Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Pengembaraan Sang Kancil

Terima kasih tuan pengerusi majlis, panel hakim yang bijaksana, penjaga masa

yang setia, guru-guru dan rakan-rakan. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Pengembaraan Sang Kancil, itulah tajuk cerita saya pada pagi ini.

Pada suatu hari, Sang Kancil sedang meragut pucuk-pucuk kayu di dalam hutan.

Tiba-tiba seladang lalu di situ dan menyapa Sang Kancil, “ Eh Sang Kancil, tadi aku

lihat Pak Belang sedang berjalan menuju kawasan ini. Baik kau berhati-hati.”

Seketika kemudian, Sang Kancil terkejut apabila mendapati Pak Belang berada di

belakangnya, dan bersedia untuk menerkamnya.

“Nanti dulu Pak Belang,” kata Sang Kancil. “Sebelum kamu makan aku, aku ada

rahsia yang hendak aku beritahu kepada kamu”.

“Rahsia? Apa rahsianya?” tanya Pak belang bersungguh-sungguh. Sang Kancil pun

membawa Pak Belang ke tempat seekor ular sawa, yang sedang tidur di bawah

sepohon pokok. “Itu adalah tali pinggang Raja Sulaiman dan aku penjaganya,” kata

Sang Kancil. Sesiapa yang memakainya, akan Panjang umur, sentiasa sihat dan

disayangi oleh semua haiwan.”

Pak Belang ingin memakai tali pinggang sakti itu, lalu merayu kepada Sang Kancil.

Akhirnya, Sang Kancil memberi kebenaran. Dengan tidak berlengah-lengah lagi, Pak

Belang mencapai badan ular sawa, yang sedang tidur nyenyak itu. Ular sawa itu

terkejut lalu membelit badan Pak Belang sekuat hati. Pak belang mengaum

kesakitan.
“Nanti kau Sang Kancil,” kata Pak Belang. “Aku akan membalas dendam.” Semasa

melarikan diri daripada Pak Belang, tiba-tiba Sang Kancil terdengar jeritan suara

meminta tolong. Ia pun pergi menuju suara itu.

Sesampai ke tepi sungai, Sang Kancil ternampak Sang Buaya sedang menggigit

kaki Sang Kerbau.

Apabila melihat Sang Kancil datang, Sang Kerbau berkata segera, “ Tolonglah aku

Sang Kancil. Aku telah ditipu oleh Sang Buaya yang jahat ini.”

Sang Kancil terkejut mendengar kata kata Sang Kerbau, lalu bertanya, “Bagaimana

kejadian ini boleh berlaku?”

“Begini,” kata Sang Kerbau,” semasa aku sedang berjalan-jalan di tepi sungai ini,

aku terdengar suara Sang Buaya meminta tolong, kerana badannya dihempap oleh

batang pokok. Sang Buaya berjanji tidak makan aku, jika aku menolongnya.

Sekarang ia mungkir janji dan membaham aku,”

Sang Kancil mengangguk-angguk, sambil mencari akal untuk menolong Sang

Kerbau. Kemudian ia berkata, “Aku tidak percaya, bagaimana kamu boleh

mengangkat batang pokok yang besar ini, dengan menggunakan tandukmu? Cuba

tunjukkan caranya kepada aku.”

“Ah tidak perlulah kamu mengetahui caranya, kata Sang Buaya. “Aku sangatlah

lapar.” “Sabarlah dahulu,” pujuk Sang Kancil. “Aku mahu mengetahui caranya

sahaja. Jika memang rezeki kamu, makanlah kerbau ini.”

Sang Buaya bersetuju, lalu melepaskan Sang Kerbau. Dengan menggunakan

tanduknya, Sang kerbau mengangkat batang pokok itu, lalu menghempap semula ke

atas belakang Sang Buaya.


“Ha, beginilah keadaannya tadi!” kata Sang Kerbau kepada Sang Kancil. Sang

Kancil hanya tersenyum melihatnya.

“Eh cepatlah Sang Kerbau!” rayu Sang Buaya. “Angkat semula batang pokok ini.

Aku sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan.”

“Haa…Padan dengan muka kamu, rasakanlah!” kata Sang Kancil. “Sudahlah Sang

Kerbau, mari kita pergi dari sini. Biarkan ia kesakitan di situ.Inila balasan kepada

orang yang memungkiri janji.”

Kemudian, mereka berlalu pergi meninggalkan Sang Buaya. Sang Buaya menjerit-

jerit meminta tolong, tetapi tiada seekor haiwan pun yang mahu menolongnya.

Demikianlah cerita saya pada pagi ini. Rakan-rakan kita hendaklah bertindak bijak

apabila berada dalam kesusahan demi keselamatan kita dan jangan sesekali

memungkiri janji, kerana orang tidak akan percaya kepada kita lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai