Anda di halaman 1dari 9

BM TAHUN 4 - PEMAHAMAN - BULAN MAC 2019

1. Isteri Encik Manaf memilih sehelai ______________ untuk


Amir.
A. Seluar B. selendang C. songkok

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. ______________ itu bertelur di Pantai Rantau Abang.


A. ikan B. katak C. penyu

3. Chong Meng nyaris terkorban dalam kemalangan. Mujurlah __________ berjaya


menyelamatkan diri.
A. dia B. awak C. beliau

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Encik Zikri membina se________________ rumah untuk ayahnya.


A. biji B. buah C. bidang

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Penyanyi yang __________ itu mempunyai ramai peminat.


A. kacak B. segar C. cantik
6. _____________kah caranya padi di tuai?

1
A. Siapa B. Mengapa C. Bagaimana

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Adakah kamu _________ Haziq yang mengoyak buku ini?


A. Dan B. atau C. supaya

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Aman, sila __________semasa meletakkan cermin mata itu.


A. Hati-hati B. Meja-meja C. Paru-paru

Soalan 9
Pilih ayat yang mengandungi Frasa Nama + Frasa Nama

9. A. Ayah Iman peguam bela.


B. Anak Puan Goh sungguh bijak.
C. Tok Aman ke kebun sayurnya.

Soalan 10.
Pilih ayat majmuk yang betul.

10. A. Izati membasuh beg atau kasut sekolah.


B. Zahara membasuh tuala sambil mengelap tingkap.
C. Hafiz menangis kerana terjatuh.

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.


Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

2
11. Cucu-cucu datuk saya sungguh gembira dalam majlis itu.
A. Riuh B. riang C. ketawa

Soalan 12
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

12. “Api itu semakin marak.” kata HIlmi.


A. Ganas B. malap C. panas

13. Mira disayangi sepenuhnya kerana dia ___________________ ibu bapanya.


A. anak emas B. anak buah C. cahaya mata

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. A. buta kayu B. cekal hati C. ringan tulang

Soalan 15 dan 16.


Pilih ayat yang betul.

15. A. Bakri dipuji hingga dia segak.


B. Rumah sewa Latif dekat dengan masjid.
C. Adli memandu tetapi makan keropok.
16. A. Bapa kim leng bekerja sebagai guru besar
B. Wah, cantiknya Motosikal kamu!
C. Adam, Rahimi dan Rajan berbasikal ke Pasaraya Ekonomi.

Soalan 17 hingga 20.


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

3
Hati-hati sewaktu berjalan,
Jangan sampai terpijak duri,
Hati-hati memilih kawan,
Agar tidak merosak diri.

Petang hari pergi ke pekan,


Hendak membeli barang keperluan,
Hormati kawan dan juga rakan,
Agar perselisihan dapat dielakkan.

Berlari-lari mengejar rerama,


Rerama berterbangan cantik warnanya,
Jika bertolak ansur dan bekerjasama,
Pasti persahabatan erat selamanya.

17. Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan perselisihan faham?
A. Kita hendaklah sentiasa menghormati kawan.
B. Kita hendaklah sentiasa menyakiti kawan.
C. Kita hendaklah sentiasa pergi ke pekan.

18. Mengapakah kita mesti berhati-hati ketika berjalan?


A. Supaya tidak terjatuh.
B. Supaya tidak terpijak duri.
C. Supaya tidak akan merosakkan diri.

19. Apakah nilai murni yang terdapat dalam pantun diatas?


A. Berani dan berdisiplin.
B. Prihatin dan juga bertolak ansur.
C. Bekerjasama dan bertolak ansur.

20. Kita mestilah sentiasa bertolak ansur dalam persahabatan agar


___________________________________________.

4
A. mudah bekerjasama.
B. semua pekerjaan dapat diselesaikan dengan segera.
C. persahabatan dapat dieratkan selamanya.

Bahagian B (30 markah)

Soalan 21
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

muzik tradisional cenderamata pengunjung

penonton murah Karnival Pelancongan

5
Adam dan Rahimi telah ke ____________________________. Banyak pengunjung ke Karnival
Pelancongan itu. Terdapat pelbagai gerai di sana. Ada gerai yang menjual makanan, pakaian
dan _________________. Banyak pengunjung membeli pakaian kerana harganya
____________.

Selain itu, terdapat juga persembahan ______________________. Penonton gembira


semasa menyaksikan persembahan itu.

( 4 markah )

Soalan 22

a. Tulis soalan yang sesuai bagi jawapan yang diberi.


________________________________________________________________________
_________________________________________________________

Jawapan : Tokoh perniagaan yang saya kagumi ialah Allahyarham Tan Sri SM
Nasimuddin.

( 2 markah )

b. Tulis dialog yang sesuai bagi perbualan di bawah.

Anisah : Apakah pekerjaan ayah kamu?

Jawapan
______________________________________________________________________________
___________________________________________________ ( 2 markah )

c. Gabungkan ayat yang sesuai di bawah.

Adam mengambil bendera. ( kerana )

Adam hendak memasangnya pada sebatang kayu.

________________________________________________________________________
_________________________________________________________ ( 2 markah )

6
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Perniagaan Encik Suhaimi semakin meningkat. Beliau menjadi usahawan pengangkutan. Beliau
menambah jumlah kenderaannya dari tahun ke tahun.
Pada tahun pertama, beliau hanya memiliki sebuah bas dan sebuah teksi. Pada tahun ke-
dua pula, jumlah bas dan teksinya telah ditambah.
Pada tahun ke-tiga, beliau berjaya menambah lima buah has dan tiga buah teksi kerana
perniagaannya semakin maju.
Pada tahun ke-empat pula, beliau membeli lima buah teksi lagi.

a. Perkataan ‘memiliki’ dalam petikan di atas bermaksud ______________.


( 1 markah )

b. Mengapakah Encik Suhaimi menambah lima buah bas dan tiga buah teksi pada tahun ke-
tiga?
___________________________________________________________________________
_________________________________________________

( 2 markah )

a. Padankan kenyataan di bawah berdasarkan petikan.

Encik Suhaimi merupakan usahawan


internet.
BETUL
Pada tahun ke-empat, Encik Suhaimi
memiliki sebuah bas dan sebuah teksi.
SALAH
Encik Suhaimi menambah jumlah
kenderaannya dari tahun ke tahun.
( 2 markah )

7
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pusat penternakan burung unta atau Ostrich di Jelita Ostrich Farm, Negeri Sembilan kini menjadi
perhatian pelancong. Pelancong yang datang ke pusat itu akan diberi taklimat tentang
penternakan burung unta.

Jelita Ostrich Farm bukan sahaja memelihara pelbagai haiwan. Pelancong bukan sahaja
dapat melihat dan memegang sendiri haiwan tersebut, malah menyaksikan perlumbaan burung
unta.

Burung unta ini adalah haiwan yang sangat sensitif. Suka dibelai tetapi akan bertindak
agresif jika merasakan dirinya diganggu.

a. Apakah haiwan yang dipelihara di Jelita Ostrich Farm?


________________________________________________________________________
_________________________________________________________ ( 2 markah )

b. Mengapakah burung unta sangat sensitif?


________________________________________________________________________
________________________________________________________ ( 2 markah )

c. Pada pendapat anda, mengapakah Jelita Ostrich Farm menjadi tarikan pelancong?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
___________________________________________________ ( 3 markah )

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Memancing bersama anak Leha,


Memancing ikan tepi paya,
Kalau kita rajin berusaha,
Pasti kita akan berjaya.

Buah pinang ditumbuh lumat,


Buah pinggang dari pekan,

8
Apabila berbelanja kita berjimat,
Sikap boros jangan amalkan.

Sungguh tinggi pohon ara,


Pohon ara tepi perigi,
Melayan pelanggan dengan mesra,
Barulah pelanggan datang lagi.

a. Apakah yang perlu kita lakukan supaya kita akan berjaya?


________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ( 1 markah )

b. Siapakah yang perlu kita layan dengan mesra?


________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ( 2 markah )

c. Tuliskan BETUL atau SALAH bagi pernyataan di bawah berdasarkan pantun.

Kita perlu amalkan sikap boros.


Jangan amalkan sikap boros.
( 2 markah )

d. Bagaimanakah caranya supaya pelanggan datang lagi ?


________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ( 3 markah )

Anda mungkin juga menyukai