Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,

barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta murid-murid

sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah

cerita yang bertajuk “Hidup Selamat”.

Pada suatu hari berlaku ribut di hutan. Keadaan sungguh

bahaya. Sang Kancil sangat bijak. Sang Kancil pandai menyelamatkan

dirinya. Sang Kancil masuk ke dalam gua.

Tiba-tiba, sebatang pokok tumbang. Sang Kancil tidak dapat

keluar dari gua itu. Sang Gajah sangat baik. Sang Gajah membantu

Sang Kancil. Sang Gajah mengalihkan pokok yang tumbang.

Akhirnya, Sang Kancil berjaya keluar dari gua. Sang Kancil

selamat.

Sekian, terima kasih.


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,

barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta murid-murid

sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah

cerita yang bertajuk “Cerita Alam”.

Aku sebagai sebatang sungai. Aku dan ikan berkawan baik.

Badan aku bersih. Ikan suka akan aku.

Tiga orang budak lelaki telah membuang sampah ke dalam

perut aku. Tiba-tiba, aku terdengar ikan menangis. Aku bertanyakan

ikan sebab dia menangis. Oh, ikan sakit kerana badan aku kotor!

Pada suatu hari, pekerja berbaju jingga datang membersihkan

badan aku. Aku dan ikan berasa sangat gembira.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai