Anda di halaman 1dari 13

_Sejarah Kursus Kepimpinan Manikayu

Atau lebih dikenali sebagai KMK, adalah


suatu kursus yang perlu dilalui bagi
seoarang pemimpin pengakap ia tidak kira
dari Kumpulan Latihan Maktab KLM dan
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
KLKM. Ia mula diperkenalkan diUK pada
1919 di Gilwell Park yang dirasmikan oleh
W.F. de Bois Maclaren. 6 bead telah
diwartakan untuk Ketua Perkhemahan
Gilwell sebagai simbol rasmi ibupejabat.
Tradisi ini diteruskan hingga hari ini. W.F.
de Bois Maclaren juga menghadiahkan BP satu set lengkap skaff dan manikayu
skarf berwarna cokelat dan mempunyai
petak segiempat yang bercorak 'batik orang
scotland' dikenali sebagai Maclaren Tartan.

Sejarah Awal

Pada awalnya, ia dipakai ditopi 'constable hat' (topi yang


dipakai oleh BP disebelah )ataupun di butang uniform bila
seseorang itu telah tamat kursusnya.Selepas itu ia
dihentikan kerana sebab ia mudah terjatuh bila ditiup
angin.

manikayu ini dimasukkan ke bahagian atas topi yang


dipakai oleh BP

Terdapat juga manikayu berbentuk taring


dari serigala dari tahun 1922 hingga 1925 manikayu akela, bagi peringkat 2... jika seseorang itu
berjaya tamatkan kursus, 1 bead lagi ditambah
yang dikenali sebagai taring serigala
(Wolf’s Fang) atau akela badge (rantai
akela) jika seseorang itu telah habis kursus,
dia layak memiliki 2 taring dikenali sebagai
ketua akela (akela leader).
13 November 1925,ibupejabat Gilwel mensyaratkan
hanya satu jenis manikayu sahaja dibenarkan. Hasil
perbincangan ibupejabat Gilwell mengariskan pada
hujung manikayu yang sebenarnya ada warna khas
mengikut unit pada pangkal simpulan, yang PPM masih
lagi ikut dari UK ialah kuning bagi PKK (cub scout-
pengakap serigala), hijau untuk PM/PR (scouts) dan
merah bagi kelana (rovers). 14 Oktober 1927, ibupejabat
Gilwell membuat keputusan drastik, pengeluaran
manikayu ini dihentikan. Cuma setengahnya masih lagi
terselamat... cari dalam ebay! hihihi...

manikayu ini dipakai hingga sekarang, sebagai


lambang kepimpinan... tapi saya pun boleh ciplak
satu.... seperti di bawah

kumpulan pertama 1919 diGilwell Park, ada dikalangan bekas tentera


yang pernah berkhidmat semasa perang dunia pertama juga mengambil
kursus ini.

Kursus Manikayu
1927, ibupejabat Gilwell membuat keputusan drastik,
pengeluaran manikayu ini dihentikan. Cuma
setengahnya masih lagi terselamat... cari dalam ebay!
hihihi...

anda cuma cari wayar halus dengan rotan yang


paling kecil! yang mana rotan itu diraut dengan
teliti... cam na? ok dak... jangan buat gila pakai
kalau tak habis kursus.. nak? sori laa... buat
sendiri.. ni nak kena tambah lagi bubuh kaler hitam
ngan sylek..

_Gadgets & Pioneering

Projek perintis (pioneering project) diklasifikasikan sebagai kerja seni yang pernah dilakukan oleh
pihak jurutera tentera pada abad 18 hingga 19 dengan menggunakan tali dan kayu. Seni tali dan
ikatan ini dipraktikkan hingga sekarang bahkan ketika taufan katrina yang memusnahkan selatan
Amerika, Seni ini digunakan meluas di penempatan sementara. Pada 5 Disember 1998, Selatan
Florida telah mengadakan Acara Persembahan Tahunan Pengakap (annual Scout Show) distadium
yang terajui oleh Joe Robbie. Dalam acara itu segala permainan, skill dan ilmu pengakap dikongsi
bersama tidak kira pengakap ataupun bukan pengakap. Hurrican District menggunakan idea ini
dengan kerjasama majlis daerah (district's troops) untuk membina projek printis lalu dipertontonkan
kepada orang ramai. Idea ini agak menarik hampir kesemua projek printis dilahirkan semula! projek
perintis ini mengajar para pengakap merancang, paling pentingnya semangat berkumpulan setelah
hampir seabad bila BP memperkenalkannya dalam buku hingga ke perkhemahan Brownsea, seni ini
dimanafatkan semula.
Lifting Gateway (Pintu Gerbang Berlift) Covered Gateaway (Pintu Gerbang Beratap)

_Spying allied to Scouting, Scouting not Soldiering....

Satu kata-kata BP dalam bukunya Lessons from the Varsity of Life, keluaran tahun 1933. BP
menegaskan bahawa bidang kepengakapan memerlukan kecekapan dalam pengintipan, ia
berupaya mendapatkan maklumat risikannya dari pihak lawan dari segi kekuatan hingga senjata
rahsianya kemudiannya disampaikan dengan cara yang terselindung dan tersendiri tanpa berjaya
dikesan oleh pihak lawan atau musuh. BP juga pernah menjalankan risikan sebelum Perang Boer di
Afrika Selatan dengan meninjau dan meneliti kekuatan pihak President Kruger. Sebenarnya motif
utama British menakluk Afrika Selatan kerana adanya lombong berlian dinegara itu bahkan dengan
tinjauan yang khusus dapatlah pihak British mengatur serangan dan menakluk (command &
conquer).

beza dengan pengakap, tentera diajar menjadi tentera tetapi pengakap dilatih menjadi manusia!- rafiqkie
Dalam buku ini dibab ke 10 , ada seorang wanita yang masih belajar disekolah perempuan iaitu
Miss Mason's House of Education begitu berminat dengan buku yang ditulisnya iaitu Aids to
Scouting tetapi khas untuk tentera. Buku ini mengajar cara-cara prinsip pengintipan. Lalu BP
menulis buku Scouting for Boys atau Ilmu Pengakap Bagi Budak-Budak yang menjadi buku best-
seller! boleh dikatakan boleh mengalahkan buku Dan Brown Da Vinci Code zaman sekarang... buku
ini laris dan ramai kumpulan pengakap wujud pada masa yang sama. Masa menjelang perang dunia
pertama keupayaan pengakap tidak dapat ditandingi, terima kasih kepada Warrington Baden-Powell
abang BP yang memperkenalkan Pengakap Laut! Pengakap Laut wujud masa perang dunia
pertama dalam kerja-kerja tinjauan di perairan sekitar UK. Kepada bakal pengakap dan akan
menjadi pengakap anda harus tahu... apa itu pengakap!

_Kepimpinan Laut
Sejarah

Ia bermula apabila Warington Baden-Powell, abang kepada BP keluar belayar bersama-sama


mengembara dilaut sewaktu BP mula belajar di Charter House. Bila cuti sekolah bermula BP dan
abangnya akan merancang aktiviti bersama dilaut. Antara cabaran yang menarik dalam
pelayarannya ialah memasak makanan diatas bot dan tinggal juga menginap dilaut selama 3 hari 2
malam. Dalam unit laut, seorang pengakap laut itu lebih ilmunya berbanding pengakap biasa. Ini
kerana Pengakap Laut punya kelebihan dalam pelayaran dan cabaran didalam air.

Ketika berlakunya Perang Dunia Pertama, Pengakap Laut membantu pihak Pengawal Pantai juga
Angkatan Tentera Laut Diraja British dari segi tinjauan dan intipan (recognition & surveillance) pihak
musuh. Ini bermakna kerja-kerja kepengakapan bukannya tertumpu semasa aman bahkan dalam
perang juga amatlah diperlukan.

Dalam sejarah pelayaran melayu lama, dicatatkan bahawa Laksamana Cheng Ho (atau Zheng
Kaige, Zhang He) dengan membawa bersama-sama angkatan lautnya demi menjalinkan hubungan
kerjasama antara 2 negara. Pelayaran Laksamana Cheng Ho dianggap cukup bermakna dalam
sejarah melayu, ini kerana ia angkatan laut Laksamana Cheng Ho bukan untuk bermusuh
sebaliknya menjalinkan persahabatan. Laksamana Cheng Ho, adalah seorang pemimpin yang
beragama islam juga utusan dari Dinasti Ming. Bangsa melayu tak kurang hebatnya, rumpun Bugis
adalah pelayar yang cukup kuat rintangan dilautan dari Sulawesi hingga ke Tanah Melayu.
Laksamana Hang Tuah, pemimpin yang paling agung dalam Kerajaan Melayu Melaka. Dalam
penulisan Sejarah Melayu Laksamana Hang Tuah mula berkhidmat dalam Kerajaan Melaka selepas
beliau dan rakan-rakannya menewaskan sekumpulan lanun di Pulau Besar yang mungkin bagi
orang biasa boleh dianggap itu kerja gila! tapi itu benar, Belaiu telah menjalankan
tanggungjawabnya sebagai warganegara yang berdaulat dan merupakan pengakap laut yang sejati!

Perkembangan Pengakap Laut di Malaysia

Di Tanah Melayu, penubuhan Pengakap Laut wujud di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Sehingga sekarang penubuhan Pengakap Laut masih wujud dan bergerak aktif, yang
menghairankan Pengakap Laut wujud bukannya ditepi laut tapi di Pekan dan bandar besar! Ini
sudah silap... jika ianya rumah pengakapnya dekat dengan sungai atau laut boleh diadakan unit
Pengakap Laut.

Bagi saya Pengakap Laut, adalah pengakap yang sejati. BP menulis dalam bukunya Ilmu Pengakap
Bagi Budak-Budak (Scouting For Boys) bahagian Cerita Unggun Api No.6 ada artikel mengenai
Pengakap Laut. Muka surat 68... khidmat yang paling cemerlang dan mereka patut disanjung tinggi
malah dimuliakan... Krew Pengakap Laut .....sebuah kapal boleh menjadi syurga dan neraka
bergantung pada orang-orang yang bertugas didalamnya... Malah pada saya punyai impian sendiri,
iaitu mengembara melalui sungai hingga ke laut yang mengambil masa seminggu!

Masa Depan Pengakap Laut

Negara kita masih wujud lagi Pengakap Laut, cuma kita


tak nampak tugas utama pengakap laut ini dalam kerja-
kerja dilaut sepertimana kegemilangan pengakap laut
yang lalu. Mana tidaknya masa tu waktu perang kita tak
terkecuali dalam menjalankan tanggugjawab kita untuk
negara. Cuma mungkin satu hari nanti ada yang muncul
dikalangan Pengakap Laut ini belayar mengelilingi
dunia.... siapa sangka!
pengembaraan di sungai dengan sampan atau
bot sungguh menyeronokkan berbanding
berjalan kaki

_Ikatan dan Simpulan bagi Pengakap

Kita memang mudah bercakap bila sesuatu kejadi berlaku, contohnya bila berlaku ombak besar
tsunami ataupun banjir besar. Tapi alangkan baiknya kita lengkapkan diri kita dengan seni ikatan
dan simpulan. Seni ini dianggap tertua dan mudah dilakukan ketika dalam pembelajaran diluar kelas.
Semasa saya di Penempatan Sementara iaitu ketika operasi Tsunami, adalah lebih baik jika ada
dikalangan pengakap dimukim Kota Kuala Muda ini punyai kumpulan Pengakapnya sendiri. Disini
saya sediakan beberapa ikatan dan simpulan bersesuaian dengan peringkat dari PKK hingga PK.

Saya telah meneliti website www.hurricandistrict.org/pioneering.html saya dapati website ini cukup
menarik dan boleh dimanaafatkan untuk pembinaan menara atau pintu gerbang.

Lencana Keahlian

Buku Sila (Reef Knot)- Menyambungkan 2 utas tali dengan mengelilingi suatu objek
contoh; parcel (bungkusan yang dipost) balutan bandage atau dileher guni.
Simpul Bunga Geti (Sheet bend)- Digunakan untuk menyambung 2 tali yang sama
atau tidak sama besar, jika tidak Simpul Bunga Geti Berganda digunakan.

Simpul Manok (Clove Hitch)- Untuk mengikat tali pada tiang atau balak (bukan balak
korang!) Ia juga diguna untuk permulaan ikatan dan mematikan ikat seraya, ikat seraya
gunting dan lilit kacang /ular.

Simpul Tindih Kasih (Bowline) -Untuk membuat tajul yang tidak


menjerut dan sangat sesuai untuk kerja menyelamat dan di leher
binatang
Lilit Dua Simpul (Round Turn Half Hitches/The Anchor
Hitch/Fishermans's Bend) -Bagi mengikat hujung tali kepada tiang,
pookok, kayu, gelung atau tali supaya tidak terlucut sesuai untuk
mengikat hujung khemah. Juga diikat pada sauh dan gelung

Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) -bagi mematikan hujung tali supaya ia
nampak kemas dan tidak terbuang

_'Perintis Muda dan masa depan pergerakan ini


Dalam buku rujukan pengakap ada disebutkan pergerakan pengakap hanya wujud seluruh dunia
kecuali negara blok komunis, tapi adakah anda terfikir apakah nama pergerakan belia ini di negara
komunis itu? ia dikenali sebagai Young Pioneer dalam bahasa melayunya Perintis Muda

Sejarah Awal
Revolusi 1917 adalah zaman kemuncak kejatuhan pemerintahan terakhir Tzar di Rusia, tarikh ini
juga ramai scouter (pemimpin) dan pengakap yang berkhidmat dalam tentera mati di perbatasan
bahkan ditangkap dan diseksa. Pengakap yang menyebelahi pihak Tzar dikenali Tentera Putih dan
Parti Bolshelvik dikenali sebagai Tentera Merah(tapi istilah ini lebih kepada Tentera Jepun) .Parti
Bolshelvik(parti komunis, kadang-kadang dipanggil sosialis) memang terkenal dengan
kekejamannya, malah setiap musuh tawanan dengan sekelip mata dibunuh dengan mudah
dengan benet, pistol atau senapang. Bila Parti Bolshelvik memerintah pergerakan pengakap
dianggap kelas kedua dalam hieriki pemerintahan Tzar hingga ke kerajaan komunis, ini kerana
tiadanya pendedahan terhadap kepentingan kepengakapan dizaman itu yang mana pergolakan
politik begitu meruncing sampai satu tahap rakyat memberontak akibat 'Bloody Sunday' iaitu
pembunuhan beramai-ramai di St. Petersburg pada January 22, 1905 yang mana salahfaham
pihak pemerintah dengan rakyat. Pemerintahan Tzar berjaya ditumbangkan begitu mudah kerana
adanya komplot dalaman pembesar istana dengan Parti Bolshelvik yang tidak tahan dengan sikap
dan sifat Tzar waktu itu.

Bila Pihak Parti Bolshelvik yang memerintah. Mereka mengawalselia aktiviti luar sekolah dan
diwujudkan rumahya sendiri dikenali sebagai Istana Perintis Muda dengan dana khas untuk tujuan
pergerakan Perintis Muda. Kem Perintis Muda didirikan semasa musim panas dan musim sejuk
untuk aktiviti. Semua ehsan dari Kesatuan Pedagang (Trade Union). Cuba anda lihat sukan olimpik
era 70an hingga 80an, ramai atlitnya dicungkil dari pegerakan ini! saya tak terkejut jika salah
seorangnya dikalangannya dari kumpulan Perintis muda.

Pengasas Perintis Muda


Nadezhda Krupskaya (isteri Lenin) penyumbang utama pergerakan ini dan menulis esei mengenai
Russian Union of the Communist Youth and boy-Scoutism, yang mana penulisannya dia memberi
inspirasi pergerakan seumpama pengakap diwujudkan dalam Kesatuan Soviet dengan nilai-nilai
dan ideologi juga dokrinnya berhaluan komunis yang lebih baik.

Sejarah penubuhan
May 19, 1922, 'Mesyurat Komsomol Seluruh Russia' memutuskan diwujudkan kumpulan perintis,
ia merupakan hari jadi bagi pergerakan.

April 1928, mesyurat ini juga yang menolak pergerakan pengakap yang dianggap 'legasi bourjois'

Perjumpaan seperti Jamboree


Tahun 1929 satu perjumpaan terbesar diadakan dengan merancang 'pelan 5 tahun' dan matinya
pergerakan pengakap secara automatik pada 1931....

lencana atau lambang kecemerlangan


Tiada dapat dikesan
Bendera Perintis Muda bekas Kesatuan Soviet Bendera Perintis Muda China

Bendera dan lambang pergerakan


berwarna merah dan kuning, elemen obor dan bintang digunakan sebagai simbol 'semangat
mereka seumpama maraknya api pada obor'

Perintis Muda bekas Kesatuan Soviet sebelah kanan dan kiri


rakan dari Poland memakai pakaian rasminya yang diberi
nama Krzyz Harcerski daripada kumpulan Zwiazek Harcerstwa
Polskiego.

Perintis dari czechozlovakia

Sikecil Octobrist negara bekas Jerman Timur


Perintis China yang tidak punyai pakaian rasmi

Uniform rasmi
Hanya skaf merah yang diikat tanpa penggunaan woggle, sesetengah negara ada mempunyai
uniform rasmi seperti Korea Utara berwarna biru seperti warna ini. Dibawah antara uniform-uniform
mengikut negara.
Asas tujuan pergerakan ini
Sepertimana yang kita ketahui, Perintis Muda ini meniru tapi dokritnya bersifat komunisme dari
pergerakan pengakap kita tapi dari segi aspek pakaian ia tidak dipedulikan sangat. bebeza dengan
pergerakan Pengakap kita tidak menolak tuhan dan kewujudnya. DDR(nama lama Jerman Timur
sebelum bersatu) setiap perintis muda bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga ke remaja
mempunyai peluang yang cukup mudah untuk belajar ke peringkat lebih tinggi dalam IPTA. Tujuan
utama pergerakan ini ialah memupuk setiap ahli-ahli perintis muda menjadi komunisme yang lebih
baik dalam pembangunan negara.

Motto, Undang-Undang dan cogankata dalam pergerakan perintis muda


Motto

always prepared! hampir sama dengan motto pengakap sedunia 'be prepared'

Cogankata

Young Pioneer, be prepared to fight for the cause of the Communist Party of the Soviet Union!

Perintis Muda, sentiasa bersedia berjuang untuk hala tuju parti komunis soviet bersatu!

Undang-Undang Perintis Muda


Young Pioneer is a young communism builder, labours for the welfare of the Motherland, prepares
to become its defender.
Perintis Muda adalah pembina pemuda komunis, pekerja dalam kemasyrakatan untuk
tanahair(motherland dirujukan sebagai negara rusia dan fatherland dirujukan sebagai negara
Jerman)

Young Pioneer is an active fighter for peace, a friend to Young Pioneers and workers' children of all
countries.
Perintis Muda adalah pejuang yang aktif untuk keamanan, sahabat kepada semua Perintis Muda
dari kanak-kanak hingga pemuda disemua negara

Young Pioneer follows communists' example, prepares to become a Komsomol member, leads
Little Octobrists.
Perintis Muda adalah mematuhi prinsip komunis, contohnya bersedia menjadi ahli komsomol,
memimpin 'SiKecil Oktobrist'

Young Pioneer upholds the honour of the organization, strengthens its authority by deeds and
actions.
Perintis Muda memegang maruah kehomrtan organisasi, berani memikul tanggungjawab yang
diberi dan sanggup melakukannya.

Young Pioneer is a reliable comrade, respects elder, looks after younger people, always acts
according to conscience.
Perintis Muda adalah pengikut komunis yang dipercayai, hormati yang tua, menjaga yang muda dan
selalu bertindak dengan mempertimbangkan baik dan buruk

Young Pioneer has a right to elect and be elected to Young Pioneer self-government institutions, to
discuss the functioning of the Young Pioneer organization on Young Pioneer gatherings, meetings,
gatherings of Soviets of Young Pioneer detachments and Young Pioneer groups, in the press; to
criticize shortcomings; to submit a proposal to any Soviet of the Young Pioneer organization,
including the Central Soviet of the V. I. Lenin All-Union Pioneer Organization; to ask for a
recommendation of the Soviet of Young Pioneer group to join VLKSM.

Anda mungkin juga menyukai