijalankan. Apabila perbicaraan dimulakan, Pembantu Hakim akan
memanggil nama pihak-pihak yang bertikai atau orang yang kena tuduh yang lebih
dikenali sebagai OKT dan pertuduhan dibacakan di hadapan mahkamah.

Apabila pertuduhan selesai dibacakan, OKT perlulah ke hadapan dan membaca


ikrar supaya apa yang dinyatakan di hadapan Tuan Hakim adalah benar. Selepas itu,
Pembantu Hakim akan bertanya kepada OKT sama ada mahu mengaku salah atau pun tidak
atas pertuduhan yang dibacakan itu. Jika OKT itu mengaku salah maka hukuman yang
akan dijatuhkan akan dibacakan Pembantu Hakim dan jika ianya merupakan kes yang
kecil maka Tuan Hakim boleh menjatuhkan hukuman secara terus terhadap OKT dan jika
kes yang berat maka pihak polis perlu menyediakan fakta kes dan mahkamah akan
tentukan satu tarikh untuk perbicaraan fakta kes. Jika tertuduhtidak mengaku salah
dan minta untuk dibicarakan maka Pendakwa Syarie akan menawarkan jaminan kepada OKT
dan mahkamah akan mendengar rayuan tertuduh sama ada hendak meminta wang jaminan
dikurangkan atau rayuan lain yang difikirkan munasabah mengikut mahkamah. Jika
tertuduh tidak mempunyai penjamin maka tertuduh akan direman dan akan dikeluarkan
waran tangkap terhadap OKT.

Manakala bagi kes mal yang dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah adalah
seperti kes permohonan wali hakim, tuntutan pengesahan lafaz cerai, tuntutan
perceraian, tuntutan hadhanah, dan kes faraid yang tidak melebihi RM 100,000. Kes
mal yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah adalah seperti permohonan
poligami, harta sepencarian, pertukaran agama, dan kes faraid yang melebihi RM
100,000. Apabila perbicaraan dimulakan, pembantu hakim akan memanggil nama pihak-
pihak yang terlibat ketika itu untuk dibicarakan. Kes mal di Mahkamah Rendah
Syariah tidak begitu rumit untuk memutuskan keputusan yang diputuskan oleh Tuan
Hakim. Pelajar diberi peluang untuk mendengar semua kes yang dijalankan di mahkamah
rendah dan mahkamah tinggi.

2.2.3 BERPELUANG MENJADI PEMBANTU HAKIM

Selain melakukan tugasan di pejabat seperti yang telah ditetapkan oleh penyelia,
pelajar juga telah diberi peluang menimba pengalaman baru dengan menjadi Pembantu
Hakim di mana pelajar ditugaskan untuk membawa fail kes yang akan dibicarakan pada
hari tersebut. Tugas pelajar selaku Pembantu Hakim ini ialah perlu membuka Mahkamah
untuk bersidang mengikut protokol dan prosedur seperti yang telah
ditetapkan.Pelajar juga diberi tunjuk ajar dan peluang oleh Pembantu Hakim untuk
membacakan pertuduhan kepada OKT. Dalam menjalankan tugasan sebagai Pembantu Hakim,
pelajar dapat mempelajari bagaimana cara untuk menjadi lebih berani di khalayak
ramai di samping dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan berkesan dan jelas
yang memang perlu ada dalam diri seseorang yang bergelar pelajar Undang-Undang dan
Syariah. Prosedur kes di dalam dewan perbicaraan ialah :

• Membawa dan membaca fail yang dibawa ke dalam mahkamah seperti maklumat plaintif
dan defendan.
• Jika melibatkan saksi, pelajar akan memberi tunjuk ajar kepada saksi untuk
membaca ikrar.
• Hakim akan mendengar dan mengadili kes yang dibaca.

16
4.4 ANALISIS KES DAN STATISTIK
Hasil pemerhatian saya, kes Jenayah Syariah yang paling banyak difailkan di
Mahkamah Rendah Syariah Klang adalah kesalahan yang melanggar peruntukkan
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu, Perceraian di luar
Mahkamah Tanpa Kebenaran Mahkamah sebanyak di bawah seksyen 125. Diikuti
dengan kesalahan Khalwat di bawah seksyen 29(a) dan (b), Enakmen Jenayah Syariah
Selangor 1995.
Kemudian, kes Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah dalam peruntukkan seksyen
124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan diikuti
dengan kesalahan berjudi di bawah seksyen 17 (1), (2) dan (3) Enakmen Jenayah
Syariah Selangor 1995.

2.0 Rajah Statistik Kes-Kes Jenayah Syariah yang paling banyak didaftarkan
sepanjang tahun 2016-
Oktober 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Klang

.
0
50
100
150
200
250
Berjudi Khalwat Poligami Tanpa
Kebenaran
Mahkamah
Perceraian diluar
Mahkamah tanpa
kebenaran
Mahkamah
2016
2017
Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

17

5.0 PENGALAMAN DAN ILMU YANG DIPEROLEHI SEPANJANG LATIHAN


SANGKUTAN PENTADBIRAN SYARIAH
Sepanjang 6 minggu saya berada di Mahkamah Rendah Syariah Klang, banyak
yang saya telah pelajari dengan menimba pelbagai ilmu dan pengalaman berharga
berkaitan dengan undang-undang syariah serta pentadbirannnya.
Saya dapat mempelajari bahawa satu pengesahan lafaz cerai yang melalui aplikasi
Whatsapp merupakan suatu lafaz yang kinayah atau secara tidak jelas sama
kaedahnya dengan perceraian melalui sms.
Selain itu, saya dapat mengetahui apabila satu perceraian di bawah seksyen 48,
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu pembubaran
perkahwinan dengan cara timbangtara oleh Hakam adalah hukumnya bain sughra dan
pasangan tersebut tidak boleh dirujuk walaupun lafaz talaq tersebut merupakan talaq
yang raji’e.
Saya juga dapat merasai bagaimana bertugas di kaunter khidmat pelanggan dan
membina kebolehan dalam berkomunikasi dengan klien-klien berkaitan dengan
prosedur-prosedur permohonan kes mal.
Di samping itu, saya dapat melihat secara langsung bagaimana kes permohonan
perceraian secara Fast Track dijalankan, di mana kes ini diselesaikan dalam masa
tempoh kurang daripada 6 jam bermula dari pendaftaran kes sehingga perintah
bertulis
dikeluarkan oleh Mahkamah.
Saya juga berpeluang mewakili Pembantu Mahkamah untuk membacakan
pertuduhan bagi kes Jenayah Syariah semasa perbicaraan bagi kes Khalwat serta
menaip keterangan Pemohon di dalam laman web e-bicara bagi kes mal iaitu kes
permohonan faraid.
Secara keseluruhannya, banyak pengalaman serta input-input berharga yang telah
saya perolehi sepanjang menjalani latihan sangkutan pentadbiran syariah di sini dan
tidak akan saya lupakan.

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

18

6.0 PENUTUP
Apa yang saya dapat simpulkan di sini adalah dengan mengikuti Latihan Sangkutan
Pentadbiran Syariah di bawah anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang, para
pelajar peroleh pendedahan mengenai realiti di alam pekerjaan sebenar dan
mengetahui peluang-peluang pekerjaan yang layak untuk mereka pohon dalam bidang
Syariah.
Para pelajar juga dapat mengaplikasikan segala ilmu yang mereka telah pelajari di
unviersiti dan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif
dalam
menyelesaikan pelbagai masalah yang dikemukakan oleh masyarakat berkenaan isu
undang-undang keluarga islam dan sebagainya.
Program latihan sangkutan ini juga dapat membina sikap lebih berdisiplin dalam diri
para mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-Undang, KUIS. Di mana etika sebagai
seorang pekerja yang baik dapat disematkan dalam diri mereka untuk menjadi contoh
yang terbaik terhadap masyarakat pada masa hadapan kelak.
Secara peribadinya, saya berasa tempoh masa latihan sangkutan selama 6 minggu
ini sepatutnya dipanjangkan. Hal ini kerana masih ada banyak lagi perkara yang
perlu
saya pelajari dan mahir dalam dunia sistem pentadbiran syariah ini.
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan adanya program latihan
sangkutan ini dalam pembelajaran saya dan mengucapkan ribuan terima kasih sekali
lagi kepada semua pihak yang terlibat.

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

19

7.0 RUJUKAN
1) Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, www.jksm.gov.my
2) Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, www.jakess.gov.my
3) Laman Web Portal E-Syariah, www.esyariah.gov.my
4) Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam, www.jais.gov.my
5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
6) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
7) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
8) Enakemen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
9) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
10) Perlembagaan Persekutuan.
11) Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Prinsip dan Amalan oleh Tuan
Mohd Nadzri Bin Haji Abdul Rahman Ibrahim.

Laporan Latihan Sangkutan Pentadbiran Syariah (SDUU3103)

20
L A M P I R A N

Anda mungkin juga menyukai