Anda di halaman 1dari 14

PROSES

PENGIMBUHAN KATA
HMT 223
21 November 2017
DK I
PROSES PENGIMBUHAN
1. Proses pengimbuhan akan melibatkan dua proses iaitu:

 Proses derivasi
 Proses infleksi

2. Kedua-dua proses ini akan menyebabkan sesuatu kata itu tergolong dalam:
 Penggolongan primer – golongan kata berdasarkan morfem akar / morfem
dasar
 Penggolongan sekunder – golongan kata dibentuk berdasarkan imbuhan
PROSES DERIVASI
Sesuatu kata dikatakan mengalami proses derivasi apabila kata tersebut
mengalami:
a) perubahan kelas kata
b) perubahan makna – makna baru
c) Tidak mengubah kelas kata tetapi mengubahsuai makna kata tersebut.

Bahasa Melayu sangat kaya dengan imbuhan derivasi berbanding imbuhan


fleksi.
PERUBAHAN KELAS KATA
1. Perubahan kelas kata nama kepada kata lain
a) buku membukukan (kata kerja)
b) dayung mendayung (kata kerja)
c) susu menyusu (kata kerja)
d) kail mengail (kata kerja)
e) sekolah menyekolahkan (kata kerja)

2. Perubahan (a) – (e) merupakan suatu proses derivasi yang menyebabkan kata
tersebut daripada golongan primer kepada golongan sekunder.
3. Perubahan kata nama kepada kata kerja
PERUBAHAN MAKNA
Proses derivasi menyebabkan sesuatu kata akan mengalami bukan sahaja
perubahan kelas kata, tetapi juga perubahan makna.

a) darat (k. nama) – mendarat


Perubahan makna, tempat kepada makna menuju darat.

b) gunting (k. nama) – menggunting


Perubahan makna daripada makna alat kepada makna menggunakannya sebagai alat,
iaitu menggunakan gunting sebagai alat.
Kata nama seperti
a) nama (k. nama) - ternama (kata adjektif)
b) batas (k. nama) – terbatas (kata adjektif)
c) hormat (k. nama) – terhormat (kata adjektif)
d) tuju (k. kerja) – setuju (kata adjektif)

Berlaku perubahan kelas kata dan makna.

Misalnya, “ Dia tuju saya dengan bola” , tuju merupakan kata kerja apabila
diimbuhan dengan imbuhan se- berlaku perubahan makna morfem akar tersebut.

Lazimnya, jarang berlaku perubahan kelas kerja kepada kata adjektif.


PERUBAHAN MAKNA TANPA
PERUBAHAN KELAS KATA
a) Kata kerja beli-- terbeli
Perubahan makna kata ‘beli’ iaitu suatu perbuatan kepada makna keupayaan
luar biasa.

b) Kata kerja beri -- memberikan


Perubahan makna ‘beri’ sebagai kata kerja apabila digabungkan dengan
akhiran –kan akan membawa maksud “perbuatan manfaat”
Misalnya:
Ayah memberikan adik baju.
lautan
ruangan
tempatan
daratan
rantauan
Kata akarnya membawa makna kata nama tetapi apabila diimbuhkan dengan akhiran –an
akan membawa perubahan makna iaitu kawasan atau bidang yang luas.

Akhiran –an juga boleh mengubahsuai makna kata nama kepada makna banyak.
parutan
tampungan
ratusan
durian
rambutan
PROSES DERIVASI DALAM
KATEGORI BUKAN-LEKSIKAL
Proses derivasi juga boleh berlaku bukan sahaja dalam kategori leksikal,
tetapi juga dalam kategori bukan-leksikal.

sebab (kata hubung) → menyebabkan


oleh (kata preposisi) → beroleh, peroleh

Perubahan yang berlaku ialah perubahan maklumat nahuan yang terkandung


pada kata sebab dan oleh berubah kepada kata yang mempunyai makna.
Banyak berlaku perubahan kata daripada golongan kategori bukan leksikal
kepada golongan kata kerja.

Walau bagaimanapun, terdapat juga proses derivasi yang berlaku


melibatkan perubahan daripada kata kerja ke kategori bukan leksikal

ikut (kata kerja) mengikut (kata preposisi)


kena (kata kerja) mengenai (kata preposisi)
KUIZ
Tentukan golongan kata di bawah:
1. kedaulatan
2. ketibaan
3. kemalasan
4. kesiangan
5. kecurian
6. kecinaan
7. kebaratan
a) izin (kata nama) keizinan (kata nama)
b) jalan (kata nama) perjalanan (kata nama)
c) saran (kata nama) saranan (kata nama)
d) dapat (kata kerja) mendapat (kata kerja)

Adakah ini sebagai gejala fleksi?


APITAN KE…AN
Dalam BM, apitan “ke-…-an” termasuk dalam kelas kata nama, kata kerja dan kat adjektif.

Misalnya:
a) kedaulatan
b) kejatuhan
c) ketidakhadiran
d) kesiangan
e) kehujanan

Bagaimana apitan “ke-…-an ini dalam (a) – (e) dapat dibezakan?


PERBEZAAN “KE-…AN
Perbezaan hanya dapat dilihat dari aspek makna.

Bagi kata nama “ke-…-an” membawa maksud hal yang terkandung dalam kata
akar.

Bagi kata kerja membawa maksud pasif –subjek ayat mengalami perbuatan
“Dia kehujanan di jalan”.

Anda mungkin juga menyukai