Anda di halaman 1dari 4

Assalammualaikum wbt . pada hari ini , cikgu akan kongsikan cara untuk mencipta pantun .

Cikgu fokuskan pada Pantun Empat Kerat.

STRUKTUR PANTUN :

1. Pantun empat kerat mempunyai empat baris .


2. Suku kata bagi setiap baris ialah dari sepuluh hingga dua belas suku kata
3. Rima akhir pantun mesti 'a,b,a,b'
4. Pantun terdiri daripada pembayang dan maksud

RIMA PANTUN

Rima akhir setiap baris saling berkaitan contohnya baris pertama dan ketiga , rimanya ialah
'yar(a) manakala baris kedua dan keempat ialah 'ti'(b) . Ini yang dipanggil rima a,b,a,b .
Langkah Mencipta Pantun :

1) Bina dua baris maksud dahulu .

2) Kenal pasti rima akhir baris maksud

3) Senaraikan perkataan yang berakhir


dengan suku kata rima akhir tersebut .
Tekan link ini untuk mencari perkataan-
perkataan yang sesuai dengan rima .

4) Bina ayat yang sesuai dalam


lingkungan 10 - 12 patah suku kata
5) Pastikan rima akhir setiap baris selari
dengan rima 'a,b,a,b' . Jika anda mahukan
pantun yang lebih baik , samakan rima tengah
baris pantun .

6) Hasilnya akan jadi begini :

Produk akhir :

Semoga entri ini memberi manfaat kepada ramai orang yang tidak tahu bagaimana untuk
membina pantun . Hanya dengan beberapa langkah mudah , pantun boleh disiapkan . Cuba ,
jangan tidak cuba . Selamat mencuba! Wassalam .
Baiklah… sudah tahu cara tulis pantun… Mari kita mula menulis pantun…

Tema pantun kita tentang tikus dan perangkap tikus

Tajuk pantun : Pantun Jenaka Rumahku Bukan Rumah Hang

Buat EMPAT rangkap pantun ya…

CONTOH PANTUN

Budak kecil memasang perangkap,


perangkap dipasang oleh Pak Yunus,
gigih si anak membuat perangkap,

habuan menangkap seekor tikus.

Buaya tembaga belajar bersugi, Pembayang yang diberi sebagai


Patah gigi mengunyah pinang, contoh sahaja.
_____________________________, Boleh cipta pembayang sendiri
_____________________________.

Tikus berlari kucing mengejar, Pembayang yang diberi sebagai


Berebut ikan di meja makan, contoh sahaja.
______________________________, Boleh cipta pembayang sendiri

_____________________________.

Satu rangkap lagi, cuba kamu cipta sendiri ya…

Anda mungkin juga menyukai