Anda di halaman 1dari 45

1.

1 KONSEP, LATAR BELAKANG


DAN KEPENTINGAN SENI
DALAM PENDIDIKAN

Perkembangan Teori
Pembelajaran Dan Isu
Berkaitan.

AHLI KUMPULAN :
MELVIN GEORAGE
SANTHIRA SEGARAN
MALARKODI
SITHERRAIVALLI

KONSTRUKTIVISME

Bruning, Schraw, & Ronning, 1995


menyatakan bagaimana teori ini mampu
melahirkan insan yang mampu merangka dan
membentuk sesuatu pengetahuan yang
difahami dan dipelajari oleh mereka.
Driver, Squires, Ruswork &Wood, 1994, pula
berkata konsep utama konstruktivisme ialah
pelajar membina pengetahuan danbukan
hanyadisebarkan oleh individu.

TEORI PEMBELAJARAN

Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa


murid membinasendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Pembelajaran inimenggalakkan murid
mencari idea, buat kajian, yakin diri dan
dapat
berinteraksi yang akhirnya proses inkuiri
akan terhasil.

Dalam diri pelajar sudah terbentuk


pengetahuan dan kepercayaan:
Bukannya menganggap pelajar sebagai tin
kosong, teori alam dan pembelajaran
Konstruktivisme menganggap pelajar
membawa pengalaman dan kefahaman ke
bilik darjah dan kesannya, mereka bertemu
dengan maklumat baru di luar konteks,
tetapi

menggunakan apa yang mereka tahu untuk


mengasimilasikan maklumat ini, dan
menyesuaikan apa yang mereka sedia tahu
kepada penemuan baru. Proses pemerolehan
pengetahuan adalah interaktif misalnya,
murid mencampur warna asas dengan warna
asas akan mendapat warna sekunder.

Aktiviti pembelajaran membolehkan


pelajar mendapat pengalaman,
pengetahuan dan kepercayaan:
Pendekatan Konstruktivisme terhadap
pembelajaran membolehkan pelajar
menggunakan apa yang mereka tahu untuk
menginterpretasikan maklumat baru dan
membentuk pengetahuan baru.

Soalan yang dikemukakan kepada pelajar


sepatutnya mendorong penulisan mereka
berkaitan apa yang mereka tahu dan
percaya. Apabila perkaitan ini dibuat, pelajar
mengeluarkan apa yang mereka tahu dan
membentuknya semula menjadi suatu yang
baru dan memberi makna yang baru.

Pembelajaran pelajar secara individu dan


kolektif dipengaruhi oleh budaya, bangsa,
status ekonomi:
Identiti dan asal usul pelajar mempengaruhi
pengalaman mereka di dalam dan di luar
sekolah dan pelajar perlu dibantu untuk
memahami bagaimana asal usul dan status
ekonomi mereka mempengaruhi mereka di
sekolah dan di luar.

Kemiskinan dan pelajar minoriti kerap


dianggap sebagai tidak menyumbang kepada
seni, sastera, sejarah atau ekonomi
masyarakat mereka kerana kebolehan dan
pengalaman mereka tidak digunakan dalam
kurikulum rasmi.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME

1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru

2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang samapenting


dengan hasil pembelajaran

3. Menyokong pembelajaran secara koperatif

4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuanbaru


dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi

duni sebenar

6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid


danmenggunakannya sebagai panduan merancang pengguna

7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid

8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid


belajarsesuatu idea

9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

APLIKASI TEORI DALAM


PEMBELAJARAN

Digalakkan sentiasa mengembangkan idea


utama kepada percambahan idea-idea baru
agar dapat menghasilkan karya yang lebih
kreatif, estetika dan berkualiti.
Contoh: pengadunan warna asas dengan
sekunder.

Pembentukan konsep-konsep melalui


pembelajaran konstruktif.
Contoh: mampu kelas dan membandingkan
warna-warna yang pelbagai misalnya,
kombinasi warna hijau untuk latar dan putih
untuk tulisan sesuai pada papan tanda tetapi
kombinasi warna hijau dan merah tidak
sesuai untuk papan tanda kerana ia bertindak
negatif.

BAGAIMANA SENI DALAM PENDIDIKAN DALAM DAPAT


DIKAITKANDENGAN TEORI KONSTRUKTIVISME?

Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia


ada
Menyusun atur maklumat dan pengetahuan
Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru
Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru
dengan berbagaicara dan bentuk
Menyampaikan pengetahuan baru melalui
representasi danpersembahan
Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

Teori Kecerdasan Pelbagai

Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalamkehidupan


sebenar
Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan
Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatanyang
bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
Jenis-jenis kecerdasan:
Verbal linguistik
Logik Matematik
Visual ruang
Kinestetik
Muzik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalis

1. Kecerdasan Verbal-Linguistik

Ciri-ciri: Kemampuan berkata-kata secara


bermakna dalam pertuturan dan penulisan,
kebolehan mengingati info atau maklumat,
serta mampu berkomunikasi dalam bahasa
tersebut.

2. Kecerdasan Interpersonal
Ciri-ciri: kemampuan untuk memahami emosi
samaada simpati atau empati, motivasi,
tabiat serta kemahuan orang lain.
Kecerdasan interpersonal juga adalah
kemahiran bertindak yang mampu
meninggalkan kesan kepada individu lain
secara bukan teoretikal seperti memberi
perangsang kepada murid menyertai sesuatu
aktiviti.

3. Kecerdasan Intrapersonal
Ciri-ciri: Kecerdasan intrapersonal dapat
membolehkan individu mengawal emosi diri
serta mampu membuat refleksi kendiri yang
tinggi. Seseorang yang mempunyai
kecerdasan pelbagai berkebolehan
memahami diri sendiri dari segi kelemahan,
kekuatan, kehendak dan hasrat.

4. Kecerdasan Logik-Matematik
Ciri-ciri: Individu yang bijak berhujah, dapat
menggunakan nombor secara berkesan,
prinsip sebab akibat serta kebolehan
menjangka, membuat keputusan yang adil,
memahami kelompok nombor asas, dan
cekap menggunakan teknologi dalam
penyelesaian masalah adalah ciri-ciri
kecerdasan logic-matematik.

5. Kecerdasan Visual-Ruang
Ciri-ciri: Seseorang individu yang
berkebolehan memahami prinsip rekaan dan
unsur seni yang terdapat dalam bahasa seni
contohnya memahami bentuk, garisan, warna
dan sebagainya.

6. Kecerdasan Kinestetik
Ciri-ciri: Seseorang individu yang
berkemampuan menggunakan bahasa badan
bagi melontarkan ideanya, emosinya dan
menyelesaikan masalah. Kecerdasan
kinestetik termasuklah kemampuan
melakukankoordinasi, keseimbangan,
refleksibiliti dan kepantasan.

7. Kecerdasan Muzik
Ciri-ciri: Individu yang mempunyai kebolehan
dalam mengesan melodi lagu dan irama,
mengenal lagu mudah dan mampu
membanding dan mengedit irama serta
tempo dalam melodi mudah.

8. Kecerdasan Naturalis
Ciri-ciri: Individu yang berkebolehan
mengenali dan mengategorikan flora dan
fauna, galian, hasil bumi serta berkebolehan
mengenali artifak budaya dari pelbagai segi
seperti pakaian, makanan dan seni.

KEPENTINGAN TEORI KECERDASAN


PELBAGAI DALAM SDP

Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut


saranan JERIselaras dengan FPN
Menerima hakikat bahawa individu mempunyai
kecerdasanyang berbagai
Membentuk kepelbagaian untuk menilai
Wujudkan suasana kolaboratif
Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan
inovasipenyelidikan dalam PDP
Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri
Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang
pelbagai danseterusnya meningkatkan potensi diri

APLIKASI TEORI DALAM


PEMBELAJARAN

Cara belajar dan merancang intervensibagi


memudahkan proses pembelajaran
bantu murid belajar dengan efektif dan
berkesan sesuai dengan kemampuan dan
minat mereka. Keseronokan ketika belajar
akan memudahkan murid untuk memahami
ilmu.

Guru boleh mengubah tajuk aktiviti yang


sesuai dengan kebolehan murid.
Merancang sesuatu yang boleh menarik
perhatian murid, bidang lukisan- dengan
melihat objek maujud.
Kecerdasan tidak boleh dinilai secara
berasingan misalnya kecerdasan visua-ruang
boleh disepadukan dengan kecerdasan logicmatematik.

TEORI PENDEKATAN KOGNITIF

Ahli psikologi yang terkenal dalam bidang ini


ialah Robert Selman (1980).
Selman telah menjalankan eksperimen
dengan mengkaji kanak-kanak.
Dalam kajiannya, Robert Selman meminta
kanak-kanak menyelesaikan masalah atau
membuat hipotesis berdasarkan sebuah
cerita yang dipertontonkan kepada mereka.
Dalam cerita ini watak utama mempunyai
konflik.

lima tahap model pengetahuan kendiri telah


dibina oleh Selman. Tahap-tahap ini akan
dilalui satu persatu oleh semua kanak-kanak.

Tahap 0 (bayi):
Pada peringkat ini bayi dapat memahami
kewujudan fizikal mereka tetapi tidak tahu
tentang kewujudan psikologi misalnya bayi
tidak dapat membezakan antara tingkah laku
fizikal seperti menangis dengan perasaan
atau emosi yang mengiringinya iaitu sedih.

Tahap 1 (awal kanak-kanak):


Pada usia ini kanak-kanak percaya bahawa
pemikiran dapat mengawal tingkah laku.
Mereka percaya bahawa perasaan dan fikiran
seseorang dapat digambarkan oleh tingkah
laku dan penampilan. Kanak-kanak hanya
dapat memahami seseorang melalui
pememerhatian tingkah laku dan percakapan
seseorang misalnya, seseorang sedang
tersenyum, maka sudah tentu ia berasa
gembira.

Tahap 2 (kanak-kanak pertengahan):


Pada usia ini mereka mula memahami
perbezaan, memahami yang tersurat dan
tersirat contohnya seseorang yang menitis air
mata tidak bermakna ia sakit, mungkin
kerana terlalu gembira dan seseorang yang
tersenyum tidak bermaksud dia gembira
mungkin senyuman itu hanya dibuat-buat.

Tahap 3 (pra remaja):


Pada peringkat ini kanak-kanak yang sudah
menjadi remaja tahu bahawa kendiri
merupakan satu komponen personaliti yang
stabil.

Tahap 4 (remaja):
Setelah menjadi remaja, mereka memahami
bahawa kendiri tidaklah dapat difahami
secara total kerana kadang-kadang
sesetengah aspek personaliti berada di paras
tidak sedar.

APLIKASI TEORI DALAM


PEMBELAJARAN

Ciri-ciri kognitivisme dipraktikan dalam


subjek Dunia Seni Visual contohnya dalam
Persepsi Estetik.
Persepsi Estetik bertujuan untukmenjadikan
murid yang mampu mengguna dan
memahami bahasa seni visual lalu
berkemampuan membuat persepsi terhadap
alam ciptaan tuhan, objek ciptaan manusia
dan hasil karya seni.

Dalam teori ini, Robert Selman lebih


mengutamakan konsep penaakulan. Konsep
penaakulan jugadiaplikasi dalam matapelajaran
Dunia Seni Visual. Apakah Menaakul? Terdapat
empat kaedah penaakulan iaitu;
1.critical thinkingatau pemikiran kritikal
2.higher-order thinkingatau pemikiran aras
tinggi
3.logical reasoningatau penaakulan secara
logics
4. imply reasoningatau penaakulan mudah

Penaakulan sering digunakan untuk


menyelesaikan masalah. Ianya merujuk
kepada kebolehan pemerolehan pengetahuan
individu.
Individu perlu berfikir secara mendalam,
terperinci, kreatif, kritis agar kemahiran
kognitif mereka meningkat.

Kreativiti guru dalam memberi aktiviti yang


mencabar kemampuan murid sangat perlu
seperti menggabungkan pelbagai kecerdasan.
Kemampuan berfikir secara kritikal seperti
membuat eksperimen, membuat infrens dan
mengkaji aspek permasaalahan dari semua
keadaan perlu untuk menjadikan pelajar
yang berfikiran global.

Penaakulan Induktif
Penaakulan induktif boleh dilakukan dengan
cara meneliti pelbagai contoh atau keadaan
yang khusus, memerhatikan ciri yang sepunya
dan membuat refleksi atau menyebut
sesuatu secara menyeluruh.

Penaakulan secara Deduktif


Penaakulan secara deduktif pula boleh
dilakukan dengan carameneliti keadaan
secara umum kemudian cuba dapatkan
contoh yang terperinci dan spesifik.

Teori Pemerosesan Maklumat

Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan


dalam stor ingatanjangka panjang adalah penting
bagi manusia untuk mengaitkannyadengan
pengalaman baru, lapan fasa biasa yang dialami
oleh manusia dalam prosespembelajaran iaitu
fasa motivasi, fasa kefahaman,
fasapenyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan
kembali, fasageneralisasi, fasa prestasi dan fasa
maklum balas.

Melalui teori ini murid dapat :

Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil


Berinteraksi dengan orang lain dalam proses
penghasilan ataupenyampaian
Mendapat maklum balas dari orang lain
Bekerjasama dengan orang lain dalam proses
penghasilan karya
Mengelak perlakuan yang tidak diingini
Mengekalkan perlakuan yang diingini

ISU-ISU BERKAITAN SENI DALAM


PENDIDIKAN

Kanak kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif tetapi mereka


membina pengetahuan secara aktif. Teori konstruktivisme

Pembelajaran aktif - aktiviti meneroka, mengeksperimen dan mengolah


objek atau bahan.

Seni membolehkan pelajar meluahkan idea secara bebas dan kreatif.

Proses pembelajaran seseorang pelajar menggunakan beberapa jenis


kecerdasan secara bergabungan. Teori Kecerdasan Manusia (1983)

Seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Quadrant


Concept (1991)

Seni adalah berkenaan cara kita mengekspresi aliran kefahaman - Meaning


of Art, (1977:266) - Herbert Read

SUMBER RUJUKAN

http://ngpingping-welcometomyblog.blogspo
t.com/2011/11/teori-pengajaran-dan-pembel
ajaran-dalam.html
http://wwwartstudent.blogspot.com/2009/10
/pendidikan-seni-di-malaysia-antara.html
http://pendidik-istimewa.blogspot.com/201
3/02/kepentingan-teori-perkembangan-kepad
a.html

SEKIAN TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai