Anda di halaman 1dari 1

Arahan: Bersama-sama guru di sekolah anda, bincang senario ini dan tentukan

projek murid ini berada di kuadran mana dalam kerangka Rigor, Relevance &
Relationship. Beri justifikasi.

Aktiviti Kami Di Kuadran Mana?

SENARIO:

Murid Tingkatan 1 dikehendaki melaksanakan Pembelajaran Berasaskan


Projek (Project Based Learning) yang bertemakan Bumiku Hijau.
Pembelajaran ini melibatkan empat mata pelajaran iaitu Sains, Geografi,
Matematik dan Bahasa Melayu. Bagi mata pelajaran Sains murid-murid
dikehendaki mengkaji percambahan biji benih dan pertumbuhan anak
benih dengan mengambil kira pelbagai faktor (jenis tanah, sumber air,
suhu, kecerunan dan lain-lain).
Dengan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam keempat-empat
mata pelajaran, murid-murid diberi masa empat minggu untuk berbincang,
menguji dan memastikan hasil dapat dijelaskan dengan lebih bermakna.
Seterusnya, murid-murid dikehendaki mempersembahkan kajian dalam
pelbagai bentuk yang difikirkan terbaik misalnya dalam bentuk sajak, puisi,
debat, lakonan dan lain-lain kepada semua murid, guru dan pihak-pihak
yang berkepentingan.
Penilaian terhadap setiap peringkat kajian (proses dan produk)
dilaksnakan berdasarkan rubrik-rubrik tertentu yang telah digariskan

Berada di kuadran D iaitu mencipta, menilai dan menganalisis. Pelajar mempraktikkan dalam
situasi yang tidak terduga. Pelajar mengulangi teori dalam apa sahaja pengalaman yang
dialami. Proses ini panjang di mana seorang pelajar dapat mengkritis dan mempraktikkan
dalam dunia nyata

Anda mungkin juga menyukai