Anda di halaman 1dari 26

Kerohanian, Sikap dan Nilai

Penghayatan amalan agama dan kepercayaan Membina sikap yang terpuji Memupuk nilai-nilai murni

Kerohanian, Sikap dan Nilai

merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

Penghayatan amalan agama dan kepercayaan


Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab mengenal asas bahasa al-Quran, huruf hijaiyah dan jawi serta menghafal beberapa surah pendek dan doa pilihan

Penghayatan amalan agama dan kepercayaan


Pendidikan Moral memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa Nilai-nilai murni kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormatmenghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin

Membina sikap yang terpuji

Amanah Tanggungjawab Ikhlas Benar Sederhana Tekun Bersih Berdisiplin Bekerjasama

Berperibadi mulia Bersyukur Bermuafakat Bertimbang Rasa Bersatu Padu Beretika Tidak Mementingkan Diri Sendiri

Amanah
Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas dan Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber kewangan dan peralatan serta tenaga kerja.

Tanggungjawab

Menerima hakikat bahawa akauntabiliti akhir adalah terhadap tuhan, di samping pekerjaan dan majikan Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa berwaspada dan jujur Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila saja diperlukan Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/ institusi/ awam dalam menjalankan tugas dan Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara

Ikhlas
Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia Mempunyai niat bertugas kerana tuhan untuk mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaanNya dan Mengikis sebarang unsur kepentingan diri dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah

Benar
Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab Bercakap benar dan menepati janji Cermat dan berhemah dalam membuat keputusan Bertindak berasaskan profesionalisme Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas dan sanggup menerima teguran dan nasihat.

Sederhana
Menjamin perseimbangan dalam diri dan tugasan Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkahlaku.

Tekun
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan Rajin berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki taraf hidup Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang.

Bersih

Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan dan menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

Berdisiplin
Mengetahui kepentingan dan mengutamakan yang lebih penting Menilai tinggi masa dan janji Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang. Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

Bekerjasama

Mengamalkan sikap tolong menolong dalam melaksanakan kerja Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai usaha untuk mempertingkatkan semangat kerjasama Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara untuk kepentingan bersama Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan peribadi dan mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan Organisasi, Agama, Bangsa dan Negara.

Berperibadi mulia
Bermanis muka sepanjang masa. Bertimbang rasa dan bertolak ansur Menghormati sesama insan dan Sentiasa memulakan pertanyaan dengan tujuan untuk menolong

Bersyukur

Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota penjawat awam Berkecenderungan untuk melihat keadaan dengan lebih positif yang boleh mengerakkan semangat untuk lebih berusaha gigih Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan nilai-nilai agama dan kerohanian Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia Berkhidmat sebagai satu ibadah yang mulia Bercita-cita menjadi manusia yang dapat memberikan sumbangan yang berfaedah kepada masyarakat ,Negara dan Agama

Bermuafakat

Muafakat Membawa Berkat. Itulah slogan yang harus dipegang oleh setiap penjawat awam sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum yang telah lama terjalin.

Bertimbang Rasa
Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji yang perlu ditunjukkan tanpa mengira perbezaan latar belakang, kedudukan dan pangkat.

Bersatu Padu
Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kepada kesepaduan dalam sesebuah organisasi

Beretika

Semangat berertika akan lahir kepada setiap individu sekiranya ia mempunyai nilai budi perketi yang tinggi.

Tidak Mementingkan Diri Sendiri


Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri.

Memupuk nilai-nilai murni


Amalan berterima kasih dan menghargai sumbangan perlu dihidupkan kembali. Nilai kerjasama dan tolong-menolong wajar diterapkan kembali secara meluas. Budaya berbahasa yang sopan dan berakhlak mulia perlu dijadikan amalan.

sambungan

Ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling bertanggungjawab mendidik generasi muda agar mengamalkan akhlak yang terpuji. Pihak berwajib mesti memastikan bahawa wujud mekanisme bagi menapis dan menyaring media massa dari luar. Pendidikan di sekolah perlu lebih menekankan aspek pengajaran agama yang relevan bukan sekadar untuk tujuan peperiksaan semata-mata.

STRATEGI MEMUPUK AMALAN NILAI DAN ETIKA MURNI


Peringkat penggalakan-usaha berterusan Peringkat diagnosis mengenalpasti masalah Peringkat intervensi mengatasi masalah Peringkat penilaian-meneliti semula kekuatan dan kelemahan Peringkat pengukuhanpemantapan melalui latihan berterusan

PENGGALAKAN AMALAN NILAI DAN ETIKA SECARA BERTERUSAN


Adakan latihan bina sikap Adakan perbincangan mingguan/bulanan Wujudkan kelab kreatif Adakan ceramah berkala Banyakkan anugerah serta pengiktirafan

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai