Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Kami:SKG

50/002/(03)
Tarikh

: 26

Januari 2016
Pengarah,
Institut Kemahiran Belia Negara,
06000 Jitra,Kedah.
Tuan,
MEMOHON PENGGGUNAAN DEWAN BADMINTON
Perkara diatas dengan segala hormat telah dirujuk.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan,Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu akan
mengadakan pertandingan badminton antara sekolah-sekolah bagi tahun 2016
yang akan diadakan pada 3,4,5 Februari 2016 di JH Jaya,Kelubi.
3. Sek.Keb. Gelong berhasrat untuk menghantar wakil sekolah pada pertandingan
tersebut tetapi kemudahan asas seperti dewan badminton tidak terdapat di sekolah
kami.
4. Oleh sebab itu,pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat meminjamkan
kemudahan dewan badminton IKBN untuk latihan para pemain untuk mewakili
sekolah nanti sehingga hari pertandingan tersebut.
5. Sekiranya kami diizinkan untuk menggunakan kemudahan dewan tersebut,pihak
sekolah mencadangkan supaya :
5.1 Hari (Mengikut kelapangan masa murid dan guru)
5.2 Masa (3.00-4.30) petang.
5.3 Bilangan peserta (3 orang guru,6 orang murid).
6. Kami berjanji akan menjaga peraturan yang ditetapkan oleh pihak IKBN.
7. Segala kerjasama dan layanan pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima
kasih .
Sekian,

Saya yang menurut perintah.

Anda mungkin juga menyukai