Anda di halaman 1dari 19

HMT 223

MORFOLOGI
KULIAH 24
5.12.2017
PEMBENTUKAN KATA MELALUI PROSES
PENGGANDAAN
Definisi penggandaan
Penggandaan merupakan proses morfologi yang melibatkan elemen:
1) proses mengulangi sesuatu perkataan
2) proses mengulangi keseluruhan perkataan
3) proses mengulangi bahagian tertentu

Bahagian yang digandakan boleh merupakan suku kata (satu atau lebih) atau
rentetan bunyi tetapi tidak bertaraf suku kata.
Jenis proses penggandaan (Asmah, 2009)
Ada beberapa jenis kata ganda, iaitu
1) Kata ganda seluruh kata
2) Kata ganda kata dasar
3) Kata ganda suku kata pertama
4) Kata ganda berima
5) Kata ganda menyaling
6) Kata ganda suku kata akhir
7) Kata ganda bentuk ke-…-an
8) Kata ganda ber-
9) Kata ganda sisipan
Kata ganda seluruh kata
 Penggandaan seluruh kata merupakan proses yang melibatkan
seluruh kata, baik kata selapis atau kata kompleks.

 Berlaku dalam semua golongan kata.

 Kata yang mengalami proses penggandaan seluruh kata akan


melibatkan bentuk, fungsi dan makna
Bentuk- Kata ganda seluruh kata
 Bentuk kata ganda seluruh kata amat mudah.

 Penggandaan ini melibatkan pengulangan bentuk kata akar atau kata


dasar sepenuhnya tanpa ada sebarang perubahan terhadap fonem
konsonan atau vokal.

 Contohnya:
 rumah rumah-rumah
 perusahan perusahan-perusahan
 Nasihat nasihat-nasihat
Bentuk- Kata ganda seluruh kata
 Walaupun bentuk kata ganda dianggap mudah tetapi akan berlaku
perubahan apabila penggandaan berlaku pada kata nama majmuk.

 Lazimnya, dalam kata nama majmuk kata nama yang berperanan sebagai
kepala seperti
kereta api, maka hanya kepala sahaja yang digandakan.

 Misalnya:

perdana menteri perdana-perdana menteri


sapu tangan sapu-sapu tangan
Fungsi –kata ganda seluruh kata
Apabila kata akar atau kata dasar yang mengalami proses penggandaan
penuh, maka akan berlaku perubahan keanggotaan ‘keahlian’ kata tersebut.

Misalnya
a) hati (N) hati-hati (A)
b) hari (N) hari-hari (Adverba)

Berlaku perubahan golongan kata daripada kata nama kepada golongan kata
yang lain.
Makna- Bentuk seluruh kata ganda
Penggandaan seluruh kata atau penuh biasanya membawa makna jamak. Bilangan yang
banyak. Dalam BM, ungkapan jamak tidak diungkapkan oleh afiks/ imbuhan, tetapi
diungkapkan melalui kata ganda.

Misalnya:
1. Tidak sampai kepada akar-akar pokok, walau yang paling atas.

2. Nasihat-nasihat kesihatan yang tertentu berkaitan pemakanan, cara-cara berkesan


dalam penjagaan kesihatan serta pengambilan vitamin dan mineral serta herba boleh
diberikan oleh seorang ahli farmasi bila diperlukan
Makna-Bentuk seluruh kata ganda

Boleh membawa maksud jamak atau tunggal tanpa


melibatkan perubahan bentuk dan fungsi perkataan.

Misalnya, anai-anai, kupu-kupu, biri-biri.


Kata ganda separa
 Kata ganda separa dikenali juga sebagai penggandaan suku kata pertama.

 Penggandaan suku kata pertama boleh melibatkan perubahan nilai bunyi vokal
atau tanpa melibatkan apa-apa perubahan bunyi vokal yang pertama.

 Kata ganda separa juga boleh berlaku daripada kata ganda penuh (Zaharani,
2006). Misalnya

Kata ganda penuh kata ganda separa


1) kura-kura k<<kura ‘kekura’
2) suka-suka s<<suka ‘sesuka’
3) gendang-gendang g<<g<<daη ‘gegendang’
Kata ganda separa
Terdapat juga kata dasar yang tidak boleh digandaseparakan.

Kata ganda penuh Kata ganda separa


4) anai-anai *<<anai
5) kus-kus *k<<kus
6) som-som *s<<som

Penggandaan kata dasar dalam (1) – (3) adalah berbeza dengan penggandaan kata
dasar dalam (4)- (6).

Perbezaan ini melibatkan perilaku morfofonologi yang berbeza.


Definisi proses morfofonologi
 Proses morfofonologi melibatkan gabungan dua bidang, iaitu morfologi
dan fonologi.

 Morfofonologi ialah bidang yang mengkaji perubahan bunyi yang


berlaku dalam proses morfologi/ penerbitan kata.

 Antara yang dilihat dalam morfofonologi ialah bunyi yang lama


digugurkan atau akan mengalami proses asimilasi hasil daripada proses
morfologi tersebut.
Kenapa ada kata ganda yang boleh disepara dan
tidak boleh diseparakan?
 Contoh bahasa Agta (dalam Marantz, 1982: 439)

Kata dasar Kata ganda


takki ‘kaki’ taktakki ‘banyak kaki’

Proses penggandaan separa yang berlaku menggunakan model pengulangan dan


penghubungan.

Template bagi kata ganda separa bahasa Agta ialah KVK


(a) Input
K V K + K V K K V Tingkat skeletal

t a k i Tingkat melodi
(b) Pengulangan melodi
K V K + K V K K V Tingkat skeletal

t a ki t a k i Tingkat melodi
(c) Pemetaan dari kiri ke kanan
K V K + K V K K V Tingkat skeletal

t a ki t a k I Tingkat melodi

Penggandaan perlu mengulang semua melodi yang ada pada (b). Proses penghubungan berlaku
dengan memetakan melodi-melodi ini dengan skeletal template KVK dan pemetaan berlaku dari kiri
ke kanan iaitu dalam (c).
(d) Pengguguran

K V K + K V K K V Tingkat skeletal

t a k t a k i Tingkat melodi

Melodi yang tidak boleh dipetakan dengan sebarang gatra/ slot di peringkat skeletal dengan
sendirinya akan gugur mengikut prinsip Stray Erasure (Striade, 1982). Vokal I digugurkan.
(e) Output (taktakki)

K V K + K V K K V Tingkat skeletal

t a k t a k i Tingkat melodi
Pembentukan kata ganda BM
Templet yang digunakan bagi kata ganda ialah KV (Zaharani, 2000).
Pembentukan kata ganda sesuka

(1a) Input

Tingkat skeletal K V + K V K V

Tingkat melodi s u k a
(1b) Pengulangan melodi
Tingkat skeletal K V + K V K V

Tingkat melodi s u ka + s u k a

(1c) Penghubungan kiri ke kanan

Tingkat skeletal K V + K V K V

Tingkat melodi s u ka s u k a
(1d) Pengguguran segmen

Tingkat skeletal K V + K V K V

Tingkat melodi s u s u k a

(1e) Pelemahan vokal

Tingkat skeletal K V + K V K V

Tingkat melodi s << s u k a

(1f) Output

Tingkat skeletal K V K V K V

Tingkat melodi s << s u k a


TAMAT

Anda mungkin juga menyukai