Anda di halaman 1dari 3

Angsa Berleher Panjang

Pada zaman dahulu, leher angsa pendek seperti itik. Angsa dengan itik
bersahabat baik. Mereka selalu bersama walau ke mana-mana sahaja mereka
pergi.

Pada suatu hari, itik mengajak angsa mencari makanan. “Kita cari makanan
di tepi sungai. Di sana ada banyak makanan,” kata itik.

Itik dan angsa pun pergi ke tepi sungai. Mereka berjalan ke sana ke mari.
Malangnya mereka tidak menjumpai sebarang makanan. Akhirnya, mereka
berasa letih dan lapar.

“Mengapa sanagat susah mendapat makanan pada hari ini?” rungut itik.

“Perutku pedih sebab terlalu lapar.”

“Aku begitu juga,” kata angsa. “Apakah ikhtiar kita untuk mendapatkan
makanan?”

Itik mendapat akal. “Kita sudukan pasir. Tentu ada cacing-cacing yang
bersembunyi di dalam pasir,” kata itik.

Angsa bersetuju dengan cadangan itik lalu berkata, “Bagus rancangan kamu
itu.” “Marilah kita sudukan pasir sekarang,”ajak itik.

Itik dan angsa mula menyudu pasir. Setelah lama menyudu, keluar seekor
cacing besar dari dalam pasir. Cacing itu cuba menyelamatkan diri dengan
menjalar keluar ke arah banir pokok.

“Cepat, cepat, tangkap cacing itu, angsa. Nanti susah jika masuk ke celah-
celah banir!” teriak itik kepada angsa.

“Baiklah, biar aku kejar cacing itu,”kata angsa.

Angsa cuba menyudu cacing itu namun cacing bergerak pantas lalu
menyorok di celah-celah banir. Angsa yang lapar berasa hampa.
“Sungguh malang nasib kita,”kata angsa sambil duduk.

“Jangan berputus asa, angsa. Engkau hulur kepalamu ke celah banir. Tentu
engkau dapat menyudu cacing tadi. Cacing itu tidak dapat melarikan diri
lagi,”kata itik yang bijak itu.

“Baiklah ,”jawab angsa.

Angsa mengikut sahaja seperti disuruh itik. Angsa pun memanjangkan


lehernya untuk menyudu cacing yang bersembunyi di celah-celah banir.

“Panjangkan lagi lehermu,”kata itik. Angsa memanjangkan lehernya lagi.

Malang menimpa angsa. Tiba-tiba sebatang dahan patah lalu terjatuh dan
menghempap leher angsa. Akibatnya kepala angsa tersepit di celah banir. Angsa
menjerit meminta tolong.

“Itik sahabatku, tolong! tolong!” jerit angsa. Itik terus dating menolong
sahabatnya.

Itik menolak dahan dengan muncungnya dan cuba menarik angsa keluar.
Angsa menarik kepalanya sekuat-kuat hati. Malangnya kepalanya masih tersepit.

“Tarik sedikit lagi kepalamu, angsa!” kata itik member semangat.

Angsa cuba menarik kepalanya berkali-kali. Ia tidak peduli walaupun berasa


sakit.

Akhirnya, angsa Berjaya menarik kepalanya dari celah-celah banir. Itik


berasa hairan melihat perubahan pada leher rakannya itu.

“Apa yang telah terjadi kepada kamu angsa?” tanya itik.

“Apa itik?” Tanya angsa.

Angsa terkejut kerana lehernya lebih panjang daripda asalnya. Ia hamper


menangis mendapati dirinya tidak lagi secantik itik.

Sejak itu, leher angsa panjang hingga ke hari ini.


Kawan-kawan,

Berhati-hatilah ketika melakukan sesuatu perkara agar diri tidak ditimpa bahaya.

Anda mungkin juga menyukai