Anda di halaman 1dari 1

Ajaran Buddhisme

NILAI (ci bei xin) BAIK HATI TERHADAP SEMUA MAKHLUK / KASIH SAYANG (jing lao zun xian) HORMATMENGHORMATI (cheng shi) KEJUJURAN HURAIAN Setiap individu harus menyayangi makhluk lain kerana semua makhluk mempunyai hak untuk hidup. Seseorang itu akan memahami perasaan akibat kesengsaraan makhluk lain. Nilai ini akan membawa individu kepada kehidupan yang mulia iaitu membuat kebaikan, jauhkan segala kejahatan dan jernihkan hati. Kasih sayang suci yang diajar dalam agama ini berdasarkan sifat ramah-tamah, baik hati, belas kasihan dan simpati yang tidak terhad kepada manusia sahaja bahkan kepada semua jenis bentuk kehidupan. Penghapusan nyawa sama ada manusia ataupun binatang dianggap kejam, tidak adil serta melanggar ajaran agama ini. Penganut Buddha sering menghormati ibu bapa dengan mendengar segala suruhan dan nasihat mereka. Penganut Buddha sentiasa berusaha sendiri untuk mencari rezeki yang halal dengan mengamalkan ajaran Jalan Lapan Lapis Mulia. Jalan Lapan Lapis Mulia ialah memiliki pandangan benar, fikiran benar, pertuturan benar, kesedaran benar, tumpuan benar dan pemahaman serta usaha yang benar. Penganut Buddha menjaga maruah diri tanpa melakukan perbuatan dosa. Oleh itu, kita mematuhi lima rukun moral agama Buddha (Panca Sila), iaitu jangan membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan mengambil dadah atau arak yang boleh mengelirukan akal. Untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian sesama manusia, penganut Buddha mesti belajar untuk hidup dengan kawalan diri serta mengamalkan cara-cara yang menjurus kepada penghapusan kebencian, ketamakan dan kejahilan. Penganut Buddha Yang Maha Pengasih mempunyai satu tugas khusus untuk mewujudkan keamanan dunia ini dan menjadi teladan orang lain dengan mengikut nasihat Guru Agung kita. Kita juga tidak menganiayai atau menghukum golongan yang mempunyai kepercayaan yang berbeza. Penganut Buddha sentiasa berfikir sebelum bertindak berdasarkan pertimbangan yang waras. Hal ini disebabkan, ajaran Buddha menekankan hukum sejagat berlandaskan sebab akibat, iaitu perbuatan baik akan meninggalkan kesan baik manakala perbuatan jahat akan meninggalkan kesan jahat.

(zi ai) HARGA DIRI

(li rang ) TOLERANSI

( li zhi ) RASIONAL

Anda mungkin juga menyukai