Anda di halaman 1dari 3

Pembetulan Bahagian B (Soalan 3) Aku Sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku


dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul
Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal
di Petaling Jaya,Selangor.

Aku dihantar ke Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil.


Kedai itu dikenali sebagai Jimmy Shop Sdn. Bhd. Di sini, aku
dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik
dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku
kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM300.

        Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10


tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu
membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada
anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin. 

         
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan
bersiar-siar di sekitar taman permainan yang
berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di
tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat
bangga kerana dapat berkhidmat  kepada tuanku. Aku
dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku
dibersihkannya setelah digunakan.

          Setelah beberapa tahun kemudian, badan-


badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah
tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah
ditempatkan di bangsal kereta ayah Kevin. Di sinilah
aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah
basikal.

Anda mungkin juga menyukai