Anda di halaman 1dari 2

Sejambak kasih dan sekalung budi buat Tuan Pengerusi Majlis, Panel

Hakim yang berkarisma, dif-dif kehormat, guru-guru seterusnya


rakan-rakan yang dikasihi. Salam sejahtera dan salam perpaduan.
Saya _____________________ dari SJKT Ampang
Siapakah saya? Bolehkah anda teka saya.Suatu ketika dahulu,akulah
nadi pengangkutan utama.Aku membawa dan menghantar barang ke
pelbagai tempat.Airku merupakan sumber yang tidak ternilai
harganya kepada manusia.Ya betul………anda sudah teka saya.Aku
ialah sebatang sungai.
Aku bernama Sungai Rejang. Aku ialah sungai yang paling panjang di
Malaysia.Aku berpunca daripada kawasan tanah tinggi seperti gunung
dan bukit. Perut aku terkandung air dan khazanah. Jadi, aku sumber
alam semula jadi yang amat penting kepada manusia.
Dahulu, aku menjadi tumpuan manusia. Mereka bukan sahaja
menggunakan aku sebagai tempat untuk mandi malahan tempat
untuk membasuh pakaian. Aku senang sekali dapat berkhidmat
kepada manusia.

Aku merupakan pembekal air yang utama kepada manusia. Selain itu,
aku dijadikan tempat untuk berkelah dan bersuka-ria pada hujung
minggu. Di dalam perutku juga merupakan tempat manusia mencari
rezeki. Ada ikan, ketam, udang dan bermacam-macam hidupan.
Nelayan bebas menangkap rezeki. Aku bangga dapat berbakti kapada
nelayan.

Dahulu air dalam perutku sangat jernih tetapi sekarang airku


berwarna hitam pekat. Semua hidupan yang dahulunya sering
menghiburkan aku sudah tiada lagi.Aku sudah tidak tahan lagi
menghadapi semua penderitaan ini. Aku sedih kerana sikap tidak
bertanggungjawab manusia menyebabkan aku semakin nazak.
Kini aku selalu sakit-sakit. Perutku menjadi tempat longgokan dan
pembuang sampah-sarap. Air yang mengalir kotor dan menjijikkan.
Semua ini angkara perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Dalam perutku juga mengandungi sisa toksik dan bahan buangan dari
kilang.

Mujurlah ada pihak yang masih prihatin tentang isu ini. Mereka telah
berusaha membersihkan aku. Mereka juga memasang perangkap
sampah padaku. Aku berasa sungguh gembira.
Kesimpulanya, aku merasa keindahanku kembali pulih. Aku akan
sering dikunjungi orang untuk berekreasi. Aku berterima kasih kepada
insan yang prihatin itu.

Anda mungkin juga menyukai