Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (KMR)

Nama Guru Mohammad Shahir Bin Shamsudin


Sekolah Sekolah Kebangsaan Gelong
Tajuk Perangkap Tikus

Ringkasan Projek Murid mencipta perangkap tikus menggunakan bahan-bahan


terpakai sebagai satu projek KMR. Murid membuat perangkap
tikus berdasarkan video-video yang telah ditetapkan. Tempoh
untuk projek ini berlangsung sepanjang bulan Ogos.

Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi


Tahun 4 Bestari
Masa 1 Ogos – 31 Ogos 2021
Standard Kandungan:
2.2 Reka Bentuk Produk Bertema

Standard Pembelajaran:
2.2.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran dengan
menggunakan garisan dan gabungan bentuk asas.
2.2.4 Melakar reka bentuk produk menggunakan garisan dan
Standard Kandungan/ gabungan bentuk asas secara bertema,
Standard Pembelajaran 2.2.5 Menganalisis lakaran reka bentuk produk bertema yang
dihasilkan.
2.2.6 Menilai lakaran yang dihasilkan dan membuat
penambahbaikan.
2.2.7 Menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut lakaran
yang dibuat menggunakan bahan dan alatan yang sesuai.
2.2.8 Membuat persembahan reka bentuk produk bertema yang
telah dihasilkan.

Standard Prestasi:
TP 6 : Menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut lakaran
yang dibuat dan membuat persembahan secara kreatif.

Hasil Pembelajaran 1 Murid dapat melakar reka bentuk produk bertema , menganalisis,
menilai serta membuat penambahbaikan.
2 Murid dapat menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut
lakaran yang dibuat dan membuat persembahan secara kreatif.

Kriteria Kejayaan 1 Murid boleh menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat.
2 Murid boleh melakar reka bentuk yang akan dihasilkan.
3 Murid boleh menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut
lakaran yang dibuat.
4 Murid boleh membuat persembahan reka bentuk produk bertema
secara kreatif.

The Big Idea “Rumah Aku Bukan Rumah Hang”


Soalan Pencetus Idea
1 Bagaimanakah cara untuk membuat alat untuk memerangkap
tikus?
2 Bagaimanakah perangkap tikus itu berfungsi?
3 Di manakah tempat yang sesuai untuk meletak perangkap tikus?
Mengapa?
4 Adakah tikus perlu dihapuskan? Mengapa?
5 Apakah perasaan kamu apabila berjaya menyiapkan projek ini?

Rancangan Pentaksiran:
Tugasan Jenis/Alat Pentaksiran
1 Murid membuat lakaran perangkap tikus yang Perbincangan dalam kumpulan melalui
akan dihasilkan. aplikasi What Apps.
2 Murid menyediakan bahan yang sesuai untuk
menghasilkan projek. Tong cat/ baldi, kotak/ board, dawai, gam,
3 Murid mencipta perangkap tikus berdasarkan kayu, pita ukur, gunting/ pemotong
lakaran dan bahan yang disediakan.
4 Murid membuat persembahan projek Senarai Semak PBD
menggunakan power point.
Langkah Pengajaran 1 Murid diberikan penerangan mengenai pelaksanaan aktiviti.
2 Murid mencipta perangkap tikus.
3 Murid diberi contoh lakaran projek perangkap tikus.
4 Murid menetapkan jenis perangkap tikus yang akan dibuat.
5 Murid membuat perangkap tikus dari video-video yang telah
diberikan.
6 Murid menghantar hasil tugasan di dalam padlet
https://padlet.com/skgelongts25/KMRSKGTS25

7 Murid membuat pembentangan melalui power point.

Sumber Laman sesawang, guru, rakan, ibu bapa, slaid power point, pdf

Anda mungkin juga menyukai