Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama BMX . Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Shah Alam Selangor . Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di
Alor Setar,Kedah.Aku dihantar ke Alor Setar dengan menggunakan lori.

Setelah aku sampai di Bandar Alor Setar, aku dihantar pula kekedai. Kedai itu dikenali
sebagai CHILDREN SHOP.Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai
pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku. Tetapi mereka tidak mampu untuk
membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM450.

Pada suatu hari, seorang remaja lelaki yang kacak telahmembeliku. Dia membayar
duit kepada penjual lalu membawaku pulang ke rumahnya. Remaja yang itu bernama
Sani. Saniselalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar bandar Alor
Setar. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai.

Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat untuk kepada tuanku. Aku dijaga
dengan begitu rapi sekali. Setiap hari,aku dibersihkannya.Setelah beberapa tahun
kemudian, badan-badanku telahberkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak
secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah Sani.Di sinilah
aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.

Anda mungkin juga menyukai