Anda di halaman 1dari 3

Cara Mengibarkan Jalur Gemilang

ADAB DAN CARA


Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.Oleh itu yang demikian
menaik dan menurunkan hemdaklah dengan cara yang sopan.Cara-cara yang
sesuai ialah:

Sebelum menaikkan bendera ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi


memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan
bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya.

Sebelum bendera dinaikkan,pastikan ianya dalam keadaan yang baik.

Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian


kemas.

Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib atau perlahanlahan .Apabila mengibarkan bendera separuh tiang ,bendera hendaklah
dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula ke
separuh tiang.Apabila menurunkan bendera separuh tiang,langkah pertama
ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian
menurunkannya terus.

Bendera tidak diletakkan di atas tanah semasa hendak menaikkannya.

Bendera tidak dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetepi


hendaklah ditatang atau diselimpang ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di


tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.

Bendera tidak boleh digunakn untuk mengalas meja atau menutup sesuatu
melainkan sebagai memberi kehormatan negara seperti menutup keranda
dalam istiadat Pemakaman /Pengebumian Negara.

Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai
bendera yang uzur.Bendera yang uzur tidak boleh dikibarkan kerana
pengibarannya menunjukkan tanda tidak hormat.Ia hendaklah dimusnahkan
dengan cara yang sopan.Caranya ialah dengan membakar bendera tersebut
secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera

tersebut.

Tempat
Bendera dikibarkan di tempat-tempat seperti berikut:

Kediaman

Kedaulatan

Bangunan (di luar,di dalam atau di atas)

Pejabat

Kapal/ Feri/Bot

Kapal Terbang

Kereta

Masa
Tradisi bendera mulai dikibarkan apabila matahari terbit dan ia diturunkan waktu
matahari terbenam. iaitu mulai pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang.Tradisi ini telah
menjadi amalan antarabangsa semenjak beratus tahun dahulu terutamanya di
dalam Angkatan Tentera.
Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya bendera di kibarkan di bangunan
-bangunan Persekutuan mengikut masa yang ditetapkan iaitu:

Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan:


Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus(overnight)sekiranya
hari berikutnya adalah Hari Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera
dikibarkan.
Sekolah-Sekolah:
Mengikut waktu bermula kelas pertama dan menurunkannya selepas kelas terakhir
tamat.
Kapal Dan Feri
Bendera hendaklah dikibarkan di atas kapal dan feri sepanjang hari.

Anda mungkin juga menyukai