Anda di halaman 1dari 14

Bahagian A (Soalan 1- 20) (20 MARKAH)

Pilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 dan 2 berdasarkan gambar di bawah.

1. " __________ amat tertarik melihat pemandangan di sini," kata Sultan Ahmad kepada Datuk
Bendahara.

A. Patik
B. Beta
C. Baginda
D. Tuan hamba

2. Puan Jamilah ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Petaling. _____________ menjalankan
tugasnya dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

A Dia
B Beliau
C Mereka
D Baginda

3. Cikgu Hisham menutup hidungnya dengan tangan semasa melalui tandas murid yang
berbau_________________.
A. hamis
B. hapak
C. hanyir
D. hancing

4."Pementasan drama _____________ sungguh menarik. _____________ sungguh seronok


menyaksikannya," kata Ben Li kepada Kai Chun.

A. sana ... Saya


B. ini .... Kita
C. ini ... Saya
D. itu ... Dia

1
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Salah satu tugas anggota polis trafik ialah mengawal ___________________.

A. lalu jalan
B. lalu lintas
C. lalu terus
D. lalu lalang

6._________ awak melawat ke Rumah Kanak-Kanak Seri Intan pada Khamis ini di Taman Indah
Permai?

A. Di manakah
B. Bilakah
C. Siapakah
D. Adakah

7. Anak kecil itu berlari _________________mendapatkan ayahnya yang baru pulang dari bekerja.

A. terhegeh-hegeh
B. terkedek-kedek
C. terhincut-hincut
D. terkapai-kapai

8. Isteri Encik Lee telah melahirkan anak lelaki di hospital semalam. Oleh itu, Encik Lee akan
mendaftarkan kelahiran anaknya di ____________________ pada hari ini.

A. pejabat pendaftaran
B. balai bomba
C. perpustakaan
D. pasar raya
2
9. Semua murid SJK (C) Pei Hwa telah ____________________ kelas dengan cantik sempena perayaan
Tahun Baru Cina.

A. mengadakan
B. menghias
C. mengerjakan
D. menyertai

10. Mohan sangat gembira apabila ___________________ hadiah daripada Guru Besar sempena
kejayaannya memperoleh Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Tahun 4.

A. menerima

B. berharap

C. bersedia
D. menepati

11. Bas yang sarat dengan penumpang itu tidak berhenti _________________sudah ditahan berkali-kali.

A. meskipun
B. jika
C. ketika
D. supaya

12. Tangan kakak ______________kerana terkena minyak panas semasa menggoreng ikan.

A. melebur
B. melecur
C. melecet
D. melelas

13. Terdapat _____________ pondok buruk di hujung kampung itu.

A sebiji
B sebuku
C sebuah
D sebatang

3
Soalan 14 dan Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14.Aril telah didenda oleh Cikgu Roslan kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

A. Aril mendenda gurunya yang tidak menyiapkan kerja sekolah.


B. Cikgu Roslan didenda oleh Aril kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
C. Kerja sekolah Aril tidak disiapkan oleh Cikgu Roslan yang mendendanya.
D. Cikgu Roslan mendenda Aril kerana Aril tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

15. Mi bandung ini sungguh sedap, lagipun mi ini tidak pedas,” kata Puan Hani kepada
anaknya.

A. Puan Hani diberitahu bahawa mi bandung itu amat sedap dan tidak pedas.
B. Puan Hani diberitahu oleh anaknya bahawa mi bandung itu amat sedap dan tidak pedas.
C. Anaknya memberitahu Puan Hani bahawa mi bandung itu paling sedap dan tidak pedas.
D. Puan Hani memberitahu anaknya bahawa mi bandung itu sangat sedap dan tidak pedas.

Soalan 16
Pilih ayat yang betul.

16. A. Wah, sungguh banyak koleksi-koleksi kain tudung kamu!


B. Buku rujukan Bahasa Malaysia itu berharga RM2.30 sahaja.
C. Pelbagai-bagai ragam manusia di luar sana.
D. Azmi menunggu isterinya di bas stesen

4
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran

Hari ini ialah hari lahir Kai Chun, Aznan dan Herina yang ke-10. Cikgu Rohaya dan murid-
murid Tahun Empat Murni mengadakan majlis untuk menyambut hari lahir mereka selepas
waktu persekolahan.

Semua murid bekerjasama menghias kelas supaya kelihatan ceria. Mereka juga
membawa kek, nasi goreng, biskut dan kuih-muih. Mereka menghidangkan juadah
tersebut di atas meja, Selepas itu, ketua kelas mengundang beberapa orang guru dan
murid untuk memeriahkan majlis itu.

"Silalah masuk ke kelas kami," kata Kai Chun kepada tetamu yang datang.

"Wah, cerianya kelas dan banyaknya makanan!" kata seorang daripada mereka.

"Majlis ulang tahun kelahiran ini diraikan untuk siapa?" tanya Cikgu Lim dari kelas
sebelah pula.

"Majlis ini untuk Kai Chun, Aznan dan Herina," beritahu Cikgu Rohaya. Seterusnya,
majlis dimulai dengan nyanyian lagu "Selamat Hari Lahir". Mereka bertepuk tangan
selepas Kai Chun, Aznan dan Herina meniup api lilin di atas kek. Suasana pada hari itu
sangat meriah.

17. Mengapakah semua murid menghias kelas supaya kelihatan ceria?

A. Semua murid menghias kelas supaya kelihatan ceria kerana Hari Raya.
B. Semua murid menghias kelas supaya kelihatan ceria kerana pertandingan
kebersihan.
C. Semua murid menghias kelas supaya kelihatan ceria kerana sambutan hari ulang
tahun kelahiran.
D. Semua murid menghias kelas supaya kelihatan ceria kerana telah dimarahi oleh guru
kelas.

5
18. Bilakah majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran ini diadakan ?

A. Majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran ini diadakan pada waktu pagi.

B. Majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran ini diadakan pada cuti sekolah yang lalu.

C. Majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran ini diadakan pada waktu rehat.

D. Majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran ini diadakan selepas waktu persekolahan.

19. Di manakah kek, nasi goreng, biskut dan kuih-muih dihidangkan?

A. Kek, nasi goreng, biskut dan kuih-muih dihidangkan di atas meja.

B. Kek, nasi goreng, biskut dan kuih-muih dihidangkan di atas lantai.

C. Kek, nasi goreng, biskut dan kuih-muih dihidangkan dalam dulang.

D. Kek, nasi goreng, biskut dan kuih-muih dihidangkan di kedai.

20. Apakah maksud perkataan mengundang”?

A. meraikan

B. mengangkat

C. menjemput

D. melahirkan

6
BAHAGIAN B

[30 markah]

Jawab semua soalan.

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

sejak ketika hingga sebelum

meskipun kerana agar jika

Pak Mat telah membina beberapa buah rumah rakit untuk kaki pancing. Kami

tiba di rumah rakit itu ________________________ hari hampir malam. Kami

mendaftar terlebih dahulu ______________________ menginap di situ. Pak Mat pula

sentiasa melayan kami ______________________ kurang sihat. Kami berharap

_________________ dapat bersantai di rumah rakit ini lagi. Rumah ini begitu selesa

didiami walaupun terapung di air.

( 4 markah)

Soalan 22
a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayat Tanya

Jawapan: Ali menangis kerana tersepak batu yang besar.


[2 markah]
7
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

cikgu

Tahniah atas kejayaan murid


kamu menjuarai
pertandingan berpidato
peringkat daerah.

Jawapan :

(2 markah)

c. Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang sesuai.

dengki pendapat

degil penipuan

i. Hati batu =
________________________________________________

ii. =
Buah fikiran
_________________________________________________

(2 markah)

8
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekolah Saya Ceria

Kai Chun dan kawan-kawannya mengadakan aktiviti mengemaskan dan membersihkan sekolah.
Mereka ingin menceriakan sekolah. Sekolah mereka akan terlibat dalam pertandingan kebersihan
peringkat daerah.

Mula-mula, Kai Chun dan kawan-kawannya membaiki meja dan kerusi yang rosak. Meja
dan kerusi yang tidak dapat dibaiki telah dileraikan. Kayu-kayu tersebut dijadikan sebagai taman
herba sekolah.

Nisah, Siew Min dan Ratna pula mengecat bilik darjah. Mereka mengecat dengan warna
yang dipilih oleh guru. Warna memainkan peranan yang penting supaya kelihatan cantik.

Aznan dan Herina mengemaskan buku-buku di pondok bacaan. Buku-buku disusun dan
disimpan di rak. Rak-rak itu dilabelkan supaya murid-murid dapat meletakkan buku-buku pada
tempatnya.

Selepas tamat aktiviti itu, guru besar mengucapkan terima kasih dan mengadakan jamuan
untuk mereka di kantin. Kai Chun dan kawan-kawannya sangat seronok. Sekolah mereka semakin
ceria.

a) Maksud perkataan menceriakan dalam petikan ialah ____________________________

( 1 markah )

b) Apakah tujuan aktiviti mengemaskan dan membersihkan ini diadakan?

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

( 2 markah )

9
c) Nyatakan tugas Aznan dan Herina semasa aktiviti mengemaskan dan membersihkan sekolah ?

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

( 2 markah )

d) Mengapakah Kai Chun dan kawan-kawannya sangat seronok ketika tamat aktiviti mengemaskan dan
membersihkan sekolah ?

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

( 2 markah )

10
Soalan 24
Baca dan fahami maklumat yang terdapat pada gambar di bawah ini, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.

a) Berikan satu contoh sayur yang terdapat pada rajah di atas?

_______

_______
[ 1 markah ]

b) Kuantiti yang paling banyak kita perlu ambil ialah

_____________________________________________________
[ 1 markah ]

c) Berikan dua contoh makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi?

_______

_______
[ 2markah ]

11
d) Adakah anda bersetuju pengambilan makanan yang seimbang merupakan faktor penting
kepada kesihatan kita? Mengapa?

______

______

______

[ 3 markah ]

Soalan 25
Teliti atur cara majlis di bawah, kemudian jawab semua soalan-soalan.

Atur Cara Majlis


Hari Penyampaian Hadiah
8.30 pagi : Para Jemputan Mengambil Tempat
8.45 pagi : Ketibaan Yang Berusaha Tuan Pegawai Pelajaran
9.00 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran
Majlis dimulakan :
 Bacaan Doa
 Ucapan YDP PIBG
 Ucapan Guru Besar
 Ucapan Pengarah Pelajaran
 Persembahan Kebudayaan
 Majlis Penyampaian Hadiah
 Jamuan ringan
 Bersurai

(a) Atur cara majlis di atas merupakan_____________________________________


______________________________________________________________________

[ 1 markah ]

12
(b) Dua orang tetamu yang dijemput dalam acara ini ialah
________________________________________________________________________
__________________________________________________________________

[ 1 markah ]

(c) Ucapan perasmian dalam majlis ini telah disampaikan oleh


________________________________________________________________________
______________________________________________________________________

[1 markah ]

(d) Pada pendapat kamu perlukah majlis ini diadakan? Mengapa ?


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

13
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………
Pn. Fatin Liyana binti Nasir Pn. Raja Zaidah binti Raja Abd Wahab
Guru Tahun 4 Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Sk Taman Seri Rampai Sk Taman Seri Rampai

Disahkan oleh,

…………………………..
Pn. Normah binti Abu Kasim
Penolong Kanan Kurikulum
Sk Taman Seri Rampai

14

Anda mungkin juga menyukai